Friday, January 28, 2005

recap

Assalamualaikum,

Ada yang bertanya mengenai persiapan pertemuan hari Ahad ni. Untuk makluman, sesi pertemuan ini adalah sesi perbincangan method perjalanan mentor mentee PTS. Ia lebih kepada penerangan dan soal jawab. Jadi tak perlu bawak banyak barang. Cukup sekadar buku tulis, pen dan minda yang terbuka. Cuma saya galakkan bagi sesiapa yang mempunyai buku Islam dan Manusia karangan Prof. Dato' Dr. Haron Din untuk membawanya sekali bagi memudahkan perancangan mentor mentee ini. Projek bersama ustaz zawawi ini banyak mengambil bahan daripada buku ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.

--
FAUZUL NA'IM ISHAK
Pengurus
PTS MILLENNIA SDN BHD No. Syarikat 678177-A
(Anak Syarikat Kumpulan PTS)
P10 & P11 Jalan Pesona 1
Pesona Height, Bukit Tinggi
28750 Bentong
Pahang Darul Makmur

Wednesday, January 26, 2005

perjumpaan projek penulisan buku mentor mentee PTS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam, Selamat menghadapi peperiksaan Mid Term bagi adik-adik yang terlibat. Berkenaan program mentor mentee Ustaz Zawawi, saya sudah mendapat tarikh pertemuan yang sesuai untuk para mahasiswa UIA iaitu pada tarikh 30 hb. Januari 2005 pada jam 9 pagi. Tempat akan diberitahu kemudian. Sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertemuan ini bolehlah menghubungi Amira di talian 0126569765. Saya amat berharap ramai terlibat dalam program ini. Projek pertama akan dijalankan pada 3 Februari 2005. Sebarang maklum balas mengenai perkara ini bolehlah dibuat terus kepada saya melalui alamat di bawah. Segala kerjasama dan perhatian daripada semua saya dahului dengan jutaan terima kasih. GOOD LUCK FOR YOUR EXAM.

--
FAUZUL NA'IM ISHAK
Pengurus
PTS MILLENNIA SDN BHD No. Syarikat 678177-A
(Anak Syarikat Kumpulan PTS)
P10 & P11 Jalan Pesona 1
Pesona Height, Bukit Tinggi
28750 Bentong
Pahang Darul Makmur

09 233 0485 (No. Telefon)
09 233 0486 (No. Faks)
012 380 4555 (No. Telefon Bimbit)
abuiqbalnuaim (Y!M ID)
fauzul_pts@hotmail.com (MSN Messenger)
fauzulpts(AIM)
230153630 (ICQ)
http://www.pts.com.my (Laman Web Rasmi)

Sebarang maklum balas yang memerlukan konsultansi secara terus, bolehlah menghubungi pihak Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd melalui talian 012 3804555 ataupun fauzuln@pts.com.my

-----
# Trimas to Abang Fauzul, meringkaskan kerja saya dengan pengumuman ini. Jadi, kepada sesiapa yang berminat bolehlah ke sana ya? Kita akan buat di mana² satu kelas admin berhampiran tempat solat sisters. Akan ditentukan kemudian. Kita jumpa nanti!

Thursday, January 13, 2005

lembaran lebaran

Awalnya saya ucap salam Aidiladha kan? Tapi, semua sedia maklum, saya, kalau bercuti memang 'bercuti' dari segala² kemudahan network dengan dunia luar. Sebelum saya pulang ke Kuantan Sabtu ini [sebab hari Sabtu masih ada kelas Leadership huhu~!], saya langsaikan semuanya dulu ya?

Kali ini saya menulis dari perpustakaan Darul Hikmah UIA. Masih belum punya port tetap, terpaksalah hidup nomad.

Lagi pasal emosi [yang membaca pasti menguap 20 kali].

Sebenarnya, jika cuma hati mula melampiaskan keinginan tanpa panduan menteri akal, memang kadangkala, setiap yang tak logik menjadi logik walau masih tak logik pada pandangan orang. Sebab itu kita [yang berkenaan ini] sentiasa akan kata: "Kau tak faham!"

Memang orang lain tak faham sebab mereka tak alami, dan kau sendiri tak cakap! Janganlah dibebankan yang sedia terbeban dengan 'masalah' yang sebenarnya kau sendiri tak pasti atau kau sengaja mahu sembunyi!

Tapi, terjadi pula sesuatu yang orang pernah alami pun tak akan faham apa yang dia cuba sampaikan. Macam mana tu? Orang tak nampak di mana kepentingan 'masalah' dia. Orang takkan ambil berat. Dan sudahnya dia tanggung sendiri 'beban' yang mula bersarang. Bukan tak simpati, tapi cubalah kau sendiri yang dekati...

Saya pun dah cakap berbelit². Cuma nak sampaikan, saya pun dah jelak, jemu, bosan, sakit, dan sebagainya, untuk terus hanya berpandu emosi menjalani kehidupan. Sekarang, cuba nak see to the bright side. Mancari hikmah kembara.

Hidup kita ini sebentar cuma. Tiada masa untuk dibazirkan dengan benda² tak berfaedah macam tu. Stick to reality! Sedarlah! Emosi tu cuma komplimen pelengkap untuk semua perasaan yang dianugerahkan kepada manusia. Emosi juga hamba. Tak patut kita diperhambakannya [betul tak din? :) ]. Dan emosi itu juga kadangkala adalah satu ujian pengukur tahap kesabatan dan keimanan kita...

Kita ada banyak lagi kerja lain yang perlu dilangsaikan. Dan memang kita tak dapat akan jangka bila tugas kita di dunia akan berakhir kerana tidak diperlukan lagi. Pernah tak mangsa² tsunami itu diberi petunjuk bahawa mereka akan mati sebelum ombak ganas menyelimuti tampat tinggal mereka? Tidak, mereka tak tahu. Dan mereka terpaksa menghadapinya dalam keadaan sedia atau tidak untuk menghadapi-NYA.

Dari seorang sahabat 'yang amat disenangi': :)

Human beings are such small creatures, aren't they ?
So don't be too calculative on everything,
treasure every moment, do what you wish to do...
broaden your view, broaden your mind,
don't worry too much about things that are bothering you,
do treasure your life, live safely and peacefully,
always be happy to welcome the coming of the new day... enjoy the sunshine...
always look at the brighter side of things...


Hargai hayat anda. Hargai kehidupan anda. Hargai mereka di sekeliling anda. Hargai apa sahaja nikmat dalam kehidupan anda. Nescaya, andalah orang yang paling bersyukur.

Tujuh pahala tetap kekal selepas meninggal dunia

APAKAH pahala yang dapat diterima seseorang selepas kematiannya? Dalam hal ini, diriwayatkan daripada Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapat diterima seseorang selepas mati, iaitu:

l Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat dalamnya.

l Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

l Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

l Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.

l Sesiapa yang menanam tanaman, selagi ada yang memakannya sama ada manusia atau burung.

l Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

l Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalu mendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya

l Selain itu, anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya mendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam.” Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya.

Thursday, January 06, 2005

highlight

Change tune. Back to Malay literature.

Berbelit² otak bekerja keras memikirkan perkataan dan ayat² Bahasa Inggeris yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan artikel mengenai persatuan² UIA yang terpilih untuk dimuatkan dalam SRC Highlight.

Satu kolum baru yang hanya bermula pada keluaran ketiga buletin. Sebagai perasmi, aku mencari Kak Ila sebagai Presiden baru Task Force Rakan Muda (TFRM) untuk ditemubual. Pilihan ini tentunya kerana mereka ada sangkut paut dengan kes tsunami yang menjadi bualan hangan masyarakat sekarang.

Apa dia? Syyyh! Tunggu saja ia keluar nanti! :)

Aku boleh menulis dalam Bahasa Inggeris kira aku tidak terbeban dengan harapan mereka untuk melihat satu hasil yang berkualiti. Ya lah, dari SRC kan? Pastinya menjadi contoh buat semua.

Tapi, cuma yang mudah² sahajalah. Yang tak perlu kerap sangat merujuk kamus. Dan jemari ini tidak mungkin akan berhenti menitip bebutang papan kekunci kira yang ingin ditulis tiada yang berunsur fakta.

Fakta... fakta... fakta...

Nasib juga sumbernya, Kak Ila, aku sudah kenal lama. Ketika dulu, aku memberi tepuk sorak [ada ke?] untuk pasukan Kembara '04 Pahang-Terengganu-Kelantan UIA ketika mereka sampai di Kuantan.

Abang Radziq, maaf ya? Maklumat Caring Club masih tak cukup, walau puas saya berulang-alik CCAC-STAD. Kita tunda saja pada keluaran² depan. Bolehkan? Jangan risau, Caring Club masih menjadi sasaran saya kerana keaktifan kalian. Teruskan usaha abang! Kalahkan kepimpinan Abang Lan! ;p

Faheem, terima kasih banyak² sebab beri saya peluang ini. Peluang yang saya kira banyak membantu saya dalam belajar membahagi masa, belajar adab² berurusan dengan orang² besar [dan beri peluang mereka mengenali saya ;p ], belajar Bahasa Inggeris... ;p

Takkan hampakan harapan kalian! ;) InsyaALLAH!

Monday, January 03, 2005

rayuan acheh 2005

Rayuan Acheh 2005
20050101

Salam sejahtera ke atas tuan/puan yang budiman.

(KINDLY READ AND FORWARD TO ALL EGROUPS THAT YOU ARE IN....PLEASE...AND TQ IN ADVANCE)

(30/12/04)

Malam tadi saya bergegas ke UIA untuk bertemu dengan mana-mana students Acheh di UIA untuk menawarkan apa-apa bentuk bantuan yang boleh diberikan dan ‘of course’ untuk mengetahui dahulu keadaan mereka dan keluarga mereka. Berikut sedikit info untuk dikongsi.

1. Jumlah pelajar Acheh di UIA lebih kurang 40. 10 dari mereka sudah pulang dan mereka itu dari keluarga tinggal di kawasan yang paling teruk terkena kesan Tsunami dan mati/hilang.

2. Hampir kesemua mereka kehilangan at least seorang di kalangan famili yang terdekat.

3. Seorang teman saya kehilangan keseluruhan ahli keluarga. Dia sudah pulang kerana memang tiada jawapan dari kaum keluarga sejurus selepas Tsunami menenggelamkan Acheh dan selepas berkali kali cuba menghubungi mereka.

4. Hari ini sahaja 5 orang dalam perjalanan pulang ke Acheh. Walaupun semua mahu pulang untuk bertemu dan mencari ahli keluarga/membantu orang tempatan untuk membersihkan/menanam mayat-mayat yang terlalu banyak di merata tempat (Utusan 30/12/04 menyatakan sudah mencecah jumlah 80,000 & CNN merakamkan kira-kira 1000-2000 dijumpai setiap satu jam), hingga bau busu di merata tempat dan dikhuatiri wabak dan penyakit akan mula menyerang jika tiada usaha yang lebih gigih dilaksanakan.

5. Oleh kerana kekurangan FUND, mereka terpaksa mengumpul duit sesama mereka (pelajar2 Acheh dan Indonesia), yang sememangnya tidaklah banyak kerana mereka semua ‘Fulltime students’.

6. Berbanding Sri Lanka, di mana jumlah kematian adalah jauh lebih rendah dari di Acheh, ribuan sukarelawan dari Jepun dan negara sekitarnya sudah memasuki Sri Lanka, paling tidak untuk membersihkan jalan2 dan kawasan2 yang dipenuhi mayat2 mangsa Tsunami. Tapi di Acheh belum ada tanda-tanda bantuan datang. Suasan sepi, hening berbau dan sungguh tragis dan menyedihkan.

7. Salah seorang berkata “tak guna juga kami masuk kelas, kerana fikiran kami tidak keruan, iya… kelurga kami tidak tahu bagaimana keadaannya kan”, “makan pun tak selera lagi bang…”. “kami menunggu peluang aja untuk pulang, tapi harus berencana kan.. InsyaAllah, kalau ada yang mahu membantu, kami terima dengan tangan yang terbuka.”

Untuk para budiman, saya bagi pihak mereka merayu agar dapat diusahakan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mereka. Dibawah adalah bank akaun Brother Mahrizal, Presiden Persatuan Pelajar Acheh di UIA (0163771765), atau temannya Brother Pria (0162534119) Sila telefon beliau juga jika ingin kepastian.

Mahrizal
Nombor Akaun: 14-162-02-008041-8
Bank Islam Malaysia Berhad



Kita juga maklum ramai individu dan banyak badan/organisasi yang membuat kutipan derma untuk tujuan yang sama (May ALlah REward you). Tuan/Puan juga boleh berbuat demikian melalui apa yang di war-warkan dalam The Star hari ini.

”The account number for The Star/Maybank Tsunami Relief Fund is No. 114013169092 (MAYBANK). This account will be opened for a month from Dec 29, 2004 to Jan 31, 2005.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2004/12/30/nation/9775673&sec=nation

PANDANGAN PERIBADI SAYA, Jika dapat disalurkan pada Brother Mahrizal pun baik juga kerana tiada masalah birokrasi dsb. THIS REQUIRES A SWIFT ACTION BY ALL SINCE THE NUMBER OF DEATH IS RISING EVERY MINUTE. Teman-temannya akan pulang dan mereka memerlukan sangat duit, untuk:

(a) Tiket Kapal terbang dari KLIA ke Medan,
(b) Duit Tambang/Bas/Van Sewa untuk ke Acheh dan perkampungan masing-masing.
(c) Membeli ubat-ubatan dari sini untuk dibawa pulang,
(d) Membeli makanan untuk diri mereka sendiri dan orang tempatan kerana hamper sudah tiada sumber makanan di sana,
(e) Membeli mask/topeng bagi mengelak bau/jangkitan yang keterlaluan,
(f) Membawa apa jua bentuk bekalan yang diperlukan dsb.


