Staf yang sakit dan tak mampu nak datang pejabat untuk bekerja kena dapatkan MC daripada doktor sebagai membuktikan yang dia sakit dan membolehkan dia berehat di rumah, tanpa dikira sebagai ambil cuti.
Saya pun pernah juga berjuang untuk mendapatkan MC semasa di universiti dulu. Kenapa berjuang? Saya masa tu memang payah sangat nak bangun. Berdiri, jalan sikit boleh pitam. Darah tak sampai kepala.
Memang tak mampu ke kelas untuk beberapa hari. Tapi perlu ke klinik untuk dapatkan MC. Sebab, hanya boleh dapat MC jika ada buktinya. Kalau hari selepas tu saya dah sembuh, macam mana nak buktikan pada doktor yang saya pernah sakit?
Tapi, jikalah tak mampu nak pergi ke kelas/pejabat, bagaimana dikatakan mampu pula nak ke klinik untuk dapatkan MC? Memang tak mampu. Lebih-lebih lagi jika tidak ada orang lain yang boleh diharapkan bantuan untuk bawa kita ke klinik. Nayalah pada yang memang sakit tapi tinggal bersendiri.
Tu belum sentuh pasal pekerja yang sanggup beli MC dan doktor yang sanggup jual MC.
Rasanya, perlu pendekatan lain untuk gantikan MC sebagai bukti kita tak sihat dan tak mampu hadir ke kelas/pejabat. Ada cadangan?
2 comments:
ada caranya. gantikan MC kepada Trust.
majikan percaya kepada pekerja dan pekerja manfaatkan kepercayaan yg diberikan oleh majikan.
wah, bagusnya kalau macam boleh tu. kalaulah dosa pahala tu boleh nampak di dunia ni la tapi. iman kena kuat woo!
mungkin jugak, bagi bos yang baik hati, boleh buat kunjungan "get well soon" kepada pekerja yang sakit tu. asalkan dorang tak tinggal luar daerahlah.
Post a Comment