Monday, July 16, 2007

cikgu, cikgu...

Cuti lepas, cuti yang sama kami ke Perkampungan Hadhari, saya ada ajarkan adik-adik yang bertiga tu buat bisnes. Bisnes kecil saja. Yang pernah saya buat dengan Fitri juga zaman sekolah rendah dulu. Penanda buku. Homemade.



Sambutannya sangat menggalakkan. Saya lukis, mereka rajin mewarna, menggunting dan menampal. Ayuni rajin menjual dan kawan-kawan Ayuni pun rajin membeli. Kenapa Ayuni seorang? Amir jenis pendiam, dan dia nak jual gula-gula je. Hehe. Aliah pula.. membaca pun belum tahu. Baru 5 tahun.

Budak-budak sekarang, duit belanja sekolah dah banyak. Setakat penanda buku 50 sen, tak luak pun duitnya. Tak macam kita dulu, 50 sen tu lah yang kita ada untuk sehari. Ye tak?

Abah pun bangga je anak-anak kecil dia tak tahu bisnes. Tiap-tiap hari tanya Ayuni dapat berapa hasil jualan. Mak pun. Tapi mak tak tunjuk terus. Cuma dia yang sampaikan cerita pada abah. Dan abah, seperti biasa, beri pendapat dia untuk Ayuni terus majukan jualan.

Sebelum saya bertolak pulang ke UIA, saya sempat pesan pada Amir supaya teruskan bisnes [dia seorang sebab dia je yang dah bangun tidur sebelum saya bertolak ke terminal bas pagi tu].

Semalam, Fitri khabarkan sesuatu yang buat hati saya panas. Cikgu Ayuni dah tak benarkan dia menjual.

Apahal? Dia jual dadah ke???

Sebelum marah-marah, saya nak tanya, adakah sebarang peraturan atau undang-undang yang mengharamkan bisnes di sekolah? Atau adakah sebab bisnes penanda buku ni tak berdaftar?

Kalau tak ada, bolehlah nak sambung marah. Budak tu baru je nak minat bisnes. Kanak-kanak bukan tahu pun kepentingan kemahiran keusahawanan atau dalam bahasa mudah, dapat duit lebih. Mereka tak perlu duit lebih pun.

Malah, masa cuti itu lagi Ayuni dah ada mengadu pada saya akan seorang rakannya yang jual majalah Ana Muslim di sekolah ditegur cikgu. "Awak nak belajar ke nak berniaga?"

Mak tahu, dia pun macam angin juga. Mak suruh Ayuni jawab, "Belajar berniaga".

Tapi, nak suruh Ayuni membangkang? Ayuni Pengawas Pusat Sumber. Jika sebab ini saja dia dilucutkan jawatan macam mana? Lagi benci dia dengan bisnes nanti.

Tak ke dengan halangan macam ni, walau sekecil mana yang kita sangka, dapat menjatuhkan semangat mereka? Nak suruh memberontak atau buat aduan? Siapa yang patut sedar akan kepentingan menggalakkan kreativiti kanak-kanak dan sunnah Nabi Muhammad mengenai perniagaan? Bukan cikgukah??

Macam manalah Melayu kita nak maju? Nak pupuk masyarakat usahawan kenalah dari anak-anak, bukan pada lepasan universiti. Tapi jika warga pendidik pun bermentaliti 'makan gaji', bila kita nak mula?

Sistem pendidikan sekolah kita banyak yang perlu diubah.

10 comments:

Along said...

:)

nhusna said...

memg sistem pendidikn kt bermaslh. cikgu tu bkn aper, dier cumer jeles je kt Ayuni, sebb maser dier sek dulu dier x pandai crk duit sendirik..hehe

pakdi said...

itulah resam dunia berniaga. budak-budak tak terkecuali :)

afyan said...

Oh, kesian betul cukgu tu...

Nasib baik dia tak jadi cikgu saya. Kalau tak, mesti kena nasib yg sama.

Bacaan tambahan:
http://afyan.com/ver1/?cat=6

Kamrient said...

kena sabar lah hadapi kerenah tu...:D

fami said...

sistem pendidikan negara yang bermasalah, atau sistem pendidikan perniagaan negara yang bermasalah? :)

agaknya lah kan. sebab dak2 U pun, diajar LKS. tapi ramai je yang nak sebab sijil, bukan sebab nak berniaga betul2.

mugkin klu didedahkan dengan bisnes seawal sekolah rendah, apa yang berlaku pada lepasan ijazah (tak tau nak keja apa aka tak pandai keja) boleh diatasi.

Tapi tak yah la nyanyi lagu bangau lagi kat sini. semua yang baca ni, tanamkanlah azam, didik diri dan orang terdekat untuk sekurang2nya mencuba berniaga.

Cuba dulu, baru cakap niaga ni susah ke senang. betul kan kamrient? :)

Bat said...

Subjek Kemahiran Hidup sekolah rendah dah diterapkan dengan topik keusahawanan. Jadi sapa cakap sistem pendidikan kita bermasalah?

Sebab tu ada hari kantin, hari untuk murid mencuba bakat berniaga. Betul tak? ^_^

Sebenarnya bukan murid2 saja yang berniaga kat sekolah, cikgu-cikgu pun boleh tahan juga.Hehe..Jadi tak salah kalau adik awak yg comel tu nak berniaga. Tapi pernah tanya dia waktu bila dia berniaga? Mungkin, mungkin la, dia berniaga waktu cikgu sedang mengajar dalam kelas, jadi di situ dah timbul isu lain. Tak camtu? Kalau dia meniaga secara cover2, mesti cikgu takkan tahu punya. ^_^ Macam saya dulu waktu sekolah rendah, jual komik doraemon..hehehe..

Dan sekarang bila dah bergelar cikgu, baru la saya nampak fenomena ni dalam kelas, kadang-kadang kena tegur juga. Kalau tak tegur, nanti lain jadinya. Tegur bukan nak membunuh minat dia, tapi tegur untuk betulkan niat dia. Waktu belajar, kena belajar.

Saya mintak maaf kalau komen saya agak bias, nak marah saya pun takpa, jumpa la saya kat Rumpun 2007 ni. ^_^ Saya pergi sana..InsyaAllah..Dan salam perkenalan..

cikgu jeehan said...

Dlm kes ni, x pe la anak saudara kite nie mak ayahnya berpendapatan tetap. ader kes di sekolah sy pmh jumpe, pelajar jual kacang goreng pedas. kuarganya miskin..kesian.. sy pn beli jgk.. ;))

ana said...

mmmm...rasanya saya setuju ngan Bat..
kemungkinan besar, time cikgu ngajaq ada urusan jual beli yg membuatkan suasana berkumpulan...so ayat paling lazim ..awak nak belajar ke nak berniaga..?
Kalau budak2 bersembang..cikgu akan jawab "Awak nak belajar ke nak bersembang?" Jadi adakah ada peraturan tak boleh bersembang yg diwartakan...takde kan..?
Alaa...ayuni terus jer jual tapi diluar waktu kelas yer...nnti cikgu marah lagi....tak pun cuba ayuni pi jual kat cikgu time rehat..cakap.." cikgu..sokong usaha saya..saya sedang belajar marketing..."

mira said...

"saya sedang belajar marketing" ya ana? bagus tu ;)

malangnya, adik saya seperti saya juga. tak pandai menjawab dan banyak masa menganguk saja.

buat masa sekarang, disebabkan saya dah tak dirumah, mereka pun taklah tergerak lagi untuk berniaga.

tapi saya dah ajar mereka sesuatu yang lain pula. pun dari zaman silam saya: masuk peraduan² majalah.

dan nama aliah pernah dapat hasilnya. nama saja, sebab ayuni dan amir yang buat. hehe.