Monday, July 25, 2005

wahai saudara!

Kita asyik label Melayu dengan kemeLAYUannya.

"Amat, apsallah kau ni malas sangat hah?"

"Janganlah salahkan aku sebab aku orang Melayu. Ada gen malas."


Eh, Melayu pula dapat nama. Kalau nak bermalas-malas tu, senang saja cari alasan.

Bila setiap orang Melayu fikir macam tu, kita hidup dalam masyarakat yang suka bermalas-malas. Jatidiri kita terganggu oleh keadaan persekitaran ini.

Cuba seorang Melayu hidup dalam China Town, mana-mana China Town [ada seorang sahabat sebut Petaling Street tu dah jadi China Town, tapi tak tahulah].

Apa agaknya yang orang Melayu tu akan buat untuk meneruskan kehidupan?

Sama juga bila kita asyik tuding jari bila sesama Melayu yang Islam dan saling berbalah, saling bergaduh.

"Alah, kita memang macam ni, hebat, ada PhD, lagi kan nenek moyang kita yang perkenalkan perkataan 'amok' tu kepada orang putih?"

Wak, cuba jengah ke belakang. Mereka mengamuk pada siapa?

Nampak tak yang orang Melayu itu sebagai pedagang terbaik di rantauan Asia? Nampak tak orang Melayu itu tinggi budi bahasanya? Nampak tak orang Melayu itu berjaya menjadikan bahasa ibundanya sebagai lingua franca? Nampak tak orang Melayu itu bersatu hati dan berhempas pulas menghalau penjajah dari tanah tumpah darah mereka ini?

Ada orang kata Hang Tuah itu sebenarnya Hang Too Ah, Hang Jebat itu sebenarnya Hang Jee Bat, Hang Lekir itu sebenarnya Hang Lee Kir, Hang Lekiu itu sebenarnya Hang Lee Kiu. Tinggal lagi Hang Kasturi saja yang Melayu.

WaALLAHualam. Tak kisahlah. Mereka itu sebenarnya wujud atau tidak pun kita tak pernah pasti.

Tapi kita masih ada Tuan Haji Abdul Rahman Limbong. Kita masih ada Tok Gajah. Kita masih ada Tun Maharajalela, Tok Janggut dan Mat Kilau.

Kenapa kita tak ingat dan kenang peribadi dan jasa mereka?

Mana hilangnya semangat itu? Mana hilangnya jatidiri yang sangat dibanggakan itu?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Ali Imran: 139]


Jangan salahkan orang lain. Cuba lihat dalam diri sebelum mula mengata itu dan ini. Adakah kita sudah lepas daripada hukuman yang mahu kita jatuhkan pada orang Melayu lain, yang kononnya menggangu motivasi kita untuk terus maju?

Kau tu tak malas? Kau tu tak hasad dengan kejayaan orang lain? Kau tu tak panas baran?

Mereka kata, jatuhnya Islam itu bukan kerana orang bukan Islam, tapi kerana orang Islam itu sendiri.

Sama juga, jatuh bangunnya orang Melayu itu bergantung sepenuhnya pada orang Melayu itu sendiri.

Hidup ini satu pilihan, bukan?

Wahai orang Melayu yang beragama Islam, kita ini masih banyak misi dan visi yang belum tercapai, masih dalam barisan menunggu giliran untuk kita kerjakan.

Janganlah disekatkan perjalanan perjuangan kita dengan sengaja menambah duri di tengah jalan. Jangan sengaja dicari perbezaan itu, sebaliknya lihat saja titik persamaan kita yang bersepah merata-rata.

Kalau kak Nurul Husna Mohd Jamil, bekas pelajar UIA yang pernah menjawat jawatan dalam SRC, membuka mata kita dengan titik persamaan antara bangsa-bangsa di dunia, kenapa kita tak boleh cari perkara yang sama dalam kelompok orang Melayu saja?

[Apa sajalah yang memisahkan kita sesama Melayu? Apalagi kalau bukan fahaman politik yang sengaja diwujudkan sendiri. Ya lah, masing-masing ada kepala. Besar lagi]

"Orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudara itu, dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat." [Al-Hujurat: 10]




Saya kongsikan apa yang kak Nurul Husna sampaikan semasa sesinya dalam Ta'aruf Week lepas:

Why 'they' not 'we'?

How we are DIFFERENT:
~ The way we look
~ Our skin color
~ Our culture/tradision
~ The language we speak
~ The clothes we wear
~ The food we eat

How we are the SAME:
~ We are created by one creator
~ We live on the same planet
~ We breath the same air
~ We communicate with others
~ We belong to the same species
~ We have to eat to survive.

"Integration is a form of 'give and take' as the effort comes from both parties involved. It is not a venture from one side but the initiative must be a dual attempt. If we try to put our hands together with this in mind, perhaps integration would become a pleasant achievement."

-Nadia Aye Aye Mon-


Bertandinglah, bersainglah tapi biar untuk membina, bukan membinasa.

3 comments:

Ms_B3rry said...

101% agreed :)

mira said...

salam.

tq :)

Anonymous said...

if it is love and goodwill, i couldnt agree more. god is great!