Friday, July 29, 2005

parenting

Pertama kasih ke kelas CCAC, Parenting seksyen 3 tadi. Bukan nak cakap betapa bersemangatnya saya ke kelas tu. Tapi nak cakap betapa gembiranya saya bila dapat bersatu kembali dengan sahabat² lama yang kebetulan sekelas.

Ada yang pernah sama kumpulan Halaqah; 1 dan 2, ada bekas kelas Leadership sama.

Dan ramai juga geng² Guidance and Counseling Club [GCC] matrik dalam tu.

Selain Amy, ada my beloved Along, Atie, juga Dayah. Memang tak disangka. Tapi kebarangkaliannya tinggilah, sebab ahli kelas ada 70 orang.

"And, it's all coming back to me..." Celine Dion

Satu perkara untuk jadi renungan bersama:

"Jika rasa tak bersedia nak dirikan rumah tangga, jangan fikir untuk cari orang buat teman istimewa. Jika belum bersedia nak ada cahaya mata, jangan fikir untuk dirikan rumah tangga."



Dan satu persoalan pula timbul:

Lelaki diberi peluang untuk melihat tapak tangan wanita yang jadi pilihan untuk jadi teman sehidup semati. Bagaimana jika ada sesuatu yang tak best dapat dikesan bila lelaki lihat tapak tangan wanita itu?

Selayaknyakah lelaki itu berkata tidak? Apa akan jadi pada maruah perempuan itu? [Yalah, bila orang tahu ada sesuatu tak kena pada dia].

Hoho... :)

4 comments:

Anonymous said...

along here:)

Mira...tak sangka ye sekelas lg kita :) moga ilmu yg kedapatan akn dicekup sebaiknya :)erm..kawen ye?? huhu..menarik tu. Byk hikmahnya bila perempuan yg nak dikahwini ni cukup aja dilihat pd tapak tangan dan muka, banyak rahsia :)

fami said...

persoalan yang menarik untuk difikir..."Jika rasa tak bersedia nak dirikan rumah tangga, jangan fikir untuk cari orang buat teman istimewa. Jika belum bersedia nak ada cahaya mata, jangan fikir untuk dirikan rumah tangga."
tapi kenapa ya...tak boleh ke kalau kita sama2 mempersediakan diri untuk berumah tangga dengan mencari dan me"rapatkan silaturrahim" dengan teman istimewa?

Anonymous said...

hmm...bg along, berfikir itu utama:) fikir utk satu perancangan. sekurangnya ada perancangan, sbb nak mencari si 'dia' skang ni bukanlah mudah.Fikir apa sebenarnya yg nak dicari..suka2 atau ada matlamatnya.

Dan, yg paling penting sekali ialah mempersiapkan diri sendiri dahulu. Kena 'post mortem' diri...kadang bila diri sendiri dah 'cantik' tak yah mencari..cinta itu kan hadir. Dia yg terbaik buat kita yg terbaik juga..seperti yg Tuhan janjikan dlm kalamNya yg indah:)

mira said...

bersedia nak kahwin dalam maksud lecturer kami tu rasanya bukan saja dari segi pengetahuan dan skill, tapi juga 'ilmu ikhlas' [rujuk cerita 'kiamat sudah dekat'].

bila nak bercouple, tentunya matlamat yang akan menentukan apa yang kita akan buat sepanjang bercouple.

sebab tak ada persediaan, tak ada matlamat yang jelas, tu yang wujud lambakan 'sampah agama' [bukan sampah masyarakat -- sebab benda ni semacam tak dipandang berat oleh masyarakat].

innama a'malu binniat. kan? :)

terima kasih along :)