Monday, July 05, 2004

Laporan hujung minggu...

Jumaat malam...

Aku sertai rakan² ICT aku duduk semeja dengan mereka dalam makan malam upacara penutup I-Fest. Paksa rela. Paksa sebab aku tak terdetik langsung nak sertai sesuatu yang aku tak pernah ambil kisah kewujudannya. Rela sebab nilai tiket berharga RM10 disponsor sepenuhnya oleh sahabat baik aku, Amy. [Sajeje jual mahal, padahal kipas-susah-mati nasyid nih :P ]

Semeja dengan Reha, Najib, Ana, Amy, Ima, Huda, Fade, dan Faheem, masing² berpakaian lain daripada hari² biasa. Aku sendiri berjubah seluar biru kundang jahitan tangan emak bertudung bercorak warna serona [mana pernah berjubah seluar sebelum ini].

Kami disaji dengan persembahan² daripada Tan Sri Dato' SM Salim, Aikido, Silat Gayung, dan In-Team. Perjalanan majlis tak terasa meriahnya walau sememangnya sangat grand [sebab makan hanya pada jam 9.30 malam agaknya -- lapar...]. Nasi yang menjadi sajian memang best! Berbaloilah.

* * *


Sabtu petang...

Ke Damai, tapak aktiviti rock-climbing yang biasa dikunjungi oleh mereka yang menjemput aku pada hari itu [boleh dibaca: memaksa...lagi -- guraulah].

Tak boleh jadi! Tak boleh jadi! Segan aku ni memuncak² pula pada hari itu. Tak bergerak langsung kaki untuk memenuhi keinginan hati untuk turut memanjat. Kata orang, mahu tapi malu :) Jadi, tak beraktiviti aktiflah aku pada hari itu. Sekadar menjamu mata menyaksikan 'keindahan' gua yang 'dijelajah'...

Takpe, takpe, nanti bila kaum wanita sudah menguasai rentak, aku sertai ya? :)

* * *


Ahad tengah hari...

Aku, Janna, Jannah, Yonn, Kak Salwa, Kak Shi, dan Kak Ayu sekumpulan berbaju sopan menjelajah kota lumpur menentang segala jenis pandangan hairan manusia moden, terus ke PWTC.

Kami ke sana memenuhi jemputan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Pusat pada tahun itu. Dijemput sebagai pembantu atau komiti. Datang sebagai pemerhati. Eh, mana Abang Mat?

Abang Nazri manjadi bidan terjun sebagai pengerusi majlis untuk majlis besar itu. Hanya lebih kurang 30 minit sebelum majlis bermula, Abang Nazri diberi draf ringkas mengisi poin² yang patut diselit dalam aturcara. Selebihnya hanya mengikut kemahiran sendiri. Mahu tidak mahu, bantuan telah diterima. Jatuhlah kredibiliti sebagai pelajar jurusan undang² jika tugas seperti itu awal² ditolak, kan? :)

Tabik spring untuk Abang Nazri kerana berjaya mencuri tumpuan dan kagum orang² besar [Dato' Mukhriz Mahathir pun ada] dalam usia hanya setahun lebih tua daripada aku. Yonn dan Jannah pula mensohorkan diri menjadi pencatat minit mesyuarat, sepanjang masa mensyuarat berlangsung berkedudukan di hadapan pentas.

Kami selebihnya, menjadi penyambut² tetamu, menjaga bahagian pendaftaran.

Sekali lagi, aku disaji percuma. Walau hanya mi goreng mamak kata Abang Zain, taraf PWTC, mahal tu! Hidangan pencuci mulutnya juga tidak kurang menarik dan enak.

* * *


Lepas ini apa ya?

No comments: