Thursday, February 05, 2009

penampilan

Pagi tadi, bercermin. Rasa macam nak tergelakkan diri sendiri. Ini pegawai atau pelajar??

Kalau bab penampilan diri, saya memang tak mengikut zaman. Sekarang saya berpakaian seperti seorang pelajar. Malah dengan pelajar pun saya kalah.

Saya berjalan ke pejabat melalui asrama perempuan. Bila sampai ke ampaian mereka, saya lihat tudung-tudung yang dijemur. Jika tidak yang berbatu keliling, mesti ada kerawang.

Sedangkan tudung hitam untuk berkabung yang saya pakai sampai semalam ialah tudung Wardina yang mak belikan masa pertama kali jejakkan kaki ke matrik. Ya, yang ada bebenang yang disimpul-simpul dikeliling tudung tu! Tapi sekarang simpulnya semua dah terbuka, jadi berjurai macam itu saja.

Hari ini hari pertama kami bebas daripada tempoh berkabung sempena kemangkatan Yang Dipertua Negeri Sembilan. Pun saya tak pakai tudung berbatu. Tapi tudung krim RM7 yang dibeli Amy di Jalan TAR semasa tahun pertama di UIA Gombak.

Apabila bekerja di persekitaran yang ada ramai orang, dari kakitangan ke pelajar, baru saya rasa memang amat tertinggal dari segi penampilan. Teman serumah yang semuanya pensyarah memang pandai bergaya. Jaga dari segi kedut baju, solekan asas, kepelbagaian cara pemakaian tudung dan berkasut tutup dan bertumit.

Saya pula, selain baju yang memang diseterika tapi taklah teliti sangat, saya memang tak amalkan solek, pakai tudung pelbagai gaya dan berkasut tutup bertumit. Memang seringkas-ringkas penampilan. Ditambah pula dengan kad matrik staf yang sikit lebih kurang macam yang pelajar, saya memang nampak macam budak MRSM yang nak pergi prep.

Saya rasa selesa dengan penampilan bersahaja begini, tapi memang rasa agak malu dan tertinggal. Rasa kuno dan tak ikut zaman. Mujur saja saya bekerja hanya di hadapan komputer sendiri dan kurang perlu bergaul dengan staf lain. Sekurang-kurangnya setakat ini.

Adakah penampilan ini menyenangkan atau membuatkan orang segan untuk rapati saya?

8 comments:

amy said...

bergaya dgn tak sama je kot..yg penting apa yg ader dlm kepala otak tuh..hehe...tp, sbnrnyer,kalo nk pk betul2, bergaya ikut kemampuan dan keselesaan...hehe =peace=

EYA ZAMANI ZAITEE said...

mira,kct rasa mira dh sempurna sgalanya x payah nk gaya2 mcm org lain heheh ...ptama jumpa mira pun dh sejuk mata mandang ..comel n ayu sgt2 ...yg penting dlm ati ...:)

mira said...

amy pun dah lagi hebat daripada saya. (plus: saya tak pakai handbag lagi!)

terima kasih kak siti. tak sangka boleh dapat respon secepat ini :)

acikwon said...

Aslkm wbt.

(tsesat blog?)

Eh2. Eman pun trase. tp, sipi2 je.
heheh.

tapi,takpe. yg penting: An-Nur,31.

<=)

slm pkenalan. slm ukhwah.

Firdaus Ibnu Ariff said...

Simple dan smart sudah, asal jangan selekeh. Bergaya pun ikut keadaanlah.

Paling penting, be yourself! :)

mira said...

terima kasih firdaus! ^_^

BanjarRakai said...

Salam,

Beauty is in the eyes of beholder kata orang lah. Sejauh mana kebenarannya, ehmm... bagi diri saya sendiri, betullah pepatah itu.

Nasihat Firdaus itu pula ada betulnya. Be yourself!. Walaupun begitu, gaya budak MRSM yang nak pergi prep mestilah ditinggalkan secara beransur-ansur. Kata kunci di sini adalah beransur-ansur supaya perubahan penampilan adalah bersesuaian dengan jiwa. Perlu diingat kerana selain dari menjaga penampilan individu, secara kelompoknya kita juga akan dinilai sebagai wakil organisasi tempat kita bekerja. Sudah tentu penampilan sebagai muslimah juga perlu diambil kira.

lennymoriza said...

Kamu tahu diri kamu lebih dari orang lain. Sama ada itu yang paling selesa pada kamu, itu pilihan kamu. Saya yakin Mira sendiri tahu dan faham di mana perlu ada perubahan, di mana juga perlu dikekalkan.

Tak gitu?

Lenny: Selesa pakaian berseluar, biar senang lari sebelum ditinggal kereta api. :p