Wednesday, October 13, 2004

buat yang mempersoalkan perjuangan inteam

Assalamualaikum semua...

Pertama sekali ana ingin mohon maaf bagi pihak inteam sebab jarang-jarang masuk sini. Kemudian, ana nak ucapkan terima kasih atas segala ucapan dan kritikan yang anda berikan.

Rasanya topik ni untuk kita bincangkan tentang album inteam04, bukannya untuk berkelahi tentang lagu yang inteam bawa kan.

Aniway, terima kasih sekali lagi buat saudara tabligh.com yang banyak mengkritik lagu-lagu inteam. Walauapapun, perlu diingat bahawa penglibatan kami dalam album pertama hingga kini HANYA ketika rakaman suara dan Fotografi cover album SAHAJA. Ramai lagi insan-insan yang terlibat dalam pemilihan lagu, lirik, konsep album, jumlah lagu, konsep muzik dan sebagainya. Mungkin anda semua menyangka kami yang menentukan corak album kami keseluruhannya. Jadi, kalau saudara tabligh nak tegur tentang lirik lagu tu, kami hanya boleh sampaikan saja pada orang yang bertanggungjawab memilih lagu dan lirik.

Untuk pengetahuan saudara, kami inteam berempat adalah peminat nasyid 'PURE' yang SANGAT-SANGAT meminati nasyid sejak zaman nadamurni, dan jauh sangatlah bagi kami untuk menjadi orang-orang yang merosakkan nasyid. Kalau boleh biarlah album kami sama seperti album zaman nadamurni, biar tiada perubahan, biar tiada peminat, biar tiada pembeli, itu adalah minat kami dan impian kami.
Kalau saudara nak tahu konsep lagu nasyid yang kami minati, dengarlah lagu keredhaanMu dalam album inteam04 atau lagu Kembali Fareast atau lagu-lagu lama yang lain. TAPI hakikatnya album ini bukan album milik kami semata-mata. Ia adalh hasil usaha dan titik peluh ramai orang.

Mungkin awal-awal lagi anda takkan menerima penjelasan ana yang seterusnya. Berkenaan dengan lagu jiwang, secara telus ana katakan ana sendiri tidak meminati sebahagian lirik kasih-kekasih dan impian kasih. Walaubagaimanapun, bait yang membawa mesej, contohnya sebelum dijabkabulkan syariat tetap membataskan, atau seindah hiasan adalah wanita solehah, akan sentiasa kami war-warkan dan kami kembangkan maksudnya dalam setiap show kami supaya ia menjadi satu mesej dakwah. Penasyid bukan sekadar berdakwah melalui liriknya, tapi dalam kata-katanya ketika berada di pentas. Kalau saudara teliti lagi, lirik lagu kasih inteam kesemuanya menyeru kepada perkahwinan, menuju kepada ikatan yang halal, yang menggalakkan remaja yang bercinta supaya cepat berkahwin. Adilkah jika saudara katakan lagu inteam membuatkan rami remaja bercinta dan melakukan maksiat? Bayangkan jika kumpulan inteam tiada? Tak bercinta ke remaja kita? Bagi ana perasaan cinta ada dalam semua manusia di dunia. Kalau newboyz, westlife, siti nurhaliza, nsync atau semua artis-artis yang menyanyikan lagu cinta tiada didunia ini pun, manusia tetap akan bercinta. Nabi Allah Adam sendiri ada perasaan ingin mencintai dan menyayangi walaupun baginda insan yang pertama wujud didunia. CUMA, CINTA YANG ALLAH KURNIAKAN ITU MESTI DIGUNAKAN KEJALAN YANG BETUL. BUKAN BERCINTA SEBELUM KAWIN, BUAT MAKSIAT BERDUA-DUAAN, JALAN BERKEPIT BAWAK MAKWE KEHULU KEHILIR. KAMI INTEAM CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENGINGATKAN REMAJA YANG TELAH SECARA TIDAK SENGAJA JATUH CINTA DAN MENJADI MANGSA BUAIAN NAFSU AKIBAT BERCINTA AGAR MENJAGA HUBUNGAN DAN MEMPERCEPATKAN PERKAHWINAN. KAMI INTEAM NI PUN ORANG ISLAM YANG BELAJAR AGAMA DAN TAU BATAS-BATAS SYARIAT. Ana sendiri tahu apa yang syaitan boleh lakukan bila perasaan cinta wujud dalam diri manusia. Ana pernah bercinta dan sedang bercinta dengan isteri ana. Cuma ana bukan jenis manusia yang mudah-mudah nak keluar berdua-duaan dengan kekasih ana. Jadi bagi Ana jalan penyelesaian bagi cinta yang sebelum kawin ada dua sahaja, samada berpisah atau kahwin. Alhamdulillah, ana berkahwin dan ana bertunang hanya seminggu SAHAJA. Ana harap apa yang ana lakukan ni akan jadi contoh yang baik buat remaja lain. Sekali lagi ana ingatkan bagi remaja yang terbercinta, atau mungkin untuk saudara tabligh kita manalah tahu satu hari nanti terminat kat sesiapa ke, HANYA ADA DUA JALAN PENYELESAIAN BAGI ORANG YANG BERCINTA, PILIH ANTARA BERPISAH ATAU BERSAMA DALAM SYARIAT(KAWIN). macam mana nak pilih? senang je, kalau rasa tak mampu, pilih yang pertama, kalau mampu dan diizinkan ibubapa, pilih yang kedua.

Ingat firman ALLAH "dihiasi diri manusia hubbussyahwati minannisa' cinta nafsu kepada wanita....

dan hadis rasulullah ' tidak ada dalam hati seorang lelaki bila berdua dengan perempuan yang bukan muhrimnya melainkan ingin berzina dengannya' au kama Qaal.

Jadi jelas disini perasaan nafsu ingin bercinta memang wujud tidak kira siapapun orangnya alim ke wara' ke, cuma siapa yang nak bagi panduan? Masing-masing ada cara sendiri, kalau orang-orang yang macam saudara tabligh. com ni boleh lah pegi pukul atau sebat pasangan-pasangan yang sedang bercinta di taman-taman (Iman yang tertinggi, mencegah dengan tangan dan kekuasaan), Kami hanya mampu mencegah menggunakan lisan dan sekadar tidak redha dalam hati.

OKlah dah panjang lebar ni. Harap saudara tabligh membacanya hingga habis walaupun mungkin tak menerimanya. Apapun, itu adalah hak saudara. Adanya orang yang seperti saudara sedikit sebanyak dapat mengelakkan kami dari hanyut tak berkesudahan, ada peringatan-peringatan buat kami di sepanjang perjalanan usaha kami ini. Doakanlah kami dapat hidayahnya dan rahmatnya. Doakanlah usaha semua penasyid mendapat redhaNYA. amiiiiin.

Terima kasih dan harap maaf jika terkasr bahasa.

Jumpa lagi wassalam...


p/s-jangan lupa dapatkan akbum inteam'04 yang original.
- thanx to nasyeed.com, PIN.


hazamin, inteam
diskusi.nasyeed.com

No comments: