Wednesday, August 31, 2005
merdeka
Ironinya, sambutan ini cuma sebagai cuti untuk kebanyakan rakyat negara merdeka, Malaysia.
Pelajar negara lain tak apalah, berada di sini, tumpang gembira sebab dapat cuti. Kadang-kadang, mereka yang lebih ingat akan tarikh 31 Ogos ini.
Benar-benar patriotik dan merdekakah kita jika mengenakan bendera Malaysia saja sebagai pakaian penutup tubuh?
Itu kes seorang peramugari yang baru nak kenal dunia.
Kembali pada diri sendiri saja.
Sambutan countdown di sini semalam memang sungguh dapat sambutan penuh seluruh warga universiti. Tak muat tangga besar simbol gahanya universiti itu menjadi tempat temu semua. Sehingga kedua-dua dinding tangga pun dipanjat oleh pelajar-pelajar lelaki. Seram juga, takut jatuh nanti. Dahla beramai-ramai di atas tu.
Di lantai jalanan yang selama ini jadi laluan kenderaan pun diduduki. Hampir ke pentas juga limpahan pelajar. VIP pun tenggelam dek banjiran mereka.
Berbeza benar dengan tahun lepas. Mungkin sebab tahun lepas ramai yang pulang ke rumah, atau promosinya tidak sehebat yang kali ini, tak ramai yang hadir. Entah, tak pasti pula.
Pelbagai persembahan dihidangkan kepada yang hadir. Tapi, mengikut perkiraan saya, tak ada satu pun yang benar-benar mengarah pada mengenang kembali saat-saat merdeka itu. Kalau nak harapkan pelajar supaya ingat saja apa yang dipelajari dalam subjek Sejarah di sekolah dahulu, hmm... [haha, saya memang tak cenderung kepada subjek yang perlu hafalan].
Dulupun, penggerak untuk tahu lebih pun sebab ada filem 'Leftenan Adnan', filem pertama yang saya tonton di pawagam. Lakonan Umi Aida dan Akashah. Masa itu saya Tingkatan 5. Itupun, cikgu aerobik yang bawa dan belanja. [Sejarah dan aerobik, hmm...]
Persembahan yang ada semalam kebanyakannya cuma membawa kami menghayati kedudukan orang Melayu hari ini di bumi sendiri. Ada juga sajak bertajuk 'Anak' yang terlalu tersirat untuk mereka yang datang cuma untuk hiburan untuk dikaitkan dengan orang Melayu yang semakin lupa diri. Siapa nak fikir?
Nasyid? Ye ke munsyid semalam tu nak release album? Hoho, maaf, tapi persembahan kalian belum cukup mantap. Ramai yang geleng kepala dan tutup telinga. Macam mana nak hayati liriknya pula?
Yorala? Alat muzik yang asalnya dari Australia? Kaitannya dengan merdeka? Heh, dah sah-sah cuma untuk hiburan dan isi masa sebelum jam 12 tengah malam.
Entah, saya pun tak berapa ada juga alternatif persembahan yang sepatutnya diutamakan. Memang sukar untuk mendatangkan keinsafan dalam diri bila yang datang memang cuma untuk isi masa lapang dalam masa yang terhad. Daripada bersesak di Dataran Merdeka, baik di UIA saja.
Cuma, kalau skrin tayangan lebih besar dan terpampang betul-betul di hadapan audien, boleh dicadangkan untuk buat persembahan multimedia dengan tema yang tepat, supaya orang Melayu insaf akan kepayahan orang terdahulu menempuh hidup di bumi sendiri. Tambah dengan efek lagu yang menusuk kalbu, fuh, mengancam!
'Leftenan Adnan' pun ok apa?
Ada lagi ke filem-filem macam tu di pasaran perfileman?
Kalau tak berkesan pada semua, sekurang-kurangnya boleh dimanfaatkan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan mengenai subjek berkenaan. Kan?
Sambutan semalam, persediaannya kurang kemas. Saya tahu, tak mudah untuk jadikan sesuatu program berjalan lancar tanpa banyak silap di sana sini. Terutama untuk komiti PC dan Prep and Tech. Cuma, yang semalam, agak banyak juga lompongnya terutama dari segi teknikal.
Terbantut semangat pelajar yang dah bersedia nak kibar bendera. Sedihnya bila nyanyian Asma ul-Husna pun jadi haru biru. Pelajar UIA ni tak perlu bimbingan audio untuk ber'asma ul-husna'. Mereka boleh nyanyi dengan baik. Dan dilatih berbelas-belas kali dalam minggu ta'aruf.
Hmm, tak kisahlah tu. Asalkan, mesej merdeka bukan hanya berkesan semasa countdown, tetapi juga semasa countup [hari-hari selepas ulangtahun kemerdekaan].
Salam merdeka.
Semoga kita semua merdeka daripada neokolonis, hedonisme, dan nafsu dunia dan menuju fitrah insani. InsyaALLAH.
dugaan nabi ayyub
Besar sungguh ikhlasnya pengabdian Nabi Ayyub pada TUHANnya. Sungguh tak tergapai iman yang setinggi itu. Iblis tak pernah puas dengan pujuk rayu yang menyesatkan. Tak berjaya pada manusia, dimohon pula daripada ALLAH sendiri.
ALLAH Maha Mengetahui hati hamba-hamba-NYA, kerana DIAlah yang menjadikan segala. Namun iblis menfitnah Nabi Ayyub. Katanya Nabi Ayyub sentiasa beribadat, berzikir, bertasbih, dan bertahmid kepada ALLAH sebab baginda tak mahu ALLAH menarik nikmat dunia yang dikurniakan.
Nabi Ayyub adalah seorang jutawan dengan puluhan ribu haiwan ternakan, beribu-ribu hektar tanah ladang serta berpuluh-puluh hamba sahaya dan pembantu. Baginda hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak yang soleh.
Namun, untuk memberi kepuasan kepada Iblis, ALLAH membenarkan kekasihNYA diuji. Lalu,daripada seorang jutawan, Nabi Ayyub menjadi papa. Habis langsung mati haiwan ternakan, ladang-ladang menjadi kering, punah gedung-gedung dimakan api.
Nabi Ayyub berkata kepada iblis yang pada masa itu menyamar sebagai seorang tua yang bertujuan memalingkan kepercayaan baginda pada ALLAH,
"Ketahuilah bahawa setiap harta duniawi yang aku miliki adalah hak ALLAH. Tiada salahnya untuk DIA memintanya semula setelah cukup aku menikmati dan menggunakannya selama ini."
"Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kurnia kepadaku dan mengambilnya kembali pada hari ini. DIAlah yang Maha Kuasa memberi kekayaan kepada sesiapa yang dikehendaki dan mengambilnya semula daripada sesiapa yang DIA suka. Kami sebagai hamba-hamba-NYA yang lemah seharusnya menerima qada' dan qadar ini walaupun kadang-kadang kami belum mengerti apa hikmah yang tersirat di sebalik setiap ujian."
Tidak cukup dengan itu, Iblis memfitnah lagi dengan mengatakan Nabi Ayyub masih bertahan kerana baginda masih mempunyai anak-anak tempat baginda berkongsi rasa dan menjadi sandaran pada kemudian hari. Iblis memohon lagi supaya ALLAH mengambil anak-anak Nabi Ayyub dari sisi baginda.
