Monday, March 27, 2006

syukur alhamdulillah...

Sudahlah tu, tak payahlah nak memperkecil-kecilkan kebolehan dan potensi diri. Tak layak, tak hebat? Kalau mereka yang di mata saya dah cukup hebat sampai tak tergapai pun cakap macam tu, apatah lagi saya ni, makin dilenyek-lenyek rasanya.

[You guys know who you are ;) ]

Bila dah datang inferiority complex, memang akan jadi macam tu. Yang buruk-buruk itulah dia. Semua nak mengaku, "Eh, macam sayalah!"

Saya selalu marah-marah orang yang tak hargai dan tak ambil peduli apa yang saya cakap. Apa yang saya kagum pada mereka. Tolonglah percaya, sebab saya nampak kalian macam tu. Tak kurang sikit pun.

Tapi saya lupa, saya pun kadang-kadang [atau selalunya] macam tu. Orang cakap apa semua tak berkesan. Sebab anggap, alah, nak ambil hati orang saja. Tak rasa diri macam apa yang mereka kata.

Realitinya, kita memang cenderung untuk ingat peristiwa 'kena rotan' daripada 'terima hadiah', kan? [Along sayang, saya pinjam ni lagi, tak pernah lupa :) ]

Sebab itu, Fadzillah Kamsah ada cakap, letak gambar-gambar masa terima anugerah di atas meja. Kita sebenarnya semua ada kehebatan sendiri masing-masing.

Tuhan takkan jadi begitu tak adil sampai beri semua yang hebat-hebat pada seorang, dan yang seorang lagi semua kelemahan, tak ada yang boleh dibanggakan.

Unik. Itulah kita. Manusia atas muka bumi ni. Kalaupun kita tak dapat nak jadi hebat macam orang yang kita kata mereka hebat, kita masih boleh jadi pendorong atau pemangkin untuk mereka jadi hebat. Itulah namanya guru. Dan guru diberi keutamaan untuk masuk ke syurga dahulu, sebelum doktor, askar, menteri dan sebagainya.

Kan hebat tu? Dapat masuk syurga dulu!

Macam mana nak cari hebatnya kita? Ubah cara pemikiran. Fikir yang elok-elok, positifkan diri. Jangan berprasangka. Hargai segala di sekeliling kita. Bersyukurlah atas apa yang kita ada.

Along, nak pinjam lagi. Along pernah cakap dulu...

"Kita bersyukur untuk rasa bahagia, bukan tunggu bahagia untuk mula bersyukur"

ethics and fiqh

'A 19-year-old-woman who went out for supper with a man she had only met once before, ended up being gang-raped by the new friend and a group of his fellow motocyclists in Gombak' (The Star: 23/1/06)

How would you evaluate such pre-marital relations in light of Islamic ethics?

Ini soalan pertama Ethics for Everyday Life yang saya jawab semalam.

Saya tau, soalan ini pastinya dari Ustaz Maszlee, ustaz kontemporari [ini kata abang Fauzul]. Quote isu dari akhbar, jadikan soalan, minta pelajar komen. Kaitkan dengan apa yang dah belajar. Itulah stail dia. Biar tahu apa sebenar penggunaannya dalam hidup seharian.

Islam bukan teori tapi aplikasi.

Saya, dan kalian semua pasti tahu apa yang nak dijawab. Seperti yang saya banyak kali uar-uarkan di sini sebelum ini. Benda yang kita dah belajar sejak sekolah rendah, sehingga sekarang, di universiti pun masih belajar yang sama. Sama saja. Islam tiada yang lain. Tiada yang berubah.

Saya jawab apa?

Saya masukkan hanya bagaimana hubungan lelaki-perempuan bukan muhrim boleh dihalalkan -- melalui perkahwinan. Itu saja.

Kemudian, saya sentuh juga bab khitbah di negara Arab, bandingkan konsepnya dengan di Malaysia, sebagai pemberitahuan, juga sebagai cadangan jalan penyelesaian. Ini poin yang ustaz pernah beri, bukan direka sendiri.

Saya beritahu, kumpulan lelaki itu nyata salah, tak bertanggungjawab atas kawan sendiri. Tahapnya lebih hina dari haiwan. Betullah kan? Haiwan pun tak pernah buat kerja macam tu, rogol ramai-ramai.

Tapi, perempuan itu juga boleh dipersalahkan [tak diaplikasi dalam masyarakat kita]. Dia tak ikut apa yang ALLAH suruh. Dia yang cari penyakit, tak bertanggungjawab sebagai hamba yang Tuhan dah beritahu pasal Maqasid Syariah.

ALLAH kata, 'la taqrabuzzina'. Jangan buka sebarang pintu untuk benarkan zina. Jangan jumpa bukan muhrim seorang diri, apatah lagi yang baru kenal. Undang-undang untuk jaga agama, maruah dan keturunan seorang Islam.

Tapi kita masih buat macam tu. Saya sendiri pun. Jika [nauzubillah] kita di tempat perempuan tu, mahukan kita juga dipersalahkan? [Soalan ini benar menguji. Kefahaman dan janji, ar-Rad: 3)

Saya jengah dalam dewan CAC. Ramai pelajar yang ambil subjek ni. Ramainya umat Islam... yang perempuan bertudung, yang lelaki sopan sebagai Muslimin. Jika jumlah sebanyak ini pun, akan bertebaran di muka bumi, sampaikan yang benar, cegah yang buruk, pasti aman dunia.

Saya bayangkan apa jawapan mereka. Saya sedih. Sebab pastinya, tak ramai yang faham apa yang mereka jawab. Mereka beritahu punca. Kadang ada jalan selesainya.

Kes macam ini berlaku, dan masih berlaku. Mana silapnya?

Friday, March 24, 2006

bicara seorang fasi -- emel

Ada satu slot LDK tentang promosi dalam satu program motivasi adik2..

"Hari ini kami ingin mempromosikan satu produk yang hebat." Jurubicara licik memulakan kata.

"Kami dari syarikat Ibnu Sina Sdn. Bhd menawarkan kepada anda kopiah ajaib," audien tergelak kelucuan.

Seterusnya diterangkan lagi ciri-ciri produk sebagaimana berikut:

(Dalam gaya yang menghiburkan kerana logik dan tidak logiknya). Kalis air.

Jika dipakai ketika panas di bawah pancaran matahari, haba dipantul semula.
(Ha ha ha.....panjang meleret ketawa rakan-rakan peserta yang lain. Kopiahnya berwarna gelap.)

Kekenyalan yang tinggi. (Kopiah bergetah, tapi bukan getah. Kenyal pula tu). Harga murah!!!!!!!! RM6 sahaja.

Jangka hayat 20 tahun. Kami jamin ia tidak rosak sehingga 20 tahun! Beli, jangan tak beli!

Demikian sedikit promosi yang dibuat oleh peserta kem motivasi anak-anak yang disertai oleh saya. Saya bertindak selaku fasilitator tidak dapat menahan rasa ingin ketawa. Ditahan-tahan juga sehingga berair muka. (Saya gelak tanpa suara!)

--------------------

"Adik-adik, kalau tadi kita melihat bagaimana bersungguhnya kamu semua mempromosikan barang jualan." Fasilitator yang kacak memulakan kata. (Fasilitator yang segak itu bukan saya!)

Dilanjutkan bait katanya....

Kalau kita nak promosi barang kita tahu semua ciri-ciri hebat produk. Kita tahu kelemahan barang yang dotawarkan oleh pesaing. Kita membuat perbandingan. Adik-adik, begitu juga ISLAM yang kita anuti. Kita tahu, Islam merupakan 'produk' yang terbaik untuk kita iklankan. Tapi bagaimana? Apakah kita tahu kebaikan Islam dan dapat menerangkannya? Bagaimana mahu menerangkan Islam itu baik?

"Ya, ISLAM itu secara tidak langsung dipromosi oleh kita semua. Kitalah yang 'menjaja' nama Islam melalui pengamalan ajaran Islam dalam diri kita." Sampuk seorang fasilitator yang duduk bersimpuh di belakang.

Diulang semula,

"Soalnya sekarang, bagaimana kita mahu mempromosikan ISLAM kepada orang lain?"

-------------------

Aku amat takut sekiranya orang melihat kepadaku dan berkata, "Inilah dia orang Islam. Inilah yang diajar oleh Islam kepada pengikutnya."

"Jika aku melakukan kebaikan, aku merasa aman. Sebaliknya jika aku melakukan kejahatan, tidakkah itu fitnah untuk Islam yang dijaja olehku?" Aku ingin jadi muslim mukmin soleh.

bila bicara pasal cinta...

Bila bicara pasal cinta, tak ada satu persoalan dan jawapan yang betul-betul sempurna. Sebab itu, orang yang bercinta ni susah nak terima guideline yang dia sebenarnya dah tahu dari awal.

Sebab ia cinta, maka setiap rasa itu jadikan semuanya panjang, cantik-cantik saja. Padahal tak tahu pun apa yang panjang-panjang tu. Mungkin cuma satu dua isi.

Saya nak terima dan guna pakai apa yang sahabat ni beri. Sebab saya betul-betul setuju. Katanya, pemikiran couple, boyfriend girlfriend ni mengelirukan. Janji-janji yang wujud antaranya tak sah. Pegangan kepadanya cuma memayahkan dan mengelirukan. Membazirkan masa.

Sebab couple, kadangkala kita jadi orang lain. Semacam hilang logik dan diri yang sebelum ini. Paling menakutkan bila rasa mula hilang agama.

“Cinta tu buta. Sebab tu asyik meraba-raba.”

Hehe, prejudisnya! Bukanlah. Yang sebenarnya, cinta itu memang buta, sebab ia tak kenal siapa yang dicintainya. Cinta kerna ia ada di sana. Cuma, janganlah biarkan cinta itu membutakan segala. Lupa belajar, lupa ibu bapa, lupa TUHAN, lupa agama. Lupa tanggung jawab yang lebih awla. [sebenarnya patut jadi tanggung jawab saja, sebab, ada ke tanggung jawab untuk couple?]

“Aku cinta kamu kerana agamamu. Hilang agamamu, hilang jugalah cintaku.”

Masa kawan-kawan tak kisah nak kawan dengan siapa. Kawan kau kawan aku juga. Gurau-gurau tak ada yang kisah. Pun tak rasa bersalah, tak rasa apa-apa. Bila dah couple semuanya tak boleh. Bukan apa, jealous. Setiap kali jumpa rasa lain. Rindu, tapi hati tak tenang. Zina mata, zina minda. Kumpul titik hitam di hati.

[Ini cuma yang ikut situasi sekarang. Dalam islam, couple atau kawan, masih sama hukum muhrim dan konsep hijabnya. Nak bercakap pasal ni pun pegang tanggungjawab besar sebenarnya. Bimbang silap. Bimbang bias. Minta dijauhkan ya Tuhan!]

Couple ni satu yang tak real. Tak ada bukti, benchmark yang sebenarnya, selain declare sama-sama jadi saksi. Lepas tu beritahu orang. Itu saja. Seperti juga tunang, atau khitbah versi Malaysia, bukan yang arab.

Cuma lebih proper. Ibu bapa, sanak saudara semua tahu. Tapi masih tak menghalalkan apa-apa. Hukumnya semua sama saja seperti ketika couple. Masih tak boleh dating tanpa mahram. Buka pintu zina. Masih tak boleh pegang tangan, apatah lagi lebih dari itu. Hukumnya haram.

Itu yang saya faham. Ada yang faham lain dari saya? Boleh uar-uarkan di sini?

Kongsi pula kata seorang sahabat kepada sahabat ni. Couple ni sebenarnya macam invest, melabur. Banyak duit, masa dan tenaga habis untuk sesuatu yang tak pasti. Kalau semuanya jadi, alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya, macam mana nak claim balik?

Persoalan-persoalan ini buat timbul pula soalan lain. Macam mana kita nak tahu yang kita ni benar-benar dah bersedia, jujur dan ikhlas terima seseorang untuk jadi teman sehidup semati?

Fadzillah Kamsah kata, umur 21 yang paling sesuai. Tapi nanti keluar paper, kahwin awal, bercerai pun awal. Orang lain pula kata lain. Itu cuma kata pakar motivasi yang dah buat kajian berdasarkan purata usia kematangan majoriti. Tak ada yang tetap. Setiap orang lain-lain.

Yang confirm sebetul-betul confirm, yang boleh, pasti boleh dan halal belaka, ialah, ikut Islam. Nak saya beritahu pula apa yang islam kata? Tu, apa yang kita semua dah belajar sejak darjah satu lagi. Itulah dia.

Sadaqallah al-azim.

nasyid pilihan -- khabar cinta

Khabar cinta 14X

Bila ku khabarkan padamu erti cinta
Bisakah kau untuk menyelam ke dasarnya
Hingga terlupa pada segala-gala
Yang ada hanya rindu yang membara

Bila ku khabarkan padamu erti cinta
Sanggupkah kau untuk menahan kehangatan
Bahang dunia dan nafsu yang membakar
Walau hanya untuk sementara

Tak pernah terlihat pandangan mata
Tak pernah terdengar bisikannnya
Tak terlintas di hati
Anugerah Ilahi

Bila ku khabarkan padamu erti cinta
Mahukah kau untuk mahkotakan semula
Pada yang layak untuk memilikinya
Dan bertahta untuk selama-lamanya

Engkaulah tirai yang menutup mata
Dua cinta yang bertahta
Hingga terlupa segala
Kerna kaulah yang untuknya
Yang tiada sementara
Hanyalah untuk selamanya

Hingga terlupa segala
Kerna kaulah yang untuknya
Hanya untuk selamanya

MIRWANA

Monday, March 20, 2006

iya?



Perkahwinan Pasangan Muda Kian Rapuh

"Mereka memang aktif dalam melakukakan hubungan seks pada awal perkahwinan, tetapi tidak memberi penekanan terhadap hubungan sebentar dalam sebuah perkahwinan," Dr Edward Chan, Ketua perunding Psokologi Malaysia.

Haha, artikel ni semacam bertentangan juga dengan entri sebelum ini mengenai kata-kata Ustaz Maszlee, yang menggalakkan kahwin awal.

Artikel ini berdasarkan realiti, statistik yang pasti. Jadi, tak ada sebab untuk menolak kebenarannya.

Jadi, tak boleh kahwin awal lah?

Kalau tak kahwin, akan banyak buat dosa. Kena berhadapan dengan Tuhan juga. Hidup pun pasti tak tenteram jika titik-titik hitam menggelapkan hati. Kan?

Salah kahwin awalkah jika akhirnya bercerai pada tempoh yang singkat selepas diijab kabulkan?

Atau yang sebenarnya, niat pasangan itu untuk berkahwin sendiri yang lari? Semata-mata untuk melunaskan nafsu serakah pada jalan yang benar, yang diredhai, tanpa sematang-matangnya belajar mengenai pengisian sebenar dalam rumah tangga?

Jika benarlah niat untuk berkahwin semata-mata untuk itu, maka, patut awal-awal lagi tidak berpasangan dengan orang yang seperti ini.

Dan sekarang, dah tak boleh lagi percaya dengan janji-janji manis, "Saya betul-betul serius dalam hubungan kita ini. Saya nak sehingga ke jinjang pelamin."

Instead, kena ubah supaya jadi, "Saya nak kahwin dengan awak. Saya nak selama-lamanya bersama awak dan awak bersama saya, sehingga ke akhir usia."

Hehe, memandai je Mira.

Yang nak cakap di sini, jika niat tu memang dah betul, tak jadi hal untuk kahwin muda. Dan juga tak boleh salahkan kahwin muda sebagai penyebab penceraian semata.

Lagi, bandingkanlah dengan orang dulu-dulu. Tak pernah ada masalah macam ni lah, walau seawal manapun mereka dinikahkan.

Sambung petition! :p

exam!!!

Peperiksaan akhir semester tiba lagi. Sekarang, semua dalam mood bersedia, buat persediaan terakhir [atau ramainya baru nak mula bersedia -- tak hairan].

Tak kisahlah bagaimana semua buat persediaan, yang penting ilmu dan pemahaman yang dah diperoleh sepanjang satu semester ini. Belajar dan terus ingat. Benar, payah nak buat, sebab tak semua subjek kita minat atau bukan dalam bidang kita.

Dah sampai stage ni, ramai yang lega. Usai assignment, presentation, projek dan sebagainya. Lepas ni cuma nak berhadapan dengan yang bertulis saja.

Selamat semua. Usaha sedaya mampu. Moga kejayaan milik bersama.

masalah?


DMFK kata, masalah tak akan jadi masalah jika kita tak anggap ia sebagai masalah. Jika sebut masalah, tentu jadi beban, susah nak selesai.

Tiap kali macam nak sebut perkataan 'masalah', gantikan dengan 'keadaan' atau 'isu'. Positifkan yang negatif. Supaya nampak cara selesainya.

DMFK kata lagi, bila ada 'keadaan-keadaan' tu, pecah-pecahkan ia. Kalau dalam programming disebut modules. Dalam object-oriented programming seperti JAVA, ia dipanggil classes. Bila ada modul-modul atau pecahan-pecahan kelas itu, kita nampak setiap punca yang menyumbang pada kesulitan itu.

Selesaikan satu per satu modul atau kelas, sehingga habis semuanya.

DMFK beri contoh, kalau kita perlu RM 1000 untuk buat sesuatu, jangan pinjam terus RM1000 dari orang. Orang akan fikir 20, 30 kali juga nak pinjamkan. Kalau yang murah hati pun akan terdetik, eh, banyak tu, nanti aku pula yang kebulur.

Jadi, cuba minta pinjam RM500 atau RM300 atau RM100 dulu per person. Selebihnya, carilah orang lain pula. Lebih mudah, kan?

derma darah

"Setiap kali akan ada pengalaman yang berbeza"

Mira nak cakap pasal apa pula kalini?

Jangan panik, cuma kisah derma darah :) Ayat tu saya pernah sebut pada seorang sahabat untuk kali keduanya derma darah. Bukan untuk yang tadi [tadi pihak hospital datang lagi, untuk PR Week], tapi lama dulu.

Dia takut untuk berderma yang kali kedua, sebab kali pertamanya tak berapa nak best. Lepas derma, berat turun, sakit-sakit belakang.

Kali kedua derma, setelah disuapkan dengan kata-kata perangsang yang ada unsur-unsur spsikologi [ehek, biasalah, Amira kan? :p ], dia kata, "Mira, best gila derma tadi, smooth je, macam tak buat apa-apa pun. Tak rasa apa, biasa saja!"

Eleh, kan saya dah kata? Ikutla kata yang dah berpengalaman ni.

Tapi, saya cakap bukan sebarang. Memang berdasarkan pengalaman. Memang setiap satunya berbeza dan unik [tapi jangan tanya saya mana satu apa cerita, sebab saya dah tak ingat].

Maksud saya, berjaya pada satu ketika, tak semestinya akan berulang, berjaya juga pada kali-kali berikutnya. Begitulah sebaliknya.

Tadi, kali kedua berpengalaman 'tebuk' dua-dua belah tangan. Satu tak jalan, darah mengalir lambat, beku dalam pad tu. Cuba kanan pula.

Mujur saja pengalaman kalini tak sepahit yang sekali di matrik dulu. Macam inilah, kena tebuk dua-dua. Tapi bezanya, urat bengkak. Dua-dua belah. Aduhai, seksa betul. Rasa macam nak menitis air mata [tapi takla, kontrol ayu].

Nak-nak bila tiba waktu solat. Takbir, tangan tak boleh lipat betul-betul. Urat yang bengkak tu beralih tempat. Uih, ngilu betul.

Tapi, yang nak ceritanya, yang lain-lain tu, okey pula. Banyaknya tak banyak masalah [maknanya ada juga masalahla].

Kadang-kadang, tekanan darah rendah. Doktor suruh jalan-jalan, pergi makan. Balik semula, masih rendah [macam mana nak naikkan dalam setengah jam dengan jalan-jalan? Kalau dalam track suit boleh juga berjogging sekejap].

Kadang-kadang pula, doktor tak jumpa nadi [erk?!], Alahai, urat kecil rupanya. Di sisi pula tu. Kes luar biasa [bukanlah pelik sangat, tapi sebab ia tak biasa pada manusia biasa. Hehe, abnormal ke saya ni?]

Pasal urat di sisi ni la cerita hari ni. Saya tak tahu la kenapa dengan kakak yang ambil darah tu. Dia macam tak cek betul-betul. Mula-mula, tak seperti biasanya, dia tak letak pad darah yang kosong di bawah siku saya.

Lepas tu pula, macam tak ada masalah nak cari urat nadi tangan kiri saya. Biasanya, mereka susah nak jumpa. Tepuk-tepuk sikit, lipat-lipatkan tangan saya. Genggam tangan, tahan, ketatkan pam yang ikat pangkal lengan [entah apa namanya] yang digunakan ambil tekanan tu.

Tadi, lepas letak cecair sapuan tu, terus jarum dirodoknya masuk di tengah-tengah tangan. Saya malas nak tanya kenapa di tengah pula kalini. Sebab sepatutnya dia yang lebih pakar. Kot dah jumpa urat nadi yang baru ke... manala saya tau.

Bila dah masuk jarum untuk ambil darah, muka dia berubah. Tak jalan. Dipusing-pusingnya jarum tu, buat saya rasa ngilu. Depan mata! Apara, patut tutupla dengan kapas ke, supaya penderma tak nampak. Tak sakit pun, sebab dah dibius awal-awal tadi. Tapi, nasib baik saya yang kena, bukan yang lain.

Kalau first timer, mesti tobat tak nak derma lagi. Seram maa!!!

Ok, tu tak kisah lagila. Tapi yang saya nak tegur sangat, layanan mereka pada pelajar yang sudi derma darah mereka, tanpa ada bayaran, tanpa rasa terpaksa ni.

Muka masing-masing, alahai... Taukan muka orang yang penat kerja? Masam mencuka. Tak ada walau segaris senyum. Saya tanya baik-baik, apa jadi, ok tak? Jawab tak jawab saja. Saya tak faham pula tu.

[Sebenarnya dah pernah bangkitkan isu ni pada entri pasal derma darah juga sebelum ini]

Yalah, mungkinlah tak nak buat penderma rasa panik atau apa. Tapi penderma berhak tahu. Dan, berhak juga dapat layanan walau bukan paling baik, tapi paling sesuai untuk seorang manusia bernyawa! Kami bukan bahan eksperimen atau spesimen untuk diujikaji. Apatah lagi mayat untuk dibedah siasat.

Siap tangan kiri, jarum dicabut. Tak ada kapas. Tak minta saya tekan tempat tu untuk elak bengkak. Saya takkan nak memandai pula. Pengalaman cuma sebagai penderma. Bukan aliran perubatan pun. Jadi, urat tangan pun bengkak. Tuamlah dengan ais...

Kanan pula. Awal-awal saya cakap, "Kak, tengok kesan derma lepas", sambil unjuk di sisi tangan [saya ni pernah banyak kali derma di kedua-dua belah tangan, jadi bekas-bekas tu, walau tak nampak sangat, tapi sebab banyak, nampak jugalah].

"Mana? Yang ini?"

"Ha'ah, sebelum-sebelum ni, cucuk di tepi."

Kakak tu tak angguk, tak cakap apa-apa. Ai, marah ke orang macam memandai-madai? Atau mencabar kredibiliti dia? Lantaklah, ni tangan saya, bukan dia.

Dah sudah segala. Kakak tu pergi beli nasi bungkus di Kafe HS. Mencuka walau diusik oleh pakcik yang turut uruskan derma darah tu. Buat tak dengar, buat tak tahu.

Terus ke satu sudut tempat penderma yang selesai penderma minum-minum. Makan nasi. Lapar rupanya...

Aiyaiyai... patut, yang ambil jurusan/aliran ini belajar Psikologi juga. Yang macam ni, tak dapat nak galakkan orang untuk berderma sekali lagi. Untungnya, saya tak terkesan oleh itu.

Tapi, macam mana dengan penderma lain yang dia uruskan?

Thursday, March 02, 2006

MRSM Kuantan akan jadi Kolej MARA?

Dear Kuataghs,

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan Cikgu Hussien Ibrahim yang sekarang merupakan Pengarah Kanan Latihan MARA. Beliau menerangkan bahawa
cadangan untuk menukarkan taraf MRSM Kuantan kepada Kolej MARA ada di bincangkan dalam salah satu mesyuarat Pengurusan MARA.

Isu ini timbul kerana setiap MRSM sepatutnya mempunyai 1000 orang pelajar. Kesemua MRSM yang baru di bina sekarang mempunyai kapasiti 1000 orang pelajar. Tetapi MRSM Kuantan tak mampu untuk menampung lebih dari 850 orang pelajar.

Ia juga ada kena mengena dengan penggredan jawatan Pengetua & lain2 jawatan di MRSM di mana JPA hanya akan meluluskan kenaikan gred jawatan yang lebih tinggi mengikut jumlah pelajarnya. Jadi MRSM Kuantan yang pelajarnya kurang dari 1000 orang sukar untuk mendapat jawatan yang lebih baik lagi. Bagi kita nampak kecik tapi bagi Pegawai2 MARA dan Pengetua serta Cikgu2 yang bertugas kat situ, isu ini besar bagi mereka.

Lagi pun MRSM baru telah dibina di Kuala Lipis dan Muazzam Shah dan sedang dalam pembinaan atau perancangan akan di bina di Kemaman dan Pekan. Jadi MRSM Kuantan akan tersepit di tengah2 MRSM yang lain yang dibina dengan cukup besar dan canggih lagi. MRSM Kuantan akan nampak tidak relevan lagi selepas semua MRSM yang berdekatan mula beroperasi nanti.

Walaubagaimanapun semua ini masih dalam peringkat perbincangan lagi dan belum ada lagi usaha2 konkrit kearah itu. Keberangkalian adalah kecil untuk MRSM Kuantan menjadi Kolej MARA kerana di sekitar Kuantan sendiri telah ada Kolej2 MARA yang seumpama nya. Pada masa yang sama, sebuah Kolej MARA yang lebih canggih telah di luluskan untuk dibina di Nilai. Kemungkinan besar, Kolej MARA yang di maksudkan akan dibina di Nilai, bukan nya menukarkan MRSM Kuantan menjadi Kolej MARA.

Wallahualam. Sama2 lah kita berdoa......

AMIRUDDIN AHMAD TAJUDDIN
Ketua Cawangan ANSARA Kuatagh



Hmm, kalau betul²lah, sedih juga. Sekolahku...


MRSM Kuantan

Wednesday, March 01, 2006

tak ada duit?

Nak kahwin tapi tak ada duit?

Klik cover buku di bawah ni. Beli. InsyaALLAH akan ada jalannya.



[Berikutan komen entri sebelum ini]