Saturday, February 27, 2010

sebaik-baik manusia

"Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain"

Hidup ni bukan nak kejarkan kepentingan diri sendiri saja. Kecemerlangan bukan sekadar pencapaian diri di dunia. Hidup bermasyarakat beri kita bonus dalam mengumpul saham untuk akhirat sana.

Macam mana? Beri segala jenis manfaat yang kita boleh beri kepada orang lain.

Tubuh ini pinjaman saja dari Tuhan. Apatah lagi kudrat dan semua harta material yang ada. Sesiapa yang dapat baca entri saya ni, anda berada dalam keadaan yang tidak susah. Sebab anda ada perhubungan internet yang masih lagi menjadi 'kemahuan', bukan 'keperluan' ramai orang.

Cuba lihat semula kisah Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat beliau. Material cuma digunakan untuk mengembangkan ajaran Islam, bukan untuk diri sendiri. Apa sahajalah barang-barang yang mereka ada untuk kegunaan seharian?

Segala kelebihan harta dan material yang kita ada sebenarnya adalah amanah Tuhan kepada kita untuk diberikan pada mereka yang lebih layak.

Jikapun tak sanggup nak beri saja kepada orang, pinjamkanlah harta material kita. Mungkinlah kita memang ada sesuatu yang nak digunakan dengan wang itu.

Tetapi bandingkanlah dengan sahabat itu. Siapa yang lebih memerlukan wang itu pada waktu itu? Sanggupkah kita hidup bermewah mahu dapatkan satu 'kemahuan' semasa sahabat kita tak cukup makan pun?

Ilmu dan kepakaran pun begitu juga. Walaupun kita cuma tahu tetapi bukanlah pakar dalam sesuatu bidang, dalam ketiadaan mereka yang berani tampil, jadilah sukarelawan untuk memudahkan urusan. Jangan banyak fikir. Itu adalah peluang yang Tuhan beri untuk kita dapatkan ganjaran dariNya.

Mudahkan urusan orang lain, Tuhan akan mudahkan urusan kita.

Cara yang paling baik untuk membantu diri sendiri ialah dengan membantu orang lain.

Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.

No comments: