Tuesday, April 28, 2009

kad debit

Setakat hari ni, saya telah 2 kali berpeluang menggunakan kad ATM Maybank saya sebagai kad debit. Satu di Billion, Port Dickson dan satu di Jusco, Ayer Keroh.



Alhamdulillah, dah tak perlu kecoh-kecoh mahu keluarkan duit sebelum membeli-belah. Yang kadang tak cukup, kadang terlebih. Jadi sekarang, boleh keluarkan duit hanya untuk makan dan ke kedai runcit sahaja.

Bil elektrik pun dah boleh bayar menggunakan Maybank2u. Teknologi memang memudahkan!

(Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan, cepatlah gunakan perkhidmatan Maybank2u!)

Tapi, sebab sepanjang berbelanja, kita tak nampak baki duit yang ada dalam akaun tu, ada juga kebarangkalian untuk terlebih ambil barang. Harapnya ia tak berlaku, sebab tak macam kad kredit yang lebih berkemungkinan untuk kita bajet lebih, kita akan malu nanti!

4 comments:

Fahmi Mahat said...

jgn lupa tukar kad kepada visa debit card maybank :)

intanmaria said...

yeah..visa debit card maybank..
nampak lebih canggih..

even i can use it in singapore..
=D

mira said...

i will. tapi kena tunggu kereta. untuk berurusan luar pada waktu kerja :D

Hazu~ said...

hmm...debit card ni macam lebih selamat dari credit card kan. Rasa macam nak try la..