Thursday, July 02, 2009

XL???!

Sama ada saya dahulunya memang besar atau saya perasan yang saya dah mengecil, saya tak pasti.

Tapi bila lihat semula baju dalam almari, kebanyakannya saiz XL. Saya ingat dulu memang saya suka beli baju saiz XL. Tak ukur pun dahulu. Saya suka pakai baju besar. Sebab terasa diri macam orang dewasa. Atau mungkin juga malu nak pakai yang ikut badan sendiri.

Tapi hari ni, bila dah ada sikit kesedaran cara pemakaian yang sesuai, kemas, dan cantik, baru saya sedar betapa kurang cerdiknya saya. Tadi untuk latihan aerobik, saya pakai tshirt lengan panjang dengan bahu baju jatuh sungguh dari tempatnya. Saya tak letakkan bahu baju itu di tempatnya. Zalim sungguh saya.

Bila depa (tangan, bukan mereka), aish, tersangatlah lebarnya baju tu. Yalah, saiz XL! Saya sepatutnya pakai saiz M atau L, atau untuk blaus, saiz 38!

Ada satu blaus warna merah jambu "Pretty Girl" yang saya beli di UIA dahulu hanya berani saya pakai selepas keluar UIA. 2 tahun selepas itu. Sehingga sekarang. Baju tu labuh, tapi agak kecil. Saya beli dulu sebab sukakan warnanya. Akhirnya peram di almari rumah saja. Bila pakai sekarang, nampak elok saja. Kemas dan tak menggelebeh.

Nampak gayanya, saya perlu mulakan operasi himpunan semula baju. Kalau tak mahu malu nampak kebudak-budakan.

"Ukurlah baju di badan sendiri"

1 comment:

solahuddin the warrior said...

'nampak cantik' ni sama ke mcm 'nampak smart'? sbb kalau lelaki, suka nampak smart, ataupun kemas. :)

imej boleh mendatangkan persepsi, yg x semestinya betul, tp susah kita nak halang

x kiralah lelaki atau perempuan, mcmna teringin nak nampak cantik dan smart pun, penilaian cantik di mata rakan mudah je nak ikut. cuma, jgn bagi hadiah free je kat 'mata2 yg menari' tu. hehe