Wednesday, April 08, 2009

pet society @ facebook

Abang dah ajar saya main permainan Flash di Facebook yang sangat comel. Saya tak pernah sukakan game berbentuk Role-Playing Game (RPG) sebelum ni. Tapi permainan ni sempoi, tak perlu fikir banyak dan tujuan utamanya ialah menghias rumah dengan secantik-cantiknya dengan wang yang kita kumpul sepanjang permainan.

Itulah Pet Society (PS)!

My Honey

(Saya sangat suka shopping untuk hias rumah. Ehem, saya main bila saya tak ada kerja daa~)

Selain tujuan menghias rumah, dalam usaha untuk dapatkan duit tu, banyak perkara yang perlu kita buat dan boleh diambil iktibar. Antaranya dah abang nyatakan di sini.

Dalam tu ada sebut kita digalakkan bertukar-tukar hadiah. Bukan apa, untuk menggembirakan orang. Kata DMFK, apa yang kita beri pada orang akan datang balik pada kita. Kita pun akan rasa bahagia.

Selain itu, beri hadiah adalah sebagai tujuan berderma. Tuhan akan melipatgandakan derma yang telah kita beri untuk dipulangkan kembali pada kita.

Dalam PS, setiap kali kita beri orang lain makan, kita akan dapat 2 syiling, dan 17 Paw Point. Jika kita beri hadiah, ikut berapa banyak hadiah yang kita beri, kita akan dapat award sebagai orang yang pemurah :D

Kawan-kawan dalam senarai Facebook saya masih ramai yang dah ada pet, jadi jiran-jiran pet saya dalam taman masih kurang.

Saya perlukan jiran untuk saya lawat dan dapat Paw Point untuk naik level dan tambah bilangan bilik! (Perabot, barang elektrik dan perkakasan lain pun saya masih tak mampu nak beli, nak tambah bilik konon)

Jadi, marilah kita sama-sama main Pet Society :D

7 comments:

EYA ZAMANI ZAITEE said...

best ni ..nk try lah hihihi

fami said...

memang sgt bes eya~
:)
jom2 kita berjiran sama2 dgn cikmira ni hehe

mira said...

kak siti, jom! ;)

Anuar Manshor said...

Bolehkah main di pejabat?

mira said...

bos dah bagi kebenaran. janji kerja siap :D

sakinah said...

welkam to PET SOCIETY! ahahahaha :D

Pika Pika terpaksa bercuti untuk masa yang lama sob sob

mira said...

pika pika, cuti lama sikit ek? bagi orang lain peluang nak dapat no 1 :p

p/s: jeles ah tengok rumah.