Monday, March 03, 2008

bersanding

Bacaan dari al-ahkam.net:


Soalan:

Salam akhi thtl,

Ana ada sikit persoalan, apa hukum pasangan yang baru kahwin bersanding?


Jawapan:

Wassalam akhir rocker yg salafi sokmo,

Bersanding ala Raja Sehari ni adat Melayu yang diadaptasi dari budaya Hindu yang suatu masa dulu merupakan agama resmi Nusantara. Apabila Islam datang, maka proses tasyfiyah (pembersihan) kepada amalan beragama dan adat resam Melayu berlaku secara beransur-ansur dan terhenti bila kedatangan Penjajah. Bila Penjajah mengundurkan diri secara fizikal, negara ditadbir oleh pelapis yang tebal semangat kebangsaannya dan mereka telah menggazzettekan persandingan sebagai budaya Melayu yang wajib dipertahankan.

Maka bagi mereka yang ingin meneruskan tasyfiyah, hendaklah menghentikan budaya Hindu tsb, membuangnya dan kembali sepenuhnya kepada Islam secara total. Panggilan mesra ini dibuat sendiri oleh Allah SWT:

"Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.."AQT 2:208

Bagi yang masih jahil dan bersungguh-sungguh ingin meneruskan ajaran Hindu ini, kita hendaklah terus menerus menjelaskan dengan hikmah.

Kajian mengenai bersanding bukan budaya Islam telah dilakukan oleh antaranya: Dr Amran Kasimin dalam tesis di Univ Aberdeen Scotland 1987. Juga kajian Dr Fatimah Ali, Akademi Islam UM, 1986 dengan tumpuan kajian di Kelantan. WA



Soalan saya: Berapa ramai je dari orang kita yang tak bersanding? Atau yang berniat untuk tak bersanding?

4 comments:

sakiiinah said...

saya tak nak sanding. +segan wuwu
make up pun xnak. rimas wuwu

lennymoriza said...

Saya salah seorang yang menyambut hari perkahwinan tanpa bersanding. :)

mira said...

wah, tahniah lenny! setakat ni boleh kata saya tak jumpa lagi pengantin yang tak bersanding, terutama di rumah perempuan. jika di rumah lelaki tu, adalah.. sepasang!

Portalniaga Dot Com said...

Saya dan pasangan pun tak bersanding di hari bersejarah... Alhamdulillah...