Monday, October 17, 2005


Bila yakin syaitan dirantai pada bulan Ramadhan, maka adalah yang tak tutup mulut bila menguap.

Contoh kecil ironi bulan Ramadhan. Ingatkan nak jadi lebih baik...

Bila syaitan dah tak ada ni, bolehlah berdua-duaan dengan bukan muhrim kan? Dah tak ada yang akan jadi pihak ketiga. Sesak-sesak kafe di mana-mana dengan pasangan-pasangan ini masa nak berbuka puasa.

Macam mana nak jawab tu?

Tapi, tak ada pula bila nak mula baca al-Qur'an orang tinggalkan ''A'u zubillahi minasyaitan nirrajim' sebab dah tak ada syaitan untuk direjam?

Mari kita belajar sesuatu daripada lagu ini:

Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
Bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dahaga mendidik jiwa
Menundukkan nafsu mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-NYA
Dikurnia bulan yang mulia
Beruntunglah bagi mereka
Yang mendapat keberkatan-NYA

Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir Ramadhan dikurniakan Lailatul Qadar
Malam yang terbaik diumpamakan seribu bulan

Solallahu ala Muhammad
Solallahu alaihi wassalam
Solallahu ala Muhammad
Solallahu alaihi wassalam
Solallahu ala Muhammad
Solallahu alaihi wassalam
Solallahu ala Muhammad
Ya Rasulullah


Kemuliaan Ramadhan
HME


# Sahabat di USM buat satu program '30 Hari Mencari Cinta'. Untuk memberitahu atau menyedarkan pelajar dengan perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam bulan berkat ini. Brilliant! Benar-benarlah yang 30 hari ini patut dikejar dan direbut dalam mendapat cinta-NYA.

1 comment:

ibn fadhli said...

masalah syaitan ada takde masa bulan ramadhan nie dah lama dibincangkan..

konklusinya, syaitan yg diikat adalah syaitan yg bebas.. tapi syaitan2 yg dah sebati dlm diri manusia.. atau kita leh panggil syaitan manusia.. diorg nie tak dpt dipisahkan..

so, tak mustahil la.. maksiat tetap berterusan..

allahu ta'ala a'lam