Monday, July 03, 2006

pegang tangan boyfriend haram tak?

Assalamualaikum WBT.

Bawah ini adalah perbualan aku dengan seorang budak perempuan tentang berpegangan tangan dengan bukan muhrim, boleh atau tidak? Selamat Membaca!

***


muslimz87 (12:07:09 AM): kalo awak ada bf, awak bg x dia pegang tgn awak
hamba Allah (12:07:47 AM): ehm..
hamba Allah(12:07:50 AM): bagi..
hamba Allah (12:07:56 AM): nape?
muslimz87 (12:08:15 AM): awak rase bole ke sentuh laki pmpuan
hamba Allah (12:08:35 AM): x leh..
muslimz87 (12:09:01 AM): jd knape awak bg
hamba Allah (12:09:22 AM): ehm...
hamba Allah (12:09:30 AM): first2 dulu mmg x bg...
hamba Allah (12:09:41 AM): tp bila dah lama2..
hamba Allah (12:09:43 AM): ehm..
hamba Allah (12:09:47 AM): x tau la...
muslimz87 (12:10:22 AM): apsal bg
hamba Allah (12:10:34 AM): ehm...
hamba Allah (12:10:42 AM): sbb syg kot..
hamba Allah (12:11:13 AM): lgpun klu kuar ngan dia rasa selamat skit kalo dia pegang tgn..
muslimz87 (12:11:22 AM): awak syg Allah x
hamba Allah (12:11:38 AM): mestilah syg..
hamba Allah (12:11:45 AM): dia yg cipta sy..
hamba Allah (12:12:02 AM): sy wujud kat bumi ni sbb dia..
muslimz87 (12:12:20 AM): compare Allah dgn bf awak, siapa plg byk jasa kt awak
hamba Allah (12:12:38 AM): mestilah Allah...
muslimz87 (12:13:05 AM): okle..awak taukan kita haram sentuh laki pmpuan
hamba Allah (12:13:16 AM): tau..
muslimz87 (12:13:54 AM): jd nape bg dia pegang
hamba Allah (12:14:29 AM): cam sy ckp td..
hamba Allah (12:14:42 AM): rasa selamat klu dia pegang tgn sy..
muslimz87 (12:14:52 AM): selamat ke kalau dia pegang tgn awak
hamba Allah (12:14:53 AM): x kan ade org lain kaco..
hamba Allah (12:15:04 AM): ehm..
hamba Allah (12:15:27 AM): sy takut kena kacau ngan org lain..
hamba Allah (12:15:32 AM): bebudak lain..
muslimz87 (12:15:39 AM): kalau org kacau awak, awak berdosa ke
hamba Allah (12:15:56 AM): mmg x berdosa..
hamba Allah (12:16:10 AM): sy pompuan wak..
muslimz87 (12:16:20 AM): mmgl pmpuan
muslimz87 (12:16:25 AM): sbb2 awak ada bf
muslimz87 (12:16:32 AM): tp kan awak tau tu dosa
muslimz87 (12:16:46 AM): awak rase cinta awak 2 benarke atau sbnarnye cinta yg palsu
hamba Allah (12:17:05 AM): sy dah clash pun ngan dia kan..
hamba Allah (12:17:18 AM): so.. bkn cinta benar..
muslimz87 (12:17:21 AM): yup
muslimz87 (12:17:23 AM): sbb2 le
muslimz87 (12:17:33 AM): awak bg pegang tgn awak pon
muslimz87 (12:17:38 AM): bkan kekal cinta awak
muslimz87 (12:17:44 AM): even kalu awk da kawin
muslimz87 (12:17:49 AM): bile dia cerai awak
muslimz87 (12:17:57 AM): awak dah xd pape hubungan dgn dia
muslimz87 (12:18:25 AM): tp kalau dgn Allah, awak rasa ada Allah tinggalkan awak
hamba Allah (12:18:40 AM): ehm..
hamba Allah (12:18:54 AM): sy tau, Allah akan sentiasa ngan sy...
hamba Allah (12:18:56 AM): ehm..
hamba Allah (12:19:05 AM): awak ni lain la..
hamba Allah (12:19:11 AM): x mcm org lain..
muslimz87 (12:19:37 AM): apsal
muslimz87 (12:19:40 AM): jd kan
muslimz87 (12:19:49 AM): Awak yakin allah jaga awak, pelihara awak
muslimz87 (12:20:05 AM): kenapa nak takut lg
hamba Allah (12:20:19 AM): mestilah yakin tp..
hamba Allah (12:20:21 AM): ehm..
hamba Allah (12:20:56 AM): ehm.. ok,
muslimz87 (12:21:10 AM): ckp jele apa yg awak nk tulis2
muslimz87 (12:21:12 AM): saya x marah
hamba Allah (12:21:27 AM): Kadang2 Allah bg penyakit, kita kena cr ikhtiar utk sembuhkan penyakit kan..
hamba Allah (12:21:34 AM): ehm..
muslimz87 (12:21:41 AM): yup
hamba Allah (12:21:45 AM): camne yek sy nak ckp..
hamba Allah (12:21:48 AM): ehm..
muslimz87 (12:22:15 AM): ckp je xp
hamba Allah (12:22:18 AM): ade mazhab yg x membatalkan air sembahyang bila kita berpegang tgn kan..
muslimz87 (12:22:23 AM): yup
muslimz87 (12:22:28 AM): jd?
hamba Allah (12:22:33 AM): so..
hamba Allah (12:22:39 AM): ehm..
hamba Allah (12:23:08 AM): sy pegang tgn dia pun bila kitaorg kuar n kat tempat yg sy rasa x selamat..
muslimz87 (12:23:13 AM): saya pun ikut pendapat yg kata x batal air wudhu kalau sentuh laki pmpuan
muslimz87 (12:23:21 AM): tp ulama2 yg kata xbatal
muslimz87 (12:23:26 AM): diorg xkata bole sentuh
hamba Allah (12:23:34 AM): la..
hamba Allah (12:23:39 AM): bila x batal..
hamba Allah (12:23:46 AM): its mean leh sentuh..
muslimz87 (12:24:18 AM): not
hamba Allah (12:24:22 AM): bila ade dua hukum yg bertentang, kita kena pilih salah satunya..
muslimz87 (12:24:31 AM): ok maknanye setiap yg batalkan wuhdu kita xleh buat ye
muslimz87 (12:24:36 AM): kentut batal wudhu' x
hamba Allah (12:25:00 AM): ade mazhab yg kata x batal wudhu'
muslimz87 (12:25:12 AM): ok kencing batal wudhu' x
hamba Allah (12:25:22 AM): tp ade yg kata sendawa je leh batal wudhu'
hamba Allah (12:25:31 AM): batal la..
muslimz87 (12:25:38 AM): kalau mcm2 haram ke kencing
hamba Allah (12:26:01 AM): mmg la x haram..
muslimz87 (12:26:11 AM): begitu juga dgn sentuh bukan mahram
muslimz87 (12:26:14 AM): mmg xbatal tp haram
muslimz87 (12:26:25 AM): lihat benda lucah, xbatal wudhu
muslimz87 (12:26:28 AM): tp haram
muslimz87 (12:26:36 AM): mencarut batal wudhu' ke?
hamba Allah (12:26:38 AM): ehm..
muslimz87 (12:26:38 AM): x batal
muslimz87 (12:26:41 AM): tp haram
hamba Allah (12:26:45 AM): tul gak..
muslimz87 (12:26:51 AM): awak kena bezakan
muslimz87 (12:26:58 AM): xsume benda yg batalkan wudhi' haram
hamba Allah (12:27:01 AM): rasanya ilmu sy ni kurang kan..
muslimz87 (12:27:07 AM): n xsume yg xbatalkan wudhu' harus

***


Yang kat atas ni perbualan aku dengan seorang budak perempuan tentang hukum berpegang tangan dengan lelaki bukan mahram. Aku ada beberapa kali bertanya hal ni dengan beberpa budak perempuan yang lain. Jawapan yang diterima daripada mereka adalah sama, iaitu haram cuma mereka memberikan berbagai-bagai alasan untuk melakukannya. Cuma dengan budak perempuan yang ni, jawapan dia sedikit mengejutkan. Dia berhujah dengan pendapat mazhab yang kata bersentuhan lelaki perempuan bukan muhrim tidak membatalkan wudhu'. Cuma aku boleh buat kesimpulan kat sini, mungkin budak perempuan tu keliru dan nampaknya dia begitu yakin dengan jawapan dia. Jadi aku tanya beberapa soalan adakah perkara yang membatalkan wudhu' tu bermakna ia berdosa. Jawapan aku: Tidak!. Bukan semua yang membatalkan wudhu' itu satu dosa. Kencing bukanlah satu dosa walaupun ia membatalkan wudhu'. Buang air besar bukanlah satu dosa walaupun ia membatalkan wudhu'. Jadi adakah semua yang tidak membtalkan wudhu' itu tidak berdosa jika melakukannya. Jawapan aku juga: Tidak! Ini kerana banyak perkara dosa yang tidak membatalkan wudhu'. Mencarut tidak membtalkan wudhu' tapi ia tetap dilarang. Melihat gambar lucah tidak membatalkan wudhu' tapi ia tetap dilarang. Dan banyak lagi hal-hal mungkar yang dilarang keras melakukannya akan tetapi ia tidak membtalkan wudhu.

Kesimpulan, batal atau tidak wudhu' bukan ukuran sama ada sesuatu perbuatan itu boleh dilakukan atau tidak.

***


muslimz87 (12:40:40 AM): pas2 saya tanya, jd nape bg
muslimz87 (12:40:54 AM): diorg jwble, dah syg etc
muslimz87 (12:41:02 AM): ada yg kata kalau berlapik bolehle
muslimz87 (12:41:10 AM): awak rasa berlapik boleh x?
Hamba Allah (12:41:23 AM): ade ke yg wat camtu..
Hamba Allah (12:41:31 AM): ehm.. berlapik yer..
Hamba Allah (12:41:34 AM): ehm..
Hamba Allah (12:41:53 AM): sy x berani ckp le wak..
Hamba Allah (12:41:58 AM): takut salah..
muslimz87 (12:42:00 AM): ckp jele
muslimz87 (12:42:07 AM): xpe xd saya marahnye
muslimz87 (12:42:11 AM): sblm ni pun saya xmarahkan
Hamba Allah (12:42:27 AM): rasanya klu berlapik x salah kot..
Hamba Allah (12:42:40 AM): cthnya cam bersalam..
muslimz87 (12:43:18 AM): kalau pegang breast pmpuan berlapik leh x
Hamba Allah (12:43:31 AM): ehm..
Hamba Allah (12:43:38 AM): susahnya soalan..
Hamba Allah (12:43:51 AM): x pernah terpk pun soalan camni..
muslimz87 (12:44:01 AM): isu dia bkan berlapik or not
muslimz87 (12:44:05 AM): hukumnya haram
muslimz87 (12:44:11 AM): even kalau bersalam walau berlapik
muslimz87 (12:44:33 AM): kecuali darurat mcm nak selamatkan dr kebakaran, or doctor dgn pesakit
muslimz87 (12:44:44 AM): kalau kira berlapik, bykle tmpt yg berlapik
Hamba Allah (12:44:56 AM): tul gak..


muslim87

No comments: