Wednesday, July 13, 2005

nasyid?

Ada orang minta saya buat counter attack argument atas pendapat dia pasal nasyid sekarang dah banyak lari dari landasan.

Sebenarnya malas nak komen banyak pasal tu. Sebab, semua orang ada pendapat masing-masing. Dan tak pernah ada satu pendapat yang benar-benar betul atau yang benar-benar salah. Tapi nak cuba rangka sesuatu di sini.

Bila sebut nasyid, orang kaitkan dengan Islam. Bila sebut Islam orang kaitkan dengan ALLAH.

Bila sebut saja nasyid, orang akan kata yang kita dalam kondisi mengingati Tuhan. Apa yang ALLAH kata? Bila kita ingat pada-NYA, hati akan jadi tenang [Ar-Rad: 28].


Gambar hiasan


InsyaALLAH, walaupun hadir dalam pelbagai rentak dan irama, lirik dan tema, semua lagu nasyid masih mengarah pada kebaikan, masih mengarah pada mengingati Tuhan.

Takkan nak tenangkan jiwa yang dilanda tsunami resah jadi tenang bila dengar lagu yang semakin memeningkan dengan angguk dan hantuk kepala?

Atau ada hati gersang yang tumbuh oasis bila dengar lagu cinta jiwang karat tangkap leleh?

Sebab emosi dan fikiran saya tak selalu stabil, saya pilih nasyid sebagai hiburan pilihan pada waktu senggang dan pada masa saya perlu ruang.

Ia sungguh jadi 'butang hijau' saya.

Anda kata, bila nasyid dah banyak bicara pasal percintaan sesama manusia saja, baik dengar lagu Siti Nurhaliza.

Atau, bila nasyid dah ubah rentak rancak, baik layan Avril Lavigne atau Amok saja.

Kononnya, baik ambil yang terbaik, bukan?

Apa sebenarnya definisi lagu terbaik bagi anda?

Dari segi cara penyampaian, atau apa yang hendak disampaikan?

Saya bukan melebihkan pada nasyid sebab saya pun dengar juga lagu selain daripada nasyid.

Semalam, bila saya cakap pada seseorang yang saya dengar radio ERA, dia terkejut. Dari pandangan matanya nampak yang hatinya berkata: "Ish, ish, Mira, Mira..."

Saya berbangga bila orang kata saya ni Islamik sangat atau orang tersalah anggap saya ni pelajar IRK. Sungguh, benar jadi satu penghormatan.

Tapi saya jadi tak senang bila ada yang berlagak pandai mengharamkan yang harus.

Berdosakah saya dengar radio ERA? Berdosakah saya tonton Akademi Fantasia?

Okey, masuk topik semula.

Nak kongsikan sesuatu dari seorang pendengar IKIM yang menghubungi mereka masa Carta IKIM lepas.

Dia ni baru saja berjinak-jinak dengan nasyid memandangkan dia baru sedar yang nasyid memang jadi wadah mujarab mengubat penyakit hati. Dia kata dia tak kisah nasyid itu hadir dalam rentak apa sekalipun sebab dia pun dah biasa dengan semua lagu selain nasyid sebelum itu. Tapi, kalau boleh biarlah lagu-lagu nasyid itu lebih pada mengingati dan mengagungkan kebesaran Tuhan.

Ada seorang sahabat pernah kata pada saya, dia dengar lagu Pergi tak Kembali Rabbani pun boleh mengalir air mata.

Saya iakan. Sebab saya pun pernah sebak dengar lagu Cahaya Cinta UNIC [album baru, Satu Tekad] yang membicarakan cinta Nabi Muhammad pada umatnya. Tahniah Hafiz atas penghasilan lagu tersebut!

Memang ada lagu selain nasyid yang mengajak pada yang haq, tapi kita sendiri kena pandai-pandai tapis. Secara total, boleh kata lagu nasyid semuanya boleh diterima.

Masih, apa-apahal bergantung pada apa yang kita terima. Kalau lagu itu bermesejkan baik, tapi anda salah tafsir, maka itu adalah salah anda. Lainlah kalau semua orang pun cakap lagu tu dah menyimpang langsung.

Okey, anda soal pula, bagaimana pula dengan imej seorang penasyid yang tak selari dengan apa yang disampaikannya dalam lagu nasyid?

Pertama, perlu diingatkan bahawa yang mencipta lagu itu orang lain, yang menyampaikan lagu itu orang lain. Jadi, MUNGKIN berlaku penasyid itu tak sepenuhnya menjiwai apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh komposer melalui lagu tersebut.

TETAPI, imej penyampai sesungguhnya lebih penting daripada imej pencipta.

Seperti juga Master of Ceremony yang memberi tamsilan penuh pada kredibiliti Program Coordinator, bukan?

Sebab itu, kebanyakan penasyid adalah dari golongan yang terpilih, bukan samberono saja. Kebanyakan mereka merupakan pelajar cemerlang universiti atau yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Penasyid merupakan model orang ISLAM. Penasyid harus sedar bahawa mahu atau tidak, mereka sedang memikul beban tanggungjawab itu.

Jadi, penasyid perlu mengawasi diri dari sebarang perkara yang tidak menyenangkan hati peminat nasyid.

Apa yang boleh dirumuskan di sini, semua benda dan perkara bersifat neutral. Penerimaan kitalah yang menjadikan ia berasid atau beralkali.

2 comments:

TajamFikir said...

Assalamualaikum, tahniah atas artikel ni,selagi tidak mendatangkan kelalaian,kemudhoratan dan dirangka di dalam suasana harmoni, saya rase boleh je.yang penting nasihat melalui lagu itu, kan nasyid banyak contain lagu2 nasihat
Addinunasihah

azlina zabha said...

Semalam, bila saya cakap pada seseorang yang saya dengar radio ERA, dia terkejut. Dari pandangan matanya nampak yang hatinya berkata: "Ish, ish, Mira, Mira..."

Saya berbangga bila orang kata saya ni Islamik sangat atau orang tersalah anggap saya ni pelajar IRK. Sungguh, benar jadi satu penghormatan.

Tapi saya jadi tak senang bila ada yang berlagak pandai mengharamkan yang harus.

Berdosakah saya dengar radio ERA? Berdosakah saya tonton Akademi Fantasia?
------------------------------------------------
:P suka part ni.. :)

salam perkenalan...