Iblis dan bala tenteranya merobohkan tempat tinggal anak-anak Nabi Ayyub sehingga menghempap mati mereka. Nabi Ayyub yang mendengar perkhabaran itu menangis tersedu-sedu kerana kehilangan ahli keluarga yang amat disayanginya.
"ALLAHlah yang memberi dan DIA yang mengambil kembali. Segala puji bagi-NYA, TUHAN yang Maha Memberi lagi dan Maha Pencabut."
Iblis kecewa dengan kegagalannya keduanya dalam menggugah iman Nabi Ayyub, namun masih tetap tidak putus asa. Iblis memohon pula kepada ALLAH supaya dibenarkan mengganggu kesihatan fizikal Nabi Ayyub dengan alasan, jika dah sakit tentunya baginda jadi malas beribadat dan akhirnya mengabaikan kewajipannya kepada ALLAH.
ALLAH mencabar iblis supaya menguji Nabi Ayyub buat kesekian kalinya. "AKU akan lihat sejauh mana lagi kehebatanmu menguji pilihanKU ini."
Nabi Ayyub menderita demam panas dan batuk-batuk. Wajah baginda pucat seolah tidak berdarah. Kulit baginda tumbuh bintik-bintik. Baginda jadi semakin kurus dan tidak bermaya. Penyakit bagind yang boleh menjangkiti orang sekitar menyebabkan baginda diasingkan.
Hanya isteri baginda sajalah yang setia bersama Nabi Ayyub, menjaga dan merawat baginda dengan sabar dan penuh kasih-sayang walau sakitnya tak nampak tanda akan sembuh. Namun, Nabi Ayyub masih dengan rutin ibadatnya tanpa berkurang sedikitpun.
Iblis marah dan putus ikhtiar. Iblis meminta buah fikir daripada pembantunya.
"Engkau telah berjaya mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Bagaimana engkau lakukannya?"
"Dengan memujuk isterinya," jawab Iblis dengan rasa senang hati kerana didatangi helah yang pasti akan berjaya.
Dengan menyamar sebagai seorang sahabat Nabi Ayyub, Iblis mendatangi isteri baginda lalu menaburkan benih-benih penyesalan atas kepayahan yang melanda mereka. Iblis membuatkan isteri Nabi Ayyub mengimbau kembali zaman kebahagiaan mereka berdua dengan kemewahan harta dan anak-anak yang soleh serta sahabat yang ramai dan membandingkannya dengan keadaan sekarang yang serba dhaif.
Iblis mencadangkan supaya isteri Nabi Ayyub itu meminta supaya suaminya berdoa agar dikembalikan semula kegembiraan itu.
"Wahai isteri yang kusayangi. Engkau mengharapkan kesejahteraan masa lalu. Engkau menangisi pemergian anak-anak kita. Engkau memintaku memohon kepada ALLAH agar kita terlepas daripada kesulitan hari ini. Berapa lamakah kita telah mengecap segala kemewahan dahulu?"
"Lapan puluh tahun."
"Berapa lama pula kita hidup dalam penderitaan ini?"
"Tujuh tahun."
"Aku malu."
Nabi Ayyub mengusir isterinya kerana bimbang iman isterinya akan lebih tercabar jika terus berada di sisi baginda. Nabi Ayyub hidup sebatang kara tanpa isteri, anak-anak, saudara mara, juga sahabat taulan. Baginda bermunajat kepada ALLAH dengan sepenuh hati memohon rahmat dan kasih-NYA.
ALLAH menerima doa Nabi Ayyub yang telah berjaya menuju puncak kesabaran baginda. ALLAH berfirman supaya Nabi Ayyub menghentakkan kaki baginda ke tanah. Dari hentakan baginda, terpancut air yang dengan izin ALLAH dapat menyembuhkan penyakit dan mengembalikan kesihatan baginda.
Isteri Nabi Ayyub kembali mencari suaminya kerana tidak sampai hati meninggalkan Nabi Ayyub menderita seorang diri setelah apa yang mereka lalui bersama. Dia hampir tidak mengenaliNabi Ayyub yang kelihatan lebih segak daripada semasa baginda sihat dahulu. Dia memeluk NAbi Ayyub dengan melafazkan syukur yang tak terhingga.
ALLAH telah membalas nilai kesabaran yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ayyub dengan mengembalikan kekuatan fizikalnya dan harta duniawinya dengan berlipat kali ganda. Baginda juga dikurniakan kembali anak-anak dengan bilangan yang sama yang telah terkorban dihempap robohan rumah mereka dahulu.
"Adakah cukup untuk manusia diakui beriman hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sebelum mereka diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berdusta."
Surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3
Subhanallah.
arnab dan kura-kura
Kisah arnab dengan kura-kura.
Arnab ni angkuh. Pantang dicabar, pasti menggelegak egonya. Yakin diri, itu satu keperluan dalam hidup. Kalau arnab tak yakin, ia takkan masuk bertanding.
Kalau kita tak yakin diri, melepek sajalah di bilik. Tak pernah nak cuba buat satu benda baru. Tak pernah nak cabar diri cari potensi lain.
Tapi terlalu yakin diri buat arnab tak sedia apa-apa. Jadi terlalu optimis sebab berada di zon selamat.
"Aku akan menang! Aku akan menang!"
Lepas tu tidur di tengah jalan.
Islam pun tak membenarkan sikap optimis yang melampau. Kita akan kurang berusaha dan cuma mengharap dan bergantung pada apa yang sedia ada. Otak jadi tak kreatif untuk memikirkan sebarang kemungkinan, sebab kemungkinannya cuma satu, "Aku akan berjaya!"
Macam kes orang yang tak mahu solat lagi sepanjang hidupnya sebab dah yakin yang dia akan masuk syurga.
Atau, "Solat aku dah cukup lima waktu sehari. Puasa aku pun tak pernah tinggal. Tak payahlah nak bersedekah lagi, confirm masuk syurga!"
Sedang Nabi Muhammad yang memang betul confirm masuk syurga pun solat sampai bengkak-bengkak kaki.
Kura-kura pula wajar dicontohi. Ia tahu ia lambat. Jadi ia tahu ia kena usaha lebih daripada arnab. Ia pupuk satu azam yang membuatkan ia lupa pada letih dan penat.
Istiqamah. Usaha, biar tak banyak, asal terus. Macam tajuk buku Chef Li, 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Sikit-sikit, lama-lama jadi banyaklah.
Tapi janganlah, dahlah memang sedia sikit, dikoreknya pula yang sedikit itu, sebab dah malas nak usaha lagi. Lama betul nak jadi banyak. Fikir yang sikit tu takkan bertambah. Sikit tu akan kekal sikit.
Apa akan jadi kalau kura-kura fikir macam tu? Sejak awal lagi, ia takkan terima pun cabaran arnab. Atau sebab penat, ia akan rehat bersama arnab.
Penat dan letih itu hanya difikiran kita saja. Kalau kita fikir penat, maka jadilah kita penat.
Tak percaya?
Kenapa penat kita dengan mak kita lain? Kita buat kerja rumah sikit dah mengeluh, keluar bilik tengok tv. Mak dah habis masak, basuh pinggan, cuci baju, sidai kain, dan masa kita tengok tv, mak tengah lipat kain pula.
Mak jaga kita dari kecil. Mak jaga ayah. Mak jaga makan minum. Mak jaga rumah. Bertahun-tahun, tak lepas walau sehari. Mana nak melayan kerenah setiap orang lagi. Tak penatkah?
Pernah nampak ayah kita ponteng kerja sesaja? Kita ni bukan kena kerja pun, pergi kelas saja. Itupun bukan dari jam 8 pagi ke 5 petang [kebanyakannya]. Mujur hari Sabtu dah cuti, kalau tak boleh jadi modal lagi.
Padahal kudrat orang tua kurang berbanding kita yang muda. Macam mana boleh buat kerja sekejap dah penat?
Wajarlah untuk kura-kura untuk penat. Bebannya berat. Langkahnya lambat. Sepuluh langkah kura-kura baru satu larian arnab. Tapi, apa akan jadi kalau kura-kura putus asa?
Ia takkan tahu yang ia berpotensi untuk menang. Dan yang utama, arnab tak akan pernah sedar dari silap dan angkuhnya.
Jadi, untuk jadi bangsa yang maju,
- yang laju bimbinglah yang perlahan untuk belajar jadi laju macam anda.
- yang perlahan kena sedar diri usaha lebih supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan yang laju.
- jangan putus asa atas perkara yang nampak mustahil sebab, nothing is imposible, imposible is nothing.
dan [pesanan untuk diri sendiri], - jangan banyak tidur.
Monday, August 29, 2005
nasyid [lagu-lagu berunsur dakwah]
Andaikata kita bercinta
Kan kau bina mahligai indah
Yang terapung di langit ke tujuh
Sememangnya seakan khayalan belaka
Aku tak percaya
Kata-katamu hanya mimpi
Di siang hari
Kemarau panjang berpanas jua
Berteduh tidak
Hati kecil tak memahami
Mahligai itu ada di syurga
Terangilah mata hati
Agar dapat kumengerti
-Sharifah Zarina, Langit ke Tujuh-
Macam mana agaknya kalian interpret lagu ni?
Mahligai, langit ke tujuh, syurga... dengan bercinta...
Saya pun tak pasti apa maksud sebenarnya, tapi bila hayati bait liriknya, saya teringat lagu Antara Dua Kasih, UNIC dalam album terbaru mereka, Satu Tekad.
Bisa mengundang keredhaan Tuhan
Jika insan menghargainya
Dan memuliakannya
Kedua-duanya bercerita mengenai percintaan sesama manusia yang bisa membawa mereka menggapai redha dan rahmat ALLAH, di dunia dan akhirat.
:)
Inilah maksud saya dalam mentafsir, pengisian dan label [bukan nak mula ceramah pasal cinta ya?].
Kita label lagu sekian-sekian sebagai nasyid sebab kita tahu yang menyanyinya adalah penasyid. Siapa yang mengiktiraf? Penggiat Industri Nasyid [PIN]? Masyarakat? Apa kriteria yang nak menjadikan seseorang itu penasyid? Adakah semata niat penyanyi itu sendiri saja?
Cop, cop. Yassin, Waheeda, dan Bienda itu penasyid ke?
Hmm...
Ramli Sarip? M. Nasir? Amuk? Too Phat? Ahli Fiqir?
Oh, dah tentu bukan...
Tapi, adakah pengisian lagu-lagu mereka kurang bermesej berbanding lagu-lagu nasyid?
Tidak juga, kadang-kadang lebih lagi. Dan penyampaian mesej-mesej itu lebih berkesan.
Cuba dengar lagu Kau Yang Satu, Ramli Sarip. Huish, menitis air mata.
Atau Semangat yang Hilang, Amuk. Kan seolah-olah mengerti perasaan yang tersembunyi pada hampir setiap orang?
Adakah label yang ini penanyi nasyid, yang ini penyanyi bukan nasyid itu penting?
Ya, sekiranya pendengar tak pasti lagu apa sebenarnya ada nilai positif untuk diambil iktibar atau sekadar kata-kata hikmat. Jadi, beralihlah pada lagu-lagu nasyid. InsyaALLAH, bak kata DJ Erwan IKIM.fm, tiada lagu nasyid tanpa mesej yang baik.
Teringat pula lagu Mirwana, Inni Akhafullah.
Perjalanan yang suram ini
Kumenjauh daripada kuteruji
Apa yang tidak pasti
[Baru cuba fahamkan bait-bait kata lirik ini. Sekarang agaknya, kalau betul, dah faham. Mereka cerita tentang jika kita rasa yang iman kita ni senipis kulit bawang, jangan diduga sesuatu yang tak tertanggung.
Atau seperti kata pepatah, 'Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga' -- walapun Chef Li dalam buku terbarunya 'Biar Kecil Asalkan Berhasil' ada sebut 'Kalau kail panjang sejengkal, cubalah mengail juga! -- itu lain, itu dalam konsep bisnes -- terpulang pada yang mentafsir]
Cuma, jangan kata hanya lagu nasyid saja yang mengajak ke arah kebaikan. Ini yang perlu sedikit usaha untuk membuka minda. Dan ini pentingnya tafsiran. Guna akal yang dikurnia. Fikir, fikir dan fikirlah.
Nasyid cuma label. Yang penting pengisian.
Memandangkan pengisian lagu-lagu nasyid ini mengajak kepada perubahan menjadi yang lebih baik, maka, industri nasyid perlu diperluas agar semakin ramai yang dapat menerima genre nasyid ini.
Sebab itu, pada hari ini, selepas kehadiran evolusi dalam cara persembahan Rabbani mengundang kontroversi, muncul lagi kumpulan-kumpulan nasyid dengan pembawaan yang hampir sama, iaitu dengan rentak rancak.
Mirwana, nama mereka naik sejak menjuari kategori nasyid dalam Anugerah ERA lepas. Saya sendiri hairan, kenapa Mirwana? Siapa Mirwana? Nyatanya, nama Mirwana sudah lama bertapak di pentas hiburan, tapi sebelum ini, mereka tak pernah timbul ke permukaan pandangan masyarakat, waima antara peminat nasyid.
Bila dah kenal, uik, ni nasyid alaf baru ke? Lain benar. Rancak dan bersemangat semacam.
Oh, patutlah diterima ramai, kontemporari rupanya, hmm, menarik... Alhamdulillah.
Beri tamsilan yang Islam ini sebenarnya tak lembik longlai, tapi bersemangat waja dengan kekuatan kurniaan ALLAH terhadap pejuang-pejuang agama-NYA.
Harapnya, mesejnya juga sampai kepada yang mendengar, terutama yang baru nak kenal nasyid.
Ramai yang kritik, tak kurang yang kutuk. Tapi, lebih ramai, termasuk yang kritik dan kutuk tadi yang tak buat apa-apa untuk menyampaikan walau sepotong ayat Nabi Muhammad.
Ada juga yang masih kata, hanya Raihan yang masih mengekalkan konsep nasyid yang sebenar.
Benar, benarlah tu. Pendapat anda wajar diterima. Memang masih ada peminat nasyid yang masih berpegang kepada nilai asli nasyid.
Tapi, objektif nasyid yang sepatutnya dihighlightkan sekarang bukanlah sekadar pada konsep nasyid itu, tetapi bagaimana ia menyumbang dalam menyampaikan mesej dakwah itu kepada pendengar.
Gaya persembahan Mirwana makin diterima. Lahir pula Devotees yang punya satu dua lagu mirip Mirwana. Kelahiran Mawi dengan kontroversi-kontroversinya yang juga dikaitkan dengan konsep nasyid, mula mengorak langkah.
Bak kata Ustaz Asri Rabbani, fenomena 'kelahiran baru' dalam industri nasyid [baca: lagu-lagu dakwah] ini amat membanggakan. Sekurang-kurangnya, nasyid mampu menghidangkan pelbagai juadah yang insyaALLAH menepati dan meliputi keseluruhan minat dan kecenderungan masyarakat kita pada hari ini.
Kita dah ada peluang itu. Peluang berdiri di hadapan khalayak. Gunakanlah peluang-peluang ini sebaiknya. Tawan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap Islam.
Kita pernah dan masih sibuk-sibuk dengan akhlak orang Melayu yang dah Islam. Benda ni memang tak akan pernah sudah. Iman manusia kan turun naik. Kita dah buat apa yang patut. Mereka kini sepatutnya bertanggungjawab pada diri sendiri.
Sekarang sepatutnya masa untuk kita menguasai kepercayaan orang bukan Islam pula! Tuntutan mereka tetap akan ada di akhirat kelak, kan? Apa kita dah buat sebagai persediaan?
Biarlah, biarlah nanti label cuma tinggal label. Konsep cuma tinggal konsep. Biar nanti, bila nasyid dah capai tangga teratas, juara carta, terhangat di pasaran, artis lain semua ambil jadi ikutan, label nasyid itu terabai. Biar semua lagu dan hiburan di Malaysia terisi dengan kalimah-kalimah Islam.
ALLAHUAKBAR!
[Bila laung kalimah membesarkan ALLAH ini jangan pula disalahtafsir ya? Sebab Ustaz Aqil dalam 'album' MANIIA MAWInya ada kata begitu. Minta maaf, tapi saya tak suka apabila agama disempitkan untuk jadi label pegangan masing-masing saja.]
Saturday, August 27, 2005
bisnes
Baru baca separuh buku terbaru Chef Li, "Biar Kecil Asalkan Berhasil Daripada Besar Akhirnya Bubar!", aku dah digerakkan dengan ilham berbisnes.
Memang tak besar. Dan tak perlu apa-apa yang besar. Tak ada modal besar, tak perlu ilmu besar. Sebab aku teringat yang aku pernah buat benda ni masa kecil dulu. Masa sekolah rendah dulu. Aku ingat, aku buat benda ni lepas UPSR, masa yang kena datang sekolah cuma untuk main dulu. Ya, aku ingat! Baru teringat!
Aku pernah bisnes rupanya...
Aku collaborate dengan Naqieyah Nur, sahabat aku sewaktu darjah enam. Kami tak sengaja tergerak untuk buat penanda buku. Kononnya sebagai mengisi masa lapang saja. Sebab rasa seronok pula praktikkan apa yang kami belajar.
Langsung akhirnya penanda buku yang menimbun tu kami jual. Aku nak jual harga sepuluh sen dua puluh sen saja. Tapi mereka kata, yang aku ingat Azana dan geng dia, patut jual dengan harga lebih tinggi. Paling kurang lima puluh sen satu.
Aku anggukkan saja. Nak diberi percuma pada kawan-kawan pun tak apa sebenarnya. Biar jadi kenangan sebelum kami melangkah ke sekolah baru. Aku ni bukannya business-minded, sejak dulu lagi!
Bendanya tak payah. Aku rasa juga tergerak dengan hasil kraftangan yang Azana dan Shasha buat pada mulanya. Mereka pernah ajarkan aku untuk buat gelang guna paip atau tiub plastik lutsinar yang halus. Cuma perlu cebisan kain, manik dan minyak masak. Bukan nak memasak pun :)
Perca kain dicelup dalam minyak lalu dimasukkan ke dalam tiub plastik yang telah dipotong-potong mengikut ukuran standard gelang tangan. Antara selangan kain adalah manik-manik sebagai penghias, mengikut kesesuaian.
Setelah isi tiub dipadat-padatkan, sebelah muncung tiub dibakar untuk membesarkan diameternya [dulu mana tahu pun pasal fizik]. Hujung yang sebelah lagi dimasukkan ke dalam muncung yang dibakar.
Kemudian, Azana dan Shasha gerakkan lagi untuk buat kraftangan yang lain. Keychain, atau lebih diguna sebagai perhiasan yang digantung di beg, dibuat hanya dengan reben kain. Lipat-lipat, ikat, siap. Itu saja!
Rasanya siapa yang pernah jadi kanak-kanak pada masa kami jadi kanak-kanak tahu benda ni. Mungkin ada yang pernah buat pun.
Sampai sekarang, tradisi kanak-kanak tak pernah berubah. Adik-adik dan sepupu-sepupu aku yang masih kecil, selalu mengingatkan aku pada lagu-lagu yang pernah jadi nyanyian harian dan permainan-permainan yang pernah hiasi zaman kegembiraan itu.
"Assalamualaikom, kom apa kombat, bat apa, batman, men apa, mentol..."
"Malam yang sepi, pi, pi, Pak Mat jual topi, pi ,pi, kopi yang koyak, yak, yak, Pak Mat jual tempoyak, yak, yak, tempoyak yang basi, si, si, Pak Mat jual nasi, si, si..."
Bagusnya Pak Mat ni, macam-macam bisnes dia! :)
Hahaha, jangan salahkan aku bila nampak aku macam budak-budak! [Bagusnya jadi kakak sulung]
Balik kepada cubaan kami membuat dan menjual penanda buku. Huish, kalau ikutkan usaha kami, beria amat!
Hampir setiap petang aku ke rumah Naqieyah dengan kad manila, kertas kosong, pensil warna, benang kait, gam dan gunting. Tak lupa, kartun-kartun dari buku mewarna yang ada di rumah sebagai bahan tekapan untuk dijadikan penanda buku itu. Semuanya dah ada di rumah. Guna saja!
Daripada Superman, Spiderman, Batman, Pinocchio, Cinderella, Snow White, Mickey Mouse, hinggalah ke gambar jam biasa.
Semuanya pandai-pandai saja kami fikirkan sendiri, Ibu bapa kami langsung tak ambil port apa yang kami buat.
"Alah, adalah kerja rumah yang cikgu bagi tu..."
Jualan kami laku! Haha, best, best!
Lepas tu, adik bawah aku, Fitri pula jadi share partner. Kalau masa tu aku darjah enam, dia masih darjah tiga!
Fitri sanggup bantu aku buat benda yang aku minat. Eh, sebenarnya, dulu dia memang asyik ikut apa yang aku buat. Aku ni garang gamaknya. Emak dan abah pun pernah cakap macam tu.
"Fitri ni bila abah cakap dia buat tak dengar. Bila kakak buka mulut, zup, terus bergerak!"
Fitri pun tolong lukis, warna, gunting, dan jualkan.
Kami gembira benar masa tu sebab dapat duit sendiri. Kalau nak ikutkan, sebenarnya semua yang pernah kita belajar dalam matapelajaran Pendidikan Seni boleh dibuat hasil kraftangan. Bila dibuka fail poket Pendidikan Seni sekolah dulu, huish, lawa-lawa belaka!
Serius!
Kreatifnya fikiran budak-budak. Buat apa yang dirasakan nak buat. Tak perlu fikir panjang. Tak perlu fikir kesempurnaan. Tak perlu pergi kursus dan kem sana-sini. Duit dapat, gembira dapat.
Kenapa orang dewasa tak macam tu ya?
suhaimi in-team
Tertinggal pula yang ini :)
Jumpa 'dia' ni malam yang sama saya bergambar dengan One Faith. Credit goes to Along! :)
p/s: Walaupun tak ada artis nasyid yang agak glamer buat persembahan di Cultural Stage CONVEST, masih ada yang jumpa merata-rata :p
Friday, August 26, 2005
onefaith
Yang ini? :)
Ok iklan jap.
Merdeka Charity Concert 2005
"With the Orphans... For the Orphans..."
11 September 2005
(Sunday)
8.00 pm - 10.30 pm
Cultural Activity Centre (CAC)
International Islamic University Malaysia, Gombak
Organized by
CARING CLUB, IIUM
In Conjunction with
Merdeka Month Celebration 2005
Artis yang akan turut serta membuat persembahan ialah Mirwana, Mestica, FarEast, One Faith, Al-Masaar, dan Amrain.
Tiket berharga RM10. Nak tiket boleh hubungi saya :)
Thursday, August 25, 2005
Monday, August 22, 2005
masih dalam convest
Huish, menarik, menarik. Lama tak didedahkan dengan pengetahuan biologi ni. Sekali mereka datang jauh dari Kuantan, menyerbu semua pelajar di Gombak ni ke sana. Ramai, memang ramai.
Masing-masing jadi
[Ke nak cari calon pasangan dari kalangan pelajar perubatan? ;p ]
Baguslah, baru dapat alami macam mana rasa jadi seseorang yang penting pada masa depan. Kira macam praktikallah ni.
Yang paling menarik, hampir setiap booth MEDEX sediakan kuiz beserta cenderahati bagi mereka yang dapat jawab soalan-soalan itu [sekurang-kurangnya pulangkan semula kertas soalan tu dengan bertulis].
Terdetik juga persoalanan, kenapalah tak disatukan saja pelajar-pelajar perubatan ni dengan pelajar-pelajar jurusan lain? Kalau tidak, lagi banyaklah ilmu yang dapat dikongsi bersama, terutama ilmu mengenai kesihatan diri sendiri.
Dan, kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa jauh benar tapak pesta CONVEST? Tak bolehkah seperti bazaar lain di UIA yang selalunya buat di perkarangan masjid dan CAC?
Oh, agaknya sebab bazaar CONVEST perlu tapak yang lebih besar untuk lambakan gerai-gerai makan. Ya lah, ramai orang luar yang akan masuk. Kalau semuanya di center, sesak nanti jadinya.
Tapi, bila fikir lagi, tahu ke ibu bapa graduan tu akan kewujudan tapak pesta konvo yang sayup dari CAC, tempat mereka berkumpul tu? Kalaupun tahu [sebab anak-anak mereka kan pernah jadi pelajar UIA], mampu atau mahu ke mereka nak menapak ke sana?
Yang meramai dan memeriahkan tapak CONVO selalunya pelajar UIA sendiri. Orang luar pun mungkin sahabat-sahabat mereka dari universiti lain.
Huhu, sedihnya, tak ada kawan-kawan dari universiti lain yang datang lawat saya di sini.
Tahun ni, ada yang kurang [banyak juga kot]. Yang paling utama, tak ada funfair. Tak tahulah apa yang jadi ganti penarik untuk pengunjung hadir ke tapak CONVEST.
Tapi alhamdulillah, sambutan masih setanding tahun lepas. Lagi pun, ni kan musim peperiksaan pertengahan semester, tak payahlah jerit-jerit, hilang ilmu. Yang duduk di mahallah Sumaiyyah dan Nusaibah nanti jadi tak tenang pula nak ulangkaji.
Malam ni ada konsert nasyid di Cultural Stage CONVEST Hill. Sampai sekarang masih tak dapat dipastikan siapa yang akan buat persembahan. Anwar [Ta'aruf capuber, ingat?] yang akan jadi MC sendiri pun tak pasti.
Jadi, jawapannya kenalah tunggu malam ni...
:)
dilema komiti
[Sebab mahal la kami pakai. Lengkap RM 73.50 separuh badan]
Dengan pengenalan sebagai komiti, kita kena sentiasa sedia dengan segala keperluan membantu orang. Mengambil tahu dan membantu dalam tugas komiti-komiti semua department [atau bahasa biasanya biro], apatah lagi department sendiri.
Masalahnya, bila nak masuk campur [bantu] tugas kominti biro lain ni, ada pula yang bersuara supaya kisahkan kerja sendiri saja, tak perlu sibuk-sibukkan diri dalam hal orang. Atau ada juga headcom yang berbisik, kita buat kerja kita saja. Nanti kalau silap di mana-mana bukan kita pun yang akan kena point...
Prep & Tech bukan PC [Program Coordinator]. Jadi, Prep & Tech tak tahu segala tentang flow of program. Tapi, orang tak tahu tu. Orang nampak, bila dah bertali tag, ok, ni komiti, jadi kita boleh dapat info dari dia.
"Ada program apa ya hari ni?"
"Err..." mana poster ni...
Prep & Tech juga bukan Welfare & Welcoming, department yang tak wujud pun untuk CONVEST ni. Jadi, kami jadi tak tahu mana nak rujuk jika ada ibu bapa yang pengsan bersesak, beramai-ramai di bawah terik mentari lapangan CAC tu.
Tapi kami dah pakai tag komiti, bawa nama komiti CONVEST...
Alhamdulillah, semua ok. Ambulan datang, bawa bapa graduan itu ke klinik UIA.
Aduhai... dah lama risaukan perkara ini. Risau jika tak dapat nak melaksanakan tanggungjawab yang diberi oleh orang ramai, walaupun bukan tanggungjawab dalam jobscope. Sama saja, komiti CONVEST, Ta'aruf Week, mahupun Kids of the World.
[Dalam pentadbiran universiti pun sama. Bila ada yang tak kena, semua tuding jari pada SRC, padahal organisasi lain yang sepatutnya bertanggungjawab ie. MRC. Kondisi lainlah bila ada yang niat sengaja memang nak menjatuhkan]
Jika yang terlibat cuma pelajar universiti yang faham sistem komiti dan biro program tak ada masalah. Mereka akan pandai nak cari komiti biro mana, walaupun susah juga nak telek tag sorang-sorang. Tapi, kita harus ingat, kita akan berurusan dengan masyarakat yang tidak faham dan tidak pernah sempat untuk difahamkan.
Komiti CONVEST tak perlu ambil tahu langsung sebenarnya perihal konvokesyen di dalam CAC dan yang bersangkutan dengannya di luar CAC. Kami cuma uruskan aktiviti-aktiviti yang dirancang rapi untuk sepanjang minggu CONVEST.
Cuma, benda-benda yang tak dijangka seperti inilah yang sepatutnya pandai-pandai difikir sendiri oleh setiap komiti, waima setiap pelajar universiti pun.
Macam mana kalau ada ibu bapa yang minta ditunjuk jalan ke sana ke mari?
Macam mana kalau ada ibu bapa yang tanya siapa Presiden, Rektor, Timbalan Rektor atau kakitangan lain UIA?
Macam mana kalau ada ibu bapa yang minta khidmat tolong fotostatkan dokumen penting sedang hari itu cuti, semua kedai tutup?
Macam mana kalau ibu bapa tanya itu dan ini untuk program yang kita tak pernah ambil port pun?
Dalam masa kita gantung tag komiti di leher? Nak ditanggalkan waktu itu juga? Atau tunjuk pada komiti lain yang sepatutnya menguruskan perihal itu?
Fikir, fikir, dan fikirlah. Macam kata abang Nazri masa Ta'aruf Week lepas, "Jangan harapkan headcom saja arah buat itu ini. Kadang-kadang, kita kena pandai-pandai cari kerja sendiri."
Masa tu nak membantah juga. Habis orang tak pernah jadi PC, tak tahu kena buat kerja apa, macam mana, takkan nak memandai saja? Tu pun dah cukup baik nak tanya ada kerja lagi tak nak dibuat.
Sekarang dah faham. Kadang-kadang, ada perkara yang orang lain pun tak terfikir untuk memikirkan. Sebab, semuanya di luar jobscope. Cuma, WHEN WE THINK RIGHT, WE THINK THE SAME. Common sense. Ikut logik.
Nak keluar universiti nanti pun bukan kena tahu ilmu yang berkaitan jurusan kita saja. Kita akan berhadapan dengan masyarakat, jadi kenalah pandai-pandai bawa diri.
Friday, August 19, 2005
jihad fikir
Tapi, amatlah sukar untuk jadi pelaksanana pada setiap yang difikir...
Tanpa sokongan [walaupun seorang].
Dah banyak alami situasi bila hanya kita yang beria dan orang lain sibuk dengan 'Eh,-aku-mana-tau-benda-benda-ni,-kan-kau-saja-yang-arif?'
Akhirnya, beban itu tergalas sendiri.
Bimbang akhirnya insan yang berfikir itu terikut sama dalam arus ketidakapaan.
Letih. Penat.
Wednesday, August 17, 2005
www.myblogarea.com
Dah lama sebenarnya diperkenalkan dengan servis blog BUDIHOST ni. Tapi baru sekarang teringat semula. Jadi, sementara boring-boring mengadap komputer ni, cuba gak godek-godek [pinjam perkataan abang wanzu] :)
Mula-mula dulu kata minta jadi tester saja, beri pendapat. Apa yang ok, apa yang tak ok.
Dah lama tak jengah sini, bila masuk semua, ok la! Mudah macam tulis dalam Microsoft Word [belum masuk dalam arus open source ;p ].
Jadi, ini sebagai promosi pada 'produk' [servis] BUDIHOST, kepunyaan sahabat saya yang paling power dalam KICT ni, Mr Farhan Faisal.
Good job Paan! Anda selamanya jadi rujukan dan sumber inspirasi saya. Semoga kejayaan sentiasa mengakhiri usaha anda! Dan, tahniah sekali lagi untuk CONVEST 2005 :)
Thursday, August 11, 2005
fikir jap
"Mira tau MySQL? PHP? Flash? Dreamweaver?"
Saya tanya diri sendiri, mana antara dalam senarai yang saya mahir atau sekurang-kurangnya pernah guna?
Tak ada!
Saya jawab balik, "Program yang Mira pernah guna cuma Visual Basic, C, Oracle dan sekarang Adobe Photoshop. Flash lepas ni. Masa buat website dulu pun tak guna FrontPage, html editor je."
Html editor, bukan asing pun, notepad saja...
Saya tanya diri lagi, "Aku nak grad dengan ilmu teori saja ke?"
Hirzi, sahabat saya sejak sekolah rendah dulu, yang sekarang di UniKL pernah sebut,
"Kau kerja dalam bidang ICT ni, orang dah tak pandang sijil-sijil yang bertimbun tu. Asal kau ada kemahiran, orang akan ambil kau kerja!"
Yalah, memang itu pun tujuan sebuah syarikat bisnes kan? Untuk majukan bisnes mereka.
UIA banyaknya theory oriented, tak banyak praktikal. Kalau program pun harapkan yang belajar saja, tak nak usaha cari sendiri, apatah lagi bahagian hardware. Serius cakap, saya tak tahu apa-apa pasal hardware!
Cuma pernah dengar nama-nama komponennya dari subjek Introduction to Computer Organization dan Operating System saja. Itupun, yalah, cuma nama, bukan benda!
Abah pernah cakap, kalau UIA tak tawarkan subjek yang ajar hardware komputer, memang jadi kelebihan untuk pelajar ICT yang tahu.
Ya, untuk yang tahu bahawa kami tak belajar benda-benada alah tu. Tapi, untuk yang cuma tahu bahawa kami ni pelajar ICT, mereka akan pelik bila kami cakap kami tak tahu troubleshoot komputer.
Jadi,...
Selain daripada mengharapkan orang lain untuk buatkan sesuatu yang memang sepatutnya kami tahu, Pakdi cadangkan...
"Lagi mudah kalau kita cuba buat sendiri kan?"
Kalau kita benar-benar nak, tak ada alasan untuk mula mencari, sebab kata Pakdi lagi,
"Kalau kita cari, kita akan jumpa."
:)
Ini jadi salah satu misi saya juga sekarang. Untuk ikut jejak Paan [dah lama tak sebut nama Paan di sini]. Juga ikut jejak abang Haarith.
Wednesday, August 10, 2005
jerebu...
*PORT KLANG - INDEX API - 480*
*PETALING JAYA - INDEX API - 340*
*KUALA LUMPUR CITY API - 460*
*KAJANG - API - 380*
*NILAI/SEPANG - API - 460*
*SEREMBAN - 310*
The haze situation is deteriorating as seen today. For update, we have contacted our experts and doctors seeking their advise and appended below is what they have commented. Stay tune for more updates.
YOUR GUIDE FOR STAYING HEALTHY
WHAT IS 'HAZE'?
Haze is a phenomenon or occurrence caused by the accumulation of fine particles in the air which are barely visible to naked eye. These particles may occur naturally or may be an outcome of human activities like open burning or smoky discharges from factories and exhaust of motor vehicles. When these particles accumulate in large quantities and suspend in the air, they can lock out sunlight and visibility will be greatly reduced.
AIR POLLUTANT INDEX (API)
The API is obtained from the measurement of fine particles (below 10 microns) and several gases which are hazardous to health such as carbon monoxide, sulphur dioxide, nitrogen dioxide and ozone. The API is used as a guide for measuring air quality and its effect on health as follows :-
API VALUE STATUS
0 - 50 - Good
51 - 100 - Moderate
101 - 200 - Unhealthy
201 - 300 - Very unhealthy
301 - 500 - Dangerous
HAZE THREATENS YOUR HEALTH
Continuous hazy conditions will cause ill effects to all people especially those in the high risk groups such as :-
1. Children
2. The elderly
3. Those with illnesses like, Asthma, Bronchitis, Pneumonia, Chronic lung diseases, Heart diseases and Allergies
4. Cigarette smokers
5. Those who work outdoors most of the time
WHAT ARE THE SYMPTOMS OF HEALTH PROBLEMS AS A RESULT OF EXPOSURE TO THE HAZE?
The effects of continuous exposure to the haze include:
· Itchy sensation in the throat, and coughing, increased phlegm
· Difficulty in breathing (wheeze) or nose block
· Pain, irritation, red and watery eyes
· Itchy skin rashes
If above symptoms persist, get advice and treatment at the nearest clinic.
PREVENTION OF HAZE-RELATED ILLNESSES
· Close all windows and doors to your bedroom. Boil a kettle (electric) of water in the room and allow the steam to fill the room. Allow 10 - 15 minutes for the fine water vapor (steam) to collect the pollutants / particles in the air and settle down. After this the room should contain healthier air.
· Usage of face and surgical masks are of no use if they are not regularly changed as they can act as a base for bacteria to grow and result in other infections. Only very close fitting masks that do not allow air to enter through the sides of the mask are effective.
· Limit all outdoor activity as far as possible e.g avoid outdoor sport or physical activities.
· Always wash / bathe as soon as you return from outdoors. This will minimize eye / skin irritation. For minor eye irritation try using over the counter eye drops e.g Eye Mo.
· Use your car air-conditioner when traveling in the car.
· Drink a lot of water.
· Smokers are advised to quit smoking.
· Those who suffer from diseases such as flu, bronchitis, asthma, conjunctivitis, heart diseases or chronic lung diseases should seek immediate treatment at the clinic or hospital if their condition worsens.
We will keep you posted of any changes with regard to the haze situation.
PaulRaj Daniel / Nazri Shah
Office Of Occup. Health & Safety Services.
IBM Malaysia Sdn Bhd
Tel: 60-3-7720-2352 - H/P: 012/2859375 or 013-3612402
Stay Well Always !!
Monday, August 08, 2005
world!!!
MAWI WORLD!!!
Mawi, Mawi, Mawi... [sambil geleng kepala].
Anda benar-benarlah satu keajaiban untuk rakyat Malaysia.
Macam mana anda boleh ada tarikan yang sebegitu kuat sehingga gelombang tsumawi yang melanda Malaysia membawa satu Malaysia ke arah anda?
Ini bukan lagi isu hiburan semata. Tapi ini isu negara, bila semua genap lapisan masyarakat mengenali anda, lebih daripada mereka kenal Pak Lah.
Ada juga baiknya anda ke AF. Dapat tahu potensi sebenar diri, yang mampu mempengaruhi orang lain. BELIA BENCI DADAH! Yeah! [contoh saja].
Dan ada baiknya anda jadi tontonan untuk mereka yang tahu berfikir. Sebab sementelah anda ke AF, ramai yang jadi pengkritik bebas. Ramai juga yang pening-pening kepala fikir fenomena baru yang anda bawa.
Benar-benar berminat untuk mengikuti perkembangan anda selepas ini. Untuk tahu selama mana gelombang itu mampu bertahan.
Kepada bakal peserta AF selepas ini, kalau ada orang jawa yang jadi peserta, baik anda undur diri awal-awal.
Dan, pastikan, jika nak ke AF, anda bukan saja adalah seorang yang berkarisma, tetapi juga yang berkarisma tinggi, yang mudah dapat pengaruh [bukan mudah terpengaruh]. Sebab konsep AF bukan utamanya pada bakat, tetapi pada sejauh mana pengundi-pengundi suka pada anda.
Sebab AF cuma ada juri awam.
Oh ya, lagi satu, selagi kaum ADAM [bukan Adam AF, tapi lelaki] belum ramai yang demam AF, yang perempuan, jangan berangan nak menang. Pengundi ramai perempuan, tak ramai yang nak undi kaum sejenis. Jadi, tak payah susah-susahkan diri ke final. Tersingkir paling awal pun tak apa. Rezeki sama juga.
MAWI JAWORLD!!!
:)
p/s: Suka baca komentar Pakdi pasal Mawi.
Friday, August 05, 2005
karisma -- amar
Ringkas, tapi penuh dengan kejutan.
Memang ada halnya kami berjumpa, nak beritahu yang cd bongkar rahsia teknik silap mata dia akan keluar minggu depan. Terbitan Telaga Biru. Siapa nak kenal saya bolehlah beli. Kata Amar, saya jadi salah seorang modelnya. Malunya... hari tu kata nak pas tangan ke tangan je. Ni siap publish, Telaga Biru kata memang banyak untung kalau terbitkan, huhu!
Apa-apalah. Tapi, yang jadi fokus, soalan-soalan terakhir Amar...
"Ni nak ke mana?"
"OR Prep and Tech"
"CONVEST?"
"Hmm..."
"Komiti ke?"
"Ha'ah."
"Bukan SRC?"
Aku kerut kening. Tak faham soalan.
"Tahu SRC tak?" Amar tanya lagi lepas tak dapat apa-apa respon dari saya.
"Tahu... tapi..." Memang CONVEST bawah SRC, tapi... apa soalan dia ni sebenarnya?
"Takla, ingat Mira SRC..."
"Hah? Saya? SRC?" Saya pelik yang amat. Apa yang buat Amar fikir macam tu, kalaupun katakan dia tak kenal pemimpin sendiri :p
"Bukan ke? Sebab Mira nampak berKARISMA."
Saya terkedu di situ. Kenapa Amar cakap macam tu? Karisma bagi saya adalah perkataan terakhir untuk memperihalkan saya.
Serentak, saya terfikirkan blog yang saya tulis. Baru-baru ni banyak juga entri pasal pemimpin dan karisma. Tapi, takkan Amar baca tulisan-tulisan saya tu? Sedang forum telagabirufan pun macam jarang jengah [atau mungkin tak pernah, sebab tak pernah nampak ada posting Amar di mana, waima untuk kolum dia sendiri].
Kalaupun dia baca, mesti yang pasal potensi diri yang saya tulis lepas Closing Ceremony Kids of the World semester lepas. Dah lama. Masa tu tak sentuh apa-apa pasal karisma. Sebab tak buka mata lagi untuk kenal karisma.
Mungkin tak Amar main-main je?
Tapi, diakan orang yang sama yang pernah teka peribadi kami, saya dan along berdasarkan tahir lahir?
Hmm...
aduhai, penatnya...
Aduhai, tak sudah satu kerja, satu kerja lagi datang. Entah di mana silapnya, separuh line of code blog template saya sebelum ni hilang macam tu je. Kena hack kot ;p
Nak update pun tengah mencari masa yang akan ada ide. Nak larat nak berceloteh lagi buat masa ni. Kena banyak usaikan komitmen realiti dulu. CONVEST, ANSARA dan study!
Sekarang ni dalam usaha cari template baru. Sementara nak jumpa ni, saya guna yang blogger ni punya dulu. Harap² kunjungan tak kurang :)
Maaf semua!
Wednesday, August 03, 2005
TPM tegur program realiti -- Stesen televisyen kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat.
"Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur."
Ini merupakan pendirian rasmi pertama kerajaan berhubung rancangan hiburan realiti yang kini sudah menjadi trend di kalangan stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kebanyakan rancangan realiti tempatan itu dicedok konsepnya dari luar negara.
Menurut Najib, penerbit rancangan televisyen di negara ini tidak perlu mengikuti budaya Barat membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat program mereka.
Beliau berkata, budaya penerbitan yang mendasari dan menguasai sesetengah media negara perlu dilatih dan diingatkan berkenaan lunas dan amalan baik masyarakat.
"Usaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan bermoral perlu bermula dengan program televisyen yang sihat serta luhur meskipun ia memerlukan penglibatan adunan mesej serta tarikan atau daya kreatif."
Menurut Najib, dalam kemelut meningkatkan jati diri masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika serta progresif, mesej dan santapan rohani seperti filem, iklan, akhbar dan televisyen perlu diawasi dan dipantau secara serius dan teratur.
Begitu juga setiap penulis dalam agensi iklan, penerbit program TV dan sebarang bentuk genre program, penulis lakon layar, penulis siaran akhbar, wartawan termasuk penggemar media baru perlu dididik dengan segala macam budaya Malaysia yang bertunjangkan budaya Islam dan Melayu.
"Kita mesti berusaha mewujudkan komuniti media dan khalayak yang saling memahami keperluan dan aspirasi negara yang menuntut keyakinan diri untuk memajukan segala bidang dan berbangga dengan keupayaan anak-anak tempatan.
Bukankah juga Wawasan 2020 menuntut keterampilan dalam acuan kita dan bukannya berbangga dengan identiti luar, jiwa yang tidak bebas dan masih tidak tenteram kerana kiblat kita buka lokal tetapi kebaratan."
Najib berkata, industri media negara ini sudah berkembang pesat manakala akta atau dasar yang digubal bersifat kawalan sendiri atau menerusi perundangan yang memperlihatkan kematangan pengusahanya mengorak langkah dan bersaing di persada dunia.
Namun, pada masa sama agak malang kerana sejak arus globalisasi dan liberalisasi melanda dunia, pengusaha media seolah-olah terpaksa menyerahkan semangat juang kepada konglomerat besar.
"Banyak yang sudah diambil alih khususnya industri iklan dan perhubungan awam manakala perfileman kita masih berorientasikan luar.
"Akibatnya, industri tempatan dan sokongan semakin tenat dan usaha untuk menggalakkan industri media bersandarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak kesampaian."
ZULKIFLI JALIL
utusan
Monday, August 01, 2005
ciri² individu berkarisma [ulasan abang zamri mohamad dari ceramah abang naim jaafar]
Isu persepsi sangat penting bagi individu yang melangkah ke dunia kepimpinan. Persepsi individu-individu sekeliling turut mencorakan kemampuan seseorang untuk berketrampilan sebagai seorang pemimpin yang sedia untuk diikuti dan dihormati.
Kelompok masyarakat sentiasa menjadi hakim terdapat kepimpinan yang ditonjolkan. Malah kesalahan kecil akan kelihatan besar bagi kelompok yang memandang nilai kepimpinan dalam mana-mana individu
Karakter yang seimbang menjadi faktor pencetus pemimpin berkarisma. Dalam kelompok yang dipimpin, ia tidak sekadar diukur dengan nombor tetapi ia lebih dinilai melalui pandangan seseorang terhadapnya.
02. Membina keyakinan diri yang tinggi.
Nilai keyakinan diri yang tinggi menjadi faktor nombor satu dalam membentuk kepimpinan berkarisma. Sikap percaya kepada diri, tidak mudah jatuh keyakinan dengan desakan dan kritikan menjadi teras kekuatan pemimpin. Dengan ertikata lain, tidak ada sesiapa yang dapat merendahkan diri seseorang melaian diri individu tersebut membenarkannya.
03. Percaya terhadap idea dan pelaksanaannya.
Kepercayaan sepenuhnya terhadap idea juga menggambarkan siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin berkarisma. Pemimpin sebegini tidak cenderung menyentuh dan membawa sesuatuyang bersifat teknikal tetapi lebih kepada membina idea-idea umum yang akan dibina bersama kumpulan yang mahir untuk merealisasikannya. Dalam membina idea, pemimpin berkarisma akan membawa kumpulannya dalam mencapai matlamat bersama.
Seandainya seorang pemimpin dalam sebuah kelab kebajikan masyarakat memimpin ahli-ahlinya, sejumlah kutipan bukanlah fokus untuk membantu mereka yang memerlukan sebagai teras untuk menggerakkan persatuan, tetapi pemimpin akan membina fokus yang lebih besar dengan meletakan perjuangan untuk membela nasib mereka yang malang menjadi pencetus kepada bergeraknya persatuan tersebut. Idea dan fokus umum pemimpin akan seterusnya bertukar kepada tindakan-tindakan pelbagai bagi mencapai sasaran tersebut.
04. Tenaga dan semangat yang berterusan.
Pemimpin berkarisma juga memiliki tenaga dan semangat yang tinggi. Tenaga bukanlah sekadar tenaga fizikal pemimpin semata-mata, tetapi tenaga yang membakar semangatnya untuk terus bertindak dan memimpin serta melontarkan tenaga tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap mereka yang dipimpinnya.
05. Kemampuan menterjemah idea dan berkomunikasi.
Pada masa yang sama, kemampuan melontarkan keinginan dan kehendak terhadap mereka yang dipimpin harus menjadi karakter seorang pemimpin berkarisma. Kegagalan dalam melontarkan secara jelas dengan kegagalan menyampaikan melalui komunikasi yang berkesan menjadi penghalang kepada kerjasama antara pemimpin dan pengikut. Akibatnya idea-idea yang bermanfaat dalam skala yang lebih luas tidak dapat dimanfaatkan dan diterjemah dalam tindakan susulan.
06. Sentiasa membina imej secara aktif.
Pemimpin berkarisma haruslah membina imej secara aktif. Pemimpin bukan sahaja harus melihat dirinya dalam tetingkapnya sendiri, tetapi pada masa yang sama harus meletakan diri dalam tetingkap orang lain. Pembinaan imej sendiri secara aktif secara langsung memperbaiki kekurangan lahiriah dan batiniah yang pada sama memperkemaskan keterampilan pemimpin
07. Bijak membaca perubahan sekeliling.
Kemampuan membaca perubahan sekeliling merupakan keperluan utama untuk pemimpin berkarisma. Tanpa kepekaan membaca perubahan dan bersedia serta bertindak balas sesuai dengan perubahan tersebut, akan berlaku penolakan antara satu sama lain antara idea pemimpin dan perubahan.
08. Mampu memotivasi orang bawahannya.
Dalam memotivasikan orang bawahan, pemimpian berkarisma harus tahu bagaimana mengetengahkan visinya dalam cara yang jelas dan mudah difahami. Ia sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dicapai serta mempunyai nilai.
Dengan kayu ukur dan matlamat yang jelas, menjangkakan yang terbaik, memberi perhatian kepada orang bawahan, memberi ganjaran yang sewajarnya, kemampuan menyampaikan mesej melalui cerita yang berkesan, meraikan kejayaan bersama dan menjadi model ikutan orang bawahannya.
dr cinta