Tuesday, March 31, 2009

mudahnya wanita ke neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Nabi Muhammad untuk meminta beliau memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Beliau bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Nabi Muhammad. beliau pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Nabi Muhammad menjawab, "Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian beliau mengingatkan supaya:

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah


Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2


Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi tidak mengiktiraf kebaikan iaitu tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Nabi Muhammad pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Nabi Muhammad berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?", "Tak guna sesen pun"]

Nabi Muhammad sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Nabi Muhammad yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Nabi Muhammad : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Nabi Muhammad menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. beliau sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b. Sabda Nabi Muhammad : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah, isteri Nabi Muhammad yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Nabi Muhammad walau sedikit pun. Sepanjang hayat beliau, hati beliau dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri beliau.

Diriwayatkan juga, Malaikat Jibril setiap kali selepas memberi wahyu kepada Nabi Muhammad sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Nabi Muhammad telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Nabi Muhammad pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi:

"Nak buat baik, sangatlah mudah, maniskan wajah, lembutkan lidah."


Maka setelah diberi peringatan oleh Nabi Muhammad marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita ubah sikap kita dari sekarang.

Monday, March 30, 2009

balik kampung pertama

Saya ada dilema untuk pulang ke Kuantan. Bukan, bukan untuk pulang. Tapi untuk balik semula ke Seremban (yang jauhnya lebih 40 km dari Teluk Kemang ni).

Saya perlu pulang.

1. Saya dah dapat gaji yang membolehkan saya mampu beli tiket bas. (Saya dah boleh hadiri jemputan kahwin yang jauh-jauh, insyaALLAH)

2. Saya tinggal sendiri di sini. Hujung minggu boleh jadi sangat membosankan dan sangat menyedihkan.



Dengan bas yang biasa saya gunakan perkhidmatannya, Transnasional, tiket untuk ke Kuantan ada pada 10.30 pagi dan 9.30 malam sahaja.

Saya boleh pulang pada hari Jumaat malam.

Tapi untuk ke Seremban semula, tiket yang ada hanya pada jam 3 petang.

Apabila tiket yang ada hanya pada 3 petang, saya perlu ambil kisah juga dengan availability bas bandar dari Seremban ke Port Dickson dan dari Port Dickson ke Teluk Kemang yang khidmat terakhirnya hanya pada lewat petang. Jadi, sempatkah untuk saya sampai ke Seremban sebelum lewat petang?

Saya ada empat pilihan yang terfikirkan:

1. Beli saja tiket Kuantan - Seremban jam 3 petang, dan apabila sampai di Seremban, naik teksi hingga ke Teluk Kemang. Tapi kalian tau-tau sajalah nilai teksi pada waktu itu. Sedangkan pada siang hari pun, Seremban - Teluk Kemang dah RM30.

2. Beli tiket Kuantan - Kuala Lumpur yang sangat banyak waktunya. Saya beli tiket awal pagi, naik komuter ke Seremban, masih sempat untuk kejar bas Seremban dan Port Dickson.

3. Beli kereta. Dah tentu bukan pilihan jika nak balik hujung minggu ni!

4. Buat surat pada Transnasional untuk adakan bas Kuantan - Seremban pada sebelah pagi juga. Boleh diusahakan, tapi bukan untuk minggu ni juga. Boleh terus dicadangkan supaya buat perkhidmatan beli tiket online. Ni nak beli tiket pun kena menapak ke Seremban. Kalau tak ada?? Aduhai...

Apa pendapat kalian?

Sunday, March 22, 2009

siapakah..? apakah...?



Kalian kenal tak ni siapa?

Saya baru lihat ni. Dan saya memang takkan cam dia, jika tak dinyatakan nama dan pekerjaannya...

Kenapa dia jadi macam tu... Saya betul-betul sedih dan hampa...


Petikan dari http://saujana.net.my:

Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.

Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.
Saujana takkan berhenti...

- suffian amrin

doktor cinta?

Dalam seminggu ni. apabila ada yang menegur di YM, saya selalu jadi tempat bertanyakan persoalan atau permasalahan berkaitan cinta. Saya tak pasti kenapa. Tapi bulan ini seperti bulan cinta. Ramai yang kahwin, ramai yang dapat anak. Dan tak hairan jika ramai juga yang terduga cintanya.

Dari sahabat lama yang saya tak pernah tahu kisah cintanya, ke sahabat-sahabat baru yang tiba-tiba bertanyakan pendapat saya.

Adakah saya ni doktor cinta?

Apa-apapun, saya sedaya menjawab berdasarkan pengalaman dan rasional. Mudah-mudahan, walaupun sedang bercinta juga, rasional cuba berfikir untuk orang lain masih ada.

Sebab apabila bercinta, kita memang jadi kurang rasional.



* * *


Tahniah kepada kawan-kawan yang baru mendapat cahaya mata, terutamanya yang pertama ini:

1. Nurul Qastalani, sahabat Tingkatan 3-5 di Panglima Perang. Ibu kepada Qaiser Zahrin aka Cotek (11 Mac 2009)



2. Ainen Salwa, sahabat Sains Komputer di UIA. Ibu kepada Yusuf Fawwaz (10 Mac 2009)



3. Abang Radzlan Jalaluddin, sahabat di UIA. Ayah kepada Zahran (?)

(gambar pending. Facebook tak boleh masuk)

4. Along Safa, kenalan maya. Ayah kepada... anaknya (14 Mac 2009)




Tahniah kepada kawan-kawan yang baru melangsungkan perkahwinan:

1. Najib + Cik Din (2-2 kawan saya dari ICT UIA) (21 Mac 2009)



Minta maaf sangat tak dapat hadir. Hangpa tak tunggu saya gaji dulu baru nak buat kenduri, inilah jadinya.

2. Suhaila, pensyarah Jabatan Perdagangan merangkap roommate saya di Politeknik ni. (19 Mac 2009)

Monday, March 16, 2009

dragonball evolution

Akhirnya. Semalam dapat juga tonton Dragonball Evolution di MBO Melaka. Cerita yang memang ingin ditonton, memandangkan saya kipas-susah-mati Dragonball sejak zaman komik.

(Apalah yang 'istimewa' sangat Port Dickson ni sampai wayang pun tak ada? Yang terdekat pun cuma di Seremban yang 40 minit jauhnya dari Teluk Kemang. Mydin pun tak ada. Rindu nak membeli-belah di situ)


Anggapan awal, Dragonball Evolution yang diarahkan bersama oleh pencipta asal, Akira Toriyama dengan penerbit filem Hong Kong, Stephen Chow memang menarik. Dari trailernya saja memang gempak, walaupun saya tak dapat cam watak-watak utamanya.

Setelah tonton, ada beberapa komentar:

1.

Watak Goku sangat 'omputih'. Dah tak klasik macam dalam komik. Chi Chi pun sama. Mereka adalah pelajar kolej. Sedangkan dalam komik, Goku tak bersekolah, cuma belajar berlawan dengan datuknya, Gohan (saya tak tahu pun Gohan si anak ambil nama sempena Gohan si atuk).



Goku yang sebenarnya sangat tradisi dan makan banyak, sedangkan Goku yang ini sangat bergaya, moden dengan jaket kulitnya. Yang menunjukkan makan banyak cuma semasa dia dengan Bulma dengan satu drumstik yang besar. Itu saja.



Perwatakan Goku pun sangat berbeza. Goku yang dalam komik sangat ceria, bersahaja, sempoi dan suka senyum dan berjenaka (paling terhibur semasa dia berlawan dengan Majin Buu). Dalam filem ni, yang melakonkan watak Goku nampaknya bukan jenis yang periang dan suka senyum. Dia agak kaku, kurang ekspresi dan... sangat bukan Goku. Macam.. salah pilih pelakon daa..







Watak Chi Chi pun moden. Yang sepatutnya tradisonal juga. Dengan pakaian tradisi Jepun.

Watak Goku dan Chi Chi selayaknya ialah Gohan dan Videl.







2.


Saya dah kurang ingat jalan cerita yang sebenar (atau terlepas mengikuti kisah-kisah awal Goku-Bulma). Jadi tak pasti jika Dragonball Evolution masih mengikut plot cerita asal.

Apa-apapun, janganlah sampai seperti Smallville. Clark yang sepatutnya bercinta dengan Lois Lane, bertemu dengan tak cam rupa sebab Clark pakai cermin mata. Tapi ni dah awal-awal kenal dengan tak pakai cermin mata. Kenal bukan di Daily Planet pula tu. Tak tahu macam mana mereka nak masukkan semula plot cerita asal dalam Smallville tu.


3.


Saya pun kurang pasti nama sebenar watak-watak Dragonball ni. Sehingga saya cari senarai watak dalam internet, baru saya tahu yang Muten Roshi ialah Datuk Kame, si orang tua penyu. Yamcha = Yamu dah diberitahu awal. Jika tak, saya pun tak tahu juga. Pikor jadi Piccolo?

Mujurlah Goku tak jadi Suzikon. Bulma dan Chi Chi masih kekal dengan nama yang sama.

4.

Watak meriah dalam komik jadi sangat terhad dalam Dragonball Evolution. Sebenarnya saya teringin untuk lihat watak-watak yang ramai tu untuk dibanding-bandingkan dengan komik. Ini sajalah yang ada..

Mungkin in cuma pengenalan. Untuk filem bersiri Dragonball. Mungkin akan ada lagi filem Dragonball selepas ini. Seperti Harry Porter dan X-Men.

5.


Secara keseluruhan, kesan khas Dragonball Evolution sangat menarik. Tetapi aksinya kurang. Saya terbandingkannya dengan filem yang saya pernah tonton sebelum ni, Forbidden Kingdom. Ternyata, aksi Forbidden Kingdom lebih banyak dan mendebarkan. Jalan cerita pun lebih menarik.

Markah? 3.5/5. Tak puas hati sebab cerita banyak altered.


Ada 2 trivia yang saya baru jumpa:

1. Pelakon watak Piccolo (Pikor) ialah juga pelakon watak Milton Fine dalam Smallvile. Pelakonnya ialah James Marsters.
2. Pelakon watak Mai pula ialah Eriko Tamura yang jadi Yaeko, anak si pembuat pedang yang Hiro Nakamura minat dalam siri Heroes musim ke 2. Ada ingat? ;)





Friday, March 06, 2009

hadiah dari Tuhan

Alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Dalam masa sebulan ni saya dapat banyak hadiah daripada pelbagai pihak.

Mula-mula sekali pada sebulan yang lepas, apabila artikel saya masuk dalam Dewan Siswa Feb 2009, saya dapat honourium daripada pihak DBP. Bolehlah bantu saya belanja di sini. Sementara belum bergaji.

Apabila di Kursus Pengurusan Islam minggu lepas, saya adalah yang pertama jawab kuiz yang menguji pemikiran lateral. Alah, permainan kanak-kanak. Bagaimana susun potongan kertas gambar kuda dan koboi, supaya koboi tu boleh duduk atas kuda. Saya tak pernah jawab sebelum ni. Tapi, alhamdulillah, Tuhan buka minda saya untuk fikir cara lain daripada orang lain. Saya dapat cenderahati berupa buku penceramah itu sendiri, Dr Noraini, pensyarah jabatan Education UIA.

Selasa lepas, selepas menderma darah, saya dapat hadiah comel cabutan bertuah. Kusyen bentuk kotak yang kecil. Kusyen tu saya dah guna buat tidur SEBENTAR semasa rehat tengah hari di pejabat. Saya tak balik rumah waktu rehat. Jadi kusyen tu sangat berguna, terutamanya pada rehat panjang pada hari Jumaat.

Hari ini. Semasa perhimpunan agung bulanan kakitangan Politeknik Port Dickson, saya telah mendapat tempat pertama trivia yang dianjurkan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang bertanggungjawab menguruskan perhimpunan bulan ni. Tak disangka (walau berharap). Tak pasal-pasal staf baru ni dah popular satu politeknik. Saya dapat plak gelas. Soalan trivianya tak susah mana. Keyword: Google is your friend.

Terima kasih Tuhan, kerana buat saya gembira :)

"Inna maal usri yusra"

Tuesday, March 03, 2009

derma darah pertama di pd

Saya baru lepas derma darah. (Lagi???) :p

Alhamdulillah, satu lagi kelebihan kerja di Intitut Pengajian Tinggi ni. Boleh sertai aktiviti masa pelajar yang sangat dirindui. Kalau kerja di tempat lain, memang nak kena mencari peluang derma darah. Macam di Kuantan dulu. Tapi alhamdulillah, mata ni nampak saja iklan atau banner-banner yang tergantung.

Sebab saya memang mencari agaknya. Memang akan jumpa.

Ni dah depan mata. Tadah saja program anjuran JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar).

Derma darah adalah salah satu passion saya. Dan saya bersyukur Tuhan tempatkan saya di sini. Politeknik Port Dickson adalah yang terbaik buat saya. Terima kasih Tuhan!

Cuma, diri saya ni ada kekurangan. Proses pendermaan darah tu tak selalunya lancar. Jarang yang lancar. Jika ada, saya memang bersyukur amat.

Seperti yang saya pernah kata sebelum-sebelum ni, pengalaman untuk setiap kali derma tu memang lain. Kali ni, pembantu perubatan tu cucuk di bahagian tengah lengan pula. Tak seperti yang sebelum ni, semua nampak urat di bahagian tepi lengan.

Mereka kata, urat di tengah lengan tu sama saja kecilnya daripada di tepi lengan. Tapi baik ambil di tengah lengan, sebab lebih stabil. Jika di tepi, bimbang bergerak-gerak. Mereka tak berani.

Malangnya, percubaan ambil darah dari urat di tengah tak selancar di tepi seperti sebelum-sebelum ini. Paket 350ml tak penuh.

"Kak, darah tu masih boleh guna kan?"

"Boleh, untuk bayi-bayi.. Kalau orang dewasa memang tak cukup"


Alahai...

Saya rindu untuk rasa puas dapat buat semampu saya. Saya bukan tak cukup darah. Cuma urat ni kecil sangat. Darah ada kemungkinan cepat untuk beku (sebab platlet yang memang berfungsi untuk pembekuan darah yang terdedah di permukaan). Jika tu berlaku, memang bengkak tempat cucuk tu. Sebab tu mereka hentikan cepat-cepat darah yang mengalir perlahan.

Saya memang kurang buat kerja berat. Tapi serasanya, saya antara perempuan paling aktif dan berdaya tahan tinggi juga. Dah puas menawarkan diri untuk mengangkat barang berat-berat yang tak ramai perempuan nak. Tak juga urat ni nak besar.

Ada yang boleh cadangkan apa-apa?

Saya juga sempat tanya pada seorang pembantu perubatan lelaki (pangkat pakcik) yang duduk di sebelah.

"Encik, kita tak buat ke derma darah untuk Gaza?"

"Tak ada kot. Kalau ada pun mungkin belah-belah KL sana saja."

"Oh. Tapi kalau ada, mesti diorang cakap dan promosi kan? Macam tak ada saja. Pelik juga. Saya teringin nak bantu diorang sedaya mampu."


Nak sumbang duit, memang sendiri pun cukup makan. Buat sementara tak dapat gaji ni. (Tapi jika ada antara kalian yang ada sebarang maklumat tentang derma darah pada Gaza, tolong hubungi saya ya?)

Oh, ya. Pengalaman yang berlainan juga. Kami dapat hadiah cabutan bertuah. No bertuah saya 007. Dapat kusyen kecil. Comel.

(Tak dapat ambil gambar nak tunjukkan. Tak apa, dapat gaji nanti.. Semua tunggu dapat gaji. Habis juga gaji kamu nanti, Mira)


Juga, saya dapat surat untuk dapat suntikan imunisasi percuma Hepatitis B.

Apa kebendanya tu? Rajin pula saya nak ke Hospital PD tu.