Oleh kerana kita tidak mampu ke sana, maka ayuhlah cuba untuk membantu saudara seagama kita/saudara sesama manusia.

Yang Benar,
Muadz Dzulkefly (0192582421)
Ex-Pelajar UIA
"For the Love of God and Humanity"
"May God Bless you...ALL"

In case it is easier for you to transfer to a Maybank Account (online) then you may wish to consider transfering to my account number BUT DO CALL/SMS ME AND NOTIFY ME THE AMOUNT for record purpose.

Muadz Dzulkefly
Acct No: 164351075513
MAYBANK
0192582421 (kindly call me if u use this method)


=====
"People don't care how much you know,.... Until they know how much you care..... " "Peace for the whole wide world... Love the entire Universe"

Muadz Dzulkefly
ex-student
Kulliyah of laws
International Islamic University

dipetik dari berita nc

warkah seorang hafiz...

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua dalam komuniti siber yang memang saya sayangi.

By the way, saya ada pengumuman yang nak saya buat, dan saya rasa tak ada salahnya kalau saya bagitau kepada semua ahli KSH di sini... saya pun tak nak berahsia-rahsia, baik kita bagitau secara terus terang aje.

saya tak akan join group UNIC untuk album ketiga ni. maksudnya, sampai di See You Di IPT sahaja. Ini pilihan saya sendiri. Tiada pergaduhan, tiada perbalahan (adalah sikit), tapi, saya keluar dengan rela hati.

sebabnya? saya kena tumpukan 100% perhatian saya pada pelajaran. Saya x salahkan UNIC akademik saya agak merosot. saya budak lemah belajar, bukan genius.

alhamdulillah, setelah 2 minggu bermesyuarat dengan abng hasyim selaku pengurus, abg isman hijjaz, frizdan (anR), dan juga bazli & fitri Unic, saya rasa saya sudah punya kekuatan untuk berkongsi perkara ini dengan semua.

saya yang mengundur diri, dan beri laluan pada 3 lagi anggota unic teruskan perjuangan mereka. saya akan terus beri sokongan dan bantuan dari belakang.

saya harap pengunduran saya akan dapat diterima semua kerana ini adalah kedudukan muktamat saya buat masa ni. setelah mengambil kira pandangan dan nasihat ibubapa saya, adik beradik, lecturer dan dekan UIA PJ sendiri, saya bersetuju tinggalkan UNIC demi akademik.

harapan saya, dengan penumpuan yang lebih terarah ni, insyallah saya dapat tamatkan pengajian saya di matric uia secepat mungkin, dan kalau ada rezeki, saya cadang nak lanjutkan pelajaran ke UK selepas tamat matric. itupun kalau diizinkan allah. alhamdulillah, buat masa ni result akhir saya (CGPA) masih 3.500. (kalau tak percaya boleh datang bilik heheheh).

inilah jalan yang saya pilih, apa yang saya harpkan ialah doa serta iringan semangat dari semua. insyallah, sekiranya ada rezeki di masa hadapan, saya memang akan terus bernasyid dan berseni kerana nasyid dah sebati dalam badan saya.

wassalam.


Hafiz [UNIC?]

tahniah fitri! ;)

Untuk pengetahuan peminat nasyid, SALEHA, isteri FITRI UNIC sudah selamat melahirkan anak sulung perempuan mereka pada 30 Disember lepas. Untuk mengikuti perkembangan mereka, sila ke:

SahabatHijjaz

nasyeed.com

Terkabul juga hasrat Fitri mengembangkan keluarga ya? :)

Sunday, January 02, 2005

cinta tunggal

Tamat menghabiskan dua novel keluaran GempakStarz.

Yang pertama karya karyawan pujaan, Fakhrul Anour berjudul Cinta Tunggal. Dan yang baru dihabiskan karya Nazri M. Annuar, nama yang agak asing bagi aku, berjudul Aliya Elyana.

Aliya Elyana, novel fiksyen sains Melayu pertama yang aku baca. Aku tahu Ramlee Awang Murshid pun banyak menghasilkan penulisan dalam bentuk yang sama. Tapi, yalah, sudah nama keluaran GempakStarz, pastinya aku sambar dahulu :)



Sinopsis:
"Aliya dan Elyana amat istimewa sekali. Mereka berdua punya... bakat," ucap Irene sebelum berangkat pulang ke London. Dan kata² perempuan tua Inggeris itu tiada lain hanya benar semata². Lahir sebagai kembar, Aliya dan Elyana nyata menjalani hidup yang berbeza daripada insan² lain dengan anugerah istimewa yang mereka miliki. Tatkala sedang melangkah ke alam remaja, cinta dan pelajaran; anugerah tersebut mula diuji dengan pelbagai cabaran yang belum pernah mereka tempuhi. Aliya Elyana berkisar tentang riwayat dua remaja dalam melakukan tanggungjawab hidup dunia yang 'unik'.

Dapat?

Tak perlu cerita panjang² kot. Kerana cerita² sebegi begitu similar dengan kebanyakan cerita barat. Cuma, adalah input kemelayuannya walau TIADA unsur Islam.

Yang aku benar² hayati dan dalami maksud persoalannya adalah yang ingin disampaikan abang Ayour dalam 'Cinta Tunggal'nya.



Sinopsis:
Bagi Siti Aishah, cinta bukan muhrim di dunia ini hanyalah untuk Nizam. Meskipun tidak bertepuk sebelah tangan, namun disebabkan perbezaan umur, masing² terpaksa mengesahkan ikatan mereka sebagai saudara cuma. Begitupun, adakah Siti Aishah masih akan berjaya menggapai cinta tunggal itu apabila tiba zaman dewasanya?

Lain. Benar². Apabila sifat heroin yang menjadi subjek pengisahan tidak selama²nya statik, sama. Kalau selalunya kita disogokkan dengan kisah hero dan heroin Melayu yang dah tentu berperangai sebagai 'hero' atau 'heroin' [konon sempurna] hingga ke akhirnya, kali ini, kita dihidangkan dengan heroinnya, Siti Aishah yang memang punya sifat kekampungan dan 'perempuan Melayu terakhir' akhirnya berubah drastik hanya disebabkan kekecewaan terhadap sebaris ucapan lelaki yang amat dicintainya.

Jika dikira², novel ini boleh dikategorikan untuk pembacaan peringkat awal remaja juga kerana separuh daripada novel adalah berkisar kehidupan Siti Aishah dan rakan² semasa sekolah menengah, sedari Tingkatan Satu hingga mencecah usia 17.

Antara persoalan² utama yang menjadi fokus 'Cinta Tunggal':

~ Kesetiaan dan kepercayaan terhadap kasih yang satu.
~ Perasaan hati yang hanya dipendam, tak terluah.
~ Kesan besar kekecewaan dalam perhubungan terhadap kehidupan, sehingga akhir hayat.

Inilah persoalan yang amat perlu diambil berat walau untuk orang dewasa sekalipun.

Setiap yang dewasa sudah tentu pernah mengalami usia remaja bukan? Tapi kenapa ramai yang menidakkan betapa remaja ini berani melakukan apa yang dikehendaki apabila hati mereka berkata untuk melakukan yang sedemikian? Mengapa kita harus biarkan remaja² ini hanyut melayan perasaan sendiri tanpa pedoman dan bimbingan?

[Aku ni remaja atau dewasa? I'm not a girl, not yet a woman ;p -- kononnya!]

Siti buat suruhan ALLAH. Siti patuh arahan ibu [tunggal]. Siti setia pada rakan². Siti pandai memasak dan mengemas rumah. Siti budak baik.

Siti tak mahu luahkan perasaan sebenarnya pada Nizam, abang angkatnya yang jarak usia mereka empat tahun sebab Siti tak mahu dianggap murah. Nizam juga punya perasaan yang sama, tapi Nizam tak mahu mengaku sebab Nizam tak mahu merosakkan hubungan yang sedia terbina, sebab Nizam anggap yang Siti tak pernah mahu lebih daripada itu. Cuma abang. Kerana Siri itu umpama gunung yang orang biasa cuma punya satu pemeluk untuk memilikinya [walaupun tak lari gunung dikejar]. Siti bukan perempuan biasa yang mudah tergila²kan mana² lelaki. Lagi pula, Nizam sudah punya pacaran sendiri.

Dan pendamnya perasaan masing² sehingga akhir hayat Siti.

Kata Siti, Siti tak kisah tak hidup dapat bersama Nizam, asalkan Siti tahu Nizam bahagia [benarkah?]. Siti sanggup buat apa sahaja agar Nizam sihat sejahtera. Siti sanggup terima Nizam seadanya walau Nizam cuma seorang penjaga tempat letak kereta Sogo. Nizamlah orang kedua dalam hati Siti selepas ibunya. Nizam, penting sekali.

Nizam cemburu dengan kehidupan sosial Siti di UiTM Jengka. Siti bercerita beria² benar mengenai lelaki² yang dikenalinya walau dalam nyata, satu pun tidak benar² menambat hatinya [mana mungkin jika yang seorang itu juga tetap menjadi raja?]. Tapi Siti anggap Nizam dapat menerimanya kerana bagi mereka, Nizam hanyalah seorang abang.

