Tuesday, March 31, 2009

mudahnya wanita ke neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Nabi Muhammad untuk meminta beliau memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Beliau bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Nabi Muhammad. beliau pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Nabi Muhammad menjawab, "Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian beliau mengingatkan supaya:

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah


Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2


Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi tidak mengiktiraf kebaikan iaitu tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Nabi Muhammad pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Nabi Muhammad berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?", "Tak guna sesen pun"]

Nabi Muhammad sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Nabi Muhammad yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Nabi Muhammad : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Nabi Muhammad menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. beliau sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b. Sabda Nabi Muhammad : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah, isteri Nabi Muhammad yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Nabi Muhammad walau sedikit pun. Sepanjang hayat beliau, hati beliau dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri beliau.

Diriwayatkan juga, Malaikat Jibril setiap kali selepas memberi wahyu kepada Nabi Muhammad sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Nabi Muhammad telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Nabi Muhammad pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi:

"Nak buat baik, sangatlah mudah, maniskan wajah, lembutkan lidah."


Maka setelah diberi peringatan oleh Nabi Muhammad marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita ubah sikap kita dari sekarang.

2 comments:

alongwairnazz said...

tapi kan..wanita juga lebih senang untuk ke syurga..:) cuba mira wat tuk posting tajuk tu..

sinzzfaiza said...

yup! stuju dgn alongwairnazz