Thursday, November 27, 2008

iklans

Ada 2 pemberitahuan:

1. Kekosongan Jawatan

Sesiapa dengan latar bidang pengurusan termasuk pengetahuan dalam bidang akaun dan boleh bekerja di Kuantan, anda dialu-alukan menghantar resume untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai kerani di Montoque Sdn. Bhd. Sebarang kelayakan diterima, asalkan anda mempunyai motivasi yang tinggi dalam bekerja dan pandai berbahasa Inggeris. Hantarkan resume anda kepada azwan[at]montoque[dot]com. Untuk keterangan lanjut tentang syarikat ini, sila layari http://www.montoque.com.

2. Khidmat Jurugambar Perkahwinan

Kalian ada kenalan yang bakal mendirikan rumah tangga? Mereka perlukan jurugambar? Hubungi saudara Azwan di talian 012-7083012 atau emel azwan.lazam[at]ymail[dot]com dan anda akan diberi ganjaran kerana memperkenalkan beliau kepada mereka! ;)

Opps! Setakat ini hanya terbuka pada pengantin sekitar Kuantan saja! Belum cukup kemudahan nak berjalan jauh. Namun, insyaALLAH jika beliau mendapat sokongan padu daripada anda, beliau akan rancang untuk kembangkan usaha ini! ;)

Sila lawat http://weddingphotographerkuantan.wordpress.com/ untuk keterangan lanjut.

Terima kasih!

Thursday, November 20, 2008

kucing 2

Semalam, kami jumpa anak kucing baru. Tengah-tengah persimpangan jalan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mula-mula saya terkejut juga. Ingatkan anak kucing yang telah kami bela. Manalah tau jika dah terlepas sampai ke situ. Sebab saiz dan warna memang iras-iras.

Masa tu kami sedang berhenti semasa lampu isyarat merah. Bimbangkan keselamatan kucing itu yang nampaknya panik sebab kereta di sekeliling, mak turun dari kereta dan ambil kucing itu.

Superlady come to the rescue!

Bila pulang ke rumah baru sedar yang sebenarnya warna kucing yang sedia ada itu bukanlah boleh dikatakan hitam sangat. Sebab dah ada yang baru ini lebih hitam daripada yang lama.

Itulah. Bila nampak kejelikan seseorang, bukanlah dia yang paling teruk di dunia. Terimalah seseorang itu seadanya. Banyak kebaikan dan kelebihan dia yang tertutup dek mata yang terpandang satu tompok hitam itu.

Inilah kucing baru itu.

Tak dapat nak tonjolkan betapa cantiknya sinaran matanya yang bulat. Pasal malam hari. Tak dapat jadi seterrer dia ni :p


Setakat semalam, si kelabu dan si hitam masih tak boleh beri kerjasama yang baik untuk memberi posing tercantik. Akan diusahakan lain kali!

Monday, November 10, 2008

FOSS.my 2008

Semalam saya berpeluang ke APIIT, Technology Park, Bukit Jalil mengunjungi tapak program FOSS.my 2008.

Saya tak berpeluang timba banyak ilmu sebab program ini telah mula berlangsung sejak hari Sabtu.

Cuma, perbualan ringkas dengan beberapa pengguna uBuntu telah berjaya buka mata yang setakat hari ini, Linux dah sekurang-kurangnya setanding dengan sistem operasi (Operating System) Microsoft dalam pengoperasiannya.



Ramai yang mungkin bimbang untuk berhijrah apabila memikirkan masa yang perlu diambil untuk menyesuaikan diri dengan sistem baru ini (so-called. Tapi sebenarnya dah lama). Yalah, sejak kecil, buka mata saja, kita dah kenal Windows.

Bergantung pada developer, sesebuah perisian (software) ada yang dibangunkan khas untuk sistem Windows. Apa juga untuk kedua-dua sistem Windows dan Linux. Pada hari ini, kebanyakan perisian yang biasa kita guna di Windows ada duplikasinya pada Linux.

Tak ada Microsoft Office untuk Linux, tetapi ada Open Office. Fungsinya sama sahaja. Tetapi lebih simple dan 'ringan'. Saya telah berpengalaman menggunanakan Open Office sejak mula bekerja. Juga, mungkin tak ada Adobe Photoshop untuk Linux, tetapi ada GIMP. Kedua-dua perisian open source ini boleh digunakan atas Linux mahupun Windows.

Dan siapa tak pernah kenal Mozilla Firefox yang menjadi pilihan kebanyakan internet surfer hari ini kerana kelebihannya dari segi keselamatan dan kepantasan? Ya, ia menggantikan Internet Explorer yang jika nak upgrade perlu pada sistem operasi Windows yang ori! (Siapa pakai yang ori?)

Ia semua percuma! Yeah, download, download!

Jika anda tak yakin lagi nak terus menggunakan sistem operasi Linux, mungkin boleh cuba dengan perisiannya dahulu. Tanya Prof Serba Tau, encik Google ;)

Saya telah dipertontonkan filem animasi yang telah dibangunkan seratus peratus menggunakan perisian sumber terbuka (open source). Dikatakan filem sebegitu canggih tak perlu pada penggunaan komputer mainframe. Cukup dengan minimum processor Intel Centrino. Juga sistem Linux ada banyak environment (desktop) up to... berapa-berapa yang anda perlukan. Tanpa perlu sambung ke monitor lain. Apa kata anda? ;)

Juga, saya telah ditunjukkan feature-feature menarik dalam uBuntu yang tidak ada dalam Windows, yang kita boleh lakukan/gayakan tanpa makan ruang cache dan RAM yang besar. Sempoi~!

Dan juga telah serba sedikit diterangkan mengenai mengapa sistem Linux sukar untuk dihack. Dan bagaimana sistem ini boleh memanjangkan jangka hayat hardware kita.

Saya juga baru nak belajar (memang dah tertarik untuk uninstall Windows dan install uBuntu ni! Ya, hanya satu OS - uBuntu! - Paan mesti tak percaya punya). Tahniah kepada para komiti FOSS.my yang berjaya buka mata saya kali ini, walau sekian lama telah dapat mendedahan mengenainya sejak di UIA lagi (dulu Linux semua guna command, fenin! Sekarang dah sama macam Windows. Semua GUI!)

Mengapa perlu bayar lebih untuk sesuatu yang kita boleh dapatkan secara percuma? ;)

Saya akan ceritakan hal akidah dan akhlak yang berkaitan dalam hal ni lain kali ;)

Bacaan lanjut:
1. Kenali uBuntu
2. Apa akan jadi bila Matrix run atas Windows. Kredit to my officemate. Kelakar seh! :D

Thursday, November 06, 2008

hasil menulis dan minat

Alhamdulillah, ada lagi rezeki. Hasil tulisan saya masuk lagi dalam Dewan Siswa. Sebelum ini cerpen dalam Dewan Siswa September, kali ini artikel dalam ruangan Misteri Dalam Sains Dewan Siswa November bertajuk: "Hitam dan Putih. Adakah Warna?"



(Terima kasih kepada Firdaus Ariff sebab beritahu semalam. Tahu lebih awal daripada saya!)

***


Kadang-kadang, bila fikirkan masa depan, kita buat perancangan. Perancangan masa depan yang perlukan sangat banyak wang.

Tapi bila kita pandang kita yang sekarang, pun perlu banyak wang juga. Untuk keperluan sendiri dan keluarga. Yalah, dah bekerja, takkan tak sumbang apa-apa?

Kita tertekan, sebab kita makan gaji. Duit masuk sebulan sekali. Dan tiap-tiap bulan tu bukan banyak pun.

Dah tau tekanan orang yang bekerja berbanding semasa belajar?

Masa belajar dulu, kita cari duit bukan sebab keperluan, tapi lebih pada kemudahan. Kita ada PTPTN. Atau biasiswa. Kalau tidak pun, masih bawah tanggungan FAMA. Jadi, kita buat duit semasa belajar itu tanpa tekanan. Minda lapang. Nampak jelas konsep 'duit ada di mana-mana' tu.

Bila dah masuk alam bekerja, minda tertutup oleh tekanan. Bila kita buka balik, kita akan nampak balik konsep 'duit ada di mana-mana'.

Macam mana kita buat dahulu, itulah juga yang dapat kita buat sekarang. Saya tak cakap pasal bisnes saja. Sebab bila sebut pasal bisnes, mungkin market semasa bekerja dah kurang berbanding masa belajar dahulu. Keperluannya pun dah lain.

Saya bercakap pasal bagaimana untuk memanipulasi minat untuk jadi duit.

Kata bos saya, dia ada minat. Minat tu taklah termasuk dalam bisnes yang beliau buat sekarang. Minat tu tak mendatangkan duit padanya.

Saya tak berapa setuju. Bagi saya, asal ada minat, pasti ada peluang yang boleh kita cari, supaya minat itu boleh beri kita wang juga!

Bos kecil saya sekarang dah dapat. Beliau minat bidang fotografi. Dan beliau dah dapat peluang buat duit dengan fotografi minggu lepas. Jadi jurukamera majlis perkahwinan. 2 sekali pada hujung minggu.

Dan saya memang minat menulis. Di sekolah saya memang suka subjek BM2-Penulisan (Subjek lain pun minat juga). Minat tu ada sampai sekarang (Mungkin diwarisi dari abah. Atau paman Jit).

Bila saya tau saya minat menulis, dan saya juga perlukan duit, maka saya cari macam mana menulis itu dapat beri saya duit. Saya tulis buku dan artikel. Saya baru bermula, dan saya berpuas hati dengan hasil yang saya dapat.

(Sememangnya setiap hasil karya yang tersiar memberikan saya motivasi untuk terus menulis!)

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Asal saja kita berfikir, berusaha dan berdoa, pasti Tuhan tunjukkan jalan.

Wednesday, November 05, 2008

tahniah amerika!

Saya tak berapa ikuti perkembangan politik dunia (boleh dikatakan dalam Malaysia juga. Haha).

Tapi apabila dikhabarkan Amerika Syarikat telah mendapat seorang presiden baru, presiden pertama keturunan Afrika-Amerika, baru saya mencari-cari maklumat tentang beliau.

Sumber: Berita Harian


Betapa mereka ini mewakili pihak yang terlalu berbeza pendapat. Dan, jika kebanyakan pengundi inginkan kedamaian dunia, lihat manifesto ini saja saya dah tau siapa yang akan dipilih.

Tahniah Obama. Harapan baru untuk Amerika. Dan harapan baru untuk dunia ;)

tag dari noni

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Benda, bukan orang kan? Jadi
- Handphone - resah jika tertinggal di rumah tengah kerja ni.
- Komputer (internet itu bonus)
- Rumah

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
- Majalah Asuh + Aulad + Kawan untuk adik-adik. Jarang beli barang untuk diri sendiri :p

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
- Taman :)

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
- Hubungan apa?

5. Adakah anda sedang dilamun cinta?
- Cinta ada pada diri setiap manusia :p

6. Di manakah restoran terakhir anda makan malam?
- Tak ingat. Lama dah tak makan di luar. Kecuali kenduri kahwin :p

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
Buku, bukan majalah kan? Jarang beli buku. Majalah selalu :)
- Quran Saintifik - Dr Danial Zainal Abidin

8. Apakah nama penuh anda?
- Amira Hariyati binti Ruzaidi (siapa lagi yang tak tahu ni? :p)

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah
- 2-2 ada masa dan topik masing-masing yang senang bual.

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
- Dalam hidup di akhirat saja. InsyaALLAH. Muhammad bin Abdullah. Rindu padanya.. :)

11. Christina atau Britney?
- Apa soalannya?

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
- Termasuk pakaian seluruh ahli keluarga. Kecuali mak yang tak suka bau kuat pelembut Downy yang saya pakai :p

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
- Korea. Dan Makkah.

14. Pelukan atau ciuman?
- Soalan tak lengkap lagi.

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
- Sahabat batch 032 dalam Computer Science, UIA
- Suka buat research ;)
- Lembut, tak pernah berkasar dengan orang
- Rajin pergi interview.. Sebagai latihan saja :p
- Senang untuk berbual lama, macam dah kenal lama.

16. 8 perkara yang amat saya gilai
- Menulis (menaip)
- Mengadap komputer + internet
- Dengar nasyid
- SMS dengan abang
- Motivasikan orang dan buat orang gembira
- Cycling
- Berkebun
- Masuk peraduan

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Tak dapat disenaraikan. Mungkin perlu bantuan yang biasa dengar :p

18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca
- Mastika November
- Dewan Siswa September
dan... (saya ni jarang sangat membaca buku. Jika nak senaraikan bacaan di internet mungkin boleh)

19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
- Lagu-lagu Mirwana
- Lagu-lagu UNIC
- Lagu-lagu Saujana
- Lagu-lagu Nowseeheart
- Lagu-lagu Rabbani
(rasanya dah lebih daripada 9 ni) :p

20. 8 perkara saya pelajari tahun lalu
- Hadir interview
- Cakap English setiap hari selama 5 bulan (FYP punya pasal)
- Beranikan diri, tebalkan muka jual buku
- Uruskan bisnes di bilik
- Silat? :p
- Empati
- Berdiplomat
- Kawan dengan sekumpulan lelaki (pasal kat syarikat ni saya seorang je perempuan!)

21. Mangsa tag seterusnya
Semua yang dalam list blog yang saya ikuti:
- abang
- Along
- Tuan Syarafuddin (yang ni rasanya takkan jawab. Tapi tag ajelah :p )

Wednesday, October 29, 2008

lafaz yang tersimpan



Rasanya isu ni kena batang hidung ramai orang, termasuk saya... Orang Melayu ni memang susah agaknya nak beritahu yang dia sayang... (opps, saya tergeneralizekan semua orang. Mungkin silap. Memang silap)

"Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia"

Tuesday, October 28, 2008

kitty

Sabtu lepas, mak ada terjumpa seekor anak kuning warna kelabu. Kecil lagi, tapi kami tak dapat kesan ibunya.

Aliah nak bela. Mak benarkan.


Nampak tak mukanya? :p Comot lagi. Baru jumpa, sebelum dimandikan.

Saya: Aliah, nak namakan apa kucing ni?

Aliah: Kitty!

Saya: Kitty tu anak kucing. Kucing dewasa jadi Cat. Nanti dia dah besar, takkan nak panggil Kitty lagi?

Aliah: Nanti kita panggil Cat pulak.

***


Aliah: Mak, kucing kencing dalam kotak!

Mak: Tukarlah suratkhabar tu.

Aliah: Mak tolonglah...

Mak: Tuan dialah yang buat. Kan Aliah yang nak jaga kucing? Mak jaga Aliah. Aliah jagalah kucing.

Aliah: Oh, semua orang jaga Aliah, Aliah jaga kucing? Sebab Aliah tak ada adik, kan?

Monday, October 20, 2008

mimpi dan impian

Banyak sangat potensi otak kita ni yang kita belum habis explore. Einstein pun dikatakan baru menggunakan 5% daripada keseluruhan otaknya.

Mimpi masih menjadi misteri pada kita. Tak siapa tahu dengan pasti kenapa kita bermimpi.

Angan-angan itu boleh jadi imaginasi positif. Tapi angan-angan juga boleh musnahkan kehidupan kita sekiranya kita tak mengawalnya. Mat Jenin jatuh pokok kelapa sebab tak dapat kawal angan-angannya.

Impian boleh membuatkan kita berangan-angan. Jika kita mimpikan impian itu, kita mungkin tak mahu atau tak mampu nak bangun dari tidur. Sebab mimpi itu terlalu asyik. Segala apa yang kita inginkan ada dalam mimpi itu.

Tapi, jika kita ingin terus hidup dalam dunia mimpi, kita ingin tidur, kita boleh binasa.

Sebenarnya saya dapat ilham ini daripada siri Supernatural sebentar tadi. Walau temanya karut (tapi saya tak boleh miss walau seminggu), ada mesej yang boleh kita ambil sebagai iktibar.



Dean dihipnosis oleh jin. Jin tu buatkan dia hidup dalam dunia khayalan. Dalam dunia itu, ibunya tak mati. Dia ada isteri. Sam, adiknya juga hidup bahagia sebagai seorang penuntut universiti dalam jurusan undang-undang. Kekasih Sam, Jess juga belum mati. Mereka hidup sebagai manusia biasa. Mereka tak perlu lagi berburu dan korbankan hidup untuk orang lain.

Tapi jika Dean tak sedar itu dan mahu terus tinggal dalam khayalan, dia akan mati. Jin itu akan hirup darahnya sampai darah dalam tubuhnya kering.

[Bagus juga jin Barat ni, guna teknologi perubatan manusia untuk hisap darah. Ada jarum dan beg darah. Bukan melalui ibu jari kaki seperti yang orang Melayu kita selalu cerita]

Walau segalanya indah seperti yang diimpikan, mujur Dean sedar yang kehidupannya yang sebenar bukan begitu. Dean masih ada tanggungjawab yang tanpa upah dan ucapan terima kasih orang. Dean juga tak boleh tinggalkan Sam sendiri teruskan pemburuan.

Jadi, dalam mimpi itu, Dean bunuh diri. Orang kata, jika kita mati dalam mimpi, kita ada sedar dalam dunia sebenar, katanya.

Dean sedar. Sam sedang memanggil-manggil nama dia. Mereka berjaya bunuh jin itu.

Dean cerita semua pada Sam. Sam senyum saja. Dean masih menyesali kehidupan mereka. Dia masih mengeluh akan hidup untuk orang lain. Dia mahu hidup seperti dalam khayalannya.

Sam pujuk. Katanya, dia gembira dengan hidup mereka. Walaupun kehidupan mereka sekarang sangat payah dan perit, tapi ia berbaloi. Mereka dah selamatkan ramai orang.

Saya pernah tonton mesej seumpamanya dalam siri Smallville dan X-Files suatu waktu dahulu.

[Memang, cerita-cerita macam inilah yang saya minat :p ]

Dalam Smallville, Lana yang kecewa lepas break up dengan Clark, bertindak ambil dadah yang dapat membawanya bertemu dengan mendiang ibu dan bapanya. Dia bergantung dengan dadah itu sebab dia sunyi dan tak ada tempat lain untuk mengadu setelah kehilangan Clark.

Dalam siri X-Files [saya ingat gitu-gitu aja, dah lama sangat], Mulder dan Scully dikambus dengan bahan kimia yang menyebabkan mereka berhalusinasi. Mereka mengandaikan yang mereka telah berjaya selesaikan misteri kes tersebut, tapi sebenarnya masih dalam 'kubur'. Jika mereka tak sedar cepat, mereka pasti akan kehabisan oksigen di dalamnya.

Jadi...

Mimpi itu sememangnya indah. Tapi mimpi itu hanya mimpi, bukan nyata. Kita ini hidup dalam alam nyata. Alam nyata itulah hidup mati kita yang sebenarnya.

Kita yang sedang enak diulit mimpi ini wajib sedar. Banyak lagi yang kita perlu buat untuk mengejar kejayaan dalam alam nyata. Untuk satu kebahagiaan yang sebenar.

Begitu juga...

Hidup di dunia ini ialah mimpi. Tapi mimpi secara metaforanya. Kita hidup. Tapi tak kekal. Kita hidup untuk kumpul 'harta. 'Harta' yang boleh dibawa untuk kebahagiaan hidup dalam alam nyata. Alam yang satu lagi.

Bila kita luaskan pandangan, bila kita anggap dunia ini hanyalah 'mimpi', pasti kita akan jadi kurang berkira dengan semua urusan dunia. Pasti juga kita akan membuat yang terbaik dalam segala hal. Kira akan lebih banyak memberi. Kita akan elakkan permusuhan. Kita akan jaga amanah sebaik-baiknya. Sebab kita yakin, setiap perbuatan itu adalah untuk simpanan di sana.

Syurga itu kejayaan yang nyata. Kebahagiaan yang sebenar. Bangun dan kawallah mimpi kita.

p/s: Janganlah ambil dadah jika frust. Tuhan kan ada?

Monday, October 13, 2008

raya 2008

Belum update lagi entri pasal raya baru ni. Tak ada apa sangat nak dicerita. Jadi, hanya 3 keping gambar ni saja yang mewakilkan.

Picture speaks louder than words, kan? ;)


Adik beradik yang tak skema. Di kampung Segamat. Jaworld! :p



Famili yang sporting. Semua merah~ Ada yang lain masih kekalkan tradisi kefamilian macam kami? ;)



'Kembar' kampung. Batch 1984. Pian, Diana, Nora, saya. Kurang lagi 2 orang; Diyana dan Wina. Gambar di halaman rumah Pian di Jementah. Bertemu tak dirancang.

Saturday, October 11, 2008

paperless exams

Tiba-tiba terpacul buah fikir supaya medium paperless disediakan untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan besar sekolah hari ini, seperti PMR dan SPM.

Saya terfikirkan betapa rumitnya untuk menulis karangan menggunakan pen dan kertas. Tak ingat boleh guna liquid paper atau tak, tapi jika boleh, buang masa di situ untuk menantikan liquid itu kering sebelum boleh ditulis semula di atasnya.

Jika tak boleh, jika menggunakan pemadam pen pun buang masa juga. Silap-silap haribulan, kertas jawapan boleh koyak. Jika tak guna pemadam pen? Potong mana yang salah, selit yang betul di celah-celah yang ada.

Berbanding jika hanya menaip menggunakan komputer, jika silap hanya boleh 'delete' atau 'backspace'. Semasa menyemak pula, jika tiba-tiba datang ide lain, boleh saja terus masuk ke dalam baris-baris tertentu.

Jika di kertas, macam mana pula? Guna penyelit kata? Atau anak panah menunjukkan ada ayat yang tertinggal dan tulis di helaian lain?

Internet? Kita matikan.

Kalau pelajar tertutup program tanpa save? Kita boleh buat sistem autosave.

Mudah untuk orang belakang skodeng jawapan orang depan? Mungkin boleh gunakan laptop berbanding desktop yang mempunyai skrin yang lebih kecil.

Atau, bina kemudahan seperti di sesetengah lab komputer yang meletakkan monitor di bawah cermin kaca meja. Jadi, hanya pelajar itu saja yang boleh nampak apa yang ada di skrin.

Bila dah boleh buat kemudahan macam ni dengan tujuan memudahkan penulisan karangan atau kertas-kertas lain yang memerlukan penulisan yang panjang seperti subjek Agama dan Sejarah, mungkin boleh difikirkan cara yang sama digunakan untuk kertas objektif.

Kita sediakan software kertas objektif yang membenarkan pelajar menjawab A, B, C atau D dengan mudah. Dengan satu klik saja.

Tak perlulah banyak peraturan kena guna pensil 2B dan mesti gelapkan keseluruhan bulatan jawapan tanpa boleh sedikitpun ada kawasan putih. Tak boleh juga 'warna' lebih-lebih sampai terkeluar daripada border bulatan jawapan yang disediakan.



Jadi, cikgu pun dah tak boleh takutkan pelajar, jika tak cukup syarat 'mewarna' tu, kertas jawapan akan direject.

Bagi kertas soalannya, boleh juga terus dimasukkan dalam komputer, atau mungkin juga masih perlukan bentuk hardcopy. Untuk tujuan conteng-contengan dalam mengingat jawapan. Saya pun lebih selesa jika ada kertas yang boleh diconteng semasa menjawab peperiksaan.

Lepas dah habis jawan soalan, boleh submit ke server LAN. Atau untuk ujian atau peperiksaan sekolah, kepada inbox LAN cikgu yang berkenaan.

Jadi, dengan ide ini...

Satu, jimat pokok. Tak perlu kertas yang banyak-banyak.
Dua, jimat belanja. Tak perlu keluar duit untuk beli alat tulis lagi.
Tiga, pelajar boleh fokus lebih dalam memikirkan jawapan, bukan macam mana nak mencantikkan jawapan.
Empat, boleh jadi penggerak pelajar untuk sekurang-kurangnya mahir menaip. Lebih bagus jika tau perkara asas berkenaan komputer.
Lima...

Cikgu tak perlu lagi pening kepala dengan tulisan pelajar yang macam cakar ayam. Kecualilah itu kertas subjek Khat yang memang nak lihat tulisan pelajar dalam proses pemarkahan.

Setakat yang saya fikir selama 5 minit ini, tak ternampak pula kenapa kita tak boleh nak laksanakan ide ni. Mungkin ada kelemahannya?

[Oh, ye. Jangan cakap pasal bisnes kertas dan pen/pensil akan rugi.]

Ucap selamat pada adik-adik yang bakal menduduki PMR Isnin depan. Buat betul-betul tau! Lepas periksa boleh sambung raya ;)

Friday, October 10, 2008

pelihara amanah II

Semasa masih belajar dahulu, saya pernah menulis mengenai amanah. Sekarang saya menulis semasa telah bekerja pula.

Jika kita hayati maksud amanah, ternyata kehidupan bekerja lebih sukar daripada waktu belajar.

Semasa belajar dahulu, amanah yang paling besar yang kita tanggung ialah wang. Wang pinjaman atau biasiswa yang diamanahkan oleh yang memberi kepada kita supaya digunakan untuk kemudahan pembelajaran, bukan menonton wayang atau beli telefon bimbit.

Namun, kita masih ada waktu personal yang sangat banyak. Iaitu selain waktu kelas. Kita bebas buat apa saja.

Lain pula dengan kehidupan bekerja. Jika kita kerja makan gaji (bukan shift), 8 jam sehari kita pada hari bekerja adalah milik majikan kita. Mereka menggaji kita untuk melakukan kerja pejabat dalam tempoh tersebut. Kita sebenarnya tak boleh buat kerja peribadi atau kerja lain selain kerja syarikat.

Berat kan?

Saya menulis sekarang menggunakan masa yang diperuntukkan untuk membuat kerja pejabat. Saya menulis di pejabat. Saya menggunakan komputer dan tenaga elektrik syarikat. Saya sebenarnya tidak amanah.

Mujur majikan dah beri kelonggaran awal-awal. Kata beliau, tak mengapa untuk kami menggunakan 20 peratus daripada masa pejabat untuk kerja peribadi. Baik untuk social networking kami. Kami perlukan social networking selain bekerja. Lagi pula jika di rumah pun, bukannya kami menggunakan 100 peratus masa untuk urusan peribadi. Mungkin 20 peratus ada juga fikir hal pejabat. Jadi, ada keseimbangan di situ.

InsyaALLAH, dari segi ni saya dah terlepas daripada bebanan amanah yang tak terpikul.

[Helo, kerja di pejabat dengan internet connection? Boleh ke nak fokus pada kerja pejabat saja?]

Masih memikirkan perkara lain untuk semak diri daripada jadi tak amanah.

Monday, October 06, 2008

hari ulangtahun kelahiran ke 24

Terima kasih kepada yang menghantar SMS ucapan selamat hari lahir pada 28 September yang lalu (dan yang terkemudian). Antaranya...

Amy (tu, yang masuk chatbox tu!) dan Saleh (saya macam tak percayalah awak masih ingat lagi..), sahabat seperjuangan ICT di UIA dahulu,
Amran sahabat dari MRSM-UIA dan Ina pacarannya (maaflah, terpaksa jatuhkan saham kamu di sini),
Dalela roommate di UIA Gombak,
Barakah kenalan baru dari UIA juga
Wawa, Po'an dan Maznie sahabat dari MRSM dahulu, serta
Mizie, kenalan dari program lepasan SPM, PKSN dahulu.

Terima kasih banyak-banyak kerana masih mengingati. Tak lupa buat abang yang tak SMS tapi terus call. Biasalah... kan? ;) (Saya tak salah letak link. Memang dia ni dah ada blog baru!)

Senarai ni tak termasuk yang wish selepas diingatkan. Antaranya...

Tak payahlah sebut, malu pula kalian :p

Senarai ni dah berkurang jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Agaknya sebab kebanyakan kawan-kawan dah sibuk bekerja, dah ada fokus sendiri, ada yang dah ada keluarga baru lagi, tak sempat nak menghafal tarikh lahir kawan-kawan lagi :p Tak kurang, sebab dah nak dekat raya masa tu, tambah sibuk lagi.

Tak apa, asal tak lupa kawan sudahlah. (Kalau dulu, tak apalah bila lambat wish bukan lupa terus. Yang sebelum tu pula tak apa jika tak ada hadiah, ingatan yang penting)

:p

Selamat hari lahir ke 24 Amira Hariyati Ruzaidi!



Update:

Atas permintaan daripada seorang sahabat yang mengomen [boleh rujuk, saya takkan padam], saya nak senaraikan jugalah yang wish di laman Friendster saya. Terkecuali, mereka yang saya kurang kenal.

Kak An, senior HS di UIA yang wish in advance,
Abang Pyan, Suffian Amrin dari kumpulan Saujana. Hins, hins, hins! (Astagfirullah...),
Abang Firdaus Khairi, programmer comes bakal wartawan dan penulis terkenal (ehem ehem, nak kahwin dah dia ni),
Fatin Nurul Aishah Zuhir, sahabat sekolah rendah dahulu,
Datin Munirah Rossdy. Siapakah dia? Sahabat seperjuangan dalam jurusan Sains Fizikal di matrik UIA dulu, dan...
Rosnani dan Asmahani, staff client dari Kedah :)

Ada lagi yang nak menambah? :p

mc. ada alternatif?

Saya tak pernah faham konsep MC. Bukan Master of Ceremony, tapi Medical Certificate.

Staf yang sakit dan tak mampu nak datang pejabat untuk bekerja kena dapatkan MC daripada doktor sebagai membuktikan yang dia sakit dan membolehkan dia berehat di rumah, tanpa dikira sebagai ambil cuti.

Saya pun pernah juga berjuang untuk mendapatkan MC semasa di universiti dulu. Kenapa berjuang? Saya masa tu memang payah sangat nak bangun. Berdiri, jalan sikit boleh pitam. Darah tak sampai kepala.

Memang tak mampu ke kelas untuk beberapa hari. Tapi perlu ke klinik untuk dapatkan MC. Sebab, hanya boleh dapat MC jika ada buktinya. Kalau hari selepas tu saya dah sembuh, macam mana nak buktikan pada doktor yang saya pernah sakit?

Tapi, jikalah tak mampu nak pergi ke kelas/pejabat, bagaimana dikatakan mampu pula nak ke klinik untuk dapatkan MC? Memang tak mampu. Lebih-lebih lagi jika tidak ada orang lain yang boleh diharapkan bantuan untuk bawa kita ke klinik. Nayalah pada yang memang sakit tapi tinggal bersendiri.



Tu belum sentuh pasal pekerja yang sanggup beli MC dan doktor yang sanggup jual MC.

Rasanya, perlu pendekatan lain untuk gantikan MC sebagai bukti kita tak sihat dan tak mampu hadir ke kelas/pejabat. Ada cadangan?

Thursday, September 25, 2008

...

Berapa ramai antara kita yang apabila dah masuk dunia pekerjaan masih mampu meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan rasa bertuhan dan sensitiviti pada agama?

Tanpa ada lagi kelas-kelas agama sekurang-kurangnya kelas wajib FKM/IRK setiap semester.
Tanpa ada lagi program atau ceramah motivasi.
Tanpa ada lagi konsert nasyid mendidik jiwa.
Tanpa ada lagi sahabat-sahabat sefikrah dan setarbiyah di sisi untuk terus mengingati diri pada Tuhan?

Sesungguhnya terasa sangat kurang makanan hati dan rohani Ramadhan kali ini.. dan.. kosong...

Friday, September 05, 2008

pemberitahuan

Sila dapatkan majalah Dewan Siswa September 2008.

Sila selak halaman 46. Karya saya ada di situ. Selamat membaca! ;)

Selamat berpuasa juga. Saya tertanya-tanya bagaimana pula menu iftar di masjid UIA tahun ni. Rindu pada roti dan sup. Sudah setahun ya berlalu sejak iftar dan hidup di lab FYP? :)

Sunday, August 31, 2008

menjelang 31 ogos

1. Selamat Hari Merdeka ke 51!

Jika dihayati benar erti merdeka, kita boleh rasa sebak dan terharunya. Mengenangkan bagaimana masyarakat terdahulu bersusah payah mengusir penjajah daripada menguasai tanahair kita.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan filem Leftenan Adnan 8 tahun dahulu. Satu-satunya filem sejarah yang diceritakan kembali dalam dunia moden hari ini yang mendapat tempat dalam hati saya. Bagaimana Leftenan Adnan lakonan Hairi Othman berjuang hingga ke penghabisan.

Askar Melayu pada masa itu telah tumpas. Mereka berundur. Tetapi Leftenan Adnan tak sanggup melihat penjajah mara. Beliau bersendirian keluar dari persembunyian sementara dan merobek perut setiap askar penjajah yang mampu. Dalam keadaan itu, hanya shahid yang diharapkan. Beliau tumpas. Mayat beliau digantung pada pokok dan setiap askar penjajah yang lalu akan menikamnya.

Dahulu, mereka semua boleh bersatu. Sekarang, kita ada duri dalam daging. Musuh dalam selimut. Atau, bagaimana rakyat Malaysia sendiri tak membantu dalam mempertahankan rakan senegara, tetapi cuba merompak, mencabul atau membunuh sesama sendiri.

Dahulu, mereka rindukan kemerdekaan. Sebak yang sukar digambarkan apabila Jalur Gemilang berkibar menggantikan Union Jack. Apakah ertinya Jalur Gemilang itu kepada kita sekarang?

Dahulu, mereka bukan sekadar bertempur dengan satu bangsa, malah begitu banyak bangsa yang cuba nak merampas hak kita. Tapi mereka berjaya pertahankan. Kita, dengan mudahnya membenarkan budaya bangsa asing meresap masuk ke dalam cara hidup kita. Kita memandang sepi pada budaya timur dan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kini, kita seolah-olah hilang pedoman. Terumbang-ambing mengikutkan entah siapa. Kita seolah-olah hilang jatidiri. Kita hilang kebanggaan sebagai rakyat Malaysia yang sangat kuat pada masa dahulu. Kita hilang superhero! Kita malu dan rasa kerdil. Sedangkan Islam adalah agama yang terhebat dan Melayu dahulu seperti Hang Tuah dan Tok Janggut!

Apalah lagi erti merdeka untuk kita sekiranya kita tak menghayati, menginsafi dan menghargai perjuangan masyarakat terdahulu dan kembali kepada jatidiri kita yang asli? Jangan hanya tahu membakar bunga api.




2. Tahniah Azhan!

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan Akademi Nasyid musim sulung ini. Finale AN tadi berakhir dengan pengumuman kemenangan pada saudara Azhan. Memang salah seorang daripada tekaan juara saya, selain Cicik. Azhan dan Cicik memang setanding. Tapi mungkin Azhan punya lebih kesederhaan dan nilai ketaqwaan yang memungkinkan beliau jadi juara.

Ini nilaian saya. Kalian pasti ada pendapat masing-masing, bukan?

Tuesday, August 26, 2008

convo 2008

Ahad lepas was my big day [= hari besar/kebesaran?]. Saya dengan rasminya dah bergelar graduan! Selama ni kira macam tak kiralah tempoh menganggurnya sebab sijil tak dapat lagi [boleh ke macam tu?].

Course ICT konvo pada Ahad petang. Kami sekeluarga sampai di UIA dah jam 1 petang. Mula masuk dewan jam 2 petang dan majlis mula setengah jam lepas tu. Masa tu dah renyai-renyai. Kasihan pula abang yang diberi amanah jaga Ayuni dan Aliah yang tak dapat masuk ke dalam CAC. Syarat usia yang dibenarkan masuk ialah 12 tahun ke atas saja. Mujur juga ada abang yang pandai melayan budak :)

Banyaknya belon!


Amboi, saya pun tak sempat bergambar di sini.


Pakai jubah baru dengan tradisi pemakaian alas kepala yang dipecahkan dengan mortar kali ni mendebarkan juga. Sudahlah cangkuk hadapan jubah asyik tercabut saja, risau jugak mortar tertanggal di atas pentas.

Graduan ICT konvo satu sesi dengan graduan Education dan Enginneering. Warna yang memonopoli dewan sudah tentu warna merah 'mantel' graduan Engineering [macam Superman dah]. Pemakai mantel hijau cuma 2 baris paling belakang [macam apa pula? Green Arrow atau Green Goblin? :p]. Tahun sebelum ni mana ada mantel-mantel ni. Jubah sehelai dan hiasan logo UIA di tudung saja.

Konvo kali ni tak ada rehearsal. Tak pasti kenapa. Tapi ada yang kata, ada dengan tak ada rehearsal sama saja. Graduan tetap dengan gaya jalan masing-masing. Jalan tanpa protokol tunduk hormat dan langkah setapak tak apa lagi.

Lebih havoc bila graduan Engineering buat aksi 'free' atas pentas lepas ambil fail sijil. Ada yang dabik dada. Ada yang buat tanda 'peace'. Ada yang angkat fail. Tak kurang yang ambl fail sambil senyum pandang kamera dengan pose paling baik [yang ni graduan perempuan Engineering berani buat]. Maka, yang di bawah pun bersoraklah. Jadilah majlis seperti tak formal. Nasib baik Sultan Pahang tak ada.

Separuh graduan langsai ambil sijil, majlis diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid UIA. Ketuanya, adik TelagaBiruFan saya, Mokhtar. Tahniah dik. Bangga akak jap :)

Majlis bersurai lebih kurang jam 5 petang. Budak-budak ICT konon pakat nak ambil gambar satu batch. Keluar saja, semua hilang entah ke mana. Bertebaran di muka Taman Ilmu dan Budi.

Iyalah, masing-masing tentu datang dengan keluarga. Sudahlah majlis punya lama cuma nak saksikan sedetik anak mereka ambil fail kosong di atas pentas, cuaca pula kurang baik. Masih gerimis seperti sebelum masuk. Macam mana boleh sempat nak berkumpul sesama kawan lagi?

Malam itu, saya ke tapak Convest. Singgah di Kafe HS, jumpa Kak Bai, Nurul dan abang Aziz sedang 'berkelah'. Di tapak Convest kebetulan jumpa pula Syafiq, sahabat Allied Health Science dari matrik dulu. Abang Moha pun ada! Tentu, dengan isteri beliau ;)

Kami dengan adik beradik Nurul Insyirah dan Nurul Baizura.


Yang tak bestnya, suara band bunga busuk [Rafflesia] pula berkumandang. Mujur ada kumpulan nasyid Madani menawar racun yang masuk ke telinga ni. Tapi, alahai, 2 lagu saja? Saya tak pernah faham kenapa band luar ni dibenarkan [atau dijemput] masuk dalam aturcara pentas tapak Convest. Tak sedap dan bukan bawa lagu berunsur dakwah pun.

Kumpulan Nasyid Madani.


Esoknya, konon nak menjalankan aktiviti hari semalam yang tak jadi. Tapi batch ICT kami yang ada cuma saya, Nawa dan Rafi. Maka, berjalanlah kami bertiga ke sana sini cari port cantik untuk bergambar.

Selesai sesi bergambar, masing-masing pulangkan jubah dan ambil sijil. Rasa canggung juga sebab tak jumpa mereka yang lain buat kali terakhir. Lepas ni mungkin susah dah nak jumpa lagi.

Lawatan ke UIA kali ni masih ada perkara pertama yang saya buat. Yes, sepanjang 4 tahun di UIA!

1. Sarapan di booth Nescafe sebelah perpustakaan.
2. Berbelanja di Kyros Kebab.

Kedua-duanya sebab saya dah dapat merasa pegang duit sendiri. Kan saya dah kata, saya ni kedekut amat :p

Jam 5 petang, saya bertolak ke Greenwood untuk tunggu bas Transnasional di situ. Maka berakhirlah pengembaran kali ini. Hingga lain kali!

Petang itu, Azwa, graduan terbaik Convo 2008 hulurkan kad jemputan kepada saya. Kad jemputan walimah beliau. Mungkinkah saya sampai ke Muar hujung minggu ini? Fuh, aktif betul saya pada bulan Ogos tahun ni. Jika tak kerana aktiviti sendiri, saya hadiri kenduri kahwin sahabat-sahabat yag banyak sungguh clash. Ampun kepada yang saya tak dapat hadiri~ x_X

Sila ke http://panoramira.blogspot.com untuk gambar-gambar kenangan di UIA kali ini.

Friday, August 22, 2008

malam simfoni kesyukuran

Konsert didik jiwa
Oleh Norhayati Nordin

Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang dan Yayasan Itmam, konsert hiburan berkonsepkan Islamik ini akan dibarisi kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti Rabbani, Raihan, Hijjaz, Saujana, Fareast serta Syifa termasuk Aisyah dan Bienda.

Pengerusi Bersama Malam Simfoni Kesyukuran, Mohd Asri Ibrahim, berkata konsert yang diadakan di Padang MPK 2 Kuantan itu dijangka berlangsung selama dua jam. Malah setiap artis mendendangkan tiga atau empat lagu menghiburkan pengunjung.

“Kemasukan pengunjung ke konsert ini adalah percuma. Bahkan, Munsyid mensasarkan sehingga 50,000 pengunjung hadir menyaksikannya nanti. Bagaimanapun, kami (Munsyid) bertuah kerana mendapat kerjasama yang baik daripada Kerajaan Negeri Pahang.

“Selain pejabat Menteri Besar Pahang, kerjasama turut diperoleh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Pos Laju, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kebudayaan, Belia dan Wanita serta Jabatan Penerangan dan Penyiaran.

“Bersandarkan tema Menjana Ummah Gemilang, pelbagai program menarik bercorakkan ‘mendidik jiwa’ disediakan. Bukan saja konsert, turut diadakan persembahan multimedia, pentomen dan tazkirah yang lebih menumpukan pada motivasi diri,” katanya.

Mohd Asri berkata, ini bagi membangkitkan rasa cinta pada negara dan memahami keberkatan Ramadan. Secara tidak langsung, ia mendekatkan pengunjung dengan pencarian dunia dan akhirat. Katanya, diharapkan peluang sebegitu tidak dipersiakan.

Menyentuh mengenai Munsyid, Mohd Asri berkata, ia (Munsyid) ditubuhkan kira-kira sebulan lalu dan diasaskan tiga kumpulan nasyid ternama tanah air iaitu Rabbani, Raihan dan Hijjaz. Katanya, matlamat utama untuk menyampaikan mesej dakwah dan menjadikan nasyid hiburan alternatif masyarakat negara ini.

“Boleh dikatakan, penerimaan peminat muzik dan pendengar hari ini terhadap nasyid sangat baik. Sambutannya bagus dan itu menandakan industri nasyid semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Justeru, program seperti ini satu langkah yang wajar.

“Sekalipun Malam Simfoni Kesyukuran ini percubaan pertama Munsyid, tetapi ia dianggap pembuka jalan pada perkembangan peranan dan pengaruh kami terhadap penganjuran program berunsurkan ilmiah untuk jangka masa panjang,” katanya.

Hadir sama pada majlis sidang media Malam Simfoni Kesyukuran yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala, baru-baru ini, wakil kerajaan Negeri Pahang daripada Jaip, Nur Ridzwan Abd Manna dan Pengarah Program Malam Simfoni Kesyukuran, Azadan Abdul Azizi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka hadir merasmikan Malam Simfoni Kesyukuran berkenaan. Ditanya pula mengenai apakah penubuhan Munsyid kerana penganjuran konsert itu, jawapannya adalah ‘kebetulan’.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Esok, jam 8.30 malam di Padang MPK 2. Masuk adalah percuma. Mari kita sama-sama meramai dan memeriahkannya! ;)

Di UIA pula...



Sumber: http://saujana.net.my/

Wednesday, August 20, 2008

chak de india

Malam semalam saya tonton cerita Chak De India lakonan utama Shahrukh Khah yang telah mula ditayangkan setahun yang lepas. Filem ini tentang perjuangan pasukan hoki wanita kebangsaan India. Shahrukh Khan jadi jurulatih mereka. Ajaibnya, filem ni dah lari langsung daripada stereotaip filem India yang dah popular sebagai trademarknya.

Antara kelainan yang ditonjolkan melalui filem ini ialah:

+ Tak ada heroin [atau boleh kata ada 16 heroin].
+ Tak ada scene menyanyi dan menari walaupun lagu masih ada [rasanya tak ada cerita tanpa lagu].
+ Tak ada tema percintaan atau kekeluargaan.
+ Tak ada polis, tak ada gaduh-gaduh.

Tema utama Chak De India ialah semangat berpasukan dan semangat cintakan negara.

Salah satu pengajaran yang saya dapat ambil daripada filem ini ialah kadangkala ego perlu dikorbankan untuk satu matlamat berpasukan yang lebih utama.

Komal dan Preeti saling berebut untuk menunjukkan masing-masing adalah yang terbaik. Demi menjaringkan gol paling banyak, mereka yang masing-masing berada di posisi penyerang seboleh-bolehnya tak mahu melepaskan bola hoki yang telah berada dalam tangan mereka.

Sikap ini seolah-olah seperti mereka bermain untuk pihak lawan, kata Kabir Khan, watak Shahrukh Khan. Pihak lawan dapat baca pergerakan mereka dan menyebabkan penjaga gol lawan ambil tindakan berani keluar dari kawasan gol. Mujur Komal yang ketika itu pegang bola mengenepikan ego dan bertindak menghantar bola kepada Preeti untuk dijaringkan.

Dan mereka dapat jadi juara dunia, menewaskan Australia yang sebelum ini pegang rekod johan 6 kali berturut-turut.

Daripada cerita ini juga, saya terfikir tentang drama/filem kita.

Berapa banyakkah cerita kita yang menunjukkan ekspresi watak yang bangga dan terharu apabila dikibarkan Jalur Gemilang, siap dengan lagu sayu menjadi latar?

Nak tonton cerita ni? Pinjam dari dia ni. Terima kasih Tuan YB! :p

Dan, ke bawah ini untuk laman rasmi Chak De India:

Sunday, August 17, 2008

tagging mode

Kena tag pulak dari abang. Huhu~

Jadi, ni lah soalan yang saya kena jawab:

1. Nama timangan oleh yang tersayang:
Mira [memang tak ada nama lain dah. Hehe]. Adik-adik panggil kakak. Tak ada along atau kak long.

2. Anda seorang yang...
+ Belakang pokok. Tak suka jadi perhatian. Tapi kadang-kadang nak juga penghargaan :)
+ Agak beremosi. Tapi tak selalu akan cakap apa yang nak cakap. Cuma akan luah pada yang tertentu saja, ikut keadaan.
+ Pendiam, tapi dah ok sikit lepas kenal abang. Dia yang ajar saya cara bercakap :p

3. Apa keistimewaan yang teristimewa di mata saya?
+ Yang istimewa, tak nampak di mata, tapi di rasa hati ;) Dia tak semestinya tampak istimewa pada mata kebanyakkan, tapi cukuplah jika dapat buat saya rasa istimewa dan dapat tempat istimewa. Maka, selamanya akan bahagia :p

4. Makanan kegemaran:
+ Kuey teow goreng basah HS.
+ Nasi putih + daging masak merah + merah mata HS.
+ Telur goreng masak apa-apa pun. Goreng pun sodap!
+ Sambal tumis petai mak.

5. Warna kegemaran:
+ Merah jambu
+ Coklat... [tak ingat kod RGB dia]

6. Sikap yang membuatkan saya stress:
+ Cakap ikut sedap mulut.
+ Ustaz hipokrit.
+ Cakap tak serupa bikin.

7. 7 benda dalam handbag:
+ Jarang pakai handbag. Selalu pegang saja purse dan handphone :) [Selalu kena marah dengan abang :p ]
+ Jadinya, kalau nak senaraikan sampai 7 barang tu memang tak dapatla. Beta tak ada lipstick, cuma lipgloss. Tu pun jarang pakai. Bedak asas? Masa kecil dulu adalah. Sekarang dah tak pernah ada. Apatah lagi makeup lain. Nehi~

8. Kali terakhir nangis beria-ia:
+ Dengar nasyid...
+ ...

9. Tag 5 kawan:
+ Siapa-siapa sajalah nak baca ni dan nak memperkenalkan diri pada orang :p

Saturday, August 09, 2008

pra spkg08

Saya baru pulang dari perjumpaan ANSARA Kuantan dengan para guru di rumah Dr. Kamarizan, atau lebih glamer sebagai rumah Cikgu Lela. Dr Kamarizan ialah suami Cikgu Lela, cikgu Kimia saya semasa di maktab. Suami beliau pula adalah salah seorang bekas pelajar MRSM Kuantan. [Dan kebetulan pula ialah doktor yang berkhidmat di salah sebuah syarikat client Montoque!]

[Saya tahu, saya masih belum ceritakan lagi tentang hari minggu saya, ke mana saya sehinggakan tak berpeluang menyaksikan siaran langsung konsert Akademi Nasyid pada minggu itu. Maaf, tapi saya lebih senang menulis pada perkara yang tidak terbeban. Jika saya menanti saya sudahkan yang terdahulu sebelum yang kemudiannya saja, bimbang saya takkan tulis apa-apa.]

Terima kasih pada Azwan dan Kak Syafa sudi bawa dan temani saya ke sana. Jika tiada kalian, memang kera sumbanglah saya di situ. Oh ya, Azwan kebetulan juga [lagi] ialah supersenior di maktab juga!

Kenapa tiba-tiba ada perjumpaan malam ni? Sebetulnya ini adalah perjumpaan pra Sireh Pulang Ke Gagang 2008 (SPKG08). Rasminya akan bermula esok [sama tarikh dengan bermulanya sukan Olimpik Beijing :) ]. Aktiviti akan bersangsung sehingga tengah hari Ahad.

Yang hadir tadi memang ramai [walau sepatutnya boleh ramai lagi sebab batch MRSM Kuantan bermula dari tahun 1974. Dan yang dijemput hadir pada perjumpaan ANSARA ialah... semuanya!]. Ramai yang seusia bapa saya. Ramai juga yang penampilan dan gayanya lebih muda daripada saya [ingatkan saya dah yang paling muda di situ].

Rakan perempuan sama batch cuma ada Aween seorang. Yang lain semuanya lelaki. Saya tak sempat hadam wajah setiap seorang untuk dikenali. Yang pasti tak ada yang asing. Wajah mereka langsung tak berubah. Mungkin lebih berisi. Cuma nama mereka saya kurang pasti.

Pertemuan tadi sebentar cuma. Tapi dalam saat-saat akhir nak pulang tu, baru boleh berkumpul semua batch 2000/01 dan ambil gambar kenangan. Baru juga boleh kenal siapa itu MIRAKIMURA.



Heh. Ya. Saya cuma dikenali dengan MIRAKIMURA, bukan Amira Hariyati. Bukan seorang bekas pelajar kelas C1 00/01, tapi sebagai owner yahoogroup mrsmkuantan_millenium dan pemilik blog Bisikan Nurani. Apa-apapun, masih mampu berbangga kerana dikenali walau bukan di maktab dahulu :p

Terima kasih buat semua yang datang. Nampaknya pengaruh saya kuat pada sebelah lelaki, bukan perempuan :p Yang hadir pula kebanyakannya yang tidak hadir pada SPKG tahun lepas. Moga kalian dapat bergembira dan berseronok dapat pulang ke maktab dan bertemu kembali teman-teman lama. Juga jangan lupakan tanggungjawab sebagai pendidik semasa program nanti.

Saya? Harus pulang ke kampung di Segamat, Johor. Lupakan SPKG dan kenduri kahwin Wan-Faheem di Kajang dan abang Hamdi di Melaka. Minta maaf. Tak bermakna saya lupakan kalian. Kalian masih di hati, dalam doa. Cuma jasad saya tak sampai merantau jauh ke sana lagi. Atas kekangan masa dan keadaan.

Apa-apapun, selamat pengantin baru kepada Wan-Faheem dan abang Hamdi-pasangan. Ada rezeki kita bersua lagi. Begitu juga dengan sahabat-sahabat MRSM Kuantan. InsyaALLAH, tahun depan kita jumpa lagi di SPKG09!

Monday, August 04, 2008

akademi nasyid. perlukah?

Saya baru langsai menyaksikan ulangan Konsert Akademi Nasyid minggu lepas di laman web TV9. Seperti biasa, sebab saya tak ada di depan televisyen pada masa itu. Selepas ini akan saya ceritakan ke mana saya hujung minggu lepas.

Saya memang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan persembahan 2 peserta kegemaran saya, Azhan dan Cicik. Sampai ke Part 4, saya mula fokus. Saya suka benar dengan penyampaian lagu 'Pergi Tak Kembali' stail Azhan.

Pada mulanya saya ingat beliau tak sesuai bawakan lagu yang dibawa oleh kumpulan Rabbani secara rancak ini. Tapi Azhan memang hebat. Beliau dapat sampaikan lagu tersebut dengan gaya tersendiri tanpa ada rasa ada yang tak kena. Malah temponya pun diperlahankan. Maka, benar seperti kata juri, mesej lagu 'Pergi Tak Kembali' dalam tempo yang perlahan lebih mudah dihayati rupanya.

Dikuti persembahan Cicik dengan tema lagu yang sama, mati. Cuma lagunya daripada genre yang rancak, Andaiku Tahu. Nyanyian asal kumpulan Ungu. Persembahan beliau memang menyengat. Mungkin juga dibantu oleh latar gambar hiba bonda beliau. Saya tak pasti apa sebab bonda Cicik menangis teresak-esak. Mungkin kerna persembahan Azhan sebelum itu, atau sebab klip video yang disumbangkan Cicik? Dan saya turut mengalirkan air mata..

Saya teringin untuk menjawab persoalan yang dilontarkan Abddu dalam entri saya berkenaan peserta wanita yang kurang daripada lelaki dalam Akademi Nasyid ini. Beliau tak beri komen terus pada topik entri saya, tapi mempersoalkan tentang mengapa perlupun ada Akademi Nasyid ini.

Saya tak nampak pula kenapa tak perlu ada Akademi Nasyid ini. Ia boleh dihasilkan daripada seribu satu sebab, juga menghasilkan seribu satu kesan. Tak lupa persoalan-persoalan yang timbul daripada fenomena asing ini.

Secara peribadi, saya tak membantah walau sedikit pada kemunculan Akademi Nasyid ini. Memang ada asas bagi persoalan yang ditimbulkan oleh Abddu, kenapa perlu kita bazirkan banyak wang untuk mempertandingkan program so-called siapa yang paling bagus dalam menyampaikan salah satu cabang dakwah; hiburan.

Segala yang kita lakukan, kita perlu ada platform atau tapak yang kukuh untuk memungkinkan kita jadi nombor satu. Berada antara yang terbaik dalam bidang yang sama. Kita perlukan pengaruh. Islam itu memang berpengaruh kerana ketulusan dan kebenaran agama itu sendiri. Tapi, tanpa ada sesiapa yang menyampaikan, bagaimana kita dapat membuktikan yang Islam itu benar-benar berpengaruh?

Mengapa perlu Akademi Nasyid? Saya boleh beri 2 jawapan:

1. Untuk peserta: Sebagai alternatif bagi mereka yang ada kesedaran sebagai pendakwah dan fitrahnya ialah pada hiburan.
2. Untuk penonton: Sebagai alternatif hiburan yang mendidik jiwa. Tidaklah jika nak berhibur saja, kena tonton Gangstarz atau Akademi Fantasia.

Kita memang boleh berdakwah cara lain. Bernasyid, tanpa perlu glamour. Memang boleh. Tapi setakat mana pula lingkungan pengaruh kita berbanding jika masuk mainstream?

Begitu juga dengan kumpulan rock underground kita yang salah seorang yang turut serta ialah sahabat saya. Beliau nak sampaikan sesuatu menerusi lagu-lagunya, tetapi tak masuk mainstream hiburan. Luas mana pengaruhnya?

Saya tak dapat bandingkan rock dengan nasyid yang baru nak berkembang ni. Peminat muzik rock ada di mana-mana sejak dahulu lagi. Pendengar dan peserta secara langsung muzik rock ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang nak bebas merdeka, daripada golongan yang memberontak yang mahu suara mereka didengar.

Jadi, jika sahabat saya itu berdakwah dalam lingkungan mereka saja pun saya kira sudah cukup. Apa lagi di bandar metropolitan Johor Bahru yang kes sosialnya adalah yang tertinggi di Malaysia.

Program Akademi Nasyid ini adalah satu usaha yang baik untuk mengenengahkan nasyid sebagai salah satu baca kita berhibur. Supaya lingkungan pengaruhnya lebih luas. Bukanlah daripada mereka yang memang sedia minat pada nasyid. Dan hiburan ini bukanlah yang calang-calang, tetapi sebagai pendidik jiwa. Seperti kata Ustaz Akil, sepatutnya nasyid ini jadi hiburan utama, bukan alternatif. Sebab, ingat Tuhan perlu didahulukan sebelum perkara-perkara lain.

Abddu, anda juga adalah seorang penasyid. Tetapi apalah gunanya jika anda dan kumpulan anda saja yang mendapat kesedaran hasil daripada lagu yang anda cipta dan sampaikan? Bukankah mereka yang paling berguna itu ialah yang paling berbakti untuk umat manusia?

Kita boleh buat banyak usaha untuk berdakwah. Nasyid ini salah salah satu caranya. Biarlah mereka yang berada dalam mainstream hiburan ini buat kerja dan usaha mereka. Kita boleh cuba dalam bidang lain pula.

Bagi nasyid yang dipertandingan pula... Itu bergantung pada persepsi kita masing-masing. Tetapi selagi boleh dipandang dari aspek positif, kita positifkan. Bagi saya, Akademi Nasyid, selain mempertandingkan bakat suara, juga yang utamanya ialah ketulusan penyampai menyampaikan mesej dakwah. Adakah kita dapat ukur yang itu? Ya, kita dapat. Cuba semak komen saudara Farihin pada setiap konsert. Beliau lebih utamakan emosi yang hadir pada penyampaian, baru lihat pada bakat suara.

Apa-apapun, memanglah nak sampaikan mesej melalui lagu perlu pada suara yang sedap didengar. Jika tidak, siapa pun tak mahu dengar. Adakah anda mahu?

Cuba saksikan Part 4 Konsert Akademi Nasyid ke 7 ini. Saya kira, ia boleh jadi klip video terus untuk Cicik.

Wednesday, July 30, 2008

minat baru?

Pengumuman. Saya dah ada hobi [baca: minat] baru [tak boleh digelar hobi sebab belum lagi masuk fasa yang bila saja ada kelapangan mesti terfikir untuk buat]. Boleh lawat ke http://panoramira.blogspot.com untuk lebih jelas.

Tapi jarang boleh nak update dengan gambar-gambar baru. Mungkin sekali seminggu. Pertama, di sekitar halaman rumah saya dah ambil kebanyaklan objek yang cantik-cantik [atau tidak]. Jadi saya perlu keluar berjalan, melihat dan mentafsir untuk mencari gambar yang bermacam.

Kedua, walaupun saya ada kemudahan kamera [terima kasih untuk bunda. Saya ada kamera sendiri, tapi cuma 4.1 mp dan makan kuasa bateri AA], tapi teknologi untuk meletakkan watermark [ini wajib!] ada di rumah. Sementara teknologi untuk mengupload gambar ke blogger cuma selayaknya di ofis saja. Di rumah ada. Walaupun sudah 3G, kemampuannya untuk mengupload gambar belum boleh. Download saja sudah merangkak-rangkak. Kadang-kadang jatuh tak bangun-bangun.

Apa-apapun, terima kasih kepada abang yang menggerakkn saya untuk explore dunia kamera ini! ;)

Din, Firdaus Ariff dan Azwan, I need your guys' feedback ;)

royalti pertama

Alhamdulillah, semalam saya dah dapat cek pertama daripada PTS untuk royalti tahun pertama buku pertama saya. Jumlah jualan buku Akrab dengan Tuhan sepanjang tahun lepas ialah 2349. Saya tak pasti berapakah jumlah buku yang harus terjual untuk menjadi bestseller.



Apa-apapun, terima kasih buat semua yang membeli dan menyokong penulisan saya. InsyaALLAH, ada rezeki dan kelapangan, buku kedua bakal menyusul. Bila? Saya pun belum tahu lagi :p

Monday, July 21, 2008

fasi...

Selepas tamat pembelajaran formal, sekurang-kurangnya selepas SPM, kita semua bawa hala tuju masing-masing. Dapat kawan baru dan persekitaran yang baru. Lebih bebas untuk jadi diri sendiri. Tak terikat lagi dengan peraturan sekolah.

Fine.

Tapi bila nak kembali ke sekolah lama, berjumpa dengan juniors dan cikgu-cikgu lama, ada beberapa aspek yang perlu dikekalkan seperti semasa kita bersekolah dulu.

Tak lama lagi ada program Sireh Pulang ke Gagang di MRSM Kuantan. Jika tak ada aral, saya pun akan sertai. Cuma rasa canggung dan tak selesa jika yang turut sertai ialah pelajar lepasan MRSM Kuantan terutamanya batch saya yang...

FREEHAIR!

Kenyataan tentang perubahan mereka ini saya dapat lihat sendiri sama ada di laman-laman Friendster mereka atau terus dipaparkan sebagai avatar chat YM. Apa akan jadi jika mereka ini menyertai kami untuk program? Tahun lepas memang ada seorang bekas pelajar batch saya yang datang tanpa menutup aurat kepala.

"Apa salahnya? Ia pasal motivasi kerjaya, tak disentuhpun mengenai agama"

Mungkin ini akan jadi salah satu jawapan dalam kepala mereka jika dipersoalkan.

Memang tak ada kena mengena dengan tema SPKG ini. Kerjaya. Tetapi pada saya, pelajar seperti saya yang sensitif akan isu ini akan rasa ada yang tak kena. Para senior mereka menunjukkan contoh akidah [walaupun katanya bukan akhlak] yang kurang baik!

Pelajar asrama kurang pendedahan tentang apa yang berlaku di luar kawasan mereka. Jika ada pun, hanya melalui akhbar-akhbar yang hanya menyiarkan berita sekitar politik dan ekonomi.

Di sekolah, mereka diajarkan batas aurat. Pergaulan lelaki-peempuan mereka dibatasi oleh peraturan-peraturan. Pada masa saya, siapa yang tak pakai tudung labuh, ustaz suruh pelajar lelaki 'scan'. [Memang ramai batch saya dulu yang bertudung labuh, tapi tak ramai pun yang kekalkannya sampai sekarang].

Apabila bekas-bekas pelajar datang kembali menemui pelajar-pelajar di sana sekarang, seperti norma manusia, mereka akan diadili.

"Eh, bagaimana cara pendidikan yang sama boleh melahirkan manusia sebegini?"

"Rupa-rupanya, memang begini. Bertudung hanya semasa di sekolah. Dah bekerja nanti bolehlah nak buka!"


Kita semua tak akan berapa nak takut lagi untuk melanggar undang-undang Tuhan atau jadi tak hairan dengan dosa-dosa di depan mata sekiranya persekitaran kita memang begitu. Jadi perkara biasa.

Kedatangan FASI-FASI yang sepatutnya dihormati jadi rahmat bagi mereka yang mahu 'bebas'. Sekurang-kurangnya mereka tak tanggung beban 'salah' itu sendiri. Jika ada adik-adik kita yang berfikiran begitu, bayangkan pula luas pengaruhnya pada masa hadapan, apa akan jadi dengan pemimpin masa hadapan kita?

Bekerjaya tanpa keberkatan. Mungkinkah bekerja, berjaya dan bahagia?

Pada saya biarlah fitnah individu kekal sebagai fitnah individu daripada dibuktikan benar dan nanti mendatangkan fitnah agama dan ambil saham dosa 'downline' pula.

kenapa tak ramai wanita?

Minggu lepas menyaksikan penyingkiran Shah daripada barisan peserta Akademi Nasyid. Secara peribadinya, saya lebih mengharapkan Aiman yang terkeluar. Persembahannya tak sehebat peserta-peserta lain sejak dari konsert pertama lagi. Bak kata abang, suara dia tak sampai. [Muka dia macam Erwanshah ek? :p ]

Minggu kedua pula bagi Eda meneruskan perjuangan sebagai satu-satunya peserta wanita Akademi Nasyid. Alhamdulillah, beliau masih mampu bertahan. Minggu lepas para peserta main paintbnll. Mujur ada Sufiya temankan Eda main sekali.

Kenapa agaknya peserta wanita kurang dalam pertandingan ini, berbanding dengan pertandingan-pertandingan bakat seni suara yang lain? Saya terfikirkan beberapa sebab:

1. Mereka berpegang pada suara itu aurat.
2. Ramai penyanyi wanita berbakat, tetapi tak sanggup pegang tag pendakwah.
3. Juri yang memang tak berkenan wanita masuk pentandingan nasyid.
4. Memang lebih ramai lelaki yang berbakat tarannum berbanding wanita. [Tarannum dikatakan asas terpenting dalam menyampaikan lagu nasyid]

Tak pasti yang mana betul. Tapi memang tertanya-tanya. Apa pula pendapat kalian?

Saksi episod minggu lepas di sini: http://tv9.com.my/

Thursday, July 17, 2008

pendapat lain tentang bersanding

Bersanding dan Menabur Beras Kunyit.

Assalamualaikum,

Ana ada sedikit kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan kenduri perkahwinan yang biasa dijalankan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Ana ada membaca tentang kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Namun yang menjadi kemusykilan adalah adakah perarakan pengantin, mengadakan pelamin, persandingan tanpa tepung tawar dan menjaga aurat yg sebenar juga tidak dibenarkan dalam Islam? Harap ada di kalangan netters yang boleh memberi bantuan berhubung perkara ini.Wassalam.

Jawapan HF:

Wa’alaikumussalam warahmatullah,

Perarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.

Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya.

Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.

Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya.

Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya.

wassalam.

Sumber: http://hafizfirdaus.com

Maka, sesiapa yang tertekan perasaannya sebab tak dapat bersanding atau terpaksa bersanding sebab keluarga desak, bergembiralah! Asalkan tak membazir, tak melanggar hukum agama, tak ada niat untuk menunjuk-nunjuk dan mensyirikkan Tuhan, maka ia adalah harus.

Tuesday, July 15, 2008

kembara ke shah alam

Sabtu lepas, saya ke Shah Alam untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat sedari matrik, Radziq Jalaluddin.

Saya bertolak seawal 1 pagi Sabtu, kononnya nanti bajet masa yang diperlukan untuk mencari tempat majlis itu diadakan, Galeri Shah Alam. Boleh dikatakan kali pertama saya ke Shah Alam, jadi belum berani beli tiket bas terus ke Shah Alam.

Naik bas, wah, setiap seat dah ada tali pingang keledarlah! [Adakah sudah lama benar saya tak naik bas ekspres?]

Tiba di Pudu jam 4.30 pagi. Manusia-manusia bergelimpangan di tempat-tempat duduk yang disediakan pada tingkat kaunter tiket. Penuh semua. Jarang dapat dilihat yang sedang berjaga. Bermacam-macam gaya. Tapi tak terfikir pula nak ambil gambar situasi itu. Takut ada yang kena nanti. Cari pasal di Pudu pada jam 4.30 pagi??

Dengan penuh yakin, saya melangkah naik ke tingkat 2 untuk mencari surau. Wah, ada surau baru lah! [Sudah berapa lama pula saya tak ke Pudu ni?]. Langkah terhenti. Surau berkunci. Hah sudah, ke mana pula yang saya patut tuju sekarang? Musnah angan-angan untuk sambung tidur yang tak lena dalam bas tadi. Perjalanan hari itu lama lagi. Saya perlu kumpul tenaga.

15 minit terpaku di situ, berfikir. Adakah saya akan berdiri di situ sehingga surau kembali dibuka?

Akhirnya, saya tumpang duduk di bangku tempat guard. Tak larat nak berdiri lama-lama, dengan mengantuknya.

Jam 5.45 pagi baru surau Pudu dibuka.

Haih, adakah surau atau masjid di sekitar KL ni yang dibuka 24 jam? Kenapa pula tidak? Jika ada yang bertugas pengawasi keamanan surau/masjid setiap ketika, takkan ada yang berani buat hal. Jika bangunan lain, boleh pula ada pengwal 24 jamnya? Hanya di tempat-tempat itu sajalah tempat musafir seperti saya pada masa itu bergantung harap untuk berteduh.

Apa-apapun, dah dapat pengajaran. Lain kali tak boleh nak travel pada malam hari. Bertolak awal pagi suda~

Selepas solat Subuh, saya lelapkan mata sebentar. Nikmatnya rasa. Jam 7 ada pengawal yang ketuk pintu dan tingkap minta kami kosongkan surau. Mereka nak tutup surau itu semua. Mengeluh lagi saya.

Jam 7.30 pagi abang sampai ke Pudu. Jam 8.30 pagi, kami bertolak cari Galeri Shah Alam. Rancangnya, datang awal, taklah berebut jika tak jumpa tempat. Juga, bolehlah bersiar-siar sebentar di tempat yang tak pernah dikunjungi. Dalam peta pada kad kad jemputan ada PKNS dan Plaza Alam Sentral. Menarik untuk menggantikan KLCC buat sementara :p

Cantik tempatnya. Tasik Shah Alam yang luas mendamaikan kesibukan bandar diraja ini. Seawal 12 tengah hari kami dah sampai ke Galeri Shah Alam. Masih belum ramai orang [boleh dikatakan kami tetamu pertama].

Jumpa bonda Radziq, Puan Radziah, peramah orangnya. Jumpa juga dengan Abang Radzlan, Radzin dan Radzuan, adik beradik Radziq. Dah jumpa Puan Radziah, masih diperkenalkan lagi oleh Abang Radzlan. Walau hanya kenalan jauh, kami dilayan istimewa seperti tetamu lain. Puan Radziah sendiri yang beri buah tangan mereka kepada kami. Sekotak muffin coklat dan sekotak kurma 'inti' kacang badam. Terima kasih Puan!

Tapak makan open-air. Permandangan tasik di belakang tapat makan cukup mendamaikan. Kami dihiburkan dengan alunan lagu dan diselangi zikir dan selawat oleh kumpulan Amrain [saya hampir terlupa yang saya sedang menghadiri majlis salah seorang penasyid juga!].

Jam 12.30 tengah hari, Radziq dan pasangannya yang saya tak pernah kenal sebelum ini, Narqes keluar dari perkarangan galeri. Berpakaian serba putih, mereka berjalan di antara sangkar-sangkar burung yang didirikan di kiri kanan laluan. Alunan kompang menceriakan majlis. Abang Lan sibuk dengan walkie-talkienya. Saya kira, dialah Program Manager, dialah Program Coordinator. Memang sibuk ke sana ke mari.







Sampai ke red carpet, kompang berhenti, disambung dengan selawat. Mengiringi pasangan pengantin ke meja makan. Tak ada pelamin kelihatan. Memang tak ada acara persandingan. Langsai makan, mereka beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Kami sempat bergambar kenangan dengan mereka.

Alhamdulillah, berjaya juga saya hadir ke majlis perkahwinan sahabat di luar Kuantan. Sebelum ini banyak betul halangannya. Halangan yang paling utama ialah dalam masa yang sama, saya terima berpucuk-pucuk undangan perkahwinan serentak. Mahu tak mahu, terpaksa berlaku adil, tak pergi semua :p [Kalian jangan ikut perangai saya ni tau!]

Jadi, maaflah kepada Pakdi, abang Amar dan Filzah. Ish, yang di Kedah ni masih jauh lagi bagi saya! Tapi lepas ni ada lagi yang bakal berlangsung di Kedah. Rakan seperjuangan dalam ICT UIA, Aizat dengan pasangannya Ana, juga dalam kursus yang sama.

Tak boleh dah tak pergi. Dah ramai yang ingatkan, "Baik baik, Mira. Awak tak pergi majlis mereka, nanti mereka pun tak pergi majlis awak."

Hehe. Baik!!!

Tuesday, July 01, 2008

anwar vs duniawi

Saya tak pernah nak ambil berat apa yang berlaku dalam 'industri' politik negara kita. Tapi tuduhan terkini yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim memang dah sangat melampau. Saya tak dapat terima lagi perkara ni sejak Tun Dr Mahathir pun dah mengaku bersalah. Sekarang ada lagi pihak yang nak jatuh di lubang nak sama? Campur dengan beberapa poin yang terfikir hanya dengan menggunakan logik akal, saya yang dulu bertindak duduk di atas pagar pun dah jadi geram, marah dan membenci pihak yan kalian tahu siapa.

Saya quote pendapat saudara Faisal Mustaffa yang saya rasa sangat masuk akal.

Pendapat aku Tentang Saiful Bukhari

Ramai yang menghubungi aku bertanyakan pendapat peribadi aku mengenai ‘huru-hara’ yang melanda politik Negara beberapa hari ini. Aku merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan diliwat oleh majikannya.

Terus-terang aku ingin menyatakan bahawa aku tidak mengenalinya. Tetapi, dengan mengikuti secara teliti mengenai perkembangan kes ini aku boleh membuat beberapa kesimpulan:



1. Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak memberitahu sidang akhbar semalam (30 Jun) bahawa dia tidak terlibat dalam kes ini. Gambar (atas) yang didedahkan diambil tiga bulan lalu dengan pegawainya di Kementeriannya ketika Saiful datang untuk memohon biasiswa.

Kenyataan ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Agendadaily yang melaporkan bahawa gambar tersebut diambil pada Januari 2008.

2. Najib berkata gambar pegawainya, Khairil Anas Yusof yang diambil dengan Saiful Bukhari di pejabatnya pada 12 Feb lepas adalah selepas Saiful Bukhari datang ke pejabatnya bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

Keadaan ini sungguh pelik apabila seseorang yang ditendang keluar dari university kerana markah purata (GPA) Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0. Dan CGPA keseluruhan pada awal 2008 ialah 1.69 boleh menghantar permohonan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan.

Di Parlimen, meraung-raung Ahli Parlimen membahaskan ada pelajar-pelajar yang mendapat SPM 10A masih susah untuk mendapat biasiswa kerana persaingan yang begitu sengit dari kalangan pelajar-pelajar.


Alasan kedua, adakah begitu senang prosedur seseorang pemohon untuk memohon sokongan daripada seseorang pegawai? Mengikut pengalaman yang aku terima daripada orang kebanyakan, terdapat banyak prosedur; tunggu giliran lah, dipass kan talian telefon kepada beberapa pegawai lah sehingga kita benar-benar dapat memohon sokongan.

Lain yang berlaku, layanan pegawai di Pejabat Timbalan Perdana Menteri sungguh lah mesra sehingga dapat bergambar kenang-kenangan ketika memohon surat sokongan untuk biasiswa!

3. Kes ini diambil tindakan oleh pihak polis dengan cepat. Sungguh menghairankan kerana banyak laporan polis lain yang dibuat tidak pernah diambil sesegera ini. Alasannya, terpaksa melihat kes-kes yang lain yang masih belum siasat.

Aku juga membuat banyak laporan polis berhubung dengan salahlaku polis, Perdana Menteri, Menteri, Peguam Negara dan sebagainya tetapi tidak pun aku terima siasatan secepat ini? Apalah mustahaknya kes bekas Timbalan Perdana Menteri berbanding dengan kes salahlaku Perdana Menteri yang memerintah?

4. Anwar Ibrahim liwat? Mengapalah Anwar yang pernah didakwa sebelum ini (1998) mahu lakukan perkara itu sehingga beliau dipenjarakan bertahun-tahun? Lagipun, bukankah Anwar masih lagi mengalami sakit pinggang belakang? Sewaktu aku menjadi setiausaha peribadi untuk Setiausaha Agung keADILan suatu waktu dahulu, sungguhpun Anwar sudah pun bebas daripada penjara, beliau masih lagi mengalami kesukaran untuk memanjat dan menuruni tangga pejabat di Brickfields sehingga Setiausaha Pegelola pada waktu itu, Datuk Salehuddin Hashim meminta aku memimpin Anwar sehingga ke bawah?

5. Kalau pun benar tuduhan Saiful Bukhari ini, tidakkah dia berani untuk menolak ‘pelawaan’ majikannya untuk diliwat?

6. Wah! Hari ini (30 Jun) van forensik mula datang dengan lima kereta peronda dan seramai 15 anggota penyiasat pergi ke Unit 1151 Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur untuk (kononya) menjalankan siasatan.

Aku masih lagi ingat bilamana tilam diusung ke mahkamah dan akhirnya tidak dijadikan bahan bukti.

7. Kenapa Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tidak mengambil tindakan terhadap Chua Soi Lek yang terlibat dengan skandal seks luar nikah?

8. Kenapa Peguam Negara da Ketua Polis Negara tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Azalina seperti yang terkandung dalam pengakuan seorang wanita yang dilaporkan dalam berita Malaysia-Today?



Akhir sekali, aku hendak lihat sesetengah gelintir yang mengaku bertahun-tahun aktivis reformasi untuk betul-betul menyokong Anwar dan keADILan pada waktu ini. Hanya apabila Pakatan Rakyat menang besar. Muka-muka mereka tiba-tiba timbul dan boleh pula mengaku berjuang….


Dan pesanan Dato' Seri Anwar Ibrahim:

"Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata.

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Image Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian." (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam).

Monday, June 30, 2008

akademi nasyid

Saya sekarang mengikuti program realiti TV yang terbaru: Akademi Nasyid.

Saya rasa inisiatif ini sangat baik untuk jadi pilihan utama mereka yang minat dalam bidang seni suara tetapi tak mahu yang melalaikan. Asal saja ia tak jadi alternatif untuk mereka yang nak jadi artis tapi tak boleh masuk ke mainstream [seperti apa yang sesetengah daripada kita definisikan].

Kalau kalian nak tau, saya juga mengikuti perkembangan Gangstarz. Setakat itu sajalah. Nak ikuti Akademi Fantasia tak ada Astro pula :p

Bila dah tonton dua-dua, saya mesti compare. Apa yang saya dapat lihat, konsepnya lebih kurang sama. Markah 50 peratus daripada juri dan 50 peratus daripada undian SMS orang awam. Akan ada 3 peserta [kumpulan/solo] peserta yang dipanggil ke tengah pentas sebelum salah satunya disingkirkan setiap minggu -- bergantung pada penerbit. Komentar diberikan selepas setiap 2 persembahan. Salah seorang juri pasti ada yang suka berikan komen yang jitu dan panas. Untuk Gangstarz ada Ajai, untuk Akademi Nasyid ada pula Tuan Farihin.

Walau terasa kehangatan persembahan dan sorakan lebih di Gangstarz, tapi kalian tak akan rasa betapa damai dan bahagianya mendengarkan nyanyian peserta seperti dalam Akademi Nasyid.

Secara peribadi, saya suka pada persembahan dan penyampaian dari hati peserta Akademi Nasyid yang bernama Azhan Atan [dengan adik-adik, selalu tersasul panggil beliau Pakcik Atan].

Minggu lepas, dendangan lagu 'Kepadamu Kekasih' yang dipopularkan oleh M. Nasir sangat menusuk kalbu. Saya tersentuh. Sesuatu yang agak memeranjatkan saya apabila prejudgement saya terhadap pertandingan ini ialah: Macam mana agaknya nasyid yang dipertandingkan yang para pesertanya akan berebut-rebut menonjolkan kelainan untuk dikenali ini akan dapat menyempurnakan urusan dakwahnya?

Tuan Azhan, saya dah salah.

Kehadiran Tuan menghidupkan pertandingan ini. Memberi nafas keinsafan disebalik sebuah pertandingan duniawi.

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


Kerana fizikal, Tuan digelar manusia istimewa. OKU kata mereka. Disebabkan inikah lagu yang Tuan sampaikan berjaya mencuit rasa simpati dan insaf kami? Tidak, Tuan memang hebat. Tuan nyanyi dari hati. Kita tahu itu, sebab semua orang mengiyakannya. Saya ingat mungkin saya sahaja yang rasakan, tapi bila Tuan Farihin cakap,

"Tuan Azhan dah berjaya sentuh tauhid kami semua. Bila tauhid dah tersentuh, tak ada apa lagi yang kami perlu komen."

... Adakah yang lain juga rasakannya...?

Selain Tuan Azhan, saya juga gemar pada persembahan saudara Cicik. Bukan sebab beliau berasal dari Kuantan, tapi sebab persembahan bersahaja beliau yang memang menjiwai lagu yang disampaikan berjaya menyampaikan mesej lagu.

Saya bukanlah pakar mengomen pitching atau apa. Tapi bila kita dapat rasa, itu buktinya mereka menyampaikan dari hati. Dan kualiti inilah kelebihan Akademi Nasyid daripada Gangstarz. Lagu memang ada, sedap, kreatif. Tapi yang disampaikan berhenti di telinga cuma.

Kepada mereka yang masih belum berkesempatan menonton, terlupa atau belum terbuka hati untuk mengikuti persembahan peserta Akademi Nasyid, silalah cuba saksikannya pada setiap Sabtu jam 8.30 malam di TV9, Dekat di Hati.. ;)

Preview Akademi Nasyid Sabtu lepas:



Episod 2 - Part 5:



Cicik ialah satu-satunya peserta lelaki berambut panjang diikat dan Tuan Azhan adalah peserta yang memuat persembahan terakhir. Power, kan?