Thursday, July 29, 2004

Hindarkan 7C & 8G

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan 7C yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

  1. Comot
    Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

  2. Cerewet
    Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

  3. Cemburu
    Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

  4. Cuai
    Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

  5. Celupar
    Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

  6. Cabul
    Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

  7. Cabar
    Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, "saya cabar awak....."


8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

  1. Garang
    Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah² tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macamlah dia betul semua, dsb

  2. Ganas
    Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.

  3. Gementar
    Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb

  4. Gabrah
    Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dsb

  5. Gentleman tiada
    Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambil kesempatan, dsb

  6. Gerumal
    Bahasa kedah-bohong atau tipu

  7. Ganggo
    Keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll

  8. Gatal
    Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

petikan dari papan buletin friendster

Tajuk: Misteri dan Jawapan dari Bermuda Triangle

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri.

Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang ada di Bermuda Triangle?

Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira 'hilang'. Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa.

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib!

Apa yang sebenarnya telah berlaku?

Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)."

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus; panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara- perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ.

Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda" oleh Sheikh
Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan.

Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama merenung dan melihat.

Tuesday, July 27, 2004

selasa

Hari² berlalu tanpa ada peristiwa menarik untuk menjadi inti topik [tak bersyukur pula apabila tak sibuk :p ].

Sepanjang minggu lepas memang aku kepenatan. Penuh dengan aktiviti. Aktiviti yang menanti selepas ini, mungkin akan ke Terendak semula hujung minggu ini. Para fasilitator untuk program ke sana tempohari dijemput menghadiri majlis kecil²an anjuran pentadbiran MRSM Terendak. Cuma dalam perancangan. Masih belum pasti. Jadi, kepada sesiapa yang teringin nak merajuk kerana tak diberitahu apa aktiviti aku di sini, tak usahlah... :)

Pergh, terasa seperti orang penting sungguh! :)

Tiket pulang ke Kuantan cuti pertengahan semester ini minggu depan telah dibeli. Tak sabar nak jumpa Ayuni dan Aliah!

Saturday, July 24, 2004

hey guys! listen...

  1. When a girl says she's sad, but she isn't crying, it means she's crying in her heart.
  2. When she ignores you after you've done something wrong, it's best to give her some time to cool down before touching her heart with an apology.
  3. A girl can't find anything to hate about the guy she loves (which is why it is so hard for her to 'get over him' after the relationship's over.)
  4. If a girl loves a guy, he will always be on her mind every minute of the day, even though she flirts with other guys.
  5. When the guy she likes smiles and stares deep into her eyes, she will melt.
  6. A girl likes to hear compliments, but usually is not sure how to react to them.
  7. When a particular guy flirts with a girl very often, a girl would start thinking the guy likes her. So if you treat a girl just as a friend, go easy on the smiles and stare 'okie?
  8. If you don't like a girl who likes you, break it to her gently.
  9. If a girl starts avoiding you after you reject her, leave her alone for a while. If you still treat her as a friend, talk to her.
  10. Girls enjoy talking about what they feel. Music, poetry, drawings and writing are ways of expressing themselves (which explains why most girls like writing journals).
  11. Never tell a girl that she is useless in any way.
  12. Being too serious can turn a girl off.
  13. When the guy she likes calls her for the first time, the girl may act uninterested during the call. But as soon as the phone is back on the hook, she will whoop with joy and immediately start telephoning her friends to spread the news.
  14. A smile means a lot to a girl.
  15. If you like a girl, try making friends with her first. Let her get to know you.
  16. If a girl says she can't go out with you because she has to study, leave.
  17. But if she still calls you or expect a call from you, stay.
  18. Don't try to guess a girl's feelings. Ask her.
  19. Hearing the words "I love you" is a great reassurance to a girl that she is beautiful.
  20. After a girl falls in love with a guy, she'll wonder why she never noticed him before.
  21. If you need tips on how to flirt with a girl, read romance stories.
  22. When class pictures come out, a girl would first look at the girl next to her crush before actually looking at herself.
  23. A girl's ex-crush will always be in her memory, but the guy she loves now stays in her heart.
  24. Girls love having fun!
  25. A simple 'Hi' can brighten a girl's day.
  26. A girl's best friends usually know best what she is feeling and going through.
  27. Girls hate it when a guy pays attention to them just to get close to their 'prettier' friend.
  28. Love means devotion, caring and happiness to a girl, in that order.
  29. Some girls care about looks, some care about brains, but ALL girls want a guy who will love and care for them.
  30. Girls want nothing more than to feel loved.

tukar warganegara jap

My ultra sexy ethnic stud-muffin name is Adriana Atractivo.
Take The Ethnic Stud Name Generator today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Wednesday, July 21, 2004

KAED Exhibition Gallery

Waa, seronoknya!

Aku menulis menggunakan SuSE Operating System! :)

Salah satu Linux open source distribution maa...

:D

Tuesday, July 20, 2004

program(s)...

Pulang saja dari program motivasi, aku berkejar ke lab [a.k.a. rumah kedua]. Menyiapkan pamplet Open Source Day ICTSS yang masih terbengkalai ditinggalkan begitu saja. Alhamdulillah, lewat hari ini, kerja itu dapat disempurnakan. Cuma belum disalin keras [hard copy :)].

Laporan bazaar untuk minggu ini [oh, belum tamat lagi rupanya fiesta UIA ini]. Di hadapan kulliyyah Economics berhampiran booth Nescafe didirikan gerai² sempena Caring Week. Nama Caring sempena nama persatuan dalam UIA yang menganjurkan; Caring Club. Yang presidennya adalah salah seorang ahli kumpulan nasyid baru yang pernah aku uar-uarkan, One Faith. Abang Razlan.

Dan serentak dengan itu, e-fest masih belum melabuhkan tirai. Tetap gah walau tersorok di tengah² kulliyyah Economics.

Kami, Information and Communication Technology Students' Society (ICTSS) pula akan menganjurkan sesuatu yang lebih bersifat akademik dan perlu diketahui umum. Bukan hanya berbentuk hiburan dan jualan. IIUM Open Source Day. Silalah hadir beramai²!

p/s: Jumpa saya di Linux Booth, KAED Exhibition Gallery Khamis ini! :)

Khusus buat adik² MRSM Terendak

Assalamualaikum adik² sayang. Apa khabar kalian hari ini? Harap sihat dan ceria seperti semasa kedatangan kakak² dan abang² ANSARA UIA hujung minggu lepas. Akak dah beri alamat jurnal ini, sebab itu akak tahu, adik² pasti singgah :)

Warkah ini untuk adik² semua. Terutama untuk kumpulan 4 bersama akak dan Kak Ayu [bukan wasiat terakhir ya? :) ].

Cuma, akak kami belum berkesempatan meletakkan gambar² kita bersama hari ini seperti yang telah dijanjikan sebab Abang Fird dan Kak Fiza masih belum menghantarkan gambar² tu kepada akak [kerana hanya mereka yang punya kamera digital dan paling cepat boleh diharapkan memberikan gambar² itu].

Sepanjang tak sampai 2 hari bersama adik², akak rasa puas. Sebab akak memang suka bercerita dan membantu kira diperlukan. Cuma, adik² pasti dapat lihat kejanggalan akak sewaktu mengendalikan modul² Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Akak kurang senang dalam aktiviti formal apabila akak seorang yang bercakap dan yang lain hanya mendengar. Dapat lihat bezanya apabila kita makan bersama kan? Banyak pula celotehnya :)

Akak tahu. Memang kelemahan akak. Sebab akak pertama kali memegang kumpulan. Di Batu Pahat dahulu, akak conduct mass bersama Abang Nan, Kak Widya, Kak Jannnah dan Kak Ain [itupun untuk pelajar² Tingkatan 1]. Maaf. Tapi akak akan cuma perbaiki dan jadi yang yang lebih baik.

Kami akan datang lagi jika ada kesempatan. Kerana Kak Ani, kaunselor adik², 'kononnya' [kak Ani memang gemar perkataan ini ya?] dah buat persetujuan supaya kami ke sana 2 kali setahun [!!]. Tapi, jika ada pun, dengan adik² yang lebih muda daripada kalian [ya lah, adik² kan sudah di tahun terakhir di sana?].

Akak harap sangat supaya adik² tak menyimpan dendam atau perasaan tak puas hati kerana kepercayaan adik² dipermainkan dalam LDK3, sewaktu modul 3 nama tersayang. Akak tahu betapa adik² ingin mengulang masa kerana terasa tertipu apabila hanya menuruti kata² fasi untuk merenyuk dan memijak kertas bertulis nama 3 orang yang adik² sayang itu. Akak tahu, ada antara adik² [atau mungkin kebanyakan] yang terlalu lurus dan mudah mempercayai, tidak sesuai untuk aktiviti itu. Adik² akhirnya menyumpah seranah fasi dan menyimpangkan kepercayaan daripada kami.

Sepatutnya, LDK4, pertemuan terakhir kita adalah masanya untuk kami menerangkan kedudukan sebenar aktiviti dan motif kami melakukannya. Memandangkan masa yang kami ada amat suntuk, ada yang meninggalkan adik² dalam pertanyaan.

Maaf, akak belum arif. Akak tak sertai LDK3 kerana terpaksa membuat persiapan untuk demolish malam itu [ada tak yang perasan suara ibu itu suara akak? :) ].

Cuma tujuannya tak lari daripada memberi kesedaran atau mengingatkan kembali adik² akan niat dan tujuan asal adik² dihantar belajar ke sana. Renung kembali wajah ibu bapa, kenang kembali harapan dan hasrat mereka yang inginkan kita berjaya. Gembirakan mereka, adik². Cuma dengan kejayaan, kegemilangan dan kegembiraan kita. Cuma itu.

Akak harap adik² faham. Adik² pun telah banyak menyertai program² motivasi sebelum ini bukan?

Dan kami akan terima pandangan dan pendapat kalian untuk menjadikan program Sireh Pulang ke Gagang lebih berkesan pada masa² akan datang. Terima kasih atas kerjasama yang adik² berikan.

Dan harapan akak, semoga adik² juga suatu hari nanti akan turut menyumbang khidmat memberi sesuatu untuk bangsa Melayu terutamanya. Memartabatkan kembali bangsa yang kian tertindih oleh kemajuan bangsa² lain.

Sertailah ANSARA :)

Ada kesempatan akak masukkan gambar² kita nanti ya?

Friday, July 16, 2004

jumaat

Sejuk hari ini [kalau dah di lab...]. Cuaca di luar... mendung. Hujan kejap². Guruh sabung-menyabung. Minda hampir beku. Tak terfikirkan. Padahal banyak lagi tugasan yang berbaris panjang.

Stabillah wahai jiwa.

Aku akan bertolak ke Terendak, Melaka sebentar lagi. Menjadi fasilitator untuk pelajar Tingkatan 5 di MRSM Terendak. Program motivasi. Sireh Pulang ke Gagang. Bersama persatuan ANSARA UIA. Yang kedua buat aku selepas ke MRSM Batu Pahat semester lepas.

Bunyinya macam bagus saja. Jadi fasi... macamlah juga kaunselor tak bertauliah... macam bagus kan?

:)

Hei, entah apa² saja. Dah tentu semua manusia tak sempurna. Ada kurangnya di sana-sini. Aku pun.

Tapi orang lain, kurangnya di tempat yang aku mampu hadapi. Sanggup tempuhi. Lantas aku bantu mereka. Menampal di mana² perlu.

Kononnya, pelajar MRSM, motivasinya unik. Apa² masalah diselesaikan dengan cara tersendri. Betullah tu agaknya. Sebab itu semua bekas pelajar pusat pengajian itu sekepala. Sehati sejiwa. Sehingga rakan² rapat di sini kebanyakannya dari MRSM.

Nak ke Terendak ni, perlukan persediaan emosi, mental dan fizikal. Kerana, walau bukan MRSM aku sendiri, rekabentuk dan persekitaran yang sama membimbing aku ke alam kenangan.

Terkenang sahabat² lama. Terselak album memori tua.

Walaupun aku hadir sebagai pelajar universiti lepasan MRSM, jiwa pelajar Tingkatan 5 ini tetap ada...

Manatahu aku boleh menyamar sebentar :)

Monday, July 12, 2004

cerita-ceriti

Hari in, UIA semakin meriah. Engineering Technology Exhibition (Engitex) berjalan serentak dengan Economic Festival (e-Fest) di tapak yang berlainan. Kanopi² di hadapan sungai masih belum diturunkan sejak digunakan semasa i-fest dahulu. 3 minggu berturut². Sesuai benar dengan keadaan kewangan pelajar² sekarang.

Aku, masih belum membeli. Memang banyak yang berkenan [bukan jejaka ya?]. Blaus² merah jambu dan hijau banyak yang memenuhi citarasa. Cuma, aku fikir, fiesta seumpama ini tak akan berkesudahan lagi buat masa terdekat. Masih ada Ummatic Week dan Convest [itupun setakat yang aku sedia maklum].

Jika akan berakhir pun, aku tak akan rasa kehilangan dan kerugian. Almari baju penuh dengan pakaian yang semuanya masih boleh dipakai. Lagipun banyak lagi gunanya wang yang baru diperoleh ni. Sekurang²nya, aku tak perlu diet poket lagi untuk makan.

Uish, hutang orang tak berbayar lagi ni...

---

Hablu min annas...

Susah nak interpret dalam satu gaya bahasa.

Adakah hanya ada 'kawan' dan 'lawan'? Kalau tak berkawan, maknanya kita berlawan?

Aku tak fikir yang lebih daripada kawan [faham kan?]. Tak dapat gapai betapa susah berkomitmen dalam hal itu, sedang dalam 'kawan²' pun tak terlayan...

Kenapalah banyak sangat miss communication yang berlaku? Sedaya upaya cuba bersikap jujur. Cuba berterus-terang. Dalam masa yang sama cuba menjaga hati. Agar kawan tetap kawan.

Aku dah berhenti jadi orang tengah. Tapi tetap mampu sandang rangkapan kaunselor tak bertauliah.

Aku dah terus-terang. Penat. Harus fokus pada diri sendiri dulu. Ubati diri walau penawar yang ada tak semujarab mana. Cukuplah untuk menahan sakit kerana luka yang tercalar kembali. Kerana, penawar itu tak dijual di mana² klinik atau hospital. Atau boleh didapati dari dukun dan bomoh.

Insya4JJ1 akan ditemui dalam perjalanan nanti. Seiring masa yang berlalu hambar.

Kosong...

layan

Kalimah Cinta
In-Team

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan yang Esa

Adam Hawa bercinta di syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal Rasul-Nya
Kerana cinta kenal saudaranya
Bahagia keluarga
Oh, indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
Yang merajai jiwa

Dibatasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan
Betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaanku


Senilagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta: Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit: Isman Nadim Isam


Wednesday, July 07, 2004

derma darah

Tak sempat nak masukkan entri ini semalam. Hari ni lapang sikit.

Sepatutnya, seawal Isnin lepas aku merancang nak menderma darah. Tapi ada pula yang bising. Puasa² pun nak derma. Tak sihat satu hal. Aku iakan saja. Malas nak bertelagah panjang². Bukannya tak larat. Dah tau, kalau dengan minah ni tak akan boleh menang punya.

Isi borang. Soalan pertama dah buat aku berfikir. Padahal bukanlah sesusah soalan matematik tambahan.

Adakah anda sihat hari ini?

Sihat ke? Batuk selsema dikira sihat? Tangan tergerak menanda kotak ya. Bohong sunat :) Supaya tak menyusahkan diri dengan peluru pertanyaan doktor nanti. Aku nak buat kerja amal saja. Aku tahu sakit setakat itu tak mampu menjatuhkan aku. Aku kan kuat :)

Eh, ada lagi soalan yang selama ini aku abai²kan semasa menanda.

Adakah anda mengalami penyakit² berikut seminggu yang lepas?
batuk/selsema/migrain


Alamak, tak sedap pula menipu banyak² kali ni. Lagipun batuk selsema aku memang dah menjengah satu minggu. Okeylah, tidak.

Ujian jenis darah, lepas. Doktor tanya, sakit apa minggu lepas? Batuk berkahak tak? Kahak warna apa? Ada ambil sebarang ubat? Panadol pun tak ambil? Hari ni sihat ya? Dah makan? Ni yang malas nak jujur sangat ni... Tapi, mujur juga tak makan sebarang ubat untuk batuk selsema aku. Kalau tak, lagi banyak soalannya.

Ujian tekanan darah... La, kenapa tekanan darah rendah pula ni? Aku jadi bengang. Tak pernah² terkantoi semasa check-up. Dalam hati, janganlah benda sekecil ini menghalang semangat aku...

Doktor minta aku berjalan aktif selama 10 minit. Kemudian datang sekali lagi untuk pemeriksaan semula. Berjalan? Ke mana? Masa tu sudah jam 12.00 tengah hari. Ada kelas pula pada jam 1 petang. Sempat tak ni? Sempat tak ni?

Dengan fokus minda memikirkan kemungkinan tiada rezeki aku menderma untuk hari itu, kaki melangkah laju ke Econs cafe. Duduk di situ, melantak kek coklat yang baru dibeli di bazaar i-mec. Mengada²nya tekanan darah hari ini...! Getus sendiri.

Tak sampai sepuluh minit, aku kembali menghadap doktor. Jantung berdebar. Lepaslah, lepaslah...

"Okeylah, saya lepaskan awak."

Bunyinya macam aku dilepaskan sekadar simpati melihatkan semangat aku yang sangat marak. Tapi, bolehkah doktor buat begitu? Ah, jangan tanya lebih², doktor dah beri pelepasan tu! Senyum.

Saat berbaring di kerusi yang disediakan, aku berteka-teki lagi. Lancar tak kali ni? Penuh tak untuk beg 450ml? Untuk pendermaan sebelum ini, aku kerap menghadapi masalah. Bukan, aku tiada sebarang kekurangan yang boleh diatasi sendiri. Tapi, urat tangan aku kecil. Dan kedudukannya di sisi lengan. Kurang praktikal untuk kelancaran darah. Pernah sekali, kedua² belah tangan bertebuk untuk memenuhi keperluan itu. Dan pada satu ketika yang lain pula, aku pernah cuma menderma 250ml kerana darah tak mahu keluar lagi...

Bukan salah aku, kan? Lepas ni nak kena ke jim selalu nampaknya :)

Alamak, gatal pula tekak ni. Tahanlah dulu. Jangan batuk sekarang...!

Bila misi bertugas ingin menjalankan tugasnya menyudahkan proses pendermaan, aku jadi hairan. Tak sampai sepuluh minit. Eh, sekejapnya?

Kak, cukup tak? Soalan pertama aku. Risau jika proses terpaksa diulang di tangan kanan pula. Dia cuma mengangguk, masam. Huh, tak ceria langsung! Bukannya tak dibayar gaji!

Tapi, aku langsung tak sangka. Sekejap, dan penuh! Gembiranya! :D

Kenapa ya? Misi yang cucuk jarum itu yang sudah profesional mencari kekedudukan urat dengan tepat tak? Entahlah...

Dan jam 1, aku ke kelas Methods of Da'wah seperti biasa. Seperti tiada perkara besar yang berlaku. Tapi, langsung sungguh menggembirakan hari aku selepas itu! Seronok!

Hari menderma darah di UIA Gombak dibuka sehingga Jumaat ini. Ada sesiapa yang tergerak? :)

Monday, July 05, 2004

Laporan hujung minggu...

Jumaat malam...

Aku sertai rakan² ICT aku duduk semeja dengan mereka dalam makan malam upacara penutup I-Fest. Paksa rela. Paksa sebab aku tak terdetik langsung nak sertai sesuatu yang aku tak pernah ambil kisah kewujudannya. Rela sebab nilai tiket berharga RM10 disponsor sepenuhnya oleh sahabat baik aku, Amy. [Sajeje jual mahal, padahal kipas-susah-mati nasyid nih :P ]

Semeja dengan Reha, Najib, Ana, Amy, Ima, Huda, Fade, dan Faheem, masing² berpakaian lain daripada hari² biasa. Aku sendiri berjubah seluar biru kundang jahitan tangan emak bertudung bercorak warna serona [mana pernah berjubah seluar sebelum ini].

Kami disaji dengan persembahan² daripada Tan Sri Dato' SM Salim, Aikido, Silat Gayung, dan In-Team. Perjalanan majlis tak terasa meriahnya walau sememangnya sangat grand [sebab makan hanya pada jam 9.30 malam agaknya -- lapar...]. Nasi yang menjadi sajian memang best! Berbaloilah.

* * *


Sabtu petang...

Ke Damai, tapak aktiviti rock-climbing yang biasa dikunjungi oleh mereka yang menjemput aku pada hari itu [boleh dibaca: memaksa...lagi -- guraulah].

Tak boleh jadi! Tak boleh jadi! Segan aku ni memuncak² pula pada hari itu. Tak bergerak langsung kaki untuk memenuhi keinginan hati untuk turut memanjat. Kata orang, mahu tapi malu :) Jadi, tak beraktiviti aktiflah aku pada hari itu. Sekadar menjamu mata menyaksikan 'keindahan' gua yang 'dijelajah'...

Takpe, takpe, nanti bila kaum wanita sudah menguasai rentak, aku sertai ya? :)

* * *


Ahad tengah hari...

Aku, Janna, Jannah, Yonn, Kak Salwa, Kak Shi, dan Kak Ayu sekumpulan berbaju sopan menjelajah kota lumpur menentang segala jenis pandangan hairan manusia moden, terus ke PWTC.

Kami ke sana memenuhi jemputan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Pusat pada tahun itu. Dijemput sebagai pembantu atau komiti. Datang sebagai pemerhati. Eh, mana Abang Mat?

Abang Nazri manjadi bidan terjun sebagai pengerusi majlis untuk majlis besar itu. Hanya lebih kurang 30 minit sebelum majlis bermula, Abang Nazri diberi draf ringkas mengisi poin² yang patut diselit dalam aturcara. Selebihnya hanya mengikut kemahiran sendiri. Mahu tidak mahu, bantuan telah diterima. Jatuhlah kredibiliti sebagai pelajar jurusan undang² jika tugas seperti itu awal² ditolak, kan? :)

Tabik spring untuk Abang Nazri kerana berjaya mencuri tumpuan dan kagum orang² besar [Dato' Mukhriz Mahathir pun ada] dalam usia hanya setahun lebih tua daripada aku. Yonn dan Jannah pula mensohorkan diri menjadi pencatat minit mesyuarat, sepanjang masa mensyuarat berlangsung berkedudukan di hadapan pentas.

Kami selebihnya, menjadi penyambut² tetamu, menjaga bahagian pendaftaran.

Sekali lagi, aku disaji percuma. Walau hanya mi goreng mamak kata Abang Zain, taraf PWTC, mahal tu! Hidangan pencuci mulutnya juga tidak kurang menarik dan enak.

* * *


Lepas ini apa ya?

Friday, July 02, 2004

saja je... :)

AAppealing
MMisunderstood
IInnocent
RRealistic
AAccurate
HHaunting
AAmbitious
RRounded
IIdeal
YYum
AAppealing
TTasty
IInfluential

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com


Dari: SriDiah

Thursday, July 01, 2004

masalah & semangat

Kadang², kita jadi pening bila fikirkan masalah orang. Paling tidak, bila tahu orang di sekeliling punya masalah. Jadi tak sampai hati nak bergelak tawa. Nak senyum ria. Jadi lupa masalah sendiri. Jadi bersyukur kerana masalah sendiri tak besar mana.

Baru tahu perasaan kawan² bila lihat muka yang mencuka ini saban hari. Langsung tak senang duduk mereka dibuatnya. Mereka luah, bukan tak fikir, tak ingat, tapi bukan senang nak cari penyelesaian waktu itu juga. Masalah aku termasuk dalam senarai yang perlu mereka fikirkan.

Dan sekarang, masalah mereka jadi senarai perkara yang perlu aku fikir²kan. Yang perlu aku waspadakan setiap hari. Bimbang tersilap kata. Akan kecil hati mereka yang mempercayai aku.

Aku tahu. Menceritakan masalah bukan bererti aku patut memberi penyelesaian mutlak. Memaksa mereka mengikut cara aku. Bukan. Lebih² lagi aku ini bukanlah pemikir spontan. Yang ide dan pandangan akan terus tercurah masa itu juga. Tepat mengisi fikiran mereka yang kekontangan rasional dek wasap emosi.

Aku, cuma mampu mendengar. Dan kadangkala, menyusun melalui penulisan sebelum terhambur dengan kata [Praktiskan apa yang pernah dipelajari dalam Kemahiran Hidup menengah rendah -- sebab tu dapat gelaran kaunselor tak bertauliah :) ].

Cuma, kebanjiran cerita yang semakin melimpah saban hari kadangkala melemaskan. Dan menjatuhkan motivasi sendiri juga.

Aku kena kuat. Untuk membantu membina kekuatan orang lain. Untuk menaikkan semangat sahabat² tersayang yang makin pudar.

Sabarlah. Sama² nanti kita usahakan sesuatu untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Ya? :)

Sayang korang semua!