Friday, December 31, 2004

Bencana alam peringatan manusia tingkat keimanan



GEMA bumi di dasar laut yang menyebabkan ‘ombak jahat’ atau lebih dikenali tsunami melanda beberapa negara Asia, awal minggu ini. Berpuluh ribu orang terkorban dan jumlah ini akan terus bertambah, sebab masih ada puluhan ribu lagi mangsa dikatakan hilang.

Dunia terpegun, terperanjat dan seakan-akan tidak percaya.

Ahli sains dan pakar geologi mula berkomentar. Mereka mengungkapkan pelbagai teori yang menjadi punca gempa besar di dasar laut yang kekuatannya jauh melebihi letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Mereka berkata bahawa tsunami terjadi akibat pergeseran kerak bumi di dasar laut yang membuat getaran hebat dan kemudian disusuli dengan ombak maha dahsyat berkelajuan melebihi 800 kilometer sejam.

Sebelum bencana itu, tidak ada seorang pun saintis dan geologis yang berbicara mengenai tsunami. Jika ada pun, alasan yang selalu didengar adalah kedatangan bencana ini jarang sekali dan tidak dapat dikesan. Kalau pun dapat dikesan, majoriti negara yang ditimpa bencana tidak memiliki alat pengukur ombak yang akan memberikan amaran awal jika terjadi perubahan drastik di laut. Tetapi, komentar kini tidak lagi akan mengurangi jumlah korban.

Pada akhirnya, manusia mesti akur dan menginsafi bahawa kekuatan akal, fikiran dan usaha manusia sangat terbatas berbanding kebesaran dan kekuasaan Allah. Bencana alam ini menyedarkan bahawa manusia sebenarnya tidak dapat menolak kehendak dan takdir-Nya.

Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alat untuk merenung dan berfikir apa yang telah dilakukan manusia. Sebab segala sesuatu yang berlaku di alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah tersembunyi yang berfungsi sebagai pengajaran untuk manusia.

Adakalanya bencana alam itu berlaku akibat proses semula jadi alam, sama ada pergeseran yang bertujuan memperkukuhkan struktur bumi atau gejala alam biasa seperti letupan gunung berapi.

Namun, ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanah runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong pokok kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaan alam sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam.

Hal itu dengan tegas disebut Allah dalam al-Quran. Firman-Nya bermaksud: “Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri." (Surah al-Rum, ayat 41)

Ada pula bencana alam sebagai peringatan terhadap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Yunus. Nabi Allah itu mengajak ummatnya menganut agama tauhid dan menegah mereka daripada berbuat syirik dan kebinasaan. Tetapi, kaumnya enggan dan menolak dakwah itu. Maka, serta merta datanglah gempa bumi yang dahsyat membinasakan harta benda, tanaman dan ternakan. Gempa besar itu menyedarkan mereka daripada kekhilafannya. Akhirnya umat Nabi Yunus kembali ke ajaran agama tauhid yang sebenar.

Ertinya, bagi orang mukmin bencana alam dan musibah itu sebenarnya adalah teguran daripada Allah terhadap kesalahan dan tingkah laku manusia yang sudah terlalu jauh menyimpang dan meninggalkan ajaran sebenarnya. Musibah ini memperingatkan kita untuk kembali ke pangkal jalan meninggalkan kemaksiatan dan dosa, kembali kepada kebenaran.

Namun, ada kalanya musibah dan bencana itu berupa azab yang ditimpakan Allah kepada kaum kafir, zalim dan melampau batas, bukan kerana gejala semula jadi alam atau akibat tangan manusia.

Peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh adalah salah satu contohnya. Pada masa itu, hutan belum lagi ditebang secara meluas, industri belum lagi ada, kesan rumah kaca pun belum lagi wujud. Tetapi, Allah menurunkan banjir dan memusnahkan kaum itu dari bumi ini. Hal ini berlaku kerana kekafiran dan penderhakaan yang mereka lakukan terhadap Maha Kuasa.

Begitu juga peristiwa pada zaman Nabi Luth, dalam bentuk gempa bumi yang sangat besar yang meranapkan semua bangunan tempat tinggal dan membinasakan semua penduduk negeri itu. Padahal, pada masa Nabi Luth alam itu masih lagi lestari, belum ada kerosakan akibat tangan manusia. Tetapi, Allah mendatangkan azab bagi menghukum kejahatan dan sikap melampau batas yang mereka lakukan dan sikap sombong serta kafir terhadap perintah Allah dan rasul-Nya.

Oleh itu, tsunami yang melanda beberapa negara seharusnya menjadi iktibar bagi kita semua. Musibah ini juga seharusnya membuat kita bertanya apakah bencana alam ini hanyalah satu proses atau gejala alam biasa? Atau ia akibat kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia hingga membuat bumi tidak lagi stabil dan berjalan menurut hukum alam yang semestinya? Atau ini adalah peringatan Tuhan terhadap kesalahan dan dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak? Atau ia adalah azab Tuhan yang ditimpakan akibat kekafiran dan kezaliman yang dilakukan oleh orang tertentu yang akibatnya juga dirasakan oleh orang beriman dan tidak bersalah?

Jika tsunami adalah gejala alam biasa, maka sebagai orang yang beriman kita hanya dapat mengucapkan Subhanallah di atas kekuasaan Tuhan yang diperlihatkan-Nya melalui fenomena alam yang demikian dahsyatnya.

Apabila kejadian itu berpunca daripada kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia, maka penyebab itu mestilah ditemukan bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Namun, jika bencana ini adalah peringatan kepada manusia, maka sewajarnya kita merenung dan bercermin diri untuk mengingat kesilapan yang dilakukan, seraya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, Tuhan pemilik alam ini.

Salah satu jalan terbaik untuk menolak bala dan bencana serta memudahkan datangnya kasih sayang Tuhan adalah dengan mengukuhkan iman dan takwa. Hal ini dengan tegas Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan kepada mereka keberkatan kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat kami, maka kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri " (Surah al-A'raf, ayat 96)

Oleh Saidul Amin Usman
Berita Harian, Jumaat, 31 Disember 2004.

pejabat baru HME

Hijjaz Music Entertaiment S/B.
18-2, Jalan PJU 8/5E
Perdana Business Centre
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor.
Tel: 03-77271263

Thursday, December 30, 2004

tempelan

Sekitar 2 minggu sepi tanpa berita ni, minda aku berlegar² kembara alam. Macam² teori [tambah motivasi]. Dalam kata lain, aku tak mampu nak menzahirkan kesemuanya dalam bentuk penulisan walaupun ada antaranya yang tak pernah terfikirkan sebelum ini. Satu kerugian. Membuat aku membina satu tekad. Akan peroleh komputer dalam semester ini.

Tapi, tekad ini cuma anganan yang mungkin atau tidak akan jadi impian. Kerana sumber kewangannya cuma di rumah. Bantuan kewangan FAMA :) Dan aku, kalau perlu, duit PTPTN itulah yang menjadi komplimen.

Kerana impian yang satu itu ada tetap wujud dan hidup. Tumbuh membesar bersama. Seperti kata abang Fauzul, editor PTS dalam mesejnya:

"Insya Allah! Teruskan minat tu. Biarlah ia menjadi cita2 yg dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan berkualiti di masa hadapan"

Dan blog ini sedaya upaya aku jengok saban hari walaupun kesempatan menambah entri itu tak pasti ada. [oh, banyak sudut mengganggu menggugat :) ]. Terima kasih untuk mereka yang sedia singgah, menanti entri baru.

Jadi bila² masa senang, aku pastinya akan terus menyumbang ilmu dan maklumat meski bukan dalam bentuk fakta [sudah tentunya cuma yang nyata]. Kerana aku terlu tokok bacaan, tambah input, hasilkan output berkualiti.

Along, pinjamkan saya apa² yang berguna untuk dipinjamkan ya? p/s: Sedaya upaya penuhi hasrat ALONG! ;)

kisah renungan

Seorang wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Sang guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti- gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak
sedar."


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkananda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain,sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaranIslam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang- terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...

mesej emel

Perspektif Ikim: Muhasabah diri sambut tahun baru lebih digalak

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.

Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.

Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.

Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.

Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al-Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).

Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka. Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.

Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini.

Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.

Tahun Masihi dikira menurut ‘peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia.

Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.

Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.

Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.

Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.

Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): ‘Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: ‘Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”

Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.

Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi.

Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah. Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.

Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.

Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.

Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit.

Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.

Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.

Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.

Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.

Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang. Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.

Zamri Zainal Abidin
Berita Harian, Khamis, 30 Disember 2004.

Tuesday, December 21, 2004

gambar lagi



...taulan transacco [transportation & accomodation] iipac [intervarsity islamic performing arts competition] pula...

tapi bukan semua. ramai lagi [esp brothers] yang katanya keletihan sebab kena melayan participants di smk sungai pusu tu. kasi can pada kami saja untuk bergambar [boleh baca: mencapub]. trimas! sebab tak meruntuhkan tangga stage :)

iipac... menjadi salah satu daripada rentetan acara yang menjadi saksi kewujudan amira hariyati. tambah bina keyakinan.

terima kasih, iipac memang best!

Thursday, December 16, 2004

innalillah wa inna ilaihi rajiun...



"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang membaca apa yg aku tulis nih.... Aku kenal minah yg bernama amira nie..kat mrsm kuantan...dier ni kat dlm kelas sangat2 la senyap...tak tau la kenapa...dier ni mmg pemalu agak nyer...jarang aku dgr suara dier dlm kelas...nak menjerit apatah lagi...tapi aku tgk muka ngan gaya dier pun aku dah agak dier nie mmg baik,sopan santun,pendiam,baik hati...aper lagi aaa nak puji dier nie...takde idea la plak...tapi mmg betul aper yg aku tulis nie...aku 2 tahun sekelas ngan dier...masa sekolah dulu...jarang gak aku tegur dier nie...tapi bila dah abis sekolah...dier rajin antar email kat aku...aku rasa cam dah lama rapat la plak ngan dier nie... ok lah.... lain kali aku tulis lagi la... ko jgn marah plak kat aku mira... aku tulis nie sumer nyer betul...takde tipu2 nyer... ok lah...bye... Assalamualaikum...."


Firdaus Ali @ Alang @ Prono dalam kenangan.


Presiden kelas saya, C1 (2000/2001) MRSM Kuantan telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, Khamis, 16 Disember 2004 setelah 4 hari koma di Hospital Kangar. Arwah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Isnin lepas bersama 4 rakan² yang lain mengorbankan 1 nyawa. Arwah patah tulang belakang.

Al-Fatihah...

Sungguh, ajal ada di mana². Dan kali ini, menemui sahabat seperjuangan di maktab yang sama usia... yang terasa amat rapat...

Sayang, seribu kali sayang. Kesal kerana tak sempat langsung menemuinya sebaik tamat SPM...

Dan satu lagi keraguan. Sahabat sekolah rendah saya, Khairi Lutfi rakan baik arwah. Kebetulan sejak Isnin lepas hingga sekarang saya tak dapat menghubunginya... Mati ikhtiar... Bimbang dia turut terlibat...

Ya ALLAH...

Tuesday, December 14, 2004

bicara hati


...Taulan TaarufWeek...

* * *


Betapa sesungguhnya sedaya upaya aku mengelak mengisahkan perihal hati yang entah bila kan ketemu penawar dukanya, entah di mana akan kutemu selimut tenangnya.

Ahh, sungguh aku tak upaya berpura-pura. Menitipkan bahagia kala sengsara.

Dan sengsara itu, tenggelam timbul. Timbul bila aku bersendiri, tenggelam kala aku alpa akan duniawi, ketika aku tidak menjadi diri sendiri. Tapi, selalunya, ya, aku tetap aku.

Berkat pertolongan dan ingatan sahabat², aku gagahkan langkah mencari fitrah. Fitrah itu... punya perasaan dan nafsu... lahir bersamanya keimanan. Pembeza muslim dan bukan. Sudah tentu ingatan itu akan cuba kupahat untuk kekal menjadi motivasi terulung diri.

Namun, aku cuma insan.

Bilamana rakan² seolah² membelakangkan, bilamana teman² umpama melarikan, aku bersendiri. Rasa lumpuh. Rasa rapuh.

Heh, tiada siapa yang akan ambil kisah kan?

Ya lah, kalian juga punya masalah sendiri, aku sedia maklum itu.

Aku intai bahagia. Aku selak, aku korek. Banyak juga acara universiti yang aku sertai. Semata² mencari bahagia itu. Ya, sememangnya bahagia patut di hati. Tapi sumbernya... mana?

Hikmah, hikmah, hikmah...

Benar, ku temui 'sakit' sebelum 'sihat' supaya nantinya, bila suatu hari aku benar² perolehinya, aku akan tahu bersyukur...

# Seorang kaunselor, motivator atau psikologis tetap mendambakan perhatian dan ingatan orang² di sekeliling... kerana mereka tetap manusia... dan tiada manusia yang tidak ingin dihargai...



tales of a clever woman

Story 1:

A woman was out golfing one day when she hit her ball into the woods. She went into the woods to look for it and found a frog in a trap. The frog said to her, "If you release me from this trap, Iwill grant you three wishes." The woman freed the frog and then the frog said, "Thank you, but I failed to mention that there was a condition to your wishes. Whatever you wish for, your husband will get ten times more or better!" The woman said, "That would be okay."

For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world. The frog warned her, "You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis, that women will flock to. "The woman replied, "That will be okay because I will be the most beautiful woman and he will only have eyes for me." So, KAZAM-- she's the most beautiful woman in the world. For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world. The frog said, "That will make your husband the richest man in the world, and he will be ten times richer than you." The woman said, "That will be okay because what's mine is his and what's his is mine." So, KAZAM--she's the richest woman in the world! The frog then inquired about her third wish and she answered, "I'd like a mild heart attack. Don't mess with clever women.


Story 2:

There was a man who had worked all of his life and had saved all of his money. He was a real miser when it came to his money. He loved money more than just about anything, and just before he died, he said to his wife, "Now listen, when I die, I want you to take all my money and place it in the casket with me. I wanna take my money to the afterlife." So he got his wife to promise him with all her heart that when he died, she would put all the money in the casket with him.

Well, one day he died. He was stretched out in the casket, the wife was sitting there in black next to her closest friend. When they finished the ceremony, just before the undertakers got ready to close the casket, the wife said "Wait just a minute!" She had a shoe box with her, she came over with the box and placed it in the casket. Then the undertakers locked the casket down and rolled it away.

Her friend said, "I hope you weren't crazy enough to put all that money in the casket." She said, "Yes, I promised. I'm a good Christian, I can't lie. I promised him that I was going to put that money in that casket with him."

You mean to tell me you put every cent of his money in the casket with him?" "I sure did," said the wife. "I got it all together, put it into my account and I wrote him a cheque."

Monday, December 06, 2004

gathering best!

tarikh: 4 disember 2004
masa: 11 pagi
tempat: klcc


first of all, thanks to you guys who have been fully supportive in making this reunion a reality. terharu sangat. saya tak buat apa² kan? setakat kumpulkan semua ahli, rasanya tak payah [tak susah] kalau telefon ada kredit :p kepada sesiapa yang rasa tertinggal keseronokannya [missed the excitement], bakiss, sida, nisa' and all brothers beside ad and afiq, please keep in touch with anyone of us [if possible, all of us] because we may set up another C1 activity around the corner. the venue such... genting? how's that sound? ;)

zizie, nak gambar!

Wednesday, December 01, 2004

yang tersayang...


mak kata muka kami saya, fitri dan fahmi tak macam adik-beradik pun. korang rasa?



generasi kedua adik² saya, amir, ayuni, aliah.



ayuni dengan adik kesayangan, aliah.



si comel aliah.



macam adik-beradik. padahal fitri dengan pamannya, paman kasah.

gambar² hari keluarga


ni la keluarga sebelah mak. eh, ramai lagi tak datang tau!


famili besar

i'm back!

selamat kembali meneruskan perjuangan yang belum selesai kita di semester baru, semester 2 2004/2005.

aku teringin nak tulis panjang, tapi peluang untuk menggunakan masa malam di bilik ketika sedang santai bertentang mata dengan monitor komputer direntap kejam [pergh, dah lama tak bersastera jadi semacam pula :p]. takdela, aku dah tukar bilik, dah tak sama dengan kak miza, dan komputer yang aku guna dulu kak miza punya...

cari port, cari port!

alhamdulillah, cuti dah tamat, kelas dah bermula [pulak, bukan aku suka cuti ke?]

hehe... cuti kali ni tak berapa macam cuti pun kalau bukan kerana ada raya. sibuk memanjang. balik rumah lambat, balik semula ke uia cepat. fuh, pengalaman, pengalaman...

tapi aku seronok, tak tension. betul kata abang ali. bersama teman² di kampus bersama tekanan memanjang lebih bermakna daripada berada di rumah goyang kaki di hadapan televisyen 24 jam [bersama siaran 24 jam TV3].

sebab apa? aku dapat kenal ramai kawan² baru, walaupun dah lama belajar di universiti yang sama [tapi aku baru sekejap laa...]. dan memang kebanyakan daripada komiti taaruf memang kenalan baru walaupun ada seorang dua yang telah kenal tapi hanya rapat semasa program.

antaranya haizan [saing ansara], abang ali dan abang robot [senior gcc], azizah [saing gcc], abang shuk dan johna [member member], abang moha dan abang hamdi [senior ict]...

dan aku? survive walaupun sorang²... ;) letih juga ringankan mulut... + ringan tangan la. well, prep n tech kan? bak kata abang ali, wanita² prep n tech gagah perkasa. semua kami angkut. calar + lebam sana-sini.

walau macam mana pun, minta ampun pada abang syakir, headcomm kami. kami ni semua orang baru [tapi percaya tak aku pun ada junior, yang lahir 1985?! -- peh, baru berangan nak jadi adik...], belum berpengalaman dalam taaruf mahupun aktiviti² universiti yang lain [akulah...], masih jahil nak bergerak tanpa disuruh diarah, abang penat sikitla...

kepada kak faizah, kak wan, kak su [chaiyo' kejar abang su ;p], ref, kak ad, nad [semoga berbahagia bersama abang robot], aina, dhany, abang safwan, abang toriq, abang dayne... terima kasih sebab mengalu-alukan saya dalam prep n tech dan tak buat saya rasa bersendiri dan keseorangan saja. harapnya dapat jumpa lagi untuk taaruf² akan datang [member² dari matrik masih ada...].

tapi, itulah, bimbang juga, sebab musim² raya seperti ini saja stad ambil orang² baru menjadi komiti kerana ketandusan orang lama yang memohon. harapnya saya dan kita akan ada peluang lagi nanti.

apa²pun, sms kan ada, kan dhany? ;)

www.taarufweek.tk

iipac, here i come! :) [oho, sebab tu saja tak ambil banyak subjek sem ni :) ]

wanita dunia menjadi ketua bidadari syurga

Bila di katakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.

Kaum perempuan di beri kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi seorang yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.

Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga. Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.

Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki yang beruntung mula di hantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat. Akan berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong, kami juga hidup dan tidak pemah mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, "Engkau adalah kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu."

Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.

Apabila seorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersebut tersinggung atau marah maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami dengan berkata: "Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan menyebabkan kepada kemarahan Allah ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara sahaja sebab di akhirat nanti yang menjadi suami kami pula". Di syurga nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing akan menghadapi tempoh perkahwinan dan perkelaminan yang paling nikmat dan lazat.

Perkelaminan mereka tidak akan pernah di gugat oleh perasaan resah dan tenaga yang melemahkan, tanpa di hambat oleh perasaan bimbang kerana mungkin akan memperolehi anak yang ramai lantaran mereka tidak akan beranak lagi di syurga nanti. Kemewahan, kebahagiaan dan kesejahterasan para penghuni syurga menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi. lnilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di redhai oleh Allah. Dan syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampaui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.

DI PETIK DARI KISAH-KISAH WANITA & LELAKI DARI AL QURAN & HADIS