Tuesday, November 15, 2005

mencari fitri [fitrah diri :) ]

Kenapa sampai sekarang saya masih tak pasti apa yang saya ingin dalam hidup? Persoalan terbesar yang selalu berlegar-legar dalam ruangan minda.

Terasa seperti nak cuba semua benda, nak tahu semua bidang, sampaikan rambang jadinya [teringat siri THE PRETENDER, he is a genius! Benar-benar kagum bila dia dapat jadi sesiapa yang dia nak]. Akhirnya terasa masih lagi kosong, sebab dalam banyak-banyak saya masih tak kuasai walau satu...

Tamak le tu... :)

Cuba nak fokus, tapi masih dalam penilaian. Saya ni nak yang macam mana sebenarnya? Nak apa? Kalaupun nak fokus dalam bidang saya sekarang, masih terlalu luas. Mana satu? Programming? Networking? Atau Multimedia? Heh, minat sendiri pun tak tahu.

Nanti abang Moha kata, "Takkan budak CS nak buat Multimedia?"

Lepas tu akan ada suara yang lebih optimis, "Hentamlah apa saja, asalkan berkait komputer." Tu lah suara abang Hamdi :) Saya ingat, sebab sama dengan kata mak. Cuma dari sudut pandangan berbeza, dari seorang yang fasih dengan yang tak fasih pasal komputer :)

Risaunya memuncak bila kami cuma terdedah dengan pengajaran secara teori saja. Pratikalnya, langsung terabai. Macam mana nak buat praktikal nanti? Aduh...

Subjek yang ada praktikal pun, setakat satu sem, lepas tu lupalah. Memang kena selalu gilap, tapi selalu lupa, sebab tak pasti pentingnya di mana-mana. Apa sebenarnya yang penting...?

Dalam jurusan ini, dan juga dalam hidup ini...

Kata pujangga: Jack of all trade is master of none.

Ehehe, tak akan cukup bila hanya tahu tapi tak kuasai sekurang-kurangnya satu. Sendiri akan rasa tak puas. Masih ada yang hilang. Rasa kekosongan itu.

Along kata target saya tinggi sangat, sampai terlepas pandang apa yang sedia ada. Tapi apa yang saya ada?

Fahmi kata saya terlalu merendah diri. Bukan sengaja, tapi memang terasa macam tu, diri kecil di kelompok manusia, tak kiralah siapa mereka. Sebab setiap daripada mereka dapat dilihat keistimewaan masing-masing, trademark untuk dikenali. A pandai ini, B mahir itu. Saya?

Bila fikir semula, bidang apa jadi pilihan tak penting, sebab tak semestinya kita hanya boleh kuasai satu bidang saja, kan? Lihat saja tokoh-tokoh ilmuan Islam dahulu. Hampir semua bidang ilmu major dunia mereka kuasai, selalunya tak ada kaitan langsung antara satu dengan yang lain, masih, mereka tak abaikan ilmu akhirat.

Apa motivasi mereka? Bagaimana nak ada rasa cinta akan ilmu dengan sebegitu hebat tanpa ada rasa konflik diri?

Terjahan orang biasa-biasa ini: Janganlah diperbanding kita dengan mereka yang memang terkenal hebat. Tak ada pun orang sebegitu sekarang. Be real!

Tapi, apa kurangnya kita dengan mereka? Mereka bukan nabi pun, manusia biasa macam kita. Jatidiri dan peribadi. Situasi dan kehendak sekeliling. Itu yang membezakan.

Lantas, Fahmi cadangkan sesuatu. Pilih saja satu bidang yang terasa paling dekat dengan diri, kuasainya, jadikan sebagai penggerak untuk cuba yang lain nanti.

Brilliant. Saya akan ingat.

Memang bangga dikenali oleh orang-orang besar atau yang bernama besar. Harapnya akan jadi seperti mereka. Seseorang dalam masyarakat.

Cuma, saya rasa, payah untuk jadi seseorang di mata masyarakat daripada seseorang pada pandangan seseorang yang lain. Namely, ibu bapa, atau yang lebih bermotivasi buat seorang remaja, teman istimewa dalam hidup.

Semuanya akan jadi mudah apabila yang pentingnya, kita ialah seseorang di hati mereka :)

Dan saya rasa memang itulah yang akan melengkapkan sebuah rasa seorang manusia...


# Banyak betul konflik diri mereka yang diperantara ini, remaja yang sedang cari tempat dalam hidup di dunia, dalam hati-hati manusia.

1 comment:

Along said...

assalamualaikum :)

moga Allah sering memberi kita petunjuk, moga Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai mencari cintaNya. Moga restu Allah sentiasa menaungi kita, 'abduhNya yg hina..ameen :)

eid mubarak Mira, moga bahagia dgn keluarga. Teringat detik2 bersama..rindu pada Mira, kawan2 dan keluarga kampus :)

takda pape nak cakap sebenarnya..cuma nak kongsi petikan dari satu cite ni. Dia kata: "DREAM change within time but LIFE WILL ALWAYS GOES ON" :)

Beruntung insan yg terus berfikir dan terus mencari, dia dah guna nikmat 'aqal yg Allah beri. Biar belum menjumpai yg hakiki, sekurang-kurangnya dia tak sia-siakan fitrah diri manusia yg mmg tak pernah rasa kenyang dgn apa yg ada. Itu satu fitrah :) Mira akan berjumpa..dan Mira akan berjaya :) teruslah kembara kerna Allah akan terus membantu mereka yang melihat dgn mata hati :)

Salam EidFitri buat Mira dan keluarga. Jaga diri ya, sampai jumpa lagi, barakumullah..assalamualaikum :)