Friday, March 06, 2009

hadiah dari Tuhan

Alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Dalam masa sebulan ni saya dapat banyak hadiah daripada pelbagai pihak.

Mula-mula sekali pada sebulan yang lepas, apabila artikel saya masuk dalam Dewan Siswa Feb 2009, saya dapat honourium daripada pihak DBP. Bolehlah bantu saya belanja di sini. Sementara belum bergaji.

Apabila di Kursus Pengurusan Islam minggu lepas, saya adalah yang pertama jawab kuiz yang menguji pemikiran lateral. Alah, permainan kanak-kanak. Bagaimana susun potongan kertas gambar kuda dan koboi, supaya koboi tu boleh duduk atas kuda. Saya tak pernah jawab sebelum ni. Tapi, alhamdulillah, Tuhan buka minda saya untuk fikir cara lain daripada orang lain. Saya dapat cenderahati berupa buku penceramah itu sendiri, Dr Noraini, pensyarah jabatan Education UIA.

Selasa lepas, selepas menderma darah, saya dapat hadiah comel cabutan bertuah. Kusyen bentuk kotak yang kecil. Kusyen tu saya dah guna buat tidur SEBENTAR semasa rehat tengah hari di pejabat. Saya tak balik rumah waktu rehat. Jadi kusyen tu sangat berguna, terutamanya pada rehat panjang pada hari Jumaat.

Hari ini. Semasa perhimpunan agung bulanan kakitangan Politeknik Port Dickson, saya telah mendapat tempat pertama trivia yang dianjurkan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang bertanggungjawab menguruskan perhimpunan bulan ni. Tak disangka (walau berharap). Tak pasal-pasal staf baru ni dah popular satu politeknik. Saya dapat plak gelas. Soalan trivianya tak susah mana. Keyword: Google is your friend.

Terima kasih Tuhan, kerana buat saya gembira :)

"Inna maal usri yusra"

1 comment:

Anonymous said...

salam.itulah namanya nikmat. namun jgn lupa bersyukur. mgkin ketika ini mira hepi, lain kali kita x tau kan.so kene persiapan emosi untuk itu.selama bergumbira