Friday, May 23, 2008

baju sekolah

Tukar baju elak gangguan seks
May 21, 08 5:39pm

Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam sekolah untuk pelajar perempuan.

Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka mangsa cabul.

"Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.

"Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar.

"Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," tambahnya.

"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini."


Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Haha, sebenarnya tak pernah pun terlintas di fikiran seragam sekolah yang dah jadi tradisi Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun dahulu mendatangkan masalah yang macam ni.


Baju yang macam ni boleh terganggu??

Saya sebenarnya sangat hormat pada peraturan pemakaian yang dikenakan di sekolah-sekolah kerajaan. Jika imbas semula, masa itulah yang kita belajar nak pakai tudungnya, nak pakai baju dan kain dalamnya, nak pakai stokingnya.

Sebab apa? Jadi peraturan. Peraturan, jika dilanggar akan didenda. Atau jika semasa saya di MRSM dulu, akan kena dimerit.

Benda baik kadang-kadang perlu dipaksa untuk dilaksana. Tak semestinya dengan keterpaksaan itu akan buat kita rasa tak ikhlas sampai bila-bila. Terutama jika kita nampak relevennya.

Selain cara pemakaian dalam solat, seragam sekolah juga dapat bantu didik kanak-kanak dan remaja untuk membiasakan diri dengan cara pemakaian Islami yang bersopan. Yang dimaksudkan di sini ialah baju kurung dengan tudung.

Tahukah kalian, dengan baju kurung dan tudung tu, ditambah dengan stoking yang memang dipakai untuk ke sekolah, tak perlu dah nak cari telekung untuk bersolat? Macam tu je dah cukup.

Etika pakaian masa solat adalah yang sepatutnya dipakai oleh wanita Islam. Jika kita yakin pakaian yang kita pakai seharian tu boleh bawa solat, kita dah cukup tutup aurat dalam erti kata sebenar. Kalau tak yakin lagi tu, maknanya kita tak tutup habis lagi.

Memang warna seragam sekolah putih. Tapi jadi pilihan kita pula untuk pilih nak pakai yang tebal atau nipis. Pakai yang nipis, cepat saja ditangkap pengawas jika tak pakai baju dalam atau pakai tudung singkat. Sebab tu, jika di sekolah dulu, tak pakai baju dalam akan didenda.

Tapi nak tambah ikut syarak, kena kuatkuasakan peraturan yang lagi satu. Iaitu tak dibenarkan pakai tudung yang tak lepas dada. Tapi betullah cakap PKPIM, benda ni nak kena dikuatkuasakan pada semua sekolah kerajaan, bukan bergantung pada pentadbiran sesebuah sekolah saja.

Masa saya sekolah dulu [bukan di MRSM], pakai tudung singkat yang macam tergantung je atas bahu memang jadi ikutan. Makin pendek, makinlah mereka suka. Suka jadi perhatian agaknya. Tapi memang tak senonoh je nampak. Pakai tudung cukup syarat saja.

Takkanlah yang dah pakai baju putih tebal, berbaju dalam dengan tudung labuh melepasi dada masih tarikh perhatian pelajar lelaki? Jika bukan juga kerana perangai perempuan tu yang mengada-ada, masalahnya bukan pada si pelajar perempuan itu.

Suasana hari ni yang dah terlebih 'open' dengan 'openness' tu yang dah meng'open' pintu hati kita untuk menerima bisikan syaitan.

Mereka yang 'open' dengan 'openness' ni ada di mana-mana. Jikalah kita anggap yang di televisyen itu sudah ditapis dan diiktiraf boleh ditonton tanpa mengganggu perasaan dan emosi kita, itulah peng'open'nya.

Tak payahlah dengan drama dulu. Yang tu boleh didebat berpura-pura. Olok-olok je. Lihat pula pada rancangan realiti. Realiti belaka tu! Yang seksi-seksi tu!

Jadilah yang perempuannya, "Tak salah kot aku nak singkatkan tudung sikit je. Tak payah pakai baju dalam. Takdenya jadi seseksi yang kat dalam tv tu pun" dan yang lelakinya, "Tak tahan betul aku. Mana-mana je mesti stim."

Dah tu macam mana?

Seragam sekolah kita dah lama macam tu. Dulu-dulu, tak ada pun kes-kes yang macam ni. Janganlah salahkan umat yang tak berdosa tu. Ada benda lain yang lebih dalam akarnya untuk kita gali. Ini bukan pasal seragam sekolah saja...

No comments: