Wednesday, July 05, 2006

sunsilk

Kalian ada terlintas iklan terbaru Sunsilk? Pasal seorang siswi ni yang dapat mengembalikan keyakinannya berlakon dalam teater Laila Majnun selepas menghilangkan masalah kelemumur menggunakan syampu Sunsilk?

Apa yang tak kena dalam iklan tu? Pakai tudung dah ok [jadi penghormatan pada wanita bertudung sejak iklan pertama Sunsilk yang bemodelkan Wardina Safiyyah]. Tapi scene last tu macam ada yang tak betul.

Pegang tangan lelaki bukan muhrim? [i guess] Saya pasti, tak ramai penonton iklan ini yang anggap hero [yang tak nampak muka pun] dan heroin iklan tu dah berkahwin. Sebab latarnya kolej.

Bila dah diketengahkan model yang bertudung litup sebagai watak utama, yang pertama dalam kepala kita ialah "ISLAM". Jadi, sepatutnya, setiap gerak-geri lakonan model perlu berlandaskan panduan hukum Islam. Sebab dia memberi gambaran kepada penonton bagaimana Islam yang sebenarnya.

Orang bukan Islam yang tahu ia salah akan menyindir dan memandang rendah sebab kita tak hormat agama sendiri. Orang bukan Islam yang belum tahu pula akan kata "Oh, boleh rupanya kalau nak bersalam dengan perempuan Islam..."

Lepas ni, jika ada yang menghulurkan salam, kita menolak, dan mereka guna alasan yang dilihat dalam iklan itu, bagaimana kita nak mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam?

Sahabat saya Wan, cerita yang dia hadapi kesukaran pada hari-hari pertamanya di tempat kerja [praktikal] yang kesemua staf di situ berbangsa Cina. Setiap orang yang ditemui pasti menghulurkan salam tanda diplomatik. Dalam hati, habislah, kalau aku tolak, malulah dia, berdendamlah dia dengan aku. Silap-silap kena buang kerja.

Tapi kalau aku sambut, aku pula akan hilang hormat pada diri sendiri sebab sewenang-wenangnya mengorbankan akhlak Islami semata-mata kerana dunia. Bagaimana kalian berhadapan dengan situasi ini?

Wan senyum saja dan menolak. Orang bukan Islam ada yang faham sebenarnya. Mereka tahu. Tapi disebabkan ada yang memberi fitnah kepada yang menjaga, mereka cuba juga, manatahu kita menyambut. Hanya kerana rasa hormat dan mesra di kalangan pekerja. Itu sebabnya.

Ini arahan Tuhan. Kita tak layak mempertikaikan.

"Kalau mereka tak tarik balik iklan yang beri fitnah kepada orang Islam yang tak mengamalkan cara hidup begitu, kita boikot Sunsilk ramai-ramai!"

"Eh, janganlah. Produk tu tak salah. Mungkin pihak promosinya yang terlepas pandang. Mungkin yang mengarahnya bukan Islam."

"Yalah, tapi dalam hal yang melibatkan akhlak, cara hidup, dan pegangan orang Islam ni, takkan tak ada orang Islam dalam Board of Advisornya? Bukan perlu ustaz dan mufti pun untuk beritahu bahawa orang Islam HARAM bersentuhan dengan yang bukan muhrim!"


Hmm, ya juga. Pun, kan ada badan yang menapis iklan di Malaysia ni? Takkan nak tunggu pelajar UIA juga jadi wakil yang dihantar ke sana? Orang lain takkan tak belajar perkara asas ni?

Sekali lagi, back to the root. Kepada percaya dengan yakin akan TUHAN. Jika tiada, beginilah jadinya.

Saya cuba cari laman web Sunsilk untuk mendapat info cara menghubungi mereka untuk komen terus. Tapi tak jumpa. Kalau ada yang terjumpa selain dari laman ni, beritahu saya, ya?

http://www.unilever.com.my/sunsilk/index.htm

http://www.sunsilk.com.my/green/default.html

10 comments:

fami said...

saya ada catatkan entri baru tentang iklan ni, mira. Iya, dgn refer pada entri mira tentang ni.

meh kita buat sesuatu! Jemput baca entri terbaru yang baru sahaja diupload kira-kira 10 minit yg lepas (1.20 ptg, 5 julai 2006).

munshi little said...

satu:memang tak make sense bila dandruff tu ada kt bahu student tu.Kalau dah pakai anak tudung atau tudung camner lah si dandruff tu nak turun ke bahu.Kalau garu pun still di atas kepala.
dua:mungkin sebab negara kita nak ke arah hadhari dan mereka nak tarik pengguna Islam pakai syampoo tu mereka buatlah iklan ala2 menonjolkan pengguna Islam.
ketiga:maybe sebab orang yg buat iklan tu ambil student yg tak pakai tudung atau dah pernah berpegang tangan ngan bf or gf kut.So..pelakon 2 tu pun assume benda tu dah biasa.Maybelah.
Memang sukar sekarang ni.Makin nak tegakkan Islam makin pula byk rintangan.Rintangan yg datang dari orag islam itu sendiri.Lagipun memang tak ramai org bukan Islam paham Islam sebenar2nya.Ajarlah apa2 pun belum tentu paham.Kalau orang Buddha mereka mmg ada adat juga.Tak boleh suka2 hati pegang tangan atau tinggal serumah dengan perempuan bukan isteri mereka.Tapi itulah sukar2 sebab tak perlu tunggu iklan kat luar sana pun ramai dah tak ingat akhirat.

mira said...

salam.

munshi little,

betul, yang di luar tu dah banyak yang tak betul. tapi media jadi medan sebaran maklumat yang paling besar. kita susah nak ambil tindakan, buat sesuatu pada public, tapi sekurang-kurangnya, kita dapat halang sumbernya daripada menyebarkan benda yang tak betul.

saya dah isi feedback form pada unilever. mungkin komen sebegini takkan dilayan, tapi sekurang-kurangnya saya cuba beritahu jika mereka terlepas pandang. kalau saya dapat respon, saya akan beritahu di sini.

mekasih semua! :)

Anonymous said...

1st time aku tgk iklan tuh, aku da prasan something wrong kt ending die, aku mengomel dlm hati jer, bisik hatiku, "pakai jer tudung tp pegang tgn, tak kesah ar berlakon ke tak", aku tau tak plak bende nih mmg satu isu, iklan tv3 kan?tulis je msg kt kosmo, klu ramai2 antar msg kt kosmo, mende nih leh jd bahan media, itu je cadangan drpd hamba yg lemah tp hensem, ahaks.. ;p a`kum..

radzi_engin_uia

pakdi said...

gua pun rasa tak puas hati. tapi gua rasa, penyelesaian terbaik adalah orang yang ada fikrah islam bukan agensi pengiklanan sendiri dan terbitkan iklan yang lebih menepati syariat.

kalau takde usaha tu, sampai bebila pun iklan sebegitu akan ada :)

salam dari gua...

rocks! :P

mira said...

salam.

radzi,

tu iklan sunsilk. rasanya bukan di tv3 saja kot... :) memang nak hantar sms ke kosmo juga. tapi terlupa pula no nya. nak beli, takde pula di kuantan ni :p

boleh tolong beritahu di sini? kita pakat hantar ramai-ramai! [kalaulah apa yang kita hantar di kosmo benar dibaca orang dan dapat perhatian pihak atasan...]

pakdi,

was it really u? /:)

pakdi said...

hehe.. jadi rocks sikit :P

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Tiga kali uji bakat

MELIHAT wajah manis ini pasti anda teringatkan sesuatu. Wajahnya pernah
muncul di kaca TV, tapi bukan sebagai pelakon atau penyanyi. Jika anda
tenung betul-betul, ingatan anda pasti akan singgah pada satu satu
iklan
syampu di mana seorang isteri yang menukar beberapa kali tudung
kepalanya
sebelum pergi ke rumah ibu mentuanya.

Wajah yang pada mulanya agak cemas kerana bimbang tidak selesa dengan
pemakaian tudungnya kemudian bertukar menjadi ceria setelah memakai
syampu.
Sayangnya, si suami pula tidak membawa isterinya ke rumah ibunya tetapi
pergi bersiar-siar menikmati panorama malam di tebing bukit disebabkan
terlalu terpesona dengan kejelitaan isterinya.

Model iklan yang cantik jelita itu adalah Nik Farideh Yousef Mohd.
Khani,
25, berasal dari Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik ini mempunyai darah kacukan Iran
dari sebelah ayahnya.

Nik Farideh yang berkelulusan Bio-Perubatan, kini sedang meneruskan
pengajian Sarjana Lanjutan dalam bidang Psikologi Klinikal, di Hospital
Kuala Lumpur (HKL).

Dan jangan anda terkejut apabila pasanganya dalam iklan itu adalah
suaminya, Dr. Azirul Salihin Anuar, 28.

Pasangan sama cantik sama cemerlang bukan sahaja disatukan di dalam
iklan
tersebut tetapi juga berkongsi hidup sejak tiga bulan lalu dan pada 18
Jun
lalu, mereka disandingkan untuk disaksikan sanak saudara dan rakan
taulan.

Azirul, anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu, merupakan seorang
doktor
perubatan dan kini berkecimpung sepenuh masa dalam bidang perniagaan
kejuruteraan dan membabitkan diri dalam bidang peragaan.

Ditanya bagaimana boleh terbabit dalam iklan berkenaan, Nik Farideh
mengakui diperingkat awal mereka sama sekali tidak menduga terpilih.

"Kami bertemu seorang teman lama yang meminta kami menjalani uji bakat
yang
sedang dijalankan. Tiga kali kami mencuba dan tidak sangka pula
terpilih.
Pengambaran dijalankan selama dua hari dengan beberapa pelakon
tambahan,''
katanya.

Bagi Nik Farideh, biarpun ini pengalaman pertama kali berlakon filem
iklan
tetapi beliau dapat menjayakannya dengan baik.

Menurut Nik Farideh, pengalaman itu amat berharga untuk dirinya dan
tidak
menganggap pembabitannya dalam iklan berkenaan menjadikan dirinya
glamor
biarpun sering menjadi perhatian apabila keluar rumah.

Ditanya sama ada beliau berminat dengan bidang lakonan, katanya, beliau
berminat untuk berlakon asalkan dibenar bertudung.

Dalam pada itu Azirul juga tidak menghalang sekiranya Nik Farideh
berlakon
asalkan pandai menjaga batas-batas diri sebagai isteri.

Pada waktu ini kata Azirul, Nik Farideh mempunyai banyak masa lapang
kerana
tidak perlu menghadiri kuliah yang banyak.

Ditanya keistimewaan isterinya sehingga terpilih sebagai pelakon utama
iklan itu, Azirul berkata, Nik Farideh kelihatan cantik dalam tudung
berwarna hijau dan menepati cita rasa pihak pengiklan kerana beliau
pandai
berlakon.

"Saya menjadi pasangan paling sesuai untuk digandingkan dengannya
daripada
orang lain di dalam iklan berkenaan,'' katanya.

Anonymous said...

untuk pengetahuan semua..saya mengenali kedua-dua pasangan sunsilk tersebut.. pada masa pengambaran tersebut dilakukan, mereka masih BERTUNANG!!! belum berkahwin.. jadi, ia tetap haram berlakon begitu.. sehingga ada adengan mengucup dahi.. bertunang bukan tiket untuk buat apa saja walau pegang tangan.. kalau sekarang mereka dah kawin, bolehlah mereka berlakon macam tu.. tapi waktu tu masih bertunang.. renungkanlah... masyarakat hari ini semal=kin lupa batas-batas agama

Life of A Business Hunter said...

Itu unta Iran.Perhatikan cara dia berjalan. Tidak sesuai la jadi model atau pelakon. Cantik pun sekadar ok saje.