Nak tahu apa pemandangan yang baik cantik sekali di dunia? Selepas solat Jumaat. Bila orang lelaki pulang dari masjid. Dengan baju melayu. Memang macam pahlawan Melayu sungguh! Atau jika yang berbaju kemeja [sebab dari ofis], muka masing-masing nampak bercahaya. Nampak beriman. Terasa tenang di dada, sebab yakin, Islam masih lagi tertegak di dunia.
Nak tahu pula apa pemandangan yang paling teruk untuk dilihat? Semasa solat Jumaat. Tengah azan, tengah khutbah, tengah dengar bacaan-bacaan solat dari masjid, depan mata nampak lelaki-lelaki Melayu ni ke hulu ke hilir selamba. Apatah lagi yang bawa awek. Dayus sungguh. Yang awek dia pula, memang macam tak peduli macam mana Islam teman lelaki yang bakal jadi pembimbing dia nanti.
Lebih teruk lagi jika ia dapat disaksikan di UIA. Sekarang masih belum pernah [pernah untuk budak-budak yang bukan UIA, kalau ada sesiapa yang ingat entri pasal tu sebelum ni]. Mungkin malu itu tinggi lagi. Jika biasa tinggal solat pun, solat jumaat kalau dia tak nak solat, dia takkan papar muka pada khalayak.
Sekurang-kurangnya, malu pada manusia itu masih ada [belum lagi sentuh bab malu dengan Tuhan].
Tapi, jika di luar ni, saya tak tahu apa nak cakap. Tak malu langsung! Orang pandang sinis pun boleh dia balas balik. Bila malu pada manusia pun dah tak ada, apatah lagi malu pada Tuhan yang kita tak dapat lihat?
Jika bukan manusia yang dapat jadi pembimbing dan penggerak manusia lain, nak harapkan siapa? Haiwan? Malaikat? Syaitan?
Ada seorang staf di sini hari tu [ustaz] pernah pesan pada saya, "Apa-apapun, solat mesti cukup. Cukup solat, tak berlakulah gejala-gejala sosial macam yang jadi pada remaja sekarang." katanya tegas. "Jaga solat!" ulangnya lagi.
2 comments:
PANDANGAN PALING INDAH SAAT ORANG LELAKI AMBIL WUDUK DAN BASAH SELURUH ANGGOTA WUDUK MEREKA,KEMUDIAN BERPUSU-PUSU KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT..BOLEH TERHENTI LANGKAH APABILA MATA MELIHAT DAN,BIBIR TERSYENYUM SYUKUR KAGUM DGN WAJAH MEREKA YANG BERSERI DAN HATI MULA BERBISIK..ALANGKAH BERTUAHNYA JIKA BAKAL SUAMIKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG BERIMAN DAN BENAR2 BETRTAQWA SEBEGINI
amin!!! :)
Post a Comment