Monday, January 12, 2009

hijrah

Entri ini telah ditulis semasa saya pertama kali hidup menyewa di Putrajaya. Sekarang saya telah mempunyai kehidupan baru, yang sangat lain daripada sekarang. Ada masa nanti saya ceritakan.

..........


Memang agak susah apabila kita keluar daripada keadaan yang selesa kepada yang kurang selesa daripada itu. Saya mengalami situasi itu untuk kesekian kalinya. Mungkin kali ini lebih mencabar, sebab tempat yang kurang selesa ini bukannya di asrama (memang masih ada tempat yang kurang selesa daripada asrama).

Saya berada pada kedudukan yang agak selesa apabila telah mula bekerja untuk kerajaan (seperti kata kebanyakan orang, yang saya sendiri masih belum nampak rasionalnya). Tetapi saya pertama kali hidup menyewa. Saya jadi kurang selesa sebab ini pertama kali, dan banyak perkara yang saya perlu belajar.

Saya sekarang berada di Presint 9 Putrajaya. Kata orang (kakak serumah), Putrajaya ni pelik sikit (selain daripada signage yang kurang betul dan sewanya yang... mak aih!). Sebab walaupun perumahan banyak, kemudahan dari segi kedai runcit dan restoran atau gerai hanya ada di sesetengah tempat. Ia menyukarkan orang seperti saya yang hanya berkenderaankan kaki ini. (Masih fikir mana nak cari makan pada hari tidak bekerja)

Ia berbeza dengan hidup di asrama apabila semua telah disediakan dalam satu kawasan. Tak perlu pun keluar dari kawasan hostel untuk mencari segala jenis keperluan. Tetapi ramai juga merungut harga barangan di hostel mahal. Lauk di cafe hostel tak sedap. Cubalah hidup di luar ini. Kalian akan rindukan hidup berasrama.

Walaupun ada sejumlah yuran yang perlu dibayar, ia tidaklah sebanyak jumlah perbelanjaan hidup sebagai seorang 'dewasa'. Kalian tak perlu fikir pasal duit sewa, bil air, api dan Astro yang kita tak guna pun.

Kalian tak perlu fikirkan kenderaan yang perlu dinaiki untuk ke tempat kerja yang jauh. Memang ada sesetengah kolej dan universiti yang tempat belajarnya jauh dari hostel, tetapi kenderaan bas disediakan, bukan? Mempunyai kenderaan sendiri itu satu kelebihan saja, bukan keperluan seperti sesetengah masa mereka yang bekerja ini.

Hidup menyewa tidaklah seselesa hidup di asrama. Apabila menyewa, kita boleh buat peraturan sendiri dan tidak tertakluk pada jadual belajar seperti di asrama sekolah dan peraturan disiplin seperti di asrama kolej dan universiti. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak kebebasan dan bergantung pada didikan disiplin yang sedia ada pada diri seseorang, kita dan teman serumah jadi 'tak sama'.

Kompromi itu penting dalam hidup bermasyarakat. Tapi mencari kompromi antara teman yang tinggal serumah itu agak sukar. Kita perlukan persekitaran yang selesa dan 'boleh bernafas' di tempat tinggal. Tetapi kita tak dapat itu dengan baju-baju yang bergantungan di jeriji tangga dan tingkap. (Kenapa tak simpan di almari masing-masing???!)

Tingkap jarang sangat dibuka. Roti yang berkulat hitam ada 2 bungkus di atas meja. Meja pula apabila dilap tinggalkan kesan hitam pada tisu (saya tak jumpa kain buruk). Apabila lantai disapu pula, penuh dengan rambut dan habuk apabila dikumpulkan. Cawan-cawan yang telah digunakan di atas meja di ruang tamu tak dibasuh selepas digunakan. Tak ke rasa lemas?

Mereka mungkin tak rasa. Sebab rumah ini hanya jadi tempat tidur (bilik mereka bersih seh! Beg-beg besar semua dilonggokkan di luar bilik). Pada hujung minggu mereka akan hilang entah ke mana. Tapi saya... saya bercadang untuk banyak di rumah untuk kerja-kerja selain daripada masa kerja formal. Jadi... adakah saya yang perlu lakukan semua kerja pembersihan?

Boleh, tapi saya tak perlu bayar sewalah. Sekali-sekala bolehlah. Jika dah banyak kali, siapa yang boleh sabar buat kerja percuma?

Barulah terbuka mata saya apabila sebelum ini saya hanya mendengar cakap-cakap orang tentang "Perempuan tu memang nampak cantik, tapi cubalah lihat dulu isi rumahnya jika betul nak kenal dia".

Adakah di rumah mereka sendiri pun mereka abaikan kebersihan seperti ini?

Hidup menyewa, serumah dengan mereka yang tak dikenali memang banyak halnya. Saya dah dengar pun daripada pengalaman kawan-kawan yang terlebih dahulu masuk ke alam orang bekerja dan menyewa ni. Masalah kongsi barang dapur dan makanan, masalah duit sewa, masalah ketidakserasian.

Semua manusia itu unik. Ada karekter yang tersendiri. Tak ada siapa yang dengan tepatnya bersalah, tak ada siapa dengan tepatnya benar. Yang penting ialah bagaimana untuk kita menyesuaikan diri dengan setiap orang, dalam setiap masyarakat, dalam setiap keadaan dan suasana baru yang kita masuk. Hijrah itu baru dan pembaharuan. Tapi hijrah itulah yang kita perlukan kita kita mahu jadi lebih maju. Maka, siapa yang berhati cekal dan tabahlah yang akan berjaya.

Perhatian! Ini adalah ulasan saya selepas hanya sehari dua berada di tempat baru. Ia mungkin berubah sejajar dengan masa nanti. Cuma, apabila dalam proses mencari sahabat atau sekurang-kurangnya kenalan baru, saya memang agak kesunyian. Jadi, ini juga boleh jadi sebagai sejenis luahan hati :p

3 comments:

Anonymous said...

bersabarlah. nanti dah settle down tempat kerja, cuba tengok2 rumah lain pula kalau mmg tak ngan dengan housemate tu :)

selamat semuanya ya!

Pakdi
http://pakdi.net

Nakael Sidek Karim said...

erm...putrajaya mmg agak payah skit mira, esp kalau takda transport...mcm sy..memang plan dari dulu nak stay kat area2 yg byk facilities.. thank to your email jugak now im in wangsa maju.. :-) facilities keliling...and tak jauh gak ke opis..even jam tetiap hari..sabar yek..ujian Allah je tu..

mira said...

terima kasih pakdi dan sidek. tapi tuhan sangat sayangkan saya, saya ada kehidupan baru yang serba indah. bacalah entri terkini :)