Saturday, January 23, 2010

aferesis

Saya sedang berkursus di INTAN, Jalan Elmu, Petaling Jaya. Hari pertama, saya jengah keluar tingkat dari bilik, saya nampak Pusat Asasi UIAM yang dulunya dikenali Pusat Matrikulasi UIAM. Tempat nostalgia saya.

Jumaat lepas, saya berpeluang ke salah satu tempat yang saya teringin nak pergi sebelum ni. PDN. Pusat Darah Negara.

Saya sedang mendapatkan suntikan pelalian percuma Hepatitis B sekarang. Dapat hadiah tu semasa menderma di politeknik yang lepas. Semua yang menderma minimum 2 kali dalam satu tahun tertentu akan dapat hadiah ni. Pada kali itu, saya mendapatkan suntikan dos kedua.

Di sana, saya dapat maklumat baru. Maklumat inilah yang ingin saya kongsi bersama.

Kepada yang pernah derma darah, kalian tahu yang kita perlukan tempoh 3 bulan untuk menderma sekali lagi.

Tapi.. tahukah kalian bahawa ada cara untuk kita derma sekerap 2 minggu sekali? ;)

Cara ni dikenali dengan aferesis.

Komponen darah terdiri daripada sel darah putih, sel darah merah, plasma dan platlet.



Sel darah merah bawa oksigen. Plasma bawa protein dan nutrisi. Platlet bantu pembekuan darah.

Cara aferesis ini membenarkan kita menderma plasma atau platlet sahaja!

Caranya? Darah kita akan melalui mesin aferesis yang mengasingkan komponen-komponen darah tu. Lepas diasingkan, darah kita akan dipulangkan balik ke dalam badan!

Sel darah merah perlu 4 hingga 8 minggu untuk digantikan semula. Plasma hanya 24 jam saja.

Siapa yang perlukan plasma dan platlet saja?

Plasma diperlukan untuk kes-kes pendarahan semasa bersalin, pesakit buah pinggang, pesakit hati, mangsa lecuran dan pesakit haemophilia.

Platlet pula diperlukan untuk kes-kes pendarahan, pesakit demam denggi berdarah, pesakit anemia, pesakit leukaemia dan lain-lain yang memerlukannya.

Darah secara keseluruhan? Diperlukan untuk kes-kes kecemasan dan mangsa-mangsa kemalangan yang kehilangan darah.

Pendermaan darah cara aferesis ni adalah untuk

  • Penderma darah tetap
  • Umur 18 hingga 50 tahun
  • Berat badan lebih 55 kilogram (alamak, yang ni tak lepas pula!)
  • Ada pembuluh darah besar (ni pun tak ada. Sob sob~) dan..
  • Kandungan platlet lebih 150 x 109 seliter.

Proses ambil plasma atau platlet ni lama sikit dari derma darah biasa. Jika derma darah biasa hanya perlukan 7 hingga 10 minit (setengah jam untuk saya!), pengambilan plasma ambil masa 30 hingga 45 minit, platlet pula 45 minit hingga 1 jam. Yalah, sebab darah tu perlu keluar masuk. Derma biasa keluar saja :)

Info tambahan:
  • Platlet hanya boleh bertahan selama 5 hari (Suhu: 20-24 darjah Celcius)
  • Plasma boleh bertahan selama 2 tahun (Suhu: 40 darjah Celcius)
  • Sel darah merah pula 35 hari sahaja (Suhu: 2-6 darjah Celcius)

Saya berkesempatan bertemu dengan penderma aferesis tegar di PDN. Beliaulah yang memperkenalkan saya tentang cara ini, dan menyebabkan saya bertanyakan pegawai kesihatan yang memberi suntikan Hepatitis B kepada saya.

Beliau dah 'derma darah' dekat 60 kali katanya. Setiap bulan beliau ke PDN untuk derma darah (yang sebetulnya plasma saja).

Wah, mana adil! Saya terpaksa tunggu lebih 3 bulan untuk menderma darah sekali lagi. Tapi buku rekodnya penuh dengan pendermaan yang dibuat sebulan sekali.

Baca punya baca.. kiraan hadiah untuk penderma darah keseluruhan dengan penderma plasma atau platlet tak sama.

Untuk penderma darah keseluruhan 50 kali, penderma plasma atau platlet perlukan 150 kali untuk hadiah yang sama!

Haha. Saya tak kejarkan hadiah itu pun. Saya kejarkan rasa hebat dan puas selepas setiap kali menderma. Dah ketagih! :D

Nak juga cuba derma plasma atau platlet. Tapi tunggulah nanti bila berat dengan sendirinya cecah 55kg (tak adanya saya sengaja nak tambah berat!) dan bila pembuluh darah di tangan ni besar sikit. Uih, karang darah keluar tak masuk balik, naya!

Gurau.

Cubalah! Oh ya. Mesin aferesis hanya terdapat di Unit-unit Tabung Darah. Tak terdapat semasa program derma darah bergerak (mobile).

5 comments:

sinzzfaiza ismail said...

info yang menarek. tapi slalu tidak berpluang untuk menderma,karna x ckup berat

mira said...

kena usaha tambah berat dululah gayanya :D

Fahmi Mahat said...

mira, mcmana nak wat untuk ilangkan lebam ni? da dekat seminggu tak hilang.

lepas derma takde/
tapi esok pagi tu, main badmton, balk2, tengok ade cam pecah darah.

smpi skrg.

dan makin sakit, bila sentuh, mula2 takde rasa sangat.

Z H said...

hehe thanks for the info again, sekarang dah paham sikit kenapa ada derma aferesis. Semalam saya baru je lepas derma darah untuk kali ke-6, pastu ada doktor tanya berminat tak nak derma aferesis, saya terpinga2 gak tak pernah tahu pun pasal tu. Patut la saya tengok kenapa ada certain orang boleh penuh buku dia. sekarang dah tahu 'rahsia' dia. hehe. Tapi apa yang saya perasan, orang cina banyak buat derma ni.

Z H said...

tangan bengkak tu mungkin lepas kita derma kita tak tekan kuat dekat tempat kena cucuk tu. At least kena tunggu 10 minit. itu yan saya tahu la sebab saya ada baca pamplet dekat PDN. kalau dah lebam selalunya letak ais la kan? hee