Sunday, August 26, 2007

rumpun 2007


Pinjam dari advertlets.com


Tiba-tiba, muka kami yang tak pernah glamor di mana-mana ni muncul dengan banner Advertlets di hadapan. Dahla muka tak glamor, blog pun tak pernah dikenali. Guna free hosting lagi. Kecuali abang Robot yang dah berjaya dengan bisnes internetnya. Kami tumpang bangga [supaya tak rasa segan sangat].

Sebenarnya, saya, abang dan along ada di mana ni?


Pinjam dari chot [boleh tengok semua gambar di sini]


Kami ke perhimpunan Rumpun 2007 untuk pemilik blog Melayu semalam. Bertempat di Pelita Nasi Kandar [tak tau kenapa nama diterbalikkan daripada nama asal di hadapan restoran: Nasi Kandar Pelita], majlis sepatutnya bermula pada jam 5 petang.

Kenapa lambat? Boleh baca coretan orang besar HappyFeet.. eh, HappyPeopleMedia, saudara Ismail.

Kami tak kenal dan tak pernah juga melawat blog mereka. Tapi aim saya ialah untuk buka lingkungan pengaruh pada yang tak dikenali juga, bukan setakat yang saya tahu sefikrah.

Orang luar ni macam-macam ragam ada. [orang luar merujuk pada mereka yang kita belum biasa, dan bukan juga yang pernah satu tempat belajar, bukan macam makhluk asing atau apa]. Saya terpanggil untuk membiasakan diri dengan orang yang saya tak biasa bermula dari sekarang.

Tentu, pertemuan asing kali kedua ini [selepas di maktab dulu] masih baru dan belum menghilangkan sepenuhnya rasa malu. Tapi sekurang-kurangnya saya ada usaha. Jika bukan sekarang, lambat laun kita semua akan terpaksa keluar dari kepompong dan menyertai masyarakat besar yang pelbagai ragam.

Dan, untuk kumpulan asing yang ini, saya boleh katakan ia sebagai belum asing sangat lagi. Sebab kami turut dikumpulkan atas satu minat dan kecenderungan yang sama; menulis dan komputer.

Tak apa. Semua bermula dari bawah. Belajar bertatih sebelum berlari. Kenal yang kecil sebelum serbu ke yang besar.

Terima kasih Advertlets sebab sponsor pertemuan di tempat yang grand ni. Mr CEO, Josh Lim, nice to see you. Lain kali, jika berkelapangan, jangan lupa untuk jemput kami lagi! ;)

Selamat berkenalan semua! [Istimewa untuk adik-adik MMU: Yus the novelis, Nazri the programmer n Hafreze the.. quiet :p ] :)

13 comments:

Qaiyum said...

Hehe.. Selamat Berblog. Sorila Tak Dapat Nak Kenal Cik Mira Nie. Ramai Sangat Tak Dan Nak Kenai Suma. Huhu..

WaWa said...

best nya dapat g rumpun. hoho. jeles la pula.

mira said...

selamat datang qaiyum. takpe, lain kali kita kenal, insyaallah :) wawa bolehlah join lain kali [eceh, macam organizer lak] :p

Robotys said...

Yohohoho.. saya masih belum "berjaya" dlm erti kata sejayanya! Yeah!

But really surprise to meet you there, tak baget langsung ader dak UIA join.. saya baru jer nak menyamar jadi Tenaga Buruh Mahir (baca: Pekerja) instead of Student.. huhuhu :)

ps: Sungguh senyap jer mira nih.. tersenyum simpul jer..

princesslavender3 said...

Tumpang lalu.. Best sgt dpt jumpa u all.. Hope lepas ni leh jumpa lagi ye..

chot said...

foto2 telah di update di flick aku http://www.flickr.com/photos/pseudo_hatred/

from me,
chot
http://www.flickr.com/photos/pseudo_hatred/

mira said...

abang robot, saya ni internet bergerak, tau je perkembangan kat net walau yang dalam berita tu tak tau [baca: tak amik tau] sangat :p jadi, jangan bajet dak uia ni tak tau pasal gath2 ni. orang yang dalam u nya aktif, kat luar akan aktif gak. hehe.. senyap ek? segan dengan abang. hebat sangat :p

princesslavender punya blog mana eh? cuba klik link, tak jumpa :)

chot, tq. nice pic. dah tau takyah susah-susah bawa kamera. mesti ramai backup :p

tq all!

Mr S said...

Selamat berkenalan semua di Rumpun07 walau pun tak dapat berkenalan dengan sepenuhnya kerana sesak tempat tu tapi kira ok laaa..... kalau free tu datang la melawat blog Hariz di mhariz.com tapi cerita Rumpun ni belum up lagi , buzzy laaa sikit . Hariz tu berdukung dengan ayah di sebelah kanan atas Josh Lim.

mira said...

oo.. mana boleh tak tau. hariz kan blogger paling muda di dunia? :) mekasih singgah abang! :)

azwanhadzree said...

maaf kerana tidak dapat berjumpa dengan semua gadis-gadis blogger di rumpun hari tu, saya ni pemalu dengan perempuan sebenarnya (ha.ha.. boleh caya ke?)

hafreze said...

adeh..saya budak pendiam ker?..hahaa

btw..thanks for the trackback..

saya ade buat competition skarang..kasi comment dan menang domain name yang berharga RM30!!..lebih info kat sini http://www.hafreze.com/2007/08/need-domain-name-competition.html

meh la kak..join skali..and dun forget to spread the words..ahakz

hafreze si budak pendiam

mira said...

abang azwan ada datang rumpun kan? i think i know u. the big bro in black t-shirt rite?

hafreze si budak pendiam. hehe. takdela.. memain je. akak tak tau lagi awak macam mana. mungkin boleh jumpa lagi pasni untuk lebih kenal :) nice competition. btw, wont u lose like.. A LOT? maaf, jahil sikit pasal hosting+domain ni :)

mixterr said...

salam perkenalan dr mixterr.. walaupon xkenal.. hehehe