Baru tiga hari jadi 'working mama', dah rasa kepenatannya.
Itu baru jaga 3 orang budak sekolah rendah yang dah tahu nak urus diri. Belum lagi kalau ada budak kecil yang terpaksa diteliti makan minum dan pakainya.
Raya haji minggu lepas saya pulang ke Kampung Bukit Tunggal bersama Fahmi yang diambil di stesen komuter Seremban.
Kebetulan cuti sekolah dah bermula. Aliah nak ikut saya pulang ke Port Dickson. Habiskan cuti seminggu di sini. Aliah bila nakkan sesuatu, memang dia akan tuntut sampai dapat. Kalau tak pandai pujuk untuk tangguh, masam je muka.
Bila Aliah yang darjah satu nak ikut, kakaknya, Ayuni yang darjah lima mesti kena ikut juga. Jika tak, siapa yang akan jaga dia masa saya kerja? Adik-adik saya ni memang dah biasa di rumah sendirian masa ibu bapa saya pergi kerja.
Tapi sebab ini tempat yang mereka belum biasa, perlu juga ada seseorang yang boleh diharap kawal itu ini.
Ayuni sayangkan kelas tuisyennya sepanjang cuti sekolah, 3 hari seminggu. Hai, makin mencabar agaknya silibus pelajar sekarang. Sekolah rendah pun ada tuisyen. Seingatnya, sepanjang belajar, sekali pun saya tak pernah sertai mana-mana tuisyen. Kelas tambahan adalah.
Nak pujuk Ayuni, bawalah seorang lagi sepupu rapatnya, Ija. Maka, mereka bertigalah yang berada di rumah saya sepanjang minggu ni.
(Masa balik ke sini Ahad lepas, kereta penuh. Tambah lagi 2 orang adik lelaki bawah saya yang mahu dihantar ke komuter Seremban. Cadangnya nak hantar terus Fahmi ke kolej dia di Banting, tapi sebab jem tak ingat lepas Melaka, saya keluar di Seremban saja)
Dalam kepala penuh dengan perancangan melayan budak-budak ni. Dengan fikir nak makan apa lagi. Bukanlah saya masak setiap masa (tapi ada juga masak!), tapi nak beli lauk pun korban banyak masa. Tu baru duduk dalam tempat kerja~
Isnin malam lepas, saya bawa budak-budak ke funfair dekat roundabout. Hujan pun redah je. Diorang layan hampir semua mainan. Kalau bukan sebab harga sekali main yang agak mahal, saya biarkan aja diorang habiskan satu funfair.
Mula-mula kami berempat naik mainan 'cawan'. Lepas tu Eye on PD (ni saya reka sendiri). Aliah dah tak mau main, Ayuni dan Ija saja yang naik UFO pula. Kemudian diorang naik kapal.
Tak cukup dengan tu, diorang tangkap itik. Kemudian, 'boling'. Tak puas sekali, Ija siap tawarkan duitnya untuk beli token. Haih, bahaya budak-budak ni bawa ke funfair. Semua nak cuba.
Saya naik buaian saja. Itupun 2 kali saja. Sila jangan tafsirkan maksud buaian secara terus. Ia adalah sejenis permainan paling mencabar dalam funfair tu. Tak ramai yang sanggup naik.
Itupun sekali orang belanja. Cuba kali kedua (pada hari yang berlainan) pun sebab tak puas hati dengan yang pertama. Rasa nak jerit-jerit lagi. Tapi tak sangka kali kedua jadi lebih santai dan relaks. Memang tak rasa apa.
(Memang kena buat misi seterusnya ke Genting. Ada yang nak ajak saya flying fox?)
Kalau ikutkan, Ayuni dan Ija nak cuba buaian tu. Tapi saya tak benarkan. Agak bahaya. Tambah dengan hujan waktu tu. Bimbang licin.
"Ish, hujanlah. Demam karang?"
Ayuni, "Ada atap kan atas tu?"
"Ada atap, tapi bila dah terbang nanti, kena jugak."
Aliah, "Ayuni, nanti kalau demam jangan bagitau kakak."
Sarapan pagi, jika sempat nak sediakan sarapan, tak sempat pula nak makan sendiri. Banyak kerja kena siapkan malam sebelumnya jika tak mau kelam kabut. Atau, jangan haraplah sempat kalau bangun paling awal jam 6.30 pagi.
Jika tak sempat sediakan sarapan, kena belikan pula. Makan masa di pejabat.
Macam mana pula dengan ibu bapa yang perlu hantar anak ke sekolah atau nursery?
Tengahari pun tak sempat rasanya nak berkejar beli lauk, makan sekali dan solat. Memang rushing. Macam mana lah dengan ibu bapa yang kondisinya sama, tambah perlu hantar anak ke sekolah petang dan tempat kerja bukan setakat 5 minit perjalanan?
Petang selepas balik kerja, kalau tak terlepek kepenatan, kena juga layan budak-budak main. Kalau diorang main di luar rumah, takkan nak biarkan saja. Ni pun mujur duduk di kuarters, tak perlu risau sangat dengan bahaya luar.
Wah, memang penat jadi 'ibu tunggal' ni. Memang salute pada ibu-ibu tunggal yang bekerja dengan punch card. Kepada para suami, bantulah isteri anda uruskan hal rumah tangga dan anak-anak.
Kalau duduk sendiri, tak kisah makan atau tak. Ni dah ada orang lain, saya makan pun ikut masanya :p
Tiga hari lagi...
4 comments:
singgah...... kalau free mintak tolong isi survey.. thanks....
http://peribadiz.blogspot.com/2009/12/jom-survey-nuffnang.html
wah...belajar cara hidup org yg bekeluarga nampak...hmmm...hehe..
bukan tak pernah, en ashri. sebelum ni dapatlah juga seminggu dua duduk dengan adik² saja di rumah, tunggu mak dan abah pulang dari haji.
pagi raya makan roti telur. haha. nasib baik ada jiran yang prihatin, sumbangkan lemang dan rendang satu tupperware :p
bila nak mula sekolah, saya berbasikal dengan seorang adik ke sekolah (mujur dekat. masa tu tak ada kereta lagi) untuk beli buku kerja mereka.
bila dapat lencana sekolah, saya jahitkan ke kocek baju adik yang seorang tu.
mujur penat dan kelam kabut dikongsi bersama seorang adik lelaki yang baru tamat SPM dan sedang tunggu keputusan.
adik saya lima semuanya, en ashri.. masih ada 3 yang bersekolah :p
macam manalah mak dan abah punya penat jaga kami.. sampai sekarang, tak dapat nak sumbang apa² lagi walau dah bekerja..
=)
thats good..better than nothing kan
Post a Comment