Thursday, December 20, 2007

salam aidiladha 1428



Saya dan adik-adik di rumah saja raya kali ni. Kecuali Fitri yang tersekat di Shah Alam. Tak tahu dapat pulang beraya atau tidak. Baru semalam kami pulang dari Segamat dengan Fahmi menanti di rumah.

Ini kali pertama dalam sejarah keluarga, kami tak beraya di kampung. Pernah juga satu waktu dulu kami terpaksa solat raya di Kuantan sebab ada kemalangan dalam perjalanan pada malam raya. Mungkin ini hanya Aidiladha. Namun, kami tak pernah berenggang menjelang hari raya.

Tak sabar menanti kepulangan mak abah :)

5 comments:

pakdi said...

doakan mereka pulang bersama haji mabrur :)

mira said...

insyaALLAH pakdi. doakan sama-sama ya? :)

ps: banyak pengalaman best jaga adik-adik kat rumah ni ;)

Firdaus Ibnu Ariff said...

Tahun ini saya juga beraya berjauhan dengan mak ayah sebab tak dapat tiket balik Kuantan. Maka, balik beraya di rumah nenek di Muar sahajalah. :) Lepas tu baru balik ke Kuantan.

mira said...

eh, firdaus tak ke pagoh dengan mak abah ke? tak dapat tiket? patutla takde khabar seterusnya yang kata nak beraya kat sini :)

Popular Opinion said...

Selamat Hari Raya Aildil Adha