Monday, June 07, 2004

Iklan

Nak cuba penggunaan kata ganti diri 'saya' pula. Mana tahu akan lebih serasi dengan jiwa Amira :) Dalam penulisan memang nampak janggal, tapi tak salah jika ada kelainan kan?
Mira: Sudah pernah membaca novel berkualiti dengan kata ganti nama saya sebagai personae pertama.

Sudah lama tak menulis. Saya ni memang akan menulis hanya apabila timbul mood dan ada ide agaknya.

Tak banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di rumah. Membawa kepada ketiadaan cerita sebagai modal entri.

Kepada saudara/ri prihatin:
Terima kasih atas keprihatinan saudari/ri. Cumanya, saya tak berapa boleh memanfaatkan teguran saudara/ri kerana tidak ketemu di mana puncanya yang menyebabkan saudara/ri mengatakan saya tidak menjaga maruah sebagai seorang wanita dan lupa membezakan antara haq dan batil. Minta diperjelaskan lagi. Terima kasih!

No comments: