Monday, November 05, 2007

nasyid VS lagu ketuhanan

2 minggu lepas, Rabbani telah ditemubual oleh terjah Melodi. Melodi kata, ramai yang keliru antara nasyid dengan lagu berbentuk ketuhanan. Macam dalam Anugerah ERA baru-baru ni yang mencalonkan Mawi dan Radja bersama mereka dalam ketegori Anugerah Lagu Nasyid Pilihan. Jadi Melodi tanya Rabbani, apa pendapat mereka?

Yang saya ingat, Rabbani kata kalau nak buat lagu tentang ketuhanan, semua orang boleh buat, sesiapapun boleh nyanyi. Tapi yang penting, penjiwaannya. Jika mereka benar-benar menghayati apa yang mereka sampaikan, ia akan terpancar juga melalui perwatakan dan cara pemakaiannya.

Mereka tak kata mereka contoh penasyid yang terbaik. Tapi bagi mereka, penasyid ada identiti dan ciri-cirinya yang tersendiri. Tapi untuk anugerah yang semacam ini, terpulanglah kepada penganjur untuk menetapkan.

Nasyid sememangnya kurang mendapat tempat dalam industri muzik tempatan. Walaupun pendengarnya adalah yang paling ramai jika dibandingkan dengan genre muzik yang lain. Dengan adanya kekeliruan antara genre asli nasyid macam ni, dicampur dengan genre lain yang membawa konsep ketuhanan, ruang untuk penasyid menonjol semakin kurang.

Jika nak diikutkan, Sifu M. Nasir juga banyak membawakan tema ketuhanan. Beliau sifu. Jika dapat dikategorikan dalam lagu nasyid, lagilah nasyid yang sebenarnya terkebelakang. Begitu juga dengan Ramli Sarip yang lagu ketuhanannya memang tak terlawan oleh orang lain. Memang boleh menitis air mata. Tapi kenapa beliau tak dikenali sebagai penasyid?



Ini masalah kekeliruan yang belum dapat difahami orang kebanyakan walaupun saya sendiri. Puncanya mungkin daripada bekas penasyid sendiri.

Apa yang penasyid bawakan itu sesuatu yang mulia. Tentang Islam. Jadi, mereka yang dah keluar dari landasan nasyid bukan mudah untuk dihilangkan titlenya. Seolah-olah, turun pangkat. Dari sesuatu yang molek kepada yang agak bercampur. Dari situ kekeliruan timbul.

Jika kita kekal dengan identiti penasyid yang asal seperti Raihan dan Rabbani, ciri-ciri utamanya ialah mereka berkumpulan, pakai songkok atau kopiah dan menggunakan alat muzik tradisional seperti kompang dan perkusi. Bagi saya, itu ciri-ciri asalnya.

Dari segi alat muzik, penasyid kita dah alami satu revolusi, kepada yang lebih bebas. Saya tak mahu komen yang ini, sebab saya bukanlah yang arif. Tapi bagi saya, asal ia tak melalaikan dan mesej dalam liriknya masih tersampai, tak mengapa.

Kumpulan atau solo juga sudah bukan persoalan. Sejak Amar atau nama sebenar beliau Arif Muazim Abdul Rahman, bekas ahli kumpulan nasyid Sabda jadi penasyid solo yang pertama Malaysia [betulkan saya jika saya silap] dan masih mengekalkan ciri-ciri nasyidnya, persembahan secara individual masih dapat diterima.



Namun, walaupun Hafiz Hamidon, bekas ahli kumpulan nasyid UNIC dalam situasi yang sama, saya tak dapat lagi melabelkan beliau sebagai artis nasyid disebabkan penampilan dan lagu-lagu yang dibawa beliau. Apatah lagi Faizal Tahir [ex-Mirwana]. Akbar [ex-Brothers]? Mungkin tidak..

[Tonton klip video terbaru Hafiz]

Tapi, songkok, kopiah, atau sebarang jenis penutup kepala seperti yang dipakai oleh kumpulan Nowseeheart dan Mirwana masih jadi trademark utama nasyid. Jika itu pun tertinggal, maka, saya tak tahu lagi apakah dia ciri sebenar artis atau sebuah kumpulan nasyid.



Seperti kata Asri Rabbani, jika seorang penyanyi nasyid benar-benar menghayati mesej yang dibawanya, kata ia akan terpancar pada cara pemakaiannya. Mungkin maksud pemakaiannya itu, salah satunya ialah dengan memakai penutup kepala.

Seseorang yang benar-benar mencintai Tuhan dan Rasulnya akan cuba sedaya upaya mengikut apa yang diperintahkan Tuhan dan apa yang diamalkan Nabi. Memakai penutup kepala itu ialah sunnah Nabi. Ia bukan wajib, tapi bukankah di situ saja kita nampak siapa yang benar-benar mahu menasyid? Yang benar-benar mahu menyampaikan?

Mungkinkah nanti hanya mereka yang pernah menjadi artis nasyid yang akan dikenali sebagai artis nasyid? Adakah kehadiran kumpulan baru yang juga mahu dikenali berada dalam arena ini sudah tak dapat label itu lagi?

Atau adakah semua yang membawa lagu berbentuk ketuhanan akan dikenali sebagai penasyid? Alangkah hodohnya jika Radja itu dikenali sebagai penasyid! Maafkan saya, tapi saya benar-benar tak suka jika ia terjadi.

8 comments:

Azree MH said...

Eh. Imad tu penyanyi solo jugak kan?

mira said...

haha. terlupa pasal imad. tapi dia malaysian ke?

AbDdU! said...

Hmm .. this is the third time i read this post ... and every time i look at it differently ..

so comments ...

(note:: munshid is someone who perform a nasheed)

Maybe someone doesn't have to be full time "munshid" .. nor fulltime singer ...

just look at it from different sides .. i myself is a fan of your examples M.Nasir(creativity-interesting musical fusion-diverse instrumeents and genres) and Ramli sarip (strong voice-depth-highly pitched), iv seen ramli perform live and was really impressed by his voice ... but unfortunately they are not munshids ... BUT: their words are nice,and they never go over the limit ... simply .. they are pure artists, they do it for their love of music,
and since they are from an Islamic background, they tend to mix that feeling of Islam with good culture (specially m.nasir i guess) and produce meaningful pieces of art, although still ... its not nasheed, since nasheed have own standard...

what i noticed from what you wrote is the limited scope regarding how you look at a munshid, which you highlighted as:

"berkumpulan, pakai songkok atau kopiah dan menggunakan alat muzik tradisional seperti kompang dan perkusi."

now this is a standard, but the question: should we limit a munshid for his style!!! .. how about if M.Nasir makes a solo of "God is the light" for example (it was done by yusuf islam featuring Raihan)... what or where will we "label" him??

what im trying to say here, simply. we just listen to words, and instruments used, if it was following the nasheed standard of "drums and light music" then we can able to label it as nasheed, regardless of who sang or made it ..


just a thought ... since there are many people who like nasheed but may have their own styles .. so why not!

fami said...

kenapa ulang tulis tentang isu yang ini, ya mira? :) agaknya mira pun masih terkesan macam dulu :)

tak nak tgk muka penyanyinya, dengar saja yang mp3 atau minimize videonya.

yng penting dalam lagu pun, bukankah msgnya.

ya mmg, penampilan penyanyi mempengaruhi kepercayaan kita pada content lagu, atau pada satu tahap, pembawaan lagu tu sendiri tak kena dengan pemikiran kita tentang penampilan dia.

tapi, yalah, menda ni bg saya cuma ada dua kemungkinan je:

pertama, nasyid merendahkan tahap mereka menjadi lagu ketuhanan dengan penampilan biasa,

atau kedua, penyanyi biasa menyanyikan lagu ketuhanan dengan penampilan so called nasyid.

mana yang kita lebih suka, mungkin tak berapa penting pada mereka yang lebih mementingkan sapa yang diorang nak tarik.

kalau pakai baju sempoi, diorang harapkan akan tarik org yang bukan nasyid untuk dgr lagu ketuhanan (atau lagu nasyid).

sama kan, macam alasan kenapa orang nasyid satu ketika dulu buat feat dgn kumpulan pop?

kalau mmg untuk menyebarkan kebenaran Islam kepada lebih ramai orang, termasuk yang jarang dgr nasyid, matlamat ini bagi saya tak melarang kita mengubah suai, atau improvise aspek2 nasyid: penampilan, gaya lagu, atau mungkin tulisan liriknya.

asalkan, ia tidak menjadi satu yang haram pula.

lagu nasyid pun, cthnya lagu so called "cinta kerana Allah" kalau didengar sampai yg perempuan berangan-angan mahukan lelaki yang siqah tahap gaban, dan yng lelaki mahukan perempuan manis yang bertudung labuh, dan angan-angan ini kemudiannnya melarat jadi fitnah, sama juga kesannya pada kita, dengan orang yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan, tapi tak menutup aurat, dan memburuk-burukkan nama dakwah islamiyyah dengan penampilan mereka sendiri.

Allahua'lam. Saya bercakap secara umum, tidak memfokus kepada mana-mana aspek dalam nasyid terlalu detail. Harap maaf kalau ramai yang penin, atau tak bersetuju dengan pendapat ini. assalamualaikum warahmatullah.

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Nasyid kini berhadapan dengan krisiskah sehinggakan Raihan dari 500 000 album menjadi 10 000 sahaja. Mira boleh kupas hal ini?

mira said...

erk.. ya ke abang zamri? saya tak ikuti lak perkembangan penjualan album...

Fatin Sakura said...
This comment has been removed by the author.
Fatin Sakura said...

bagi saya penasyid adalah seseorang yang menyampaikan watikah islamic kepada pendengar atau penonton..iaitu sama ada semasa menyanyi atau membuat persembahan..
mungkin pendapat sya berbeza dari org lain...
islam adalah agama yang indah...
indah bermaksud cantik ,halus, tulus,suci, sopan santun.dan.mcm2 lagi..
penasyid islam ialah org yang membawa atau menyuarakan seruan dan dakwah islamiah diiringi dengan irama dan melodi dan juga menampilkan identiti mereka berserta lirik lagu islam...
dan bertujuan supaya menghayati, memahami, skaligus mengingati Allah dan insaf sekaligus kembali ke jalan yang lurus iaitu siratal mustaqim ....
ada betulkah penulis?