Wednesday, January 21, 2009

di politeknik pd

Ada beberapa perkara yang saya perlu saya terima dan sesuaikan di sini.

Pertama, bos saya cuma seorang dan yang lain juruteknikal dikira sebagai bawah saya. Semua panggil saya 'cik'. Secara logik protokolnya memang begitu. Sebab saya bos mereka. Tetapi mereka lebih senior daripada saya. Dan ada yang (atau boleh dikatakan semua) senior dari segi umur juga.

Saya susah nak rasa kemesraan dan semangat berpasukan apabila dilayan begitu. Mungkinlah, ini baru hari kelima saya di sini. Dan saya pun ditempatkan dalam bilik, bukan bersama-sama mereka di luar saya (masih dalam ofis).

Saya boleh dikira sebagai freshie. Baru saja nak kenal hidup bekerjaya, walaupun sebelum ini pernah berkhidmat dalam syarikat swasta. Jadi, panggilan itu membuatkan saya rindu pada kawan-kawan seperjuangan yang pernah tempuh hidup belajar bersama saya.

Mujur saja ada seorang rakan sejawat yang sama-sama dari Putrajaya ditugaskan di sini juga. Ada juga yang saya boleh bersaya awak.

Kedua, saya masih tak percaya yang saya telah (atau akan) menjadi orang Nogoghi. Sebelum ini, kami sekeluarga (atau mungkin cuma saya) tak pernah pun sampai ke sini. Kalau ada pun cuma lalu saja, dalam perjalanan antara kampung mak di Segamat dengan kampung abah di Jengka.

Ketiga, alhamdulillah, impian saya untuk 'berumah' di tepi pantai jadi kenyataan. Saya pernah bermimpi tinggal di tepi pantai. Suasananya aman, tenang dan berangin. Walaupun kuarters yang saya duduki sekarang tak boleh nampak terus ke pantai, ia masih satu permulaan yang baik. Sebab boleh jalan kaki saja ke seberang jalan sana ;)

Looking forward to change the world!

4 comments:

Mentor_ulung said...

lalala...hihihi

mira said...

along~ ^_^

Fahmi Mahat said...

meski jauh, namun hakikatnya tiada yang lebih dekat dari yang ini. :)

EYA ZAMANI ZAITEE said...

mira , best kan makin jauh makin byk pgalaman n sejarah ...hehe take care k ..