Lantas, Nizam naik berang. Nizam ucap sesuatu yang bakal disesalinya seumur hidup. Nizam minta hubungan abang-adik itu putus...

Siti terpana. Siti hilang pedoman. Siti lupa dunia. Siti tak ingat ALLAH.

Siti rayau² sekitar Sogo. Siti naik teksi ke Bukit Bintang. Siti rayau² lagi dalam kedinginan embun pagi. Siti masuk pub. Siti menari bagai hilang akal. Siti meliuk lintuk tak kira walau banyak mata menjamah tubuhnya yang selama ini ditutup jaga.

Siti bermalam di hotel dengan orang asing yang baru saja dikenali. Siti bangun pagi esoknya dengan senyuman. Tidak langsung disesali apa yang berlaku [walau memang tidak ada apa² yang berlaku].

Siti mula menggunakan kecantikannya mengecewakan ramai lelaki. Siti mempermainkan perasaan mereka. Lepas seorang, seorang. Siti punya ramai sugar daddy. Tapi Siti masih tahu menjaga mahkota diri walau hormatnya manusia di sekitar terhadap dirinya hilang entah ke mana.

Siti menangis dalam tawa. Siti rasa kehilangan walau puas. Siti masih dambakan Nizam. Siti masih tak betah melupakan satu²nya lelaki dalam hidupnya itu. Tapi, itu semua berlegar dalam dirinya saja. Nizam tak tahu itu. Malah, mereka telah lama tidak bersua.

Siti meninggal dunia semasa melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Yan, sahabatnya sewaktu di sekolah dahulu. Dan anak itu, Siti wasiatkan agar dinamakan Nizam...


Akhiran yang tidak memihak cinta sejati. Tidak memihak cinta tunggal. Yang jika ditayangkan di pawagam India, akan dibakar pawagam itu.

Abang Fauzan tanya, "Bolehkan kita berdakwah dengan cara yang biasa² sekarang?" Bolehkah kita menulis seperti biasa saja? Oh, Abang Fauzul boikot sungguh novel² cinta seperti itu yang katanya turut menyumbang rosaknya sahsiah ummah.

Abang Fauzan pernah bercerita, semasa beliau menemani isteri di hospital menantikan kelahiran anak mereka [kurang pasti yang ke berapa], ada seorang makcik yang seperti bertawaf mengelilingi hospital, cemas keluar masuk seperti mencari sesuatu atau seseorang dengan mendukung seorang bayi.

Apabila ditanya perihal itu, makcik itu meminta Abang Fauzul mengazankan bayi tersebut, cucunya. Abang Fauzan jadi hairan lalu ditanya ke mana perginya bapa bayi itu. Makcik itu cuma menjawab, "Entahlah".

Anak perempuan makcik itu iaitu ibu kepada bayi tersebut cuma berusia 13 tahun waktu itu. Dan bayi itu adalah anaknya yang keempat. Tiga yang lain digugurkan sebelum sempat melihat dunia. Dan hanya bayi itulah satu²nya yang terhasil daripada ikatan sah suami-isteri.

Aku yang mendengar kisah benar Abang Fauzul cuma tunduk sebak, menahan empangan air mata daripada pecah.

Sekali lagi aku diperdengarkan cerita yang amat menusuk kalbu, menjadikan aku rasa seperti iman aku tak sekuat mana untuk mengharungi segala dugaan dunia ini. Menjadikan aku sentiasa dalam tekanan. Tekanan menjaga iman. Tak boleh nak biasa² saja.

Kerana sebelum ini, Kak Ina dan Abang Azli, kakak dan abang ipar Amy turut bercerita kisaran yang sama. Mengenai betapa kroniknya kerosakan akhlak remaja sekarang. Terutama, ya, yang selalu aku dengar juga. Pemakai² tudung labuh yang melepaskan incian kehormatan yang mereka jaga di tempat belajar atau di tempat kerja apabila berada di luar kawasan² tersebut.

Dan mengiyakan lagi pemerhatian aku bahawa ilmu yang dipelajari hari ini, terutama ilmu agama, hanyalah cukup sebagai teori, tak lagi dipraktikkan. Cukuplah sekadar dapat menjawab soalan yang diaju dalam peperiksaan dunia, bukan untuk 'peperiksaan' akhirat.

Aku sekali lagi terkedu dengan kenyataan pensyarah 'Islamic, Knowledge and Civilization' [IKC] aku, Dr. Zaini Othman yang memperingatkan bahawa tidak semestinya mereka yang mendalami ilmu agama lebih bagus dalam bidang tersebut daripada mereka yang tidak mempelajarinya secara formal. Katanya, ALLAH menganugerahkan ilmu dan hidayah kepada siapa² saja yang dikehendaki-NYA, bukan hanya yang mendalami ilmu tersebut. Terima kasih kepada Paan atas soalan yang diajukan. Mengiyakan pernyataan bahawa tiada satupun soalan adalah soalan bodoh. Kita yang tak tahu dan enggan bertanya itulah yang sebenarnya bodoh!

Aku jadi terharu. Aku tambah yakin. Aku harus sentiasa sedar itu. Aku tak harus rendah diri, dengan sekelumat manapun ilmu yang aku ada. Asalkan aku amalkan setiap satunya. Aku ambil hikmat dan pengajaran. Ah, soalan dan kenyataan itu cuma biasa saja secara teorinya. Tapi bagi yang memang menantikan agar diperingatkan semula, aku amat bersyukur!

[Sekali lagi, bagi yang senggang², berilah aku peringatan selalu. Tazkirahlah aku akan kebesaran dan rahmat ALLAH! Bantulah aku dalam memberi keyakinan terhadap kelebihan sendiri!]

Berbalik pada persoalan utama, bagaimana caranya untuk kita mengkhabarkan kepada remaja² di luar sana bahawa mereka punya tempat rujukan dan bantuan kira perlu? Mereka bukan bersendirian. Setiap yang mereka rasa dan alami telah terlebih daluhu dialami oleh yang lebih berusia.

Yang berusia ini pula [ibu bapa terutamanya] perlu sentiasa mengawasi perkembangan emosi anak² remaja, walau kadangkala mereka terlalu yakin bahawa anak² mereka ini bijak, pandai serba-serbi. Sudah tentunya mereka bijak membezakan yang mana baik yang mana buruk.

Ingatlah bahawa apabila emosi yang tidak terkawal telah menjadi penasihat utama hati, orang paling bijak pun mampu berperangai seperti haiwan, tiada akal walau ada otak.

Iman itu boleh datang dan pergi. Jangan terlalu yakin akan remaja² yang sudah 5 tahun didedahkan sedalam²nya dengan ilmu agama di sekolah masing² akan kekal begitu sekurang²nya untuk 15 tahun akan datang. Ilmu itu tetap ada, tetapi ingatan untuk terus mengamalkannya boleh berlalu kira pegangan diri masih rapuh ditokok persekitaran yang terlalu berpengaruh untuk mereka berubah...

La' ajibtu...

# Terima kasih banyak² Abang Fauzul! Bengkel abang telah jadi salah satu sumber ide saya juga sekarang! :) Jika ada lagi nanti, uar²kan ya?

# Oh ya, untuk Imah dan Fazeq juga. Terima kasih atas novel² anda! :)

Saturday, January 01, 2005

menjejak tahun baru

"Kadangkala kita asyik salahkan mentari yang tak kunjung tiba apabila hanya mendung menjadi menyelimut cuaca. Tapi kita tak tahu bahawa ALLAH sebenarnya hendak datangkan pelangi tanda kasih sayang terhadap hambanya"
digubah daripada mesej rakan [kredit goes to Along dan 'abangnya' :) ]

Sekonyong-konyong menerima kedatangan tahun baru Masihi. Tanpa membuat sebarang persiapan diri. Bukan bermakna masih di takuk lama. Tapi perubahan itu bukan datangnya dalam sesaat dua. Perlu masa dan usaha.

Apa² pun, selamat datang tahun 2005! Dan selamat tahun baru kepada semua.

Apa yang aku rasa?

Pilu... meninggalkan tahun penuh kenangan.

Banyak persahabatan baru tercipta pada akhir tahun tersebut. Juga menyambung kembali ikatan yang agak longgar oleh keadaan dan cita².

Dan tak kurang... kehilangan teman kerana dipanggil pulang pada Maha Pencipta. Dan aku masih runsing akan kehilangan sahabat yang seorang lagi. Telefon tidak dapat dihubungi. Mesej friendster pun tak pernah berbalas... Samakah nasib mereka...?

Harapan aku, sahabat² yang masih ada ini akan kekal menempatkan aku dalam memori. Walau kita tidak bersua, ingatlah, ukhuwah itu kekal wujud selagi masih dalam ingatan.

Api sengketa itu, padamkanlah. Simbahlah dengan air kasih-sayang. Jika bukan kita yang sayang akan saudara seagama sendiri, siapa lagi yang dapat menyatu-padukan kita?

Sesungguhnya, benar kata Abang Fauzul, kita dianugerahkan satu perkara yang apabila kita meletakkannya dalam memori yang kerap keluar masuk, sering digunakan, nescaya kita akan selamat. Itulah MATI.

Selari dengan teori Dr Daniel, motivasi hadir apabila kita sedar akan penyudah setiap perbuatan.

