Monday, April 27, 2009

update ujian 2009

Sejak saya mengutarakan kesedihan kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, ramai yang menghubungi, walaupun cuma menggunakan YM. Sekurang-kurangnya, cukup ramai untuk mengembalikan ketenangan, semangat dan moral.

Saya tak menguar-uarkan alamat blog ini di status YM. Ternyata, memang ada yang mengikuti dan mengingati untuk terus membaca. Terima kasih semua!

Sekarang saya sedang memberi peluang kepada diri sendiri. Untuk memberi masa belajar perkara baru. Harapnya orang lain yang terlibat juga dapat memberikan masa yang saya perlukan itu.

2 comments:

sinzzfaiza ismail said...

apakah suasane baru itu?

Fahmi Mahat said...

suasana yang penuh dengan perkara-perkara yang baru dan tak pernah dijumpai di sepanjang kehidupan sebelum ni, chewah3~