Monday, August 22, 2005

dilema komiti

Bila dah pakai tag komiti program, kita bukan pikul glamor saja. Kita pikul tanggungjawab yang cukup besar. Nak-nak untuk Prep & Tech [Preparation and Technical] CONVEST '05 ni, gahnya dengan jaket technician hitam putih bukan untuk berjalan dan menayang [atau promosikan 'Aku Orang Pahang' -- yang lain jangan marah ye? :p ]. Komiti lain semua dah jeles. Heh, tak tahu orang kena bayar berapa...

Image hosted by Photobucket.com


[Sebab mahal la kami pakai. Lengkap RM 73.50 separuh badan]

Dengan pengenalan sebagai komiti, kita kena sentiasa sedia dengan segala keperluan membantu orang. Mengambil tahu dan membantu dalam tugas komiti-komiti semua department [atau bahasa biasanya biro], apatah lagi department sendiri.

Masalahnya, bila nak masuk campur [bantu] tugas kominti biro lain ni, ada pula yang bersuara supaya kisahkan kerja sendiri saja, tak perlu sibuk-sibukkan diri dalam hal orang. Atau ada juga headcom yang berbisik, kita buat kerja kita saja. Nanti kalau silap di mana-mana bukan kita pun yang akan kena point...

Prep & Tech bukan PC [Program Coordinator]. Jadi, Prep & Tech tak tahu segala tentang flow of program. Tapi, orang tak tahu tu. Orang nampak, bila dah bertali tag, ok, ni komiti, jadi kita boleh dapat info dari dia.

"Ada program apa ya hari ni?"

"Err..." mana poster ni...


Prep & Tech juga bukan Welfare & Welcoming, department yang tak wujud pun untuk CONVEST ni. Jadi, kami jadi tak tahu mana nak rujuk jika ada ibu bapa yang pengsan bersesak, beramai-ramai di bawah terik mentari lapangan CAC tu.

Tapi kami dah pakai tag komiti, bawa nama komiti CONVEST...

Alhamdulillah, semua ok. Ambulan datang, bawa bapa graduan itu ke klinik UIA.

Aduhai... dah lama risaukan perkara ini. Risau jika tak dapat nak melaksanakan tanggungjawab yang diberi oleh orang ramai, walaupun bukan tanggungjawab dalam jobscope. Sama saja, komiti CONVEST, Ta'aruf Week, mahupun Kids of the World.

[Dalam pentadbiran universiti pun sama. Bila ada yang tak kena, semua tuding jari pada SRC, padahal organisasi lain yang sepatutnya bertanggungjawab ie. MRC. Kondisi lainlah bila ada yang niat sengaja memang nak menjatuhkan]

Jika yang terlibat cuma pelajar universiti yang faham sistem komiti dan biro program tak ada masalah. Mereka akan pandai nak cari komiti biro mana, walaupun susah juga nak telek tag sorang-sorang. Tapi, kita harus ingat, kita akan berurusan dengan masyarakat yang tidak faham dan tidak pernah sempat untuk difahamkan.

Komiti CONVEST tak perlu ambil tahu langsung sebenarnya perihal konvokesyen di dalam CAC dan yang bersangkutan dengannya di luar CAC. Kami cuma uruskan aktiviti-aktiviti yang dirancang rapi untuk sepanjang minggu CONVEST.

Cuma, benda-benda yang tak dijangka seperti inilah yang sepatutnya pandai-pandai difikir sendiri oleh setiap komiti, waima setiap pelajar universiti pun.

Macam mana kalau ada ibu bapa yang minta ditunjuk jalan ke sana ke mari?

Macam mana kalau ada ibu bapa yang tanya siapa Presiden, Rektor, Timbalan Rektor atau kakitangan lain UIA?

Macam mana kalau ada ibu bapa yang minta khidmat tolong fotostatkan dokumen penting sedang hari itu cuti, semua kedai tutup?

Macam mana kalau ibu bapa tanya itu dan ini untuk program yang kita tak pernah ambil port pun?


Dalam masa kita gantung tag komiti di leher? Nak ditanggalkan waktu itu juga? Atau tunjuk pada komiti lain yang sepatutnya menguruskan perihal itu?

Fikir, fikir, dan fikirlah. Macam kata abang Nazri masa Ta'aruf Week lepas, "Jangan harapkan headcom saja arah buat itu ini. Kadang-kadang, kita kena pandai-pandai cari kerja sendiri."

Masa tu nak membantah juga. Habis orang tak pernah jadi PC, tak tahu kena buat kerja apa, macam mana, takkan nak memandai saja? Tu pun dah cukup baik nak tanya ada kerja lagi tak nak dibuat.

Sekarang dah faham. Kadang-kadang, ada perkara yang orang lain pun tak terfikir untuk memikirkan. Sebab, semuanya di luar jobscope. Cuma, WHEN WE THINK RIGHT, WE THINK THE SAME. Common sense. Ikut logik.

Nak keluar universiti nanti pun bukan kena tahu ilmu yang berkaitan jurusan kita saja. Kita akan berhadapan dengan masyarakat, jadi kenalah pandai-pandai bawa diri.

No comments: