Haha, baru nak rasa bangga dengan Bani Ithnain [nama arwah buyut ni banyak versi; Ithnain, Isnain, Isnin, Senin].
Ada insiden waktu raya hari tu. Masa Embah Kampang datang beraya rumah embah, semua orang sibuk-sibuk keluarkan kamera digital masing-masing. Paman Halim lebih-lebih lagi. Siap minta saya tolong ambil juga. Tapi saya tak keluar. Segan seh!
Dalam masa mereka bertandang tu, mak ajak keluar. Katanya embah usu nak jumpa. Nak kenal. Dia jumpa laman web saya. Tapi tak pasti yang mana [macamlah saya ni banyak benar laman web!]. Jual mahal.
Bukan, sebetulnya, jadi segan. Tiba-tiba jadi tumpuan semua. Dan dinanti-nanti oleh orang besar Malaysia.
Last-last, mereka sekeluarga nak balik baru saya berani tunjuk muka [sebelum tu menyorok di dapur]. Tu pun sebab mak dah tarik. Huhu, malunya!
"Atuk! Ni la cucunya tuk.." kata mak perkenalkan. Mak tumpang bangga anak ke? Hehe..
Salam. "I saw your website. About kampung." kata Embah Kampang.
Huh?! Kampung? Bila lak aku buat website pasal kampung? Sama ada laman web personal saya yang dibuat di matrik atau first sem di main camp, yang saya sendiri pun dah lama tak buka ATAU confuse dengan laman web Paman Jit. Mungkin kebetulan ada nama saya.
Saya nak tulis apa pasal kampung? Tak banyak pun yang tahu :p
Apa-apapun, gembira dapat dikenal oleh orang besar ini. Ahli keluarga sendiri. Datuk saudara pula tu. Paman mak. Moga Bani Ithnain akan terus maju.
Lepas ni akan ada Family Day Bani Ithnain yang kedua. Tak pasti bila. Harapnya, saya dapat tambah glamerkan diri dulu sebelum hari tu nanti. Then, buat kemunculan gempak. Ini dia, Amira Hariyati, anak Melati binti Ahmad Ghazali bin Ithnain! Hehe~
# Err, embah ada baca tak ni? Kalau ada, assalamualaikum embah! Hehe.. :p
6 comments:
dah jadi personal betul blog mira ni ya
? :)
tahniah juga untuk penyampaian tentang kebanggaan keluarga tu :)
emm..mira, leh tau embah tu mksud ape ye? skdr gelaran ye?
embah = datuk/nenek :)
bunyi macam riak dgn keturunan jer...
bangga.riak.
sedang Tuhan sndiri tak suka pd org yg berbangga dgn keturunannya.
hmm..terlalu pedas komen yg diberikan oleh anonymous??..elokkah prasangka yg ditunjukkan oleh anonymous??..hormatila apa yang dikatakan oleh penulis..kalau sampai penulisan mengenai keluarga pun hendak dikomen..itu kurang ajar namanya!!!
:)
Post a Comment