Thursday, March 13, 2008

congratulation fahmi!


My family masa graduasi Fahmi di SBP Integrasi Kuantan. Yang tak termasuk saya dan Fitri [Saya tukang ambil gambar]

Ish, mamat jubah ungu tu dapat 12 1A la untuk SPM! Pasti dibayar gaji tinggi lepas ni. Tapi kena lepaskan universiti dulu. SPM tak jamin apa-apa. Tahniah dan teruskan usaha, Fahmi ;)

Update 14 Mac 2008:

Kejayaan abang bakar semangat Naufal


KUANTAN: “Saya memberi tumpuan penuh dalam kelas selain sentiasa mengamalkan solat hajat memohon memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran,” kata pelajar terbaik peringkat kebangsaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM), Syed Naufal Syed Ahmad, 18. - besfren Fahmi.

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan itu berkata, selain mengikut jadual belajar disediakan sekolah, dia juga meluangkan masa dua jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.

Menurutnya, sokongan padu keluarga, guru dan rakan turut menjadi pendorongnya belajar bersungguh-sungguh untuk mencatat keputusan cemerlang dalam SPM.

“Pencapaian cemerlang abang yang turut muncul pelajar terbaik SPM tahun lalu menjadi pembakar semangat bagi saya membuktikan kebolehan diri.

“Saya bersyukur dengan kejayaan diperoleh terutama selepas memberi sepenuh tumpuan dalam pelajaran,” katanya yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak. - dia ni sekali dengan Fahmi interview di UTP dulu, tapi Fahmi tak ada rezeki di sini agaknya.

Tiga pelajar lain SBPI Kuantan juga mendapat keputusan cemerlang 12 1A sekali gus membolehkan sekolah itu muncul antara sekolah berasrama penuh terbaik peringkat negeri dan kebangsaan.

Majlis penyerahan slip keputusan peperiksaan itu kepada pelajar terbabit disempurnakan Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Aziz Abdul Latiff, Hadir sama Pengetua SBPI Kuantan, Basirun Abdullah Hasim.

Bagi Ahmad Fahmi Ruzaidi, harapan tinggi keluarga menjadi pendorong utama untuk dia berusaha gigih mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

“Selain memberi tumpuan penuh ketika guru mengajar, saya juga mengulang kaji pelajaran secara tersusun dan berjadual.

“Selain mengikut jadual belajar disediakan pihak sekolah, saya meluangkan masa satu hingga dua jam sehari sebagai tambahan,” katanya yang menunggu tawaran ke pusat pengajian tinggi tempatan.

Dia yang mendapat 12 1A berkata, dorongan kakak yang kini belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga menjadi pendorong untuk berusaha gigih membuktikan kebolehan diri. - That's me! ^_^v


Sumber: www.hmetro.com.my

[Sepatutnya dalam paper ada gambar. Tapi yang versi online ni tak ada pula. Siapa yang sempat dapatkan semalam, bolehlah rujuk]

2 comments: