Sentuhan manusia.
Itu yang selalu saya amalkan setiap kali bertemu dengan sesiapapun, terutamanya yang pertama kali bersua.
Setinggi mana kedudukan, sebesar mana pangkat, sepopular mana di kalangan ramai, seseorang itu masih orang. Masih manusia. Masih insan.
Beliau masih berkeluarga. Beliau tetap ada mesranya. Beliau masih ingin dihargai, didengari dan difahami.
Tetap ada rasa sedih. Tetap ada rasa gembira.
Disebabkan itu mungkin, saya mudah menemukan roh dengan roh (pinjam frasa Pakdin). Saya mudah mengajak seseorang, walau siapapun dia, untuk berbual lama, keluar semua cerita, bagai telah lama berkenalan.
Mungkin ini PR yang baik yang sebenar-benarnya?
Satu saja yang perlu diubah. Beratnya mulut mahu sebarkan salam. Kepada yang kenal atau yang tidak kenal. Sedang para sahabat dulu sanggup bersembunyi sebelum beri salam kepada nabi secara mengejut. (Macam budak-budak main sergah-sergah). Sebab memang payah mau dahului nabi mulakan salam.
Yang kita selalu dengar, "Assalamualaikum! Tak jawab berdosa!". Untuk ganggu anak dara orang.
"Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam terhadap yang kamu kenal dan yang tidak kenal" (Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Layanlah orang lain sebagaimana cara yang kita suka orang lain melayan kita. Dan sebarkan salam sebagai mendoakan kesejahteraan kita semua. Mudah-mudahan hidup ini aman dan diberkati.
1 comment:
betul juga layan orang lain macamana kita suka dilayan. tapi kadangkala ada betulnya juga kita layan orang macamana dia suka dilayan.
contoh; orang bukan islam yang suka minum arak layan orang islam dengan cara yang dia suka dengan memberi arak kepada orang islam. seharusnya melayan seperti mana orang islam itu suka dengan tidak menjamunya dengan arak juga...kan
Post a Comment