Monday, March 30, 2009

balik kampung pertama

Saya ada dilema untuk pulang ke Kuantan. Bukan, bukan untuk pulang. Tapi untuk balik semula ke Seremban (yang jauhnya lebih 40 km dari Teluk Kemang ni).

Saya perlu pulang.

1. Saya dah dapat gaji yang membolehkan saya mampu beli tiket bas. (Saya dah boleh hadiri jemputan kahwin yang jauh-jauh, insyaALLAH)

2. Saya tinggal sendiri di sini. Hujung minggu boleh jadi sangat membosankan dan sangat menyedihkan.



Dengan bas yang biasa saya gunakan perkhidmatannya, Transnasional, tiket untuk ke Kuantan ada pada 10.30 pagi dan 9.30 malam sahaja.

Saya boleh pulang pada hari Jumaat malam.

Tapi untuk ke Seremban semula, tiket yang ada hanya pada jam 3 petang.

Apabila tiket yang ada hanya pada 3 petang, saya perlu ambil kisah juga dengan availability bas bandar dari Seremban ke Port Dickson dan dari Port Dickson ke Teluk Kemang yang khidmat terakhirnya hanya pada lewat petang. Jadi, sempatkah untuk saya sampai ke Seremban sebelum lewat petang?

Saya ada empat pilihan yang terfikirkan:

1. Beli saja tiket Kuantan - Seremban jam 3 petang, dan apabila sampai di Seremban, naik teksi hingga ke Teluk Kemang. Tapi kalian tau-tau sajalah nilai teksi pada waktu itu. Sedangkan pada siang hari pun, Seremban - Teluk Kemang dah RM30.

2. Beli tiket Kuantan - Kuala Lumpur yang sangat banyak waktunya. Saya beli tiket awal pagi, naik komuter ke Seremban, masih sempat untuk kejar bas Seremban dan Port Dickson.

3. Beli kereta. Dah tentu bukan pilihan jika nak balik hujung minggu ni!

4. Buat surat pada Transnasional untuk adakan bas Kuantan - Seremban pada sebelah pagi juga. Boleh diusahakan, tapi bukan untuk minggu ni juga. Boleh terus dicadangkan supaya buat perkhidmatan beli tiket online. Ni nak beli tiket pun kena menapak ke Seremban. Kalau tak ada?? Aduhai...

Apa pendapat kalian?

2 comments:

imapeace said...

pada pendapat saya untuk item #4, try usha2 stesen minyak Petronas kat PD tu,bisanya stesen myk ni ade jual tiket bus Trans. maceeH =)

mira said...

satu cadangan yang menarik. tapi nak usha kena naik kereta la eh? sebab dari teluk kemang ke PD memang banyak stesen petronas :D