Andaikata kita bercinta
Kan kau bina mahligai indah
Yang terapung di langit ke tujuh
Sememangnya seakan khayalan belaka
Aku tak percaya
Kata-katamu hanya mimpi
Di siang hari
Kemarau panjang berpanas jua
Berteduh tidak
Hati kecil tak memahami
Mahligai itu ada di syurga
Terangilah mata hati
Agar dapat kumengerti
-Sharifah Zarina, Langit ke Tujuh-
Macam mana agaknya kalian interpret lagu ni?
Mahligai, langit ke tujuh, syurga... dengan bercinta...
Saya pun tak pasti apa maksud sebenarnya, tapi bila hayati bait liriknya, saya teringat lagu Antara Dua Kasih, UNIC dalam album terbaru mereka, Satu Tekad.
Bisa mengundang keredhaan Tuhan
Jika insan menghargainya
Dan memuliakannya
Kedua-duanya bercerita mengenai percintaan sesama manusia yang bisa membawa mereka menggapai redha dan rahmat ALLAH, di dunia dan akhirat.
:)
Inilah maksud saya dalam mentafsir, pengisian dan label [bukan nak mula ceramah pasal cinta ya?].
Kita label lagu sekian-sekian sebagai nasyid sebab kita tahu yang menyanyinya adalah penasyid. Siapa yang mengiktiraf? Penggiat Industri Nasyid [PIN]? Masyarakat? Apa kriteria yang nak menjadikan seseorang itu penasyid? Adakah semata niat penyanyi itu sendiri saja?
Cop, cop. Yassin, Waheeda, dan Bienda itu penasyid ke?
Hmm...
Ramli Sarip? M. Nasir? Amuk? Too Phat? Ahli Fiqir?
Oh, dah tentu bukan...
Tapi, adakah pengisian lagu-lagu mereka kurang bermesej berbanding lagu-lagu nasyid?
Tidak juga, kadang-kadang lebih lagi. Dan penyampaian mesej-mesej itu lebih berkesan.
Cuba dengar lagu Kau Yang Satu, Ramli Sarip. Huish, menitis air mata.
Atau Semangat yang Hilang, Amuk. Kan seolah-olah mengerti perasaan yang tersembunyi pada hampir setiap orang?
Adakah label yang ini penanyi nasyid, yang ini penyanyi bukan nasyid itu penting?
Ya, sekiranya pendengar tak pasti lagu apa sebenarnya ada nilai positif untuk diambil iktibar atau sekadar kata-kata hikmat. Jadi, beralihlah pada lagu-lagu nasyid. InsyaALLAH, bak kata DJ Erwan IKIM.fm, tiada lagu nasyid tanpa mesej yang baik.
Teringat pula lagu Mirwana, Inni Akhafullah.
Perjalanan yang suram ini
Kumenjauh daripada kuteruji
Apa yang tidak pasti
[Baru cuba fahamkan bait-bait kata lirik ini. Sekarang agaknya, kalau betul, dah faham. Mereka cerita tentang jika kita rasa yang iman kita ni senipis kulit bawang, jangan diduga sesuatu yang tak tertanggung.
Atau seperti kata pepatah, 'Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga' -- walapun Chef Li dalam buku terbarunya 'Biar Kecil Asalkan Berhasil' ada sebut 'Kalau kail panjang sejengkal, cubalah mengail juga! -- itu lain, itu dalam konsep bisnes -- terpulang pada yang mentafsir]
Cuma, jangan kata hanya lagu nasyid saja yang mengajak ke arah kebaikan. Ini yang perlu sedikit usaha untuk membuka minda. Dan ini pentingnya tafsiran. Guna akal yang dikurnia. Fikir, fikir dan fikirlah.
Nasyid cuma label. Yang penting pengisian.
Memandangkan pengisian lagu-lagu nasyid ini mengajak kepada perubahan menjadi yang lebih baik, maka, industri nasyid perlu diperluas agar semakin ramai yang dapat menerima genre nasyid ini.
Sebab itu, pada hari ini, selepas kehadiran evolusi dalam cara persembahan Rabbani mengundang kontroversi, muncul lagi kumpulan-kumpulan nasyid dengan pembawaan yang hampir sama, iaitu dengan rentak rancak.
Mirwana, nama mereka naik sejak menjuari kategori nasyid dalam Anugerah ERA lepas. Saya sendiri hairan, kenapa Mirwana? Siapa Mirwana? Nyatanya, nama Mirwana sudah lama bertapak di pentas hiburan, tapi sebelum ini, mereka tak pernah timbul ke permukaan pandangan masyarakat, waima antara peminat nasyid.
Bila dah kenal, uik, ni nasyid alaf baru ke? Lain benar. Rancak dan bersemangat semacam.
Oh, patutlah diterima ramai, kontemporari rupanya, hmm, menarik... Alhamdulillah.
Beri tamsilan yang Islam ini sebenarnya tak lembik longlai, tapi bersemangat waja dengan kekuatan kurniaan ALLAH terhadap pejuang-pejuang agama-NYA.
Harapnya, mesejnya juga sampai kepada yang mendengar, terutama yang baru nak kenal nasyid.
Ramai yang kritik, tak kurang yang kutuk. Tapi, lebih ramai, termasuk yang kritik dan kutuk tadi yang tak buat apa-apa untuk menyampaikan walau sepotong ayat Nabi Muhammad.
Ada juga yang masih kata, hanya Raihan yang masih mengekalkan konsep nasyid yang sebenar.
Benar, benarlah tu. Pendapat anda wajar diterima. Memang masih ada peminat nasyid yang masih berpegang kepada nilai asli nasyid.
Tapi, objektif nasyid yang sepatutnya dihighlightkan sekarang bukanlah sekadar pada konsep nasyid itu, tetapi bagaimana ia menyumbang dalam menyampaikan mesej dakwah itu kepada pendengar.
Gaya persembahan Mirwana makin diterima. Lahir pula Devotees yang punya satu dua lagu mirip Mirwana. Kelahiran Mawi dengan kontroversi-kontroversinya yang juga dikaitkan dengan konsep nasyid, mula mengorak langkah.
Bak kata Ustaz Asri Rabbani, fenomena 'kelahiran baru' dalam industri nasyid [baca: lagu-lagu dakwah] ini amat membanggakan. Sekurang-kurangnya, nasyid mampu menghidangkan pelbagai juadah yang insyaALLAH menepati dan meliputi keseluruhan minat dan kecenderungan masyarakat kita pada hari ini.
Kita dah ada peluang itu. Peluang berdiri di hadapan khalayak. Gunakanlah peluang-peluang ini sebaiknya. Tawan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap Islam.
Kita pernah dan masih sibuk-sibuk dengan akhlak orang Melayu yang dah Islam. Benda ni memang tak akan pernah sudah. Iman manusia kan turun naik. Kita dah buat apa yang patut. Mereka kini sepatutnya bertanggungjawab pada diri sendiri.
Sekarang sepatutnya masa untuk kita menguasai kepercayaan orang bukan Islam pula! Tuntutan mereka tetap akan ada di akhirat kelak, kan? Apa kita dah buat sebagai persediaan?
Biarlah, biarlah nanti label cuma tinggal label. Konsep cuma tinggal konsep. Biar nanti, bila nasyid dah capai tangga teratas, juara carta, terhangat di pasaran, artis lain semua ambil jadi ikutan, label nasyid itu terabai. Biar semua lagu dan hiburan di Malaysia terisi dengan kalimah-kalimah Islam.
ALLAHUAKBAR!
[Bila laung kalimah membesarkan ALLAH ini jangan pula disalahtafsir ya? Sebab Ustaz Aqil dalam 'album' MANIIA MAWInya ada kata begitu. Minta maaf, tapi saya tak suka apabila agama disempitkan untuk jadi label pegangan masing-masing saja.]
3 comments:
..hmm..
..mungkin mudah dinilai signifikan nasyid terhadap pemikiran masyarakat..
..tanpa menilai luaran siapa yang menyampaikan..
..tapi yang diutamakan isinya..
..yang bermain di minda..
..signifikan nasyid utk dakwah..
..atau..
..signifikan nasyid untuk hiburan..
..terfikir juga..
..nabi diutus utk keseluruhan umat..
..malah menjadi contoh terbaik..
..untuk menyempurnakan akhlak manusia..
..ibn fadhli tak pernah dengar nabi guna hiburan utk sampaikan da'wah..
..wallahu a'lam..
..nasyid nasyid..
..ibn fadhli pernah ikut pertandingan nasyid..
..pernah jgak jadi ahli kump nasyid matrik..
..malah masih tetap meminati nasyid..
..buat hiburan semata..
I listen to a lot of Amuk's and M. Nasir's songs..coz i like what they are trying to convey. Bukan hiburan kosong semata-mata. A song with something is always better than a song with nuthing...
in a way, betul dah tu... tapi ada terfikir gak berapa ramai pun org yg betul2 fikir secara mendalam tentang msg sesebuah lagu... allahualam
Post a Comment