Di mana nantinya kita? Ke situlah halatuju kita. Seperti kita belajar sekarang dengan harapan dan impian untuk bekerjaya [bekerja + berjaya], kita patut jadikan yang sama untuk alam akhirat yang Muslim patut yakin adanya dan kehadirannya.

Apa saja yang kita lakukan akan menghala ke sana. Tiada pilihan kedua.

Kita boleh takutkan hantu yang tak pasti pun ada [memang tak pernah ada] sehingga histeris ketakutan, fobia. Tetapi kenapa kita tak mampu takutkan api neraka yang sepatutnya telah sedia terpahat keyakinan terhadapnya dalam diri umat Islam? Yang nyata telah dijanjikan ALLAH, Pencipta sekalian alam nyata dan ghaib?

Lalu, apa barang membesar²kan perkara kecil sedang kita tahu apa yang patut dilakukan? Apa keutamaan yang mesti didahulukan?

Yang lepas itu sudah²lah [walau aku masih sebak mengenangkan semuanya]. Pasti jika kita cuba terima setiap ketetapan dan kejadian seadanya, 'pelangi' itu akan menyerlah ceria...

[Jika aku tak terima, mana mungkin aku mampu menulis, mana mungkin aku menggunakan akal berfikir di luar bidang pembelajaran wajib aku dan bercerita pada kalian?]

Ada sesuatu yang perlu aku sampaikan pada semua hasil perkongsian idea dan kesedaran daripada Abang Fauzul.

Kejadian alam semakin pelik dalam peredaran masa yang kian pantas. Malam menggantikan siang dan sebaliknya, semakin cepat berbanding dahulu [kajian saintifik -- maknanya peredaran planet² mengelilingi matahari mengikut orbit semakin laju]. Pelbagai pula perubahan emosi cuaca yang tidak menentu, semakin menentang normanya.

Gempa bumi dan tsunami 26 Disember lalu sebangai contoh terdekat. Tak boleh jadi, kawasan luar lingkaran gunung berapi aktif pun tak selamat daripada 'ombak jahat'. Aku belum tonton 'Day After Tomorrow' tapi mungkin boleh agak motifnya melalui keratan² cerita di iklan televisyen. Begitukah masa hadapan kita?

Ais kutub utara dan selatan kian mencair. Emeriah Arab Bersatu pula ditimpa salji.

Orang kata, "Ah, belum mahu kiamat lagi, Islam masih belum bangkit bukan?"

Oho, pandai². Ada juga input rupanya. Nak tunggu kiamat baru hendak bertaubat? Mana tahu akan 'pergi' sebelum itu lagi? Jangan lupa, tangan² manusia ni bukan bersih semua. Yang kotor itu akan senang² melumur lumpuran darah dan abu bencana ke tubuh makhluk sejenis.

Sudah cukupkah amalan kita?

Nak harapkan ibadat, solat tunggang-terbalik belum tentu diterima, apatah lagi ibadat lain [kerana solat itu tiang agama]. Nak harapkan doa anak yang soleh, anak pun tiada lagi, apatah lagi mendidiknya menjadi mukmin sejati [itupun kalau ibu bapanya menjejak dahulu]. Nak harapkan harta kebajikan, kaya sangatkah kita ini?

Apa yang tinggal?

Ya, ILMU yang disampaikan.

Di sini, aku bukanlah meminta ilmu yang aku sampaikan diiktiraf mana² pihak [kerana hanya perkataan yang dizahirkan dalam bentuk penulisan saja punya hakcipta].

Aku cuma mahu apa yang aku tahu dapat dimanfaatkan.

Ya, kita boleh bercakap secara lisan. Tetapi jika dibandingkan dengan tulisan yang dipaparkan di monitor setiap komputer seluruh dunia ATAU [yang ini menjadi poin utama Abang Fauzul sebenarnya] ditatap berbilion juta pasang mata manusia atas kajangan kertas berkepil, yang mana pilihan utama?

:)

Tulislah. Ucaplah. Sampikanlah ajaran² Muhammad saw walau sepotong ayat. Sesungguhnya, buat masa sekarang tiada yang lebih utama yang mampu membantu menyelamatkan kita di alam baqa' kelak.

Oh, satu lagi.

Saya, Amira Hariyati binti Ruzaidi, pohon dimaafkan apa jua kesalahan dan kesilapan yang agaknya masih tersimpan dalam benak saudara saudari sekalian. Sungguh² ini! Saya tak tahu sampai bila khidmat saya sebagai hamba-NYA masih diperlukan. Tetapi harapannya, saya dapat pulang ke pangkuan-NYA dalam keadaan yang paling dirindui. Sekurang2nya terlepas daripada silap sesama manusia.

Boleh kan? :)