Thursday, April 24, 2008

perlukah kita berubah?

Saya pernah alami perubahan cara kehidupan yang agak drastik dulu, terutama [atau sememangnya] dari segi pemakanan.

Di MRSM, kami diberi makan 6 kali sehari. Dalam pada tak nak membazir setiap makanan yang telah diperuntuk untuk saya, banyak kali juga skip. Sebab tak larat dah nak makan.

Di sana wajib keluar riadah. Tak boleh duduk di asrama setiap hari mula jam 5.30 petang. Kebanyakan masa, jika tak keluar jogging, saya main badminton dengan kawan-kawan dan secompound [jargon di asrama puteri, untuk bilik sendiri dan bilik di hadapan].

Jadi, lapar juga jadinya. Belum tambah dengan stress belajar lagi. Tingkatan 4 dan 5 memang zaman jadi ogre. Makan banyak. Kalian yang kenal saya sekarang akan terkejut jika lihat gambar saya waktu tu. Bulat sungguh. Berat dah cecah 60kg.

Bila masuk matrik UIA, saya masih terbawa-bawa dengan cara pemakanan di MRSM. Hari pertama orientasi, saya bangun awal [memang seperti di MRSM yang kena solat subuh berjemaah di surau]. Saya ajak Siti, kawan sebilik untuk turun sarapan. Dia belum siap. Saya jadi pelik. Katanya nak sarapan di bilik saja.

Dengan skemanya, saya beli sarapan berat [tak ingat apa, mungkin mi goreng] di kafe Zainab College. Tak lupa teh susu secawan. Lengkap macam di MRSM. Cuma bezanya, kali ni saya perlu bayar. Dari situ je saya dah mula berkira-kira.

Jika sekali makan harganya macam tu, macam mana dengan 6 kali sehari? Cukupkah dengan RM1000 satu semester yang diberi kementerian untuk pelajar matrik? Masa tu saya memang belum tahu nak bajet, sebab belum ada pengalaman urus makan minum sendiri.

Tak boleh jadi. Hari selepas tu saya mula kurangkan makan. Sehinggalah kepada sekali sehari saja makan nasi. Makan malam cukuplah dengan roti cicah air milo atau dengan jem saja. Pula tu, roti yang dibeli bukan roti Gardenia. Tapi roti keping yang harganya cuma RM1 sebungkus tu. Dalam plastik yang atasnya warna oren. Saya pun dah tak ingat apa namanya.



Saban hari, macam tulah hidup saya. Janganlah kawan-kawan ajak makan malam, saya takkan keluar duit untuk makan. Walau cuma secucuk nugget. Jika nak jaga hati mereka pun, saya cuma temankan mereka. Tapi takkan keluarkan duit. Takkan.

Pada satu hari tu, masa 'makan malam', saya rasa nak muntah. Tak larat nak habiskan sekeping roti berintikan jem strawberi. Rasa jemu sangat. Sampai saya cakap pada Yonn, kawan saya, "Esok ingatkan saya untuk makan malam dengan nasi. Tak sanggup dah nak makan roti."

Esoknya saya makan nasi tak?

Betul. Tak. Saya cuma 'upgrade' kualiti makan saya dengan... roti ban Sweeties.

Tu pun, saya punya berkira... [Sebab roti ban tu agak mahal... berbanding roti RM1 dulu]. Sehari boleh makan maksimum 2 saja. Kalau tak, lari bajet.

Stail makan nasi sekali sehari tu berterusan sampai ke UIA Gombak. Cuma dah tak stict macam dulu. Kalau malam u rasa nak makan nasi, saya beli saja tanpa banyak sangat fikir.

Dr [bos saya] ada cakap semalam. "Kadang-kadang, kita tak dapat lari dari perubahan. Perubahan tu termasuklah pendirian kita. Cara paling berkesan nak uji pendirian seseorang ialah dengan kuasa. Bagi kuasa pada seseorang, tengoklah sejauh mana dia dapat bertahan dengan pendiriannya."

Macam biasa, saya pun mula fikir falsafah sendiri. Tak mudah nak ikut saja falsafah orang lain tanpa fikir dahulu.

Benarkah kita mesti berubah? Wajibkah kita berubah?

Pada saya, ada sesetengah perkara, untuk maju, kita perlu jadi fleksibel. Badan dan keperluan badan kita berubah, jadi cara pemakanan kita perlu berubah. Kita perlu adaptasi dengan keadaan sekeliling. Kita kena pandai masuk dengan orang. Tak boleh nak keras kepala ikut kita saja. Sebab manusia ni makhluk sosial, hidup bermasyarakat, tak mampu nak hidup seorang diri.

Jika kita mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan pula urusan kita.

Dalam Castaway, orang yang tersesat di sebuah pulau pun nak kena sekurang-kurangnya sesuatu yang boleh dianggap 'orang', untuk teman dia berbual. Biar dikata gila [walau tak ada orang pun nak kawa dia gila], asal tak gila betul-betul sudahlah. Sebab memang boleh jadi gila duduk sorang-sorang lama-lama tanpa berkomunikasi.

TETAPI, ada sesetengah perkara lagi yang kita tak boleh ubah ikut keadaan. Iaitu iman dan akidah. Tuhan itu satu. Dan Tuhan takkan berubah sampai bila-bila. Agama yang kita anuti dan kitab pengangan pun tak berubah.

Biar semaju mana dunia dan manusia, biar orang kata kita kolot masih berpegang teguh pada agama, ingatlah yang manusia ini di pandangan Tuhan semuanya sama. Tak lebih tak kurang melainkan yang bertakwa.

Hidup dalam reda Tuhan adalah visi kita. Hidup di dunia untuk ke syurga adalah misi. Berubahlah macam mana pun, tapi jangan lupa asal kita. Dari Tuhan. Dan kita bakal kembali padaNya. Jangan sesekali lupa itu.

4 comments:

Anonymous said...

baca entri saudari mengingatkan saya pada zaman matrik dulu. Mungkin tak berapa teruk lantaran kos sara hidup yang jauh berbeza antara ibu kota dan utara tanah air.

walaupun begitu masih terasa peritnya apatah lagi lambat masuk duit. Satu perkara yang tak dilupakan dan terkesan kepada saya sampai sekarang ialah 'makan famili'. Nasi dimasak sendiri, lauk beli di kafe dengan budget untuk makan seorang. Biasanya satu lauk dan satu sayur. Makan ikut sunnah, berdulang dikongsi 5 - 8 orang. Tabur budu atau cencaluk atau belacan... pikir-pikir balik macam tidak percaya boleh melalui semua itu... :)

mira said...

kami tak boleh bawa periuk nasi ke asrama. memang ada yang bawa, tapi illegal la.

kalau boleh macam tu memang bagus. save dan ikut sunnah. ada pengalaman baru lagi ;)

Anonymous said...

sy tau nama roti yg plastik oren tuh..namenyer "Roti Sedap"... =)

Mentor_ulung said...

saye masak megi dalam periuk, masak cekodok, masak..lalala. ALLAH tahu :)...tapi pak guard tak dpt hidu..haha ;)