Monday, January 21, 2008

keliru bertudung

Jumaat dua minggu yang lepas, saya berpeluang menonton rancangan Galaksi di TV9 [setelah beberapa kali terlepas]. Kebetulan, tetamu undangan rancangan itu ialah pengacara baru Malaysia Hari Ini iaitu Wardina Safiyyah dengan topik mereka, bertudung selepas menunaikan haji.



Tertanya-tanya juga saya bagaimana perbincangan itu akan berlangsung, sebab pengacara Galaksi si Nana tak bertudung. Bila ditanya apa pendapat Wardina tentang topik tu, mula-mula, katanya, terpulang pada individu itu sendiri. Ayat yang kerap diulang, "Tudung tu hanya sehelai kain yang diletakkan di atas kepala."

Sepanjang perbincangan, hati saya mendesak supaya Wardina dapat menyatakan sesuatu kebenaran. Tapi bimbang juga tersilap cakap, digam pula nanti. Tapi saya yakin, kesedaran orang Melayu mengenai Islam masih menebal dan majoriti kita takkan mengalah pada benang yang basah.

Diselitkan juga rakaman penampilan baru Siti Nurhaliza yang nyata telah bertudung lengkap setelah pulang dari Makkah. Alhamdulillah. Sebagai artis nombor satu negara, harapnya, Siti dapat memberi pengaruh yang baik kepada rakan-rakan artis yang lain atau peminat-peminat seni tanahair untuk mengikut jejaknya.

Tak apa, pakai dulu. Jangan banyak bagi alasan. Sebab ini arahan Tuhan yang dah jelas dan nyata. Bukan lagi bab belum sampai seru. Sambil menunggu seru dan mencari pelbagai alasan, dosa dah bertimbun, hati dah makin hitam. Lelaki-lelaki di sekeliling pun sama. Sebab tengok maksiat saban hari.

Dosa yang melihat bukan dikira satu kepala satu dosa, tapi sehelai rambut yang disengajakan membukanya sebagai satu dosa. Adillah dengan bacaan al-Qur'an yang diberikan pahala berdasarkan bilangan huruf yang dibaca, bukan ayatnya.

Baru nak lega dan berlapang dada, ada pula rakaman komentar Deja Moss yang walau dah bergelar hajah, masih dengan penampilan lamanya. Diberi pula kenyataan yang salah mengenai konsep bertudung.

"Memang kita tahu, Islam menyarankan supaya wanita Islam bertudung. Tapi kita tak boleh paksa seseorang buat sesuatu yang dia tak suka. Tiada paksaan dalam Islam, kan? Tunggulah, bila masanya, saya akan bertudung juga."

Tersedak saya. Tak pandai, tapi nak memandai-mandai. Tiada paksaan untuk memeluk Islam. Tapi sekali dah Islam, memang kena paksa untuk ikut apa yang Tuhan suruh! Dan, bukan menyarankan, tapi mewajibkan!

Oh Wardina, katakan sesuatu, betulkan kenyataan tadi!

Akhirnya, Wardina sebut juga frasa wajib bertudung tu. Nana mengangguk. Tapi untuk mengurangkan ketegangan, beliau tambah, "Apa-apa pun, kita tak ada hak paksa seseorang untuk bertudung. Bukan kita dapat dosa pun dengan orang yang tak pakai tudung tu."

Salah pula, Wardina. Kita, terutama orang di sekeliling memang berdosa jika tak menegur kesilapan yang tak bertudung tu. Kita hanya lepas dosa hanya selepas 3 kali teguran tapi masih tak diendahkan.

Banyaknya dosa kita kan? Tu yang dalam Friendster tu, berapa ramai je yang dah kita tegur? Saban hari, memang makin ramai dalam senarai tu yang berani meletakkan gambar mereka tak bertudung. Tak malukah mereka dengan kawan-kawan satu sekolah yang tak pernah nampak rambut mereka di sekolah dulu?

Juga, kepada satu dunia yang bebas add mereka dalam senarai sahabat. Bukan hanya dalam kelompok masyarakat mereka, malah, satu dunia boleh tahu betapa rapuhnya iman mereka!

8 comments:

AbDdU! said...

Alslam ...


after a long time away from blogs and discussion board i come and find this never ending topic about the "Hijab" ...

i just have one statement: "The Hijab is not just covering the head ... no point to cover the head if other parts are exposed ... simply"

be it wardina or whoever ...

we are tired of seeing idiots wear the "head hijab" while leaving every other part of the body exposed ...

better first let people know what the heck is meant by "Hijab" in islam ...

Hijab != scarf ...

hijab is not just covering the skin or hair ... its a whole system that teaches how and what to wear ...


walslam

mira said...

pakaian taqwa. kan? :)

Anonymous said...

Lebih teruk kita kalau dok hukum tapi tak doakan mereka....

Anonymous said...

Juga, kepada satu dunia yang bebas add mereka dalam senarai sahabat. Bukan hanya dalam kelompok masyarakat mereka, malah, satu dunia boleh tahu betapa rapuhnya iman mereka!

Err question,

Who are you to judge he tlevel of iman carried by a person. Are you know better than the One?

It is good to do and write about dakwah but the dakwah you carried try to labeling yourself is better than the person you mentioned.

Another thing, the prophet never mention a name even any single munafiqun who continuosly attacks him. He put it in very general charateristic without saying this person whose name is, staying at etc is munafiq.

Seem that your judging value and the way you say much more deviant from prophet's way.

I support dakwah but not the dakwah in kimura's method. Yet Rasul way is the best...Hopes read more (especially the book Kiat-kiat memikat hati written by As Syisi)

mira said...

kepada anonymos. saya ada sebab untuk menyebut nama² yang berkaitan.

mereka dah membuka pekung pada khalayak ramai, jadi, kenyataan saya tak ubah dan tak aibkan sesiapa.

saya buat macam tu sebab nak bagitau, mana silap mereka dan kat mana yang remaja tak boleh nak tiru. kalau tak cakap terang² macam ni, bimbang mereka tak tau dan jadikan kata² idola mereka tu sebagai yang terbaik untuk diikuti.

macam mana cara dakwah anda?

Anonymous said...

saya pun tak paham apa yang dia tak puas hati dgn mira. ini cuma ulasan dari mira sahaja kan :)

isu tudung ni, sepatutnya yang ditekankan adalah konsep aurat. bukan hanya tudung. bila disebut hanya tudung, maka seluar sendat baju nampak pusat pun bertudung... apa cerita? :)

Anonymous said...

aik, anonymous, mana la plak ko nampakperkataan munafiq kat entri dia? biar betul bro/sis?

Anonymous said...

mereka dah membuka pekung pada khalayak ramai, jadi, kenyataan saya tak ubah dan tak aibkan sesiapa.

End does not justify mean sister....

Which one come first in your mind when writing the entry, du'a so that they change, or just come into your mind to correct it in 'your' way... the answer is in your hand. Then your know wheter the approach is right or not...