"Kenapa kita kena amalkan membaca al-Quran?"
"Kenapa perlu baca al-Quran sedangkan kita tak faham maksudnya?"
Mesti ada antara kita yang tertanya-tanya soalan ini. Saya sendiri pernah tanya diri bila ada seorang sahabat ni bertanyakan malam-malam Ramadhan saya yang lepas. Saya jawab, alhamdulillah, baik, makin rajin baca al-Quran.
Dia tanya semula, sebelum ni tak rajin ke?
Saya jawab, taklah sekerap bulan Ramadhan. Entah, mungkin kepenatan seharian bekerja kot. Bulan Ramadhan agak relax, tak banyak kerja di ofis.
Dia tegur supaya jangan buat alasan.
Ok, saya tahulah itu. Kata-kata motivasi yang sering digunakan di mana-mana. Tapi saya macam nak protes, kenapa semacam jadi wajib pula nak baca al-Quran hari-hari? Sedangkan hukumnya sunat saja.
Itu yang saya tak minta dia terangkan. Sebab saya tahu, tak semua orang terbuka untuk terima soalan-soalan yang seperti itu. Ada yang akan memperlekeh dan tak nak terima itu sebagai kelemahan seorang beriman yang perlu diperbaiki [bukan sifat pendakwah yang baik].
Jadi, saya tanya abang pula [dia ni memang terbuka untuk setiap soalan dan terbuka untuk bincangkan segala hal. Jadi memang selesa untuk bualkan apa-apa dengan dia].
Abang jawab yang al-Quran itu penghubung antara manusia dengan Tuhan. Itu kan mesej-mesej Tuhan? Semua yang Tuhan nak sampaikan ada dalam al-Quran. Kita ni pun, nak rasa terhubung, perlu mesej-mesej juga, bukan hanya bergantung pada hati dan keyakinan.
Cara bermesej dengan Tuhan. Baca al-Quran.
Tuhan sampaikan mesej-mesejNya melalui al-Quran. Kita menjawab dengan hati. Dia dengar setiap luahan dan persoalan.
Abang sambung lagi, walaupun solat tu juga jadi penghubung hamba dengan Tuhannya, tapi cukupkah hanya dengan solat?
Yakin pada kitab Tuhan adalah salah satu daripada Rukun Iman. Iman itu perkara yang paling penting kita kena ada. Ia jadi asas kepada pembentukan peribadi seseorang. Orang yang lain agama, lain keperibadiannya.
Solat pula rukun kedua dalam Rukun Islam. Ibadah yang kita wajib buat untuk menegakkan Islam dalam diri. Solat dan ibadah-ibadah lain ini menyokong iman supaya tak jatuh. Solat mencegah seseorang dari buat perkara tak baik.
Macam mana kita nak yakin pada kitab jika kita tak baca pun?
Al-Quran adalah manual penciptaan manusia. Kita hidup perlu rujukan al-Quran. Jadi, seboleh-bolehnya kita fahamkan isi kandung al-Quran. Bukan wajib hafal. Tapi jadikan ingatan dan panduan. Belajar dari buku tafsir, atau kelas-kelas tafsir al-Quran.
Sedang orang barat pun mengkaji al-Quran sebelum diberikan hidayah ATAU sebagai senjata menakluk hati orang Islam, mengapa tidak kita? Kalau nak, seribu daya...
Jadi, adakah tak berguna kita baca atau lagukan al-Quran jika kita tak faham maksudnya?
Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya 7 Formula Individu Cemerlang menyifatkan orang yang baca al-Quran tanpa faham maksudnya sebagai orang yang tertipu. Dia tertipu dengan alunan bacaan. Dia gah dengan suara merdunya sebagai menenangkan dan membahagiakan. Tapi tak faham apa yang dibacanya.
Iya, seboleh-bolehnya, kita fahamilah mesej dari Tuhan kita.
Saya nak ceritakan semua kisah yang saya dapat dari forwarded emel. Pasal baca al-Quran tapi tak faham maksud.
Ada seorang budak tanya soalan itu kepada datuknya. Kenapa baca al-Quran jika tak faham maksud? Bukankah ia sia-sia?
Datuk beri sebuah raga yang kotor dan bersawang kepada budak itu. Dia minta budak itu ke sungai di belakang rumah, isi air dalam raga dan bawakan kembali kepadanya. Baru datuk akan beri jawapan kepada soalan budak itu.
Budak itu hairan dengan permintaan datuknya. Tentulah tak boleh air ditampung dalam raga yang berlubang-lubang. Tapi sebab nak tahu sangat jawapan kepada soalannya, dia cuba juga. Berkali-kali dia berulang-alik dari sungai ke rumah, tapi tak dapat juga beri seraga air kepada datuknya.
Budak tu putus asa. Sia-sia saja segala usaha, masih tak dapat beri air sungai kepada datuknya.
"Benarkah usaha awak sia-sia?" Datuk mula bercerita. "Cuba lihat raga itu? Beza kan keadaannya dengan yang mula-mula awak nampak tadi?"
Raga itu jadi bersih. Berbeza dengan keadaan sebelum ini.
Walaupun kita mungkin tak dapat sebarang isi melalui pembacaan al-Quran yang kita tak faham, tapi jangan sangka ibadah kita sia-sia. Membaca al-Quran menyucikan hati kita...
Tuhan tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Sebab segala sesuatu itu datang dari Dia. Apatah lagi sesuatu yang memang dijadikan sebagai panduan hidup kita.
5 comments:
ada hikmah bila mahu fikir, dlm kembara :)
pertamanya.. mekasih ...
atas quote yang tertulis...x sgka abg ckp sebanyak tu. :)
kedua... sapa ya sahabat tu?tentu amran kan? dia mmg sahabat yang baik.:)
mekasih... i love this article. :)
along! ^^
abang, bukan amran la.. dan, bukanla sepanjang artikel ni abang yang cakap. abang cakap satu perenggan yang ada quote nama abang je. yang lain cam bese mira la hurai sendiri :p
mekasih kembali :)
Assalamualaikum,
Saya amat setuju dgn penerangan dari 'abang'. Sesiapa yg berminat utk memahami Al-Quran, hubungi saya, Farhan 019-2809736.
Minta maaf,
ada kesilapan dalam post yg sebelumnya.
Sesiapa yg berminat utk menghadiri kelas memahami Al-Quran, hubungi saya, Farhan 019-2809736.
Assalamualaikum.
Post a Comment