Thursday, August 23, 2007

cantik? bolehkah?

"Kenapa awak nak jadi cantik?"

Kalau soalan tu diajukan pada kalian macam mana? Dan kita tentu taknak jadi hodoh, kan? Iya, "dah lumrah manusia" itu satu jawapan. Tapi saya bagi jawapan materialistik sikit tapi applicable pada kebanyakan orang.

"Sebab nak orang nampak kita cantikla." Maknanya sebab orang la.

Tapi sahabat saya mengajukan soalan ni jawab sesuatu yang jarang orang jawab secara spontan. Dan dia tak salahkan saya sebab beri jawapan tu.

"Sebab Tuhan itu Maha Cantik dan Dia suka pada kecantikan. Jadi, saya jadi cantik sebab saya nak Tuhan suka saya, pandang saya, nampak saya."



Sambungnya sebelum sempat saya tokok apa² [sebab saya tahu jawapannya takkan jadi semudah itu].

"Memang semua orang dah sedia cantik. Dan Tuhan tak pandang seseorang melainkan melalui iman dan takwanya. Tapi saya nak lebih dari itu. Nak cuba jadi semua apa yang Tuhan suka. Tuhan suka cantik, maka saya nak jadi cantik."

Bernas. Saya tak pernah pula fikir cantik yang ke arah itu. Sebab yang terfikirkan selama ini, cantik itu jadi haram jika ia mengalih pandangan yang bukan muhrim ke arah kita.

Dan saya tahu, setiap inci tubuh wanita ini pun dah jadi fitnah untuk lelaki, apatah lagi jika dicantikkan.

Pada hemat saya, jika dah niat kita cantik kerana Tuhan, maka kita tak perlu risau jika melanggar batas cantik itu sendiri. Jika kita jadi cantik pun sebab Tuhan, maka hal² lain juga akan didahulukan sebab Tuhan.

Jadilah cantik dengan menutup aurat. Maka kita boleh jadi cantik di pandangan manusia dan terutamanya cantik di pandangan Tuhan.

Terima kasih Wawa. Saya akan cuba kekalkan jumlah warna dan corak batik yang cantik di kain putih ini ;)

No comments: