Wednesday, July 07, 2004

derma darah

Tak sempat nak masukkan entri ini semalam. Hari ni lapang sikit.

Sepatutnya, seawal Isnin lepas aku merancang nak menderma darah. Tapi ada pula yang bising. Puasa² pun nak derma. Tak sihat satu hal. Aku iakan saja. Malas nak bertelagah panjang². Bukannya tak larat. Dah tau, kalau dengan minah ni tak akan boleh menang punya.

Isi borang. Soalan pertama dah buat aku berfikir. Padahal bukanlah sesusah soalan matematik tambahan.

Adakah anda sihat hari ini?

Sihat ke? Batuk selsema dikira sihat? Tangan tergerak menanda kotak ya. Bohong sunat :) Supaya tak menyusahkan diri dengan peluru pertanyaan doktor nanti. Aku nak buat kerja amal saja. Aku tahu sakit setakat itu tak mampu menjatuhkan aku. Aku kan kuat :)

Eh, ada lagi soalan yang selama ini aku abai²kan semasa menanda.

Adakah anda mengalami penyakit² berikut seminggu yang lepas?
batuk/selsema/migrain


Alamak, tak sedap pula menipu banyak² kali ni. Lagipun batuk selsema aku memang dah menjengah satu minggu. Okeylah, tidak.

Ujian jenis darah, lepas. Doktor tanya, sakit apa minggu lepas? Batuk berkahak tak? Kahak warna apa? Ada ambil sebarang ubat? Panadol pun tak ambil? Hari ni sihat ya? Dah makan? Ni yang malas nak jujur sangat ni... Tapi, mujur juga tak makan sebarang ubat untuk batuk selsema aku. Kalau tak, lagi banyak soalannya.

Ujian tekanan darah... La, kenapa tekanan darah rendah pula ni? Aku jadi bengang. Tak pernah² terkantoi semasa check-up. Dalam hati, janganlah benda sekecil ini menghalang semangat aku...

Doktor minta aku berjalan aktif selama 10 minit. Kemudian datang sekali lagi untuk pemeriksaan semula. Berjalan? Ke mana? Masa tu sudah jam 12.00 tengah hari. Ada kelas pula pada jam 1 petang. Sempat tak ni? Sempat tak ni?

Dengan fokus minda memikirkan kemungkinan tiada rezeki aku menderma untuk hari itu, kaki melangkah laju ke Econs cafe. Duduk di situ, melantak kek coklat yang baru dibeli di bazaar i-mec. Mengada²nya tekanan darah hari ini...! Getus sendiri.

Tak sampai sepuluh minit, aku kembali menghadap doktor. Jantung berdebar. Lepaslah, lepaslah...

"Okeylah, saya lepaskan awak."

Bunyinya macam aku dilepaskan sekadar simpati melihatkan semangat aku yang sangat marak. Tapi, bolehkah doktor buat begitu? Ah, jangan tanya lebih², doktor dah beri pelepasan tu! Senyum.

Saat berbaring di kerusi yang disediakan, aku berteka-teki lagi. Lancar tak kali ni? Penuh tak untuk beg 450ml? Untuk pendermaan sebelum ini, aku kerap menghadapi masalah. Bukan, aku tiada sebarang kekurangan yang boleh diatasi sendiri. Tapi, urat tangan aku kecil. Dan kedudukannya di sisi lengan. Kurang praktikal untuk kelancaran darah. Pernah sekali, kedua² belah tangan bertebuk untuk memenuhi keperluan itu. Dan pada satu ketika yang lain pula, aku pernah cuma menderma 250ml kerana darah tak mahu keluar lagi...

Bukan salah aku, kan? Lepas ni nak kena ke jim selalu nampaknya :)

Alamak, gatal pula tekak ni. Tahanlah dulu. Jangan batuk sekarang...!

Bila misi bertugas ingin menjalankan tugasnya menyudahkan proses pendermaan, aku jadi hairan. Tak sampai sepuluh minit. Eh, sekejapnya?

Kak, cukup tak? Soalan pertama aku. Risau jika proses terpaksa diulang di tangan kanan pula. Dia cuma mengangguk, masam. Huh, tak ceria langsung! Bukannya tak dibayar gaji!

Tapi, aku langsung tak sangka. Sekejap, dan penuh! Gembiranya! :D

Kenapa ya? Misi yang cucuk jarum itu yang sudah profesional mencari kekedudukan urat dengan tepat tak? Entahlah...

Dan jam 1, aku ke kelas Methods of Da'wah seperti biasa. Seperti tiada perkara besar yang berlaku. Tapi, langsung sungguh menggembirakan hari aku selepas itu! Seronok!

Hari menderma darah di UIA Gombak dibuka sehingga Jumaat ini. Ada sesiapa yang tergerak? :)

No comments: