Monday, September 25, 2006

allahuakbar

Dalam nak menjengah 'dunia lain' kita perlu benar-benar bersedia. Dunia apa? Dunia yang penuh dengan nafsu noda darah muda. Kita memang takkan selamanya selamat di bawah lindungan ibu bapa. Kita memang kena keluar kepompong. Tapi, kita selamat jika kita tetap berlindung di bawah payungan rahmat Ilahi. Ingat yang kita orang Islam dan kita ada Tuhan yang sebenar-benar Tuan sekalian alam.

Ironinya, tak ramai yang ingat itu. Jika orang Islam sendiri dah tak hormatkan kesucian agamanya, macam mana nak harapkan orang bukan Islam untuk nampak keindahan Islam?? Nak harapkan Pope dan Lee Kuan Yu tutup mulut sendiri?

Mereka bangga jadi pelajar di universiti Islam. Dalam Friendster, nama UIA terpampang. Mudah kawan nak kenal katanya. Lagipun, itu memang tempat dia belajar, buat apa nak sorok-sorok? Dah tak ada kebanggaan sebagai orang Islam selain dapat belajar di salah sebuah universiti ternama negara.

Dalam UIA bertudung [walau tak litup mana]. Ada yang berjubah. Ikut fesyen UIA. Tapi dalam Friendster, tak malu langsung nak dedah rambut. Kenalkan pada dunia wajah mereka yang sebenar.

Ada kawan-kawan yang beri testimonial, "Amboi bangga eh? Dalam UIA, luar USA". Approve. Tanpa banyak soal.

Ada pula yang tak segan silu langsung nak tunjuk gambar sedang buat maksiat dengan pasangan masing-masing [bukan pasangan yang dah bernikah ya?]. Pegang tangan, berlaga pipi juga maksiat kan? Sebab ia salah! Haram! Ya! Memang ada! Dan mereka ini kenalan-kenalan saya! Tak percaya, jengah saja laman Friendster saya. Dalam list tak ramai yang saya tak kenal. Kebanyakkannya memang saya kenal.


Gambar sebenar dari Friendster

Saya kadang-kadang dah tak larat nak soal, ingatkan mereka [saya ni jika dalam alam maya berani la tegur]. Sekarang dalam kebanyakan masa saya dah makin tak hairan dan pandang sebelah mata. Sebab jika ditekan memang akan sakit hati.

"Jika tak mampu dengan tangan dan mulut, tegur dengan hati. Tapi ketahuilah itu adalah selemah-lemah iman."

Selemah-lemah iman...

Kita nak upgrade iman dalam bulan Ramadhan ni kan? Mari kita sama-sama amar makruf nahi mungkar? InsyaALLAH, Tuhan permudahkan usaha kita dalam bulan ini. Dan ganjarannya berlipat kali ganda.

Yang penting, kita juga kena jaga diri. Syaitan dah tak ada. Sekaranglah waktu kita nak ukur nafsu sendiri. Sebanyak mana ia jadi hamba kita, bukan tuan kita.

3 comments:

Zamri Mohamad said...

Assalamualaikum dik Mira,

Cuba kita gunakan ayat yang ada sentuhan hikmah dan kasih sayang dalam mesej entri ni... RAsanya bukan mereka makin sedar tetapi makin lari dengan ayat-ayat 'menghukum' ini, kalau ada, send kepada saya, biar kita hantar secara private.....sebab teguran dalam friendster untuk tajuk entri ini dalam mata mereka yang dalam 'kategori dakwah fasa mekah' akan kelihatan seperti

1. Teguran terbuka menjadi hinaan terbuka

2. Nasihat menjadi perlian

3. Bimbingan menjadi Celaan

4. Nasihat ke syurga menjadi menghukum hantar ke neraka

5. Kita dilihat seperti hendak menunjuk kita kita lebih baik dari mereka sehingga boleh menegur secara terbuka.

Kita ambil satu ayat dalam quran, "jika kamu (muhammad) berkasar nescaya mereka akan jauh darimu...."

Mereka masih MUSLIM, dalam salah mereka, kita masih ada peranan menjaga aibnya dengan kata-kata kita. Kita bukanlah rakan-rakan mereka mahupun keluarga mereka, siapalah kita untuk menegur mereka dengan cara demikian....

ZAMRI MOHAMAD

mira said...

salam abang zamri.

saya kurang jelas dengan pendekatan abang. boleh beri saya lebih penjelasan dan contoh teguran yang sepatutnya?

terima kasih untuk cadangan :)

Anonymous said...

salam,

orang tu dah terang dgn jelas giler... lagi mahu tanya: camne cara nya bang?

so, sila la delete gambar tu, takde faedah pon.

sekian terima kasih