Monday, June 07, 2004

Hari Bapa

Tak adil kira Hari Ibu sahaja yang dibicarakan. Bapa pun penting juga kan? Kena ada simbiosis kepentingan. Kalau tak, saya tak akan lahir.

Abah, abah, abah... Di mana nak dimulakan, ya?

Entahlah, saya betul² tak dapat selam fikiran lelaki. Tak tahu apa yang bermain dalam benaknya. Tak tahu apa yang difikirkan mengenai saya. Saya pula tak pernah kesah untuk bertanya... (apa punya anak sulunglah saya ni, kan?)

Yang pasti, abah pasti mengingatkan saya supaya mengelak daripada bermain air (laut, sungai dan sebagainya) tanpa kehadirannya terutama ada lawatan atau rombongan dengan rakan². Memang, saya tak tahu berenang, dah tentu abah akan risau melepaskan saya tanpa pengawasannya. Kadangkala rimas juga. Ingatkan ingin bertanya bagaimana perjalanan aktiviti, rupa²nya abah telefon semata² untuk mengingatkan perkara yang sama itu berulang buat kesekian kalinya.

Tapi, itu saja kekhuatiran terbesarnya. Jika terpaksa berseorangan dalam perjalanan jauh, tidak pula seperti ibu bapa Baitul, sanggup menghantar meski 200 km. Abah dengan rela melepaskan. Agaknya memaksa saya supaya berdikari. Oh, abah tak pernah melawat saya di UIA melainkan sewaktu pendaftaran. Di matrik dan kampus induk. Saya tak kesah. Sebelum itu, selama 2 tahun, sedekat² MRSM Kuantan pun sama saja.

Telefon bimbit yang ada di tangan tidak pernah tertera nombor telefon rumah jika bukan saya yang minta dihubungi semula. Seolah² tiada langsung perbezaan sebelum dan selepas saya memiliki telefon ini.

Abahlah orangnya yang bertegas tidak menyetujui saya untuk menjemput mana² rakan lelaki menjejakkan kaki di rumah kami sebelum tiba masanya (seram bila difikir²kan!). Emak cuma menurut. Baik untuk abah, baik juga untuk kami sekeluarga. Walaupun kadangkala keputusannya membuatkan saya mencemburui rakan² perempuan lain yang punya ibu bapa lebih sporting daripada ibu bapa saya, saya tahu, ada rasionalnya yang tidak diberitahu.

Abah... tegas atau tidak? Jawapannya, mengikut masa. Tak boleh dipilih salah satu secara tetap.

Tapi, kata² abah, walaupun sepatah, bisa membuatkan air mata ini mengalir. Tepat menusuk hati. Pedih dengan sebak. Betapa hebatnya lelaki...

Abah pernah buat saya marah, merajuk, dan kadangkala teringin memberontak. Tapi abah juga pernah membuat saya terharu... Walau bagaimanapun, abah tetap bapa saya. Dan saya tiada pilihan lain selain menyayanginya.

Selamat Hari Bapa, abah!

~8 Jun 2004~

